Friday, April 11, 2014

PEDAS (Part 2)

PEDAS (Hot) merupakan satu perkataan yang dikaitkan dengan satu deria rasa. Ada juga perkataan pedas ini dikaitkan dengan 'kata-kata pedas'  atau sindiran dalam terjemahan sosial pada masyarakat umum. Bagaimana pun kali ini saya buat entri mengenai 'rasa pedas' yang melibatkan deria manusia selain daripada rasa manis, masin, masam, panas dan sebagainya pada lidah dan mulut kita. RASA PEDAS berlaku pada deria sensitif seperti pada lidah, bibir, mata, tapak tangan, kemaluan dan sebagainya. Tindakbalas rasa pedas akan berlaku sekiranya kita tersentuh bahan penyebab seperti cili yang mengandungi bahan 'Capsaicin'    yang memberikan rangsangan kepada saraf deria manusia. Kesannya adalah seperti panas pada deria dan jika terkena pada mulut dan mata akan mengeluarkan rembersan cecair secara semulajadi. Beberapa bahan makanan memang mempunyai kesan rasa pedas apabila dimakan seperti bawang merah mentah, daun kucai, wasabi, cili api, cili besar dan banyak lagi. Rasa pedas ini merupakan satu nikmat kepada mereka yang sukakan makanan pedas untuk menambahkan selera makanan. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu deria rasa yang penting iaiti "PEDAS" untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Makanan Pedas lazimnya dikatakan mampu Menyihatkan Jantung kita. Ini kerana cili menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah. Pemerhatian juga menunjukkan kadar kolesterol yang tidak baik atau LDL boleh mencegah pengoksidaan yang akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Laporan yang saya baca ada mengatakan capsaisin juga berkesan melawan keradangan yang telah dikenalpasti sebagai faktor risiko penyakit jantung. Oleh itu makan makanan yang pedas juga baik untuk kesihatan. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah berbanding dengan mereka yang kurang makan makanan yang pedas. Ini kerana cili merah didakwa boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan capsaisin pula boleh melawan keradangan. Kedua-duanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung seperti yang dilaporkan oleh pakar perubatan.


Kepada mereka yang mempunyai masaalah berat badan, anda boleh makan makanan pedas selalu. Ini kerana ia juga dipercayai mampu Menurunkan Berat Badan. Nasi goreng kampong yang mengandungi cili api pedas memang enak dan ia kurangkan berat badan (Sila lihat foto sebelah)Cili Pedas mengandung capsaisin dimana ia juga memiliki kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit. Ia yang akan mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi kerana bahan capsaisin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkatkan denyutan jantung. Tambahan pula, kajian ada menunjukkan orang yang suka makanan pedas biasanya makan dalam kuantiti yang sedikit sehingga berat badan lebih terjaga. Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan kadar metabolisme anda. Makanan pedas juga boleh Menurunkan Tekanan Darah terutama mereka yang ada masaalah tersebut. Kandungan Vitamin A dan C dalam cili pedas juga mampu menguatkan dinding otot jantung kita sementara rasa panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat. Mereka yang makan makanan pedas tetapi tidak terlalu pedas adalah digalakkan untuk kesihatan.

Terdapat beberapa persoalan bagaimana kita hendak mengurangkan rasa pedas pada makanan. Tips pertama yang saya hendak cadangkan adalah dengan memasukkan extra ramuan lain dalam masakan. Ini bermakna jika sekiranya anda sedang memasak sayur campur dan terlebih rasa pedasnya maka kita boleh tambahkan lagi baki sayur campur yang tidak dimasak tadi ke dalam masakan sayur campur anda. Saya kira cara ini akan mengurangkan rasa pedas masakan anda tadi.  Tips yang kedua ialah dengan memasukkan kentang ke dalam masakan. Walaupun ramai yang sudah mengetahui bahawa kentang boleh mengurangkan rasa masin dalam masakan (Sila lihat foto sebelah). Kentang yang telah dibuang kulit adalah sesuai . Anda juga boleh menggunakannya untuk mengurangkan rasa pedas dalam masakan berbagai resepi. Kentang yang berfungsi sebagai penyerap atau 'absorber' dianggap mampu menyerap cecair yang ada di sekelilingnya. Tips ketiga adalah dengan memasukkan gula atau garam ke dalam masakan yang pedas tadi. Rasa manis atau masin yang ditambah dalam masakan tersebut dikatakan mampu mengalihkan rasa pedas cili tersebut. Tips keempat ialah dengan menambahkan lebih air dalam masakan. Penambahan air tersebut dikatakan mampu mengurangkan rasa pedas dalam masakan anda. Tips terakhir pula adalah dengan memasukkan kacang tanah yang telah digoreng atau dibakar ke dalam masakan. Pastikan orang yang makan masakan anda tidak mempunyai sebarang alergi. Semuga paparan ini membantu kita dlam memilih makanan pedas. Wasallam!.


RASA PEDAS....  PANAS BERAPI...
CAPSAICIN PENYEBAB...DARI CILI...
PENYEDAP MAKANAN... CILI API...
MENULIS ARTIKEL... SETIAP HARI...

By,

M Anem,
Bengkel Kereta WM Auto,
Taman Equine, 
Serdang,
Selangor,
Malaysia.
(4 Muharam 1435H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.