Thursday, May 8, 2014

RAPESEED

RAPESEED (Brassica napus) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu ditanam untuk menghasilkan minyak atau juga dipanggila Canola daripada bijinya. Tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna kuning seperti karpet ini pertama sekali saya lihat dengan jelas semasa mendarat di Praha, Czec Republic iaitu di Varlac Prague International Airport dari udara rupanya adalah daripada keluarga Brassicae (Macam Sawi). Sepanjang perjalanan dengan keretapi laju daripada London ke Paris dan Paris ke Amsterdam juga saya dapat melihat tanaman ini ditanam dengan luas. Tumbuhan ini dipanggil juga sebagai Oilseed, Rape, Rapa, Rapi dan beberapa lagi. Kita di Malaysia kurang kenal akan tanaman ini keran ia hanya ditanam dengan luas berskala komersil dinegara yang ada 4 musim dimana ia berbunga semas musim bunga (Spring). Laporan FAO menunjukkan kepentingan minyak Oilseed ini menduduki tempat ke 3 dalam penghasilan minyak masak selepas Kelapa Sawit dan Kacang Soya. Terdapat dakwaan menanam rapeseed lebih bermakna daripada penamaman kacang soya kerana kandungan minyak dalam rapeseed sebanyak 40% sedangkan dalam kacang soya cuma 18% sahaja. Sebanyak 64.8 juta metrik tan dikeluarkan pada tahun 2012 dengan negara-negara EU mendominasi pengeluarannya sebanyak 19.2 juta metrik tan setahun. Ini diikuti oleh Canada (15.4 juta mt), China (15 juta mt), Perancis (5.5 juta mt) dan Jerman (4.6 juta mt). Lain-lain negara yang menghasilkan produk oilseed ini termasuk Australia, UK, Ukraine, USA, Czec Republic, Russia, Belarus, Lithuania dan Denmark mengikut susunan. Produk minyak Canola merupakan hasil ekstrak daripada biji oilseed yang dihasilkan dan mempunyai kualiti minyak masak yang bernilai tinggi. Minyak jenis Canola (rapa) telah lama digunakan oleh penduduk di Asia Barat, Asia Tengah dan Eropah sebagai minyak untuk lampu. Pada keadaan tertentu dilaporkan yang minyak ini digunakan untuk memasak sebagai iaitu sebagai pengganti minyak babi. Sejarah menunjukkan sehingga berakhirnya Perang Dunia II dimana minyak rapeseed sangat terbatas kegunaannya disebabkan oleh faktor seperti kandungan asid erukat dan glukosinolat yang tinggi. Asid Eruisik (Euricic acid) kurang dari 2% selalu menyebabkan rasa pahit pada minyak tersebut. Bahan Glukosinolate (Glucosinolates) kurang dari 3mg/g pula menyebabkan bau hanyir dan juga memiliki bau yang menyengat (seperti mustard). Dua varieti yang popular dikomersilkan didunia adalah Jenis Argentina (Brassica napus) dan Jenis Poland (Brassica campestris). Artikel subuh ini dalam kedinginan teramat sangat bagi orang Asia macam saya di London, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman rapeseed yang dilihat amat cantik seperti karpet kuning diatas mukabumi untuk bacaan dan rujukkan anda.


Pada saya setelah membaca beberapa rujukkan mendapati yang tumbuhan ini sebenarnya ditanam secara komersil sejak kurun ke 18 lagi dimana minyaknya telah digunakan dalam menjalankan injin stim semasa itu. Pada masa ini tumbuhan rapseed menjadi penting dinegara-negara EU dimana ia ditanam secara komersil oleh petani bagi tujuan menghasilkan biji untuk dibuat minyak (Sila lihat foto sebelah).  Minyak Canola sebenarnya diberikan kepada produk hasil daripada rapeseed. Tumbuhan ini dari kumpulan Brassicae dengan lebih daripada 3,000 spesis. Kegunaan utama lain tanaman ini adalah sebagai bahan asas untuk makanan ternakan (forages) dimana ia membekalkan sebanyak 21-24% crude protein dangan kadar bahan kering sebanyak 2.4 - 4.5 metrik tan sehektar yang boleh diberikan kepada ternakan seperti lembu dan ruminan lain. Tanaman ini diusahakan dalam musim bunga (Spring) dan juga dalam musim luruh (Fall). Ia mempunyai 6 peringkat pertumbuhan daripada mula menanam sehingga dituai hasilnya. Peringkat pertama adalah Pra-cambah (Preemergence) dimana bijibenih akan bercambah dalam 4-10 hari bergantung kepada keadaan tanah, kelembapan, kualiti benih, serangan patogen dan juga kesuburan tanah. Peringkat kedua adalah peringkat vegetatif pembentukkan daun selama beberapa minggu. Peringkat ke 3 dimana pembentukan banyak tunas baru dengan Leaf Area Index (LAI) mencapai 30-60% daripada jumlah bahagian pokok dimana ia perlukan cahaya matahari yang agak banyak.  


Peringkat ke 4 adalah peringkat Pembungaan (Flowering) selama 14 - 21 hari lamanya. Sebanyak 3-5 kuntum bunga akan terbentuk setiap hari pada tumbuhan rapeseed sehingga keseluruhan ladang akan menjadi warna kuning seperti karpet dari jauh (Sila lihat foto dari kapalterbang British Airlines yang saya ambil di Prague). Peringkat bunga mekar ini amat indah dipandang dari jauh. Lazimnya sebanyak 40% bunga akan membentuk lengai buah (pods).  Peringkat ke 5 adalah apabila kelopak bunga gugur daripada pokok dimana pembentukkan bunga lengkap selepas 35-45 hari selepas pendebungaan (Flower initiation). Peringkat ini biji benih dalam lengai mengandungi sebanyak 40% air dan kelembapan. Stage ke 6 adalah peringkat untuk menuai rapeseed ini dimana ia mengambil masa selama 74-140 hari bagi jenis Brasicca napus dan 11 hari bagi Brassica campestris. Semuanya bergantung kepada pengurusan tanaman, kesuburan tanah, varieti yang digunakan serta penentuan masa menanam yang tepat dan peranan cahaya matahari. 


Menuai biji rapeseed atau canola ini sangat kritikal untuk memastikan ia dituai pada kematangan yang tepat. Pemeriksaan rapi dilakukan setiap 3-4 hari sekali diladang untuk memeriksa tahap kematangan biji rapeseed melalui warna bijinya. Apabila 30-40% warna bijinya menjadi merah kecoklatan atau kandungan kelembapan sekitar 35-40% maka ianya boleh dituai. Menuai rapeseed lazimnya menggunakan jentuai yang seperti yang digunakan untuk menuai gandum dan juga padi (Sila lihat foto sebelah).  Mesin jentuai memainkan peranan penting untuk aktiviti menuai bagi mengurangkan kehilangan lepas tuai (post harvest loses) yang tinggi. Ini kerana bijinya yang kecil mudah cicir dalam banyak peringkat penuaian. Biji rapeseed yang baru sahaja dituai perlu disimpan dalam stor penyimpanan yang baik dengan kelembapan sekitar 20% kebawah bagi menjaga kualiti. Hasil bergantung kepada pengurusan dan jenis tanah serta varieti. Laporan daripada Minnesota USA menyatakan hasilnya sekitar 150 - 2,500 paun/ekar (Anda kena kira sendiri dalam unit mt/ha). Hasil rendah berlaku akibat beberapa faktur alam semulajadi dan juga pengurusan tanaman seperti cuaca, pembungaan, serangan perosak dan sebagainya. Sekian tulisan kali ini pada pagi 7 Mei 2014 di Timotel Saint George Hotel, Pigale, Paris, Perancis kali ini. Seterusnya akan bertolak ke Amsterdam esok. Wasallam!.


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Posted from:
Room No 21, Timhotel Saint Georges,
Pigalle, 21, boulevard de Clichy, 75009,
Paris, Perancis.
(30 April 2014).
Dipostkan pada 8 Mei 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.