Thursday, February 2, 2023

HALIA - CIRI PEMILIHAN BENIH (Part 1)

TANAMAN HALIA
atau di Indonesia ia lebih dikenali dengan nama Jahe (Zingiber officinale, Rosc.) adalah tumbuhan jenis umbisi yang dipercayai berasal dari Asia Tropika yang tersebar dari India sampai Cina. Dalam rujukan sejarah dinyatakan bahawa halia mula digunakan oleh bangsa ini disebut-sebut sebagai bangsa yang pertama kali menggunakannya. Ini berkait penggunaan halia terutama sebagai bahan minuman, ramuan untuk bahan masakan dan juga sebagai ubatan tradisional. Dkatakan yang bahagian terpenting yang mempunyai nilai ekonomi pada tanaman halia adalah bahagian Akar tongkatnya yang lebih dikenal dengan sebutan Umbisi atau Rizom atau 'Rimpang'. Jika rizom tersebut dipotong maka kita akan nampak warna isi rimpang yang berbagai daripada yang berwarna putih kekuningan, kuning atau jingga tergantung pada varietinya. Saya dapati pada umumnya rasa halia adalah pedas disebabkan oleh kandungan bahan dinamakan sebagai 'Gingerol'. Kandungan bahan gingerol ini adalah dipengaruhi oleh umur tanaman dan iklim persekitaran kawasan penanaman setempat atau di mana tanaman halia tersebut tumbuh. Kajian menunjukkan dari segi bau atau aroma hali disebabkan oleh adanya minyak pati (ekstrak) yang umumnya berwarna kuning dan sedikit kental. Kajian dibuat dimakmal mendapati rizom halia mengandungi sebanyak 0.8 -3.3 % minyak pati dan lebih 3 % merupakan bahan Oleoresin, tergantung kepada halia yang bersangkutan. Tanaman halia di Malaysia banyak diusahakan di Sabah (Halia Sabah) dan di Pahang (Halia Bentong) dimana ia merupakan sejenis tanaman yang penting untuk pasaran domestik. Penulis blog ada menulis beberapa artikel mengenai tanaman halis didalam blog ini untuk dijadikan bahan rujuka dengan pautan (Sila rujuk disini), (Sila rujuk disini) dan beberapa lagi. Teknolgi penanaman halia di Malaysia secara komersil agak sedikit berbeza dengan amalan teknologi penanaman di Indonesia. Artikel pada malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan versi amalan pakej teknologi tanaman halia dari segi ciri penting pemilihan benih untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Merujuk kepada beberapa kajian yang telah dilaporkan dimana terdapat nutrien dalam halia yang bergantung di dalam umbisinya antara lain termasuk Vitamin A, B dan C, lemak, protein, pati, damar, asid organik, oleoresin, gingerin, zingerol, zingiberin dan feladren. Bagaimana pun kaedah penanaman halia yang betul dengan cukup penjagaan sahaja akan menentukan petani mendapat hasil halia yang berkualiti dengan jumlah tuaian hasil yang tinggi. Amalan awal termasuk mempastikan petani menggunakan anakbenih halia berkualiti akan menjadikan hasil tuaian umbisi atau rimpang dapat bergganda tuaiannya. Biasanya halia di Indonesia akan dapat dibezakan jenisnya melalui penilaian dari segi aroma, warna, bentuk dan saiz rimpang.Di Indonesia dilaporkan dimana halia akan dibahagian kepada tiga (3) jenis varieti sahaja yang sesuai dikomersialkan. Ia di kenali sebagai Halia Besar, Halia Kecil dan Halia Merah. Bagi varieti Halia Besar (Zingiber officinale sp) merupakan jenis halia yang saiz umbisinya besar dimana di Jawa jenis ini sering dipanggil sebagai 'Halia Badak' atau pun dalam bahasa tempatan sebagai 'Jahe Badak' atau 'Jahe Gajah'. Di kawasan lain sperti di Bengkulu pula halia ini dikenali dengan nama 'Jahe kombongan'. Sesuai dengan sebutannya dimana jahe besar memang mempunyai rimpang lebih besar dibandingkan kedua-dua varieti lainnya. Jenis ini dilaporkan ia mempunyai warna kuning atau kuning muda dengan seratnya sedikit dan lembut. Aromanya dilaporkan memang kurang tajam dan rasanya kurang pedas. Halaa besar ini mengandungi minyak pati sekitar 0.82 - 1.68 % yang dikira dari asas dasar berat kering. Penggunaan lazimya adalah untuk sebagai bahan rempah-rempah, minuman dan makanan.

Jenis kedua varieti halia yang diranam adalah Halia Kecil atau 
Jahe kecil (Zingiber officinale Var. Amarum). Jenis ini dilihat mempunyai saiz rimpang yang lebih kecil daripada halia besar tetapi ia adalah lebih besar daripada jahe merah. Bentuk agak pipih, berwarna putih, seratnya lembut dan aromanya tidak tajam. Jahe ini dilaporkan ia mengandungi minyak pati 1.5 - 3.3 % dari berat basah apabila diproses. Jahe kecil adalah spesis halia yang sering digunakan sebagai bahan asas untuk minuman, rempah-rempah dan penyedap kepada makanan. Dilaporkan dimana selain diigelar sebagai 'jahe kecil; akan tetapi ia masih tetap dalam satu kumpulan halia lain iaitu jahe kuning yang sering disebut sebagai 'Jahe emprit'. Jenis yang ke 3 adalah dikenali sebagai Halia Merah atau pun Jahe merah (Zingiber officinale Var. Rubrum). Jenis halia merah ini  juga sering disebut sebagai 'Jahe sunti' dimana rimpangnya bersaiz paling kecil jika ia dibandingkan kedua varieti lainnnya iaitu haia besar dan halia kecil. Lazimnya isi halia ini adalah berwarna merah sehingga warna jingga muda. Jenis ini selalunya akan mempunyai serat yang kasar, aroma tajam dan rasanya sangat pedas. Oleh karena itu dipasaran harga jahe merah ini paling mahal jika ia hendak dibandingkan dengan harga jahe lainnya. Kandungan minyak pati pula sekitar 2.58 - 2.72 % yang dianalia dimakmal dari asas berat kering. Apa pun biasanya halia merah ini penggunaannya lebih banyak untuk industri ubat-ubatan.

Dalam mengetahui akan bagaimana halia di Indonesia ini ditanam selalunya proses memperbanyakan benih jahe daripada keluarga zingiberaceae adalah secara vegetatif iaitu dengan menggunakan umbisi yang dipotong atau dikerat. Secara umumnya memang mudah proses dalam menyediakan benih halia kerana memang ada banyak sumber rizom halia segar matang yang boleh dibeli daripada pekebun atau pun membelinya sahaja dipasar. Bagaimana pun adalah disyorkan agar perlu waspada kerana hasil pendapatan halia adalah berasaskan kepada kualiti benih halia yang digunakan. Petani tidak boleh gelabah dalam cara memilih dan membeli sumber benih halia. Antara syarat penting yang perlu dipenuhi oleh setiap petani mempastikan umbisi atau rizom untuk dijadikan benih mestilah dari varieti yag jelas dan disyorkan. Varieti halia atau jahe yang akan dibiakkan terlebih dahulu mesti dipastikan untuk apa dann sesuai tujuan penghasilan kelak. Tanaman halia yang bertujuan untuk hasilkan umbisi segar maka perlu pi;ih varieti Halia Besar (jahe besar) kerana ia lebih sesuai dibandingkan dua varieti yang lainnya. Adalah disyorkan dimana bagi tujuan hasil halia untuk membuat rempah-rempah dan minyak pati halia sebaiknya menggunakan varieti jenis Halia Merah (jahe merah). Pastiken sumber benih halia sudah cukup umur kematangannya. Sebaiknya ambil benih halia dari penanam sedia ada yang sedang emnuai haia tua dikebun dan elakkan dari membeli dipasar. Secara teknikalnya benih perlu diambil dari umbisi matang dari tanaman yang sudah tua (berumur 9-10 tahun). Kandungan seratnya tinggi dan kasar dengan dilihat warna kulit berkilat yang menampakkan tanda ia akan bertunas setelah ditanam. Periksa sumber benih agar ia dipilih dari tanaman pokok induk yang sihat, tidak terluka atau lecet. Perlu juga dilihat dimana benih sebaiknya bebas dari sebarang serangan perosak dan penyakit. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca sekali. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology terutama petani yang ingin mendapatkan bagaimana haka ditanam di Indonesia kali ini. Wasallam!,,,
TANAM HALIA... PASTIKAN BENIHNYA...
JENIS HALIA DITANAM... 3 VARIETI ADA...
BINIH HALIA MATANG... CUKUP UMURNYA...
SEDIA DITANAM... LUMAYAN HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bukit Baru,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(11 JamadilAkhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.