Wednesday, December 25, 2013

IKAN SEPAT - KAEDAH PEMBIAKAN (Part 2)

IKAN Sepat Siam (Trichogaster pectoralis) sejenis ikan yang berasal dari Thailand. Ikan ini dibawa masuk oleh petani di negeri Kedah dan Perlis dan dilepaskan di sawah padi. Populasinya yang banyak ketika itu tersebar luas di seluruh negara. Penyebarannya terus ke perairan, seperti tali air, kawasan paya dan bekas lombong. Dewasa ini, taburannya semakin berkurangan akibat keadaan persekitaran alam sekeliling, seperti perubahan cuaca, penggunaan racun serangga, pencemaran air, dan ancaman daripada musuh, seperti memerang, ular, burung, serta penyakit yang memusnahkan kehidupannya. Antara cara mengatasi masalah kekurangan ikan sepat siam termasuklah dengan melakukan pembiakan di dalam kolam.Sebelum pembiakan dilakukan, induk sepat dipilih daripada sepat yang beratnya antara 80 – 100 gram seekor. Umurnya pula, antara enam hingga lapan bulan. Induk yang paling baik berumur 18 bulan bagi induk betina dan 12 bulan bagi induk jantan. Jantina induk ikan sepat siam dikenali pada warna, sirip dorsal, dan bentuk badan. Warna induk jantan, hijau kekuningan yang lebih terang dan menarik berbanding dengan induk betina yang pudar (lebih cerah). Sirip dorsal induk jantan melebihi kaudal pedunkel, sebaliknya sirip dorsal induk betina tidak melebihi kaudal pedunkel. Badan induk jantan leper dan memanjang serta bersaiz kecil sedikit berbanding dengan induk betina yang lebih besar dan lebar. Artikel malam Isnin ini sempena cuti panjang hujong tahun 2013, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu teknologi yang jarang kita bincangkan iaiatu bagaimana untuk membiakan ikan sepat siam secara komersil. Tulisan ini disesuaikan dari teknologi terbitan Jabatan Perikanan Malaysia dan lawatan penulis ke Thailand tidak lama dulu.

Sambungan dari Part 1:

Apa yang saya perhatikan dan membuat rujukkan, proses persenyawaan antara sperma dan terlur berlaku (iaitu ia berlaku diluar tubuh badan ikan atau proses persenyawaan diluar). Induk jantan akan mengeluarkan sperma yang akan bersenyawa (fertilization process) dengan telur induk betina semasa proses pengovitpositan. Lazimnya kebolehidupan sperma (Sperms lifespan) dalam air adalah terhad atau tidak menentu (Sekitar beberapa saat atau minit sahaja) maka jaraak kedudukan sperma dengan telur betia akan menjadi penentu kejayaan. Ini akan menjadikan ada telur yang 'sambang' atau mudahnya saya katakan telur tidak menetas. Proses seterusnya ialah telur yang tersenyawa akan terapong di permukaan air dan ikan induk jantan akan memungut dengan mulutnya dan dikumpulkan pada buih yang jantan disediakannya dan terapong dipermukaan air.

Telur sepat yang disenyawakan terapung di permukaan air dan dipungut oleh induk jantan dengan mulutnya dan diperangkap di dalam buih yang disediakan. Telur yang berwarna perang kelihatan di dalam buih tersebut. Air yang terlampau keruh perlu dielakkan kerana air ini mengandungi banyak bahan terapung dan bahan terampai yang menyaluti telur dan menghalang penetasan Dalam masa lebih kurang dua hingga tiga hari, telur ini menetas, tetapi bergantung pada faktor suhu dan cuaca. Dianggarkan bahawa seekor induk betina mengeluarkan telur antara 500 – 1500 biji mengikut saiz dan berat ikan tersebut. Kadar kemandirian ialah 60 peratus disebabkan tindak balas dengan rangsangan alam sekeliling, seperti suhu, jangka masa cahaya (fotokala), hujan, dan musuh. Dalam jangka masa satu bulan setengah, anak ikan sepat siam (peringkat benih) dapat mencapai saiz 2.5 – 3.5 sentimeter. Untuk mendapatkan pengeluaran yang tinggi, kolam ternakan sepat perlu disanitasi dengan cara menaburkan campuran minyak masak dan sabun, bertujuan membunuh serangga air, kutu air, anak berudu, dan anak ikan yang biasanya mengancam kehidupan anak sepat yang bersaiz kecil. 

Minyak yang ditabur menutup ruang udara dan mematikan serangga pemangsa Saiz ikan sepat siam yang dipelihara di dalam kolam dalam tempoh enam hingga tujuh bulan dapat mencapai ukuran 10 hingga 15 sentimeter kerana lazimnya makanan     utamanya ialah plankton. Kadar pembesarannya bertambah sekiranya diberikan makanan tambahan, seperti dedak padi. Ikan sepat siam yang mencapai saiz pasaran dijual dalam bentuk basah atau kering dan dijadikan sebagai produk hiliran, seperti pekasam. Kepentingan sepat siam bukan sahaja untuk dikomersialkan, tetapi dapat mengawal pembiakan nyamuk. Penternak Cina menternak ikan sepat siam untuk dijadikan pemangsa kepada serangga perosak yang merosakkan sejenis tumbuhan berupa tebu berwarna putih yang dipanggil “lingau” yang ditanam di bekas lombong berlumpur. Sekian Wasallam!



SEPAT SIAM...BOLEH DIBIAKKAN...
INDUK BETINA...ADA INDUK JANTAN...
IA DIASINGKAN... SELAMA 2 - 3 JAM...
WAKTU PETANG...IA MENGAWAN...
LEPAS SENYAWA...DIKUMPULKAN...
DALAM BUIH.. PROSES PENETASAN...

By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Pusat Pembiakan Benih Ikan,
Alor Setar, Kedah, 
Malaysia.
(28 Safar 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.