Masalah Anai Anai memang telah diketahui umum antara yang memerlukan perhatian daripada pekebun, pemilik rumah, kilang dan semua pihak berkaitan. Masalah paling selalu diperkatakan adalah agak besar iaitu jika rumah anda diserang anai anai. Anai-anai boleh merosakkan perabut seperti almari, rak, dan juga pintu, pakaian, buku, dokumen, pakaian, syiling, dinding rumah dan lain-lain lagi. Apa sahaja bahan organik yang ada didalam rumah kita boleh dijadikan makanan kepada anai-anai. Uniknya adalah cara anai-anai merosakkan benda tersebut memang tidak mudah dikesan sehingga ada tanda kerosakkan yang serius. Terdapat beberapa kes bumbung rumah runtuh, tiang tumbang, jambatan rosak akibat diserang oleh anai-anai. Kerugian yang dialami akibat serangan anai-anai adalah besar dengan nilai berratus juta ringgit setahun.
Kita perlu juga tahu mengenai anai-anai dan bagaimana kitaran hidupnya. Biasanya sarang anai-anai adalah di dalam tanah kerana anai-anai suka tempat yang lembab, dingin dan terlindung. Koloni anai-anai terdiri daripada kasta permaisuri, raja, pemangku permaisuri, pemangku raja, pekerja, tentera dan peninjau. Jika permaisuri mati, pekerja lain boleh bertukar menjadi permaisuri tetapi saiznya tidak besar seperti permaisuri asal. Pada musim tertentu pemangku permaisuri dan pemangku raja akan tumbuh sayap dan dan terbang mencari kawasan baru untuk membuat sarang baru. Kelkatu merupakan satu peringkat dimana anai-anai jantan dan betina mempunyai kepak dan terbang untuk mengawan seterusnya menghasilkan koloni ditempat yang baru. Saya ada menulis mengenai kelkatu dalam artikel sebelum ini (Sila Klik Disini). Walau pun kelkatu banyak terbang lazimnya selepas hujan tetapi peratus yang berjaya membuat koloni baru adalah sedikit.
Terdapat beberapa kaedah untuk mengawal anai-anai yang sering dilakukan. Orang biasa panggil sebagai Ubat Anai-anai yang sebenarnya adalah Racun Anai anai dalam bentuk cecair, butiran, debu atau lain-lain formulas. Racun anai-anai mempunyai tahap kebisaan (Kelas Racun) yang berbeza-beza dimana yang biasanya digunakan di ladang-ladang mudah diperolehi. Jika digunakan di dalam rumah, ia menghasilkan bau yang tidak menyenangkan malah wapnya dikuatiri mendatangkan keburukan kepada kesihatan kita. Dapatkan kepakaran daripada syarikat swasta yang membuat kawalan anai-anai profesional jika perlu. Penggunaan racun ini sekadar menghidarkan dari serangan anai-anai tersebut sahaja kerana ia membunuh anai-anai yang terkena racun ini sahaja (Itu jenis racun sentuh sahaja). Masih terdapat banyak lagi anai-anai di dalam sarangnya. Ia menunggu masa dan keadaan sesuai untuk menyerang kembali.
Salah satu cara lebih berkesan ialah kita perlu mengupah pembasmi anai-anai profesional. Belanjanya mahal sikit, boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada kualiti tahap kawalan dan bajet. Terdapat kawalan anai-anai yang dibuat sekali tetapi mempunyai jaminan lama seumur hidup dan ada yang mempunyai jangkamasa hanya beberapa bulan atau tahun sahaja. Mereka akan mengepam racun anai-anai ke dalam tanah di bawah rumah anda atau guna kotak umpan beracun untuk membunuh seluruh koloni anai anai dan mencegahnya (Sila lihat foto sebelah). Kaedah kawalan mudah terkini ialah dengan kaedah memberi umpanan. Pengguna boleh melakukannya sendiri di rumah dengan belanja yang berpatutan. Caranya mudah sahaja, cuma Tampalkan kotak umpan TermitesDIY di sepanjang 'lumpur terowong atau jalan anai-anai (terowong anai anai) atau tempat anai-anai berkumpul (biasanya di bawah kotak, kayu dan lain-lain). Anai-anai menyukai umpan ini, mereka akan bawa balik ke sarang, biar anai-anai makan dan berbagi racun umpan kepada semua anai-anai dalam sarangnya. Kajian mendapati setelah 21 hari kita akan melihat banyak bahagian umpan yang telah dimakan. Selapas itu tidak ada anai-anai di dalam kotak dimana koloni anai-anai anda sudah berjaya dihapuskan sehingga kesarang anai-anai. Semuga artikel ini memberikan ilmu berguna kepada pembaca blog "Anim Agro Technology". Berjumpa lagi dalam artikel lain.
ANAI-ANAI... MEROSAKKAN HARTA...
DALAM RUMAH...DIA AKAN BERADA...
DALAM KEBUN... SAMA SAHAJA...
PERLU DIKAWAL...DENGAN SEGERA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(13 JamadilAkhir 1435H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.