Monday, March 24, 2014

VARIETI BETIK DI MALAYSIA

BETIK (Carica papaya L.) adalah sejenis tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditanam di Malaysia untuk tujuan domestik dan ekspot dari keluarga Caricaceae. Tanaman betik pada tahun 2012 dilaporkan seluas 3,410 hektar dengan hasil sebanyak 49,900 metrik tan. Tanaman betik paling luas di tanam di Kedah (1,274 hektar) dengan Daerah Padang Terap merupakan daerah paling luas menanam betik iaitu seluas 1,224 hektar pada tahun 2012. Negeri lain yang luas menanam betik adalah Pahang (845 hektar di Daerah Temerloh dan Bentong) dan Negeri Johor (345 hektar Daerah Muar dan Segamat - Foto diatas penulis dengan Betik CP4 di Muar). Tanaman betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai gelaran lagi iaitu merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Kebanyakan pengunaan betik adalah untuk makan segar selain daripada diproses untuk dijadikan sos, makanan ringan dan pelbagai produk lain. Buah Betik didapati mengandungi banyak vitamin, zat2 galian dan dilaporkan dapat membantu dalam mencernakan serta disahkan dapat mengelakan masaalah sembelit. Saya banyak juga menulis mengenai betik sebelum ini bertajuk Betik (Sila klik disini), Halwa Betik (Sila klik disini), Papaya Dieback (Sila klik disini), Penyakit Mati Rosot Betik (Sila klik disini), Betik Sekaki (Sila klik disini) dan Betik Sekaki Perlis (Sila klik disini). Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" penulis berbicara tentang varieti tanaman betik yang telah didaftarkan di Malaysia didalam sistem pendaftaran varieti tanaman.
Jadual 1 diatas saya paparkan sebanyak 5 varieti betik yang ujud dalam sistem pendaftaran varieti Jabatan Pertanian. Banyak lagi varieti betik yang masih belum didaftarkan iaitu terutamanya varieti tempatan popular di negara kita atas banyak faktur. Cara proses pendaftaran varieti tanaman ini bagaimana pun masih berterusan dengan mengisi borang DK1 dan dihantar ke Jabatan Pertanian bagi proses pencirian varieti dan juga pemeriksaan varieti. MARDI setakat ini telah memperkenalkan sebanyak 3 varieti baru iaitu CP1 (Varieti Eksotika), CP2 (Variet Eksotika 2) dan Varieti CP5 (Frangi). Kajian penulis mendapati sehingga kini varieti paling popular ditanam oleh ramai petani di Malaysia adalah varieti CP3 iaitu Betik Sekaki untuk pasaran domestik dan ekspot. Varieti CP4 atau varieti Three Pillars yang berasal dari Sarawak telah didaftarkan pada tahun 2013 tetapi kurang popular di tanam di kalangan petani. Varieti betik yang popular dan didaftarkan di negara kita perlu diperbanyakkan agar kita mempunyai banyak pilihan untuk mengatasi masaalah serangan penyakit. Semuga artikel dalam blog "Anim Agro Technology"  ini dapat memberi info berguna kepada anda.

VARIETI BETIK ...ADA 5 SAHAJA....
BANYAK LAGI... TIADA DIDAFTAR...
BETIK SEKAKI... RAMAI MENANAMNYA...
BETIK YANG LAIN... KENAPA SUKAR...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Ladang Betik, Pagoh,
Muar, Johor,
Malaysia.
(15 Ramadan 1434H)
Kemaskini pada 23 Mac 2014

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.