BENTUK HUJUNG DAUN (Leaf Tip Shapes) tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai Bentuk, Saiz, Warna, Susunan, Ketebalan dan fungsi yang berbeza-beza. Memang tidak ramai antara kita yang berminat dengan cerita ini kecuali dipaksa belajar. Memang betul, apa yang saya belajar semasa di universiti dulu memang diajar yang mana kebanyakan bentuk hujung daun sesuai dengan habitat semulajadi tumbuhan tersebut dan berfungsi untuk menjalankan proses penting tumbuhan iaitu fotosintesis. Kebanyakan daun berada dibahagian atas tumbuh-tumbuhan dan dikeluarkan daripada bahagian pucuk dan ranting. Daun yang berada dibahagian bawah merupakan daun tua yang kurang aktif lagi dimana akhirnya ia mati dan akan gugur. Dari segi taksonomi untuk tumbuhan, bentuk hujung daun sangat berkait rapat dalam menentukan pencirian sesuatu jenis tanaman. Walau pun bentuk hujung daun kelihatan agak sama sahaja, tetapi sebenarnya didalam penentuan varieti tanaman ia amat penting dinyatakan untuk membezakan antara spesis tanaman dari kumpulan yang sama. Secara amnya, bentuk asas daun ada 5 bentuk (Lihat rajah dibawah sekali) tetapi ada juga saintis yang telah pun membahagikan kepada lebih 5 bentuk. Artikel subuh Isnin (Cuti ganti Thaipusam) saya gembira untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bentuk-bentuk hujung daun yang sering kita dengar atau kita jumpa tetapi tidak difahami dan artikel ini diharap boleh diguna dan menambah pengetahuan kita didalam ilmu pengetahuan mengenai sains tumbuhan.
1. Hujung Daun - ACCUMINATE
Bentuk hujung daun jenis ini 'acuminate' ini mempunyai bentuk tirus lebar daripada bahgian tengah lai daun dan mengecil kepada kehujung daun dengan bentuk sisi daun rata seolah-olah membentuk tiga segi tajam (Lihat rajah sebelah). Bentuk hujung daun jenis ini mudah dibezakan dengan mudah kalau hendak membuat pencirian. Ini kerana bentuknya yang tajam jelas (sharply pointed) pada daun yang mempunyai bentuk ini. Daun jenis ini banyak pada tumbuhan jenis pokok hiasan atau ornamental trees yang terdapat dimerata lokasi.
2. Hujung Daun - BRISTLE-TIPPED
Hujung daun jenis 'bristle-tipped' atau dalam bahasa kita mungkin sesuai dikatakan sebagai membulat turus dihujung (Lihat rajah sebelah). Banyak tumbuhan yang mempunyai bentuk hujung daun seperti ini dikeliling kita. Bentuk daun ini berbeza dengan bentuk 'aciminate' terutama dibahagian tepi laidaun yang membulat tetapi amat tajam dihujungnya (sharply pointed tips). Banyak jenis daun jenis ini pada tumbuh-tumbuhan yang terdapat disekeliling rumah anda. Kalau rajin cuba periksa daun apakah itu.
3. Hujung Daun - TRUNCATE
Bentuk hujung daun jenis ini agak pelik sedikit dimana bentuknya seakan 'kotak' dimana hujung daun seolah-olah dipotong dengan gunting hingga rata (Lihat rajah dibawah). Kita jarang dapat jumpa dengan hujung daun jenis ini dikawasan keliling rumah kita. Daun bentuk 'truncate' ini dikatakan sebagai 'squared or abruptly cut-off' sehingga membentuk daun yang amat unik. Jenis hujung daun seperti ini agak sukar kita cari di keliling kita kerana bentuknya yang amat unik.
4. Hujung Daun - OBTUSE
Bentuk hujung daun jenis ini adalah seakan separuh bulatan yang dipotong dua. Bentuk melebar daripada bahagian tengah daun dan membulat dengan sisi daun dengan hujung daun yang bulat (round). Bentuk ini mudah kita jumpa terutama beberapa jenus daun pokok hiasan yang ada dikawasan taman bunga atau ditanam dikeliling rumah kita.
5. Hujung Daun - ACUTE
Daun bentuk hujung jenis 'acute' adalah bentuk yang paling biasa kita jumpa. Bentuk ini melebar daripada bahagian tengah dengan sisi laidaun meruncing sehingga kehujung daun (Lihat rajah disebelah). Bentuk daun ini juga agak mudah untuk kita kenal dengan melihat bahagian tengah dan hujung daun. Banyak pokok saka, pokok herba dan pokok ornamental yang mempunyai bentuk seperti ini.
Artikel ini diharap memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca mengenai beberapa bentuk hujung daun. Beberapa saintis atau ahli botanis lain memberikan bentuk lain hujung daun mengikut fahaman dan kategori masing-masing. Di antara bentuk-bentuk lain pada hujung lain seperti Bentuk mucronate, Bentuk aristate, Bentuk retuse, Bentuk emarginate, Bentuk Caudate, Bentuk Cuspidate dan sebagainya. Kepakaran kita mengenal bentuk hujung daun ini boleh digunakan untuk mempastikan maklumat pencirian varieti tumbuhan dapat dipastikan. Semuga artikel ini memberikan maklumat berguna kepada anda pembaca blog ini. Alhamdullilah hari ini dari subuh sampai petang saya dapat membaca banyak buku serta menulis sebanyak 5 artikel untuk diposting selama 5 hari berturut-turut.
Wasallam!
HUJUNG DAUN... UNIK BENTUKNYA...
ADA 5 BENTUK.. BUKAN SEMUANYA...
PALING BUASA.... ACUTE NAMANYA...
PALING PELIK ... 'TRUNCATE' KATANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Econsave Kajang,
Jalan Semenyih,
Kajang, Selangor,
Malaysia.
(16 RabiulAwal 1434H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.