Saturday, June 7, 2014

AYAM KAMPONG - CARA TERNAK (Part 2)

MENTERNAK AYAM KAMPONG kini menjadi satu aktiviti yang semakin kurang mendapat perhatian terutama sekali dikalangan penduduk kampong tidak seperti zaman dahulu. Ini kerana penduduk diluar bandar dan desa kini amat mudah untuk mendapatkan bekalan ayam daging dengan terdapatnya sistem pengedaran dan kemudahan pusat jualan dipasar dan juga kedai jual ayam daging. Berapa ekor ayam daging yang hendak dibeli sama ada untuk makan sendiri atau kenduri boleh dibeli dengan mudah dan cepat prosesnya. Bagaimana pun aktiviti penternakan ayam kampong kini boleh dan telah dikomersilkan dengan cara moden melibatkan pelaburan yang besar dan bertaraf industri. Sebut sahaja ayam kampong, ramai pengguna akan berfikir dua kali untuk membelinya kerana faktur harga jualan runcit yang sememangnya lebih tinggi daripada ayam daging. Ayam kampong yang dijual mencecah lebih RM 25 seekor bergantung kepada saiz dan jantina. Daging ayam kampong yang segar dan kenyal mempunyai rasa yang sangat enak dimasak kicap, goreng berempah, masak kari mahu pun pada saya paling enak 'ayam kampong masak ungkep'. Bagaimana pun kepada mereka yang suka hendak menternak ayam kampong jika ada kawasan sesuai, modal mencukupi dan minat yang tinggi boleh terus membaca artikel ini untuk mendapatkan panduan. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kriteria menternak ayam kampong untuk bahan rujukan dan bacaan semua. Artikel ini ditulis dari Bandar Raub, Pahang semasa lawatan kelokasi tersebut.


4. Peralatan makanan dan minuman
4.1 Bekas Makanan 
Makanan ayam perlu diletakkan didalam bekas khas yang diletakkan dilokasi sesuai dalam reban. Lazimnya dulang makan ayam berukuran 46 cm x 46 cm mampu untuk julah ayam 100ekor. Bekas makanan untuk anak ayam berbeza dengan bekas makanan untuk ayam dewasa. Palong makanan untuk anak ayam dari plastik berukuran 5.0 - 7.5 cm untuk seekor sehingga ayam berumur 2 minggu (Sila lihat foto sebelah). Bekas makan jenis tiub pula mampu membekalkan makanan untuk  30 ekor satu tiub apabila ayam berumur 3 mingggu. Seterusnya bagi penternakan komersial, "Chain Feeder" berukuran 2.5 cm seekor sehingga ayam berumur 1-14 hari. Seterusnya alatan "Pan Feeder" berukuran 33 cm akan diletakkan sehingga ayam berumur 21 hari (Kapasiti 30 ekor bagi satu feeder). 

4.2 Bekas Minuman
Ternakan ayam perlukan minuman yang mencukupi sepanjang masa penternakan. Tabung minuman kapasiti 9 liter boleh menampong sebanyak 100 ekor ayam sehingga ia berumur 14 hari. Keperluan air pada kadar 2 cm seekor sehingga uyam berumur 14 hari dengan menggunaka "Bell drinker" untuk sebanyak 100 ekor ayam satu unit drinker. Seterusnya alatan minum "Nipple drinker' yang mampu memberikan kapasiti sebanyak 8-15 ekor satu nipple digunakan. Sistem bekalan air perlu dijaga sepanjang masa.

5. Cara Mengurus Ladang Ayam Yang Baik.

Baka Anak Ayam Kampong amat penting dikenalpasti bekalannya. Ayam kampong mempunyai kadar pembiakan yang sangat sedikit jika ia bertelur secara semulajadi berbanding dengan baka ayam daging komersil. Perindukan anak ayam kampung dari perindukan ibu asli atau ibu ayam akan memanas dan mendidik sendiri anak selama 1.0 -1.5 bulan. Sebaiknya anak ayam disimpan dikawasan yang berbumbung berdinding dan berpagar untuk beberapa hari. Bagi cara menggunakan perindukan induk palsu sering akan menggunakan kotak perindukan palsu jenis kayu ,berdinding serta berlantai dawai BRC. Kotak perindukan jenis kadbod yang tebal dan setinggi 2 kaki berlantai simen atau dawai BRC atau Tanah boleh digunakan. Beberapa lubang dinding 1/2 cm dibuat pada 4 in dari lantai kotak untuk peredaran udara lebih sempurna. Bagi tujuan kelengkapan Perindukan Anak Ayam selalunya alat pemanas gas 30,000 BTU digunakan untuk 500 ekor anak ayam. Bekas makanan berukuran 46 cm x 46 cm untuk 100 ekor anak ayam boleh diletakkan (keperluan ruang makan 2.5 cm/ekor). Lazimnya bekas tabung minuman bermuatan 9 liter untuk 100 ekor anak ayam berumur 1-14 hari kepungan/ serkop ayam untuk mengepung dan kerja mengasing anak ayam. Pembiakan dan Penetasan Ayam kampung Tempatan selalunya dilakukan dengan menyediakan kotak pengeraman dan penetasan telur untuk induk betina pada nisbah pembiakan seekor jantan bagi 10-20 ekor betina.


6. Makanan dan Minuman
Makanan ayam kampong yang diternak secara komersil perlukan jenis makanan yang sesuai agar ayam cepat besar untuk dipasarkan. Terdapat jenis makanan komersial ayam kampung kini dijual sama seperti ayam pedaging. Walau bagaimana pun makanan tambahan seperti jagung ,beras hancur,gandum,ubi kayu dan sebagainya. Makanan asli seperti ulat, serangga, rumput mampu menambah kesihatan ayam. Makanan permulaan ayam kampung atau ayam pedaging untuk peringkat anak ayam sehingga 5 minggu. Makanan ayam kampung atau pedaging bagi tujuan membesar (60%) dan makanan tambahan lain (40%) untuk peringkat memang ada dijual. Kini ramai mebggunakan 100 % makanan komersial untuk ayam yang dipelihara secaar tidak lepas. Air minuman mestlah membekalkan air dimana ia sentiasa ada dan mencukupi. Kualiti air sebaiknya mempunyai pH 6.5-8.0 dengan warna, rasa, bau dan suhu dapat diterima oleh ayam. Sentiasa membuat pengawasan pada bekas munuman yang sentiasa mencukupi.

7. Rekod Ladang

Rekod ladang merupaka catitan segala aktiviti yang perlu disimpan dalam buku . Kepentingan rekos ladang adalah untuk kita sentiasa memantau prestasi projek penternakan ayam kampong sama ada untung atau rugi. Antara maklumat dalam rekod ladang adalah catitan mengenai tarikh anak ayam tiba, bilangan anak ayam terima, sumber/baka anak ayam, kematian singkiran anak ayam, pemberian/ jenis/ sumber makanan harian, pembelian vaksin atau rawatan, pembelian vaksin dan ubat serta kos penggunaan air serta elektrik. Rekod ini disimpan dalam bulu atau sistem aplikasi komputer yang sangat mudah dianalisa kelak.


8. Penjagaan Kesihatan
Pencegahan penyakit ternakan ayam kampong dilakukan dengan melalui pemberian vaksin pada umur sesuai. Jenis vaksin diberikan 1 hari peringkat anak iaitu bahan seperti "Marek's subcutaneous" dan seterusnya pada 5-7 hari dengan bahan "Ranikhet F" untuk kawal penyakit Sampar melalui cara menitis pada mata atau hidung. Kemudian kesiatah ini dilihat pada masa 14 hari dengan letakkan IBD air minuman. Seterusnya akan diberikan pada umur 18-21 hari dengan "Raniket F (kawalan sampar) pada air minuman. Ubat jenis "Fowl pox" untuk kawal penyakit puru diberi dengan menusuk pada kulit kepak. Seterusnya pada 28 hari bahan "Fowl cholera" diletakkan pada air minuman. Pemberian bahan ND std (untuk sampar) dengan cara suntik intramascular (i/m). Rawatan penyakit perlu dilakukan selain dari ubat jenis Nitrofuran dan keluarganya serta chloramphenicol dan juga jenis ubat lain dengan selamat digunakan tetapi mengikut peraturan yang dibenarkan. Nagi tujuan biosekuriti ladang yang bermaksud langkah yg diambil bagi mencegah kemasukan penyakit ke dalam ladang dilakukan. Ini untuk mengelak perebakan penyakit di antara kawasan di dalam ladang seperti cara memasang pagar ladang dengan chain link setinggi 5 -6 kaki. Sebaiknya pintu pagar ditutup rapat dengan hanya mengunakan satu pintu masuk sahaja. Setiap pintu mesti dilengkapi dengan pencelup tayar kenderaan berturap dan kawasan pengeluaran dipagar berasingan. Kemudahan pencelup kaki berisi ubat pembasmi kuman disediakan dipintu reban. Sebaiknya jika ada pelawat tidak berkaitan tidak digalakkan masuk dan berada didalam kawasan pengeluaran. Begitulan beberapa kriteria bagaimana untuk melaksanakan ternakan ayam kampong untuk panduan pembaca semua. Wasallam!.



TERNAK AYAM...DILOKASI MANA...
MAKANAN AYAM... SENTIASA ADA...
PALONG AIR.... BEKALAN SEDIA...
CEPAT BESAR... DIJUAL SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Medan, 
Raub, Pahang, 
Malaysia.
(3 Syaaban 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.