Wednesday, March 5, 2014

TEKNIK MENYALAI DAGING (Part 2)


MENYALAI DAGING (Meat Smoking) adalah satu teknik tradisional yang digunakan untuk menyimpan (preserved) daging. Walau kini terdapat banyak teknologi baru dalam menyimpan daging tetapi cara menyalai masih digunakan terutama dikawasan pendalaman dikalangan masyarakat luar bandar diseluruh dunia. Rasa asap yang melekat pada daging sebenarnya memberikan citarasa khas yang istimewa untuk terus dimakan atau dijadikan asas untuk resepi masakan. Bukan panas haba yang memberikan ciri khusus dalam daging salai tetapi teknik mengasap dalam jangkamasa lama berjam-jam sebenarnya yang memberikan kelainan. Sama ada kita menyalai menggunakan teknik lama (tradisional) atau teknik moden yang penting adalah produk daging salai tersebut berkualiti dan tahan lama. Kalau kita melihat cerita 'cowboy' dalam TV dahulu pastinya kita akan lihat bagaimana cowboy tersebut makan daging salai dan akan ditujukkan orang Red Indian menyalai daging dalam khemah mereka. Daging salai ini dapat mengelakkan gangguan lalat jika daging atau ikan tersebur dijemur dibawah sinaran matahari. Daging salai juga memang tidak suka didekati oleh lalat, semut atau serangga yang lain kerana bau asap pada daging tersebut. Asap sebenarnya mengandungi banyak bahan kimia termasuk bahan dipanggil Nafthalene yang tidak disukai oleh serangga. Artikel beberapa siri ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi menyalai daging atau ikan yang saya rujuk daripada beberapa sumber dan pengalaman penulis sendiri untuk bacaan anda semua.

Memilih jenis kayu api untuk dijadikan bahan bakar daging salai adalah satu perkara penting. Hasil daging salai akan memberikan citarasa dan aroma berbeza bergantung kepada jenis kayu api yang digunakan. Sesetengah jenis kayu memberikan aroma lebih kuat berbanding dengan kayu jenis lain atau pun kita boleh campurkan beberapa jenis bahan kayu dari pokok yang berlainan. Bergantung kepada jenis penyalai yang digunakan, kita mesti pastikan bekalan kayu bahan bakar mencukupi untuk tempoh masa pembakaran lama berjam-jam (Sila lihat foto sebelah). Akan menjadi satu masaalah jika daging baru separuh masak disalai tetapi bekalan kayu api sudah habis!. Di negara kita bahan kayu apii daripada kayu getah (Hevea brasilliensis) merupakan satu daripada pilihan yang mudah diperolehi dan murah walau pun sebenarnya ia bukan pilihan terbaik. Kayu getah dari kategori kayu lembut yang cepat habis. Kayu jenis Kayu Keras daripada hutan seperti kayu chengal, meranti, leban dan sebagainya yang boleh didapati sebagai reja-reja potongan balak daripada kilang papan (sawmill) mungkin pilihan terbaik. 

Saiz Batang Kayu api yang digunakan juga penting dalam aktiviti menyalai daging. Saiz kayu kecil mudah terbakar dan mampu menghasilkan asap dan haba dengan baik berbanding dengan saiz kayu api yang bersaiz besar. Lazimnya campuran antara kayu api yang kecil dengan yang besar adalah amalan terbaik dalam menyalai daging (Sila lihat susunan kayu api disebelah). Lebih baik lagi kalau ia dicampur daripada jenis-jenis kayu berbeza dan menghasilkan asap yang banyak. Teknik menyediakan api untuk menyalai daging boleh dipilih sama ada TEKNIK KERING atau TEKNIK BASAH. Sebenar air adalah kompponen terbaik digunakan unruk menyediakan asap dari alat penyalai kayu api bagi kita untuk menghasilkan daging disalai masak sekata diluar dan dalam. Kini dipasaran ada dijual jenis Penyalai Air (Water Smoker) yang direkabentuk untuk tujuan ini. Teknik menyiram air dengan jumlah sedikit kepada bahan kayu sedang terbakar memang akan menghasilkan asap.

Jenis penyalai 'Water Smoker" popular dikalangan negara di Barat untuk digunakan bagi menyalai daging. Alat ini sesuai menggunakan bahan kayu atau arang dengan tertutup penoh untuk menghasilkan asap dan haba terkawal dalam aktiviti menyalai (Sila lihat foto sebelah). Alat ini dapat mengawal suhu untuk menyalai pada waktu yang agak lama bagi menghasilkan daging salai berkualiti. Bagi daging yang dipotong tebal atau seekor ayam atau itek ia amat sesuai digunakan kerana mampu memasakan dengan rata produk yang hendak disalai. Bagi potongan daging salai kecil ia tidak memerlukan masa lama untuk menyalai dan kadang-kadang tidak perlukan alat ini. Antara petua menyediakan bahan bakar kayu atau arang yang dipotong kecil-kecil adalah dengan merendam bahan bakar tersebut dalam air dahulu. Bahan bakar yang basah ini diletakkan diatas kayu atau arang yang telah terbakar dan ia akan menghasilkan asap bannyak sesuai untuk menyalai daging. KAYU BASAH ini akan lambat terbakar dan asap yang terhasil banyak atau 'GEMBULENG'. Satu lagi cara dengan membalut arang yang telah direndam dengan bahan 'aluminium foil' yang dibuat lubang-lubang halus untuk menghasilkan asap yang banyak. Cara ini jarang kita gunakan oleh kita di Malaysia kecuali mereka yang tahu. 
Bersambung dalam Part 3. Wasallam.


KAYU SALAI...BANYAK JENISNYA...
KAYU KECIL...BESAR PUN GUNA...
ALAT PENYALAI...ADA BANYAKNYA...
PILIH SENDIRI...JENIS YANG MANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist, 
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(30 Rabiulakhir 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.