Saturday, June 14, 2014

KOSTING - BURUNG WALIT

BURUNG WALIT (Aerodemus fuciphagas atau Aerodemus collocalia maxcimus) adalah sejenis burung liar dari keluarga Apodidae yang kini sangat popular dan menjadi aktiviti ternakan burung yang hebat. Permintaan tinggi industri sarang burung walit atau orang biasa kata sebagai burung layang-layang mencetuskan satu perusahaan baru di Malaysia dan Indonesia serta negara berkaitan. Kini dari laporan MOA anggaran nilai pengeluaran hasil dari sarang burung sebanyak jutaan ringgit setahun. Anggaran sebenar tidak diperolehi kerana sebahagian besar pemilik rumah walit mejadi rahsia mereka. Ramai diantara mereka telah menjadi jutawan senyap semenjak dulu dan ianya menjadi 'boom' selepas Bencana Tsunami di Acheh tahun 2008. Hasil kutipan juga senyap kerana sebab sebab tertentu dan menjadi rahsia mereka dan jarang ada maklumat sebenar diperolehi. Kini telah ujud satu garispanduan untuk diguna oleh menternak burung walit sebagai rujukan teknikal. Anda boleh berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar terdekat. Saya mula mengetahui tentang kehebatan burung walit secara serius semasa peristiwa berlakunya Tsunami di Acheh dimana ketika itu banyak burung walit telah pun berpindah ke Malaysia. Permintaan tinggi terutama kalangan masyarakat Cina membuatkan jumlah pengusaha dan rumah bagi sarang burung terbabit di Malaysia kini dianggarkan berjumlah lebih 1,000 orang dengan nilai pelaburan mencecah jutaan ringgit. Harga sekilogram sarang burung mentah ialah sekitar RM2,000 hingga RM12,000 masa itu dan perkembangan terbabit telah mencetuskan aktiviti menukar bangunan komersial dan rumah dalam bandar menjadi pusat perusahaan sarang burung walit. Dibimbangi perkembangan perusahaan yang tidak terkawal boleh menimbulkan konflik, kerajaan juga telah bersetuju mengawal perusahaan melalui proses pelesenan dan pendaftran rumah burung walit ini. Artikel subuh ini daripada tingkat 12 Hotel Avillion Legacy Melaka, saya mendapat idea untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi dan kosting menternak burung walit berdasarkan kursus yang telah saya hadiri dan membuat rujukkan dari beberapa sumber rasmi.


Anggaran pembinaan bangunan untuk Sarang Burung Walit Komersil yang berukuran 40 kaki x 60 kaki setinggi 3 tingkat adalah sekitar RM 120,000. Bagaimana pun kini telah banyak rekabentuk dan bahan yang diggunakan sehinggakan harga sebenar mengikut kemampuan pengusaha. Kesesuaian tapak bangunan perlu diteliti dulu kerana jika salah buat berkemungkinan burung tidak suka untuk mendiami bangunan tersebut. Sebaiknya faktur kedudukan arah pintu keluar-masuk, arah matahari turun naik, arah angin, kedudukan dengan permukaan air seperti sungai atau tasek amat mempengaruhi kriteria rumah burung walit ini. Pengalaman penulis dalam beberapa penelitian dan temubual dengan pengusha burung walit menyatakan bahawa kawasan yang agak sunyi, bebas dari pencemaran udara (seperti asap, bunyi bising) dan tiada gangguan musuh semulajadi (burung helang, burung pungguk, burung hantu dan tikus serta semut) membantu burung menyukai untuk tinggal dalam bangunan yang dibina. Pembinaan sarang burung walit yang sering tidak dicat membolehkan kita mudah melihat kedudukan sarang rumah tersebut sebagai rumah burung walit. Lazimnya ia dikunci dengan kukuh untuk mengelakkan sebarang kes pencerobohan dan kecurian.

Berikut adalah kosting dalam membuat bidangusaha tyernakan burung walit untuk panduan anda semua.


1 KOS TETAP (Pembangunan)
Paling asas dalam industri ini adalah untuk kerja-kerja pembinaan bangunan atau Sarang burung walit komersial yang sempurna dan lengkap. Saiz standard yang sering dibuat adalah setinggi tiga tingkat berukuran  40' x 60' persegi dengan dinding konkrit. Bangunan setinggi 3 tingkat ini akan dipasang kayu palang dibahagian bawah lantai setiap tingkat untuk membolehkan burung walit membina sarangnya pada pepara kayu yang dibina bersilang-silang. Didalam bangunan konkrit ini dibuat sistem pengudaraan (ventilatioan system yang baik) dimana suhu didalamnya sentiasa stabil dan tidak panas. Anggaran kos minima bagi pembinaan sarang burung walit ini dikira sekitar RM 120,000 dan boleh mencecah lebih dari angka tersebut. Ini juga merupakan kos pelaburan paling tinggi bagi menceburkan diri untuk burung walit. Kelengkapan lain seperti alatan eletronik CD dan speaker bunyi burung walit dan peralatan lain perlu dilengkapkan. Ramai dikalangan usahawan yang membuat pinjaman daripada bank walau pun risikonya agak besar kerana jika burung walit tidak menghuni rumah tersebut memang ... rugi pengusaha tersebut.


2 KOS MODAL PUSINGAN 

Setahun (Overhead Cost)
Dalam menternak burung walit dikatakan menggunakan kos upah yang rendah jika dibandingkan dengan aktiviti pertanian yang lain. Dianggarkan Kos tenaga buroh yang diperlukan adalah cuma RM 12,000 setahun atau sekitar RM1,000 sebulan sahaja untuk kerja-kerja seperti penyelenggaraan sarang, mengutip hasil, membuat pemeriksaan dan juga kerja lain berkaitan. Pekerja perlukan sedikit ilmu dan kemahiran dalam membuat penyelenggaraan. Kos untuk penggunaan tenaga eletrik dan air dianggarkan sebanyak RM 1,000 setahun (Tidak banyak gunakan lampu dan letrik). Air hanya untuk air minuman dan kolam takungan dalam sarang (Perlu ditukar airnya). Kos Permulaan penternakan burung walit selama setahun dianggarkan sebanyak RM 133,000. Pada masa ini memang agak lambat lagi untuk kita mendapatkan pulangan kerana burung walit akan mengambil masa untuk mendiami dalam rumah burung walit yang baru siap dibina. Bergantung kepada nasib dan kesesuaian, ia mengambil beberapa bulan untuk didiami.


3 ANGGARAN HASIL Sarang burung (minima)

Burung walit lazimnya akan mula mendiami sarang burung bergantung kepada kesesuaian untuk bersarang. Ia mengambil masa 4-6 bulan untuk masuk dan membina sarang dan juga bertelur seterusnya membina sarang sendiri. Sarang tiruan yang dipasang juga boleh menggalakkan burung walit masuk kedalam bangunan. Pemerhatian daripada beberapa pengusaha mendapati pada akhir tahun pertama (1st year) dianggarkan sebanyak 0.5 kg sarang burung walit boleh dikutip dan boleh dijual dengan harga RM 6,000 sekilogram. Anggaran hasil ini menjadikan jumlah pendapatan kasar bagi tahun pertama dianggarkan sebanyak RM 3,000. Pada akhir tahun ke-2 pula dianggarkan sebanyak 7 kg (Harga sekitar RM 6,000 /kg) menjadi anggaran jumlah nilaian hasil sekitar RM 42,000. Seterusnya pada akhir tahun ke tiga (3 year) sebanyak anggaran 14 kg sarang burung walit akan dituai dengan nilai pendapatan kasar sebanyak RM 84,000. Pada akhir tahun ke 4 pula sebanyak 20 kg sarang burung akan dituai dengan anggaran nilai hasil atau pendapatan kasar sebanyak RM 120,000. Kiraan kasar pada akhir tahun ke 5 juga sebanyak 20 kg boleh dituai dan jika harga ladang pada RM 6,000 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar adalah sebanyak RM 120,000. Perkiraan diatas dengan mengambilkira bahawa burung walit mendiami sarang mngikut jadual biasa dan diselenggara dengan baik dimana populasinya penoh.


4 ANALISA KEUNTUNGAN Tahunan

Dalam membuat aktiviti pertanian, faktur keuntungan merupakan sasaran utama penternak. Analisa kewangan perlu dibuat setiap tahun dengan membuat pemantauan rapi. Dari data yang diperoleh oleh beberapa pengusaha, pada tahun pertama sebanyak pendapatan kasar hanya sebanyak RM 3,000 menjadikan pendapatan adalah negatif RM 130,000. Bagaimana pun pada tahun ke 2 lazimnya pendapatan sebanyak RM 42,000 hasil dikumpulkan dimana kiraan ini (RM 7,000 + RM 29,000) juga masih memberikan pulangan bernilai Negatif RM 88,000. Begitu juga pada tahun ke 3 dimana anggaran pendapatan bersih penternakan adalah sebanyak RM 84,000 iaitu masih juga Negatif RM 4,000. Penternak burung walit hanya akan mula tersenyum pada tahun 4 dengan nilai kutipan hasil sebanyak RM 120,000 dan keuntungan bersih mencecah RM 116,000 dan begitu juga dengan jangkaan penghasilan pada tahun ke 5 juga sebanyak RM 120,000. Pada masa ini jika pengeluaran dan hasil sarang burung walit baik, lazimnya usahawan burung walit akan diam sahaja (maklumlah ada pendapatan baik). Terdapat juga pengusaha burung walit yang mula memproses sendiri produk burung walit menjadi produk lain seperti minuman berkhasiat dan sebagainya.  Ada juga pengusaha burung walit yang dalam masa 3 tahun modal yang dilabur dapat dipungut kembali modal sepenuhnya. Wasallam!.
TERNAK WALIT ... DIMANA-MANA...
ADA ASASNYA...BANGUNAN DIBINA...
JUGA ....IA PERLU DISELENGGARA...
MULA UNTUNG... TAHUN KETIGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1207, Avillion Legacy Melaka Hotel,
146, Jalan Hang Tuah,
75300, Melaka,
Malaysia.
(13 Syaaban 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.