Pokok Limau Mandarin kecil iaitu tingginya hanya 3-4 m. Walaupun berdahan rendah pada aras tanah, dahan-dahannya yang tumbuh tegak membentuk kanopi yang padat dan tidak terbuka. Daun-daun berwarna hijau tua, berkilat dan berbentuk lanseolat. Tangkai daunnya bersayap sempit. Bunga-bunganya kecil dan dikeluarkan dalam jambak. Warna bunganya putih dan berbau wangi. Buah bersaiz sederhana, hampir bulat tetapi leper di kedua-dua hujung. Kulit buahnya nipis dan mudah dikupas daripada isi. Warna kulitnya berbeza-beza mengikut varieti dan tahap kematangan iaitu daripada hijau tua berkilat hingga kuning apabila masak. Selain daripada dimakan segar sebagai limau kupas, limau ini juga banyak diproses terutama untuk menghasilkan produk jus minuman atau kordial yang sangat popular didunia. Boleh dikatakan minuman bes limau sangat banyak permintaannya diseluruh dunia. Kandungan vitamin C dan bahan mineral lain menyebabkan limau mandarin merupakan salah satu jenis buah-buahan citurs yang bernilai tinggi dipasaran.
Jadual 1 diatas saya paparkan mengenai 6 varieti Limau Mandarin yang telah didaftarkan di Malaysia. Saya kurang pasti bagaimana sistem pendaftaran bermula dengan M17 bermakna varieti M1 hingga M16 telah tidak ada didalam sistem ini. Varieti M17 (Mandarin Orange) didaftarkan pada tahun 1939 berasal di Pahang diikuti dengan M28 (Nyor), M31 (Lin Siew), M32 (Parit Haki Limau Manis) dan M33 (Limau Wangi Malaysia atau Limau Madu). Dua varieti yang ada dalam senarai tetapii belum didaftarkan adalah M34 (Langkat Kedah) dan M35 (Langkat Terengganu). Varieti M26 yang didaftarkan pada tahun 1939 telah 'pupus' kerana tidak ada maklumat mengeninya mungkin akibat diserang perosak, bencana alam atau hilang semasa perang dunia kedua. Varieti M33 (Limau Madu) pernah menjadi 'debut' sekitar awal 1980'an kerana telah ditanam dengan meluas di seluruh Semenanjung Malaysia begitu juga dengan Varieti M35 (Langkat Terengganu) dengan projek 'Citrus Valley' yang kini tinggal kenangan. Penyakit Citrus Greeening Disease (CGD) menjadi punca kemusnahan tanaman limau di Malaysia (Dulu, kini dan mungkin selamanya) jika tidak ada teknologi sesuai untuk mengawalnya. Potensi penanaman limau Mandarin di Malaysia adalah cerah kerana kadar permintaan buah ini yang besar untuk pasaran domenstik dan antarabangsa. Bahan tanaman yang bebas penyakit dan pakej pengurusan tanaman limau mandarin yang komprehensif amat diperlukan untuk membangunkan industtri ini. Wasallam.
VARIETI LIIMAU...MANDARIN JENISNYA...
ADA 8 VARIETI... SUKAR MENCARINYA...
VARIETI M33 ... POPULAR NAMANYA...
KENA CGD... MUSNAH DISERANGNYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 5010, Arwana Perhentian Eco Resort,
Pulau Perhentian Besar,
Besur, Terengganu,
Malaysia.
(17 Ramadan 1434H)
Kemaskini pada 30 Mac 2014

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.