Saturday, November 30, 2013

HALIA BARA

HALIA BARA (Zingiber officinale var rubrum) merupakan sejenis halia daripada keluarga Zingiberaceae yang sering dikaitkan dengan dunia perubatan tradisional dalam alam Melayu dan Nusantara. Halia bara juga digunakan sebagai ramuan penting didalam masakkan kita yang menyedapkan rasa pada makanan. Semasa pameran MAHA dan HPPNK yang diadakan setiap tahun, Jabatan Pertanian ada membuat pameran mengenai tanaman nadir dan herbatermasuk halia bara dimana ramai pengunjung yang bersungguh-sungguh minta anak benih halia bara untuk dibawa balik kerana katanya memang amat sukar untuk mendapatkan benih tersebut. Namun mereka kecewa kerana bahan pameran tersebut hanya sedikit untuk tujuan pameran sahaja. Tinjauan saya mendapati Halia Bara juga kadang-kadang dipanggil sebagai Halia Merah, Halia Udang atau di Indonesia dipanggil Halia Emprit (Lihat foto diatas). Halia Bara memang tanaman yang dicari oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiat perubatan yang ada didalam tanaman tersebut. Kepada mereka yang tidak kenal dengan halia bara memang agak sukar untuk membezakannya dengan halia biasa atau Halia Makan seperti varieti Halia Bentong atau varieti Halia Sabah. Saya dapati halia bara mempunyai saiz umbisi yang lebih kecil, berwarna kemerahan (merah tua), mempunyai bau yang lebih kuat dan saiz umbisi lebih kecil. Pada daunnya pula didapati halia bara mempunyai saiz daun lebih kecil dengan bahagian hujung yang meruncing. Artikel petang ini sambil memandang padang golf Awana Genting Highland dari aras 21, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai halia bara untuk bacaan umum dan bahan rujukkan.


Tumbuhan Halia Bara sama seperti pokok halia biasa yang mempunyai bentuk berumpun. Ketinggian tumbuhan ini diantara 15-30 cm dari paras tanah bergantung kepada kesuburan tanah dan pengurusan tanaman. Daunnya adalah kelihatan seperti pokok halia biasa, halia padi atau bonglai (Sila lihat foto halia bara disebelah). Batang halia keluar dari perdu pokok dan mempunyai batang yang sederhana lembut naik menegak keatas dengan beberapa helai pelepah daun. Halia ini memiliki rizom bersaiz kecil daripada halia biasa dan berwarna kemerahan. Saiz rizom seakan halia padi tetapi ia berwarna merah dengan isi kekuningan dan memang terasa lebih pedas. Keunikan rasa pedas ini membezakan dengan halia biasa dan menjadikan ia amat sesuai digunakan oleh pengamal perubatan. Penanaman halia bara lazimnya adalah daripada rizom yang telah matang dan sihat serta mempunyai mata tunas. Ia boleh ditanam diatas batas atau dalam pasu atau polibeg. Amalan agronomi tanmaman halia bara serupa dengan penanaman halia biasa dan anda boleh rujuk pada artikel mengenai halia (Sila klik disini). Jangkamasa penuaian juga hampir sama dengan halia biasa iaitu sekitar 1 tahun untuk rizomnya cukup matang.


Antara khasiat halia bara adalah seperti kegunaanya didalam mengubati penyakit kulit seperti Panau dan Kurap. Selain itu khasiatnya adalah seperti ia mampu juga menghilangkan tompok-tompok panau dengan mujarab. Halia Bara juga mampu menghilangkan kelumumur pada rambut serta merawat untuk menghilangkan rasa sengal-sengal otot serta sendi urat saraf. Halia bara juga didapati dapat menghilangkan batuk, meredakan demam malaria, didakwa dapat membantu menghilangkan masaalah penyakit gout dan juga merawat penyakit resdung. Paling seronok diperkatakan adalah kerana pati halia bara mampu meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki. Bagaimana pun perlu diambil ingatan bahawa adalah tidak digalakan minum air rebusannya selalu kerana ia akan merosakkan usus perut dan menyebabkan pedih ulu hati. Dalam temuan lain dinyatakan bahawa halia bara mampu melembutkan perut serta membantu didalam proses penghadaman makanan . Seperti air minuman halia, minuman halia bara juga mampu mengeluarkan angin dari dalam tubuh setelah meminumnya seperti 'air sarbat halia bara'. Ramai penduduk kampong dan orang asli yang menggunakan halia bara untuk merawat kesan gatal gigitan serangga. Selain itu ia melegakan demam dan kadang-kadang digunakan sebagai bahan untuk rawatan ibu selepas bersalin.


Kepada mereka yang berminat untuk menanam halia bara boleh mendapatkan khidmat nasehat daripada agen-agen pengembangan pertanian atau berjumpa dengan penanam halia bara yang anda ketahui. Benih halia bara dalam polibeg hitam setinggi 10 -16 cm boleh dibeli dengan harga RM 5.00 - RM10.00 satu polibeg yang terjamin kualitinya (Sila lihat foto sebelah). Benih yang sihat dan bebas penyakit ditanam dengan jarak disyorkan sama seperti halia biasa. Pastikan halia bara ditanam pada tanah yang subir, banyak bahan organik serta mempunyai salliran yang sangat baik. Tanaman halia bara tidak mempunyai masaalah serangan perosak dan penyakit yang serious jika ia dikawal  Pastikan amalan agronomi ladang halia bara dipatuhi seperti buku panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Persekutuan. Banyakkan menggunakan baja organik sama ada ia dari bekalan tempatan atau baja organik impot. Penanaman halia bara mampu menhgasilkan pendapatan lumayan jika dijalankan dengan pengurusan baik. Kini banyak produk halia bara dipasaran seperti Pati Halia Bara, Kapsul Halia Bara, Serbuk Halia Bara, 3-in-One Halia Bara dan sebagainya dijual. Berwaspada jika anda hendak membeli produk ini terutama yang datang dari negara jiran. Selamat mengenali halia bara. Wasallam! 


Produk halia bara dipasaran.
SAIZNYA KECIL...ITU HALIA BARA...
SUKAR DITANAM...BENIH DIMANA...
BANYAK KHASIAT..PELBAGAI GUNA...
KURANG DITANAM...RAMAI TANYA...

By,
M Anem,
Room 21551, Awana Genting,
Genting Highland, Bentong,
Pahang, Malaysia.
(14 Muharam 1435H)

Friday, November 29, 2013

LEBAH - JARAK MENCARI MAKAN

LEBAH MADU (Apis cerana Fabr) merupakan sejenis serangga yang mampu menghasilkan madu dan produk perlebahan yang lain seperti LILIN, ROYAL JELLY, PROPOLIS, DEBUNGA dan sebagainya. Industri ternakan lebah madu di Malaysia masih ditahap kecil-kecilan dan tidak banyak berkembang semenjak 25 tahun dahulu kerana industri ini kurang mendapat perhatian pengusaha lebah madu. Walau pun permintaan madu lebah terus meningkat saban tahun, kajian saya mendapati pengeluaran madu lebah tempatan tidak bertambah malahan boleh saya katakan sebagai semakin menurun akibat banyak faktor. Pengeluaran madu lebah diantara 8 - 10 metrik tan setahun sedangkan kadar permintaaan jauh lebih tinggi lagi. Antaranya faktur adalah disebabkan oleh bilangan penternak yang semakin kurang, faktur persekitaran yang tidak sesuai untuk penternakan lebah (Asap, pencemaran udara, penebangan hutan), kekurangan teknologi penternakan komersil, Amat kurang spesis lebah yang produktif serta kurangnya insentif dalam sektor ini. Bagaimana pun tekanan paling hebat adalah kerana ujudnya madu tiruan (Hampir 60% bekalan madu lebah dipasaran) yang jauh lebih murah harganya dan mudah diperolehi. Pengurusan ternakan dan teknologi sedia ada juga tidak banyak membantu penternak lebah untuk mendapatkan pulangan optima. Kekurangan sumber makanan  lebah madu dan bunga bermusim tidak berterusan, gangguan musuh dan penyakit serta kurang spesis lebah madu yang baik terus menjauhkan penternak lebah untuk tidak aktif dalam industri ini. Artikel malam ini saya berupaya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bagaimana lebah madu mencari makanan nektar dari bunga dan jarak penerbangan lebah madu daripada beberapa pemerhatian yang saya buat dan laporan kajian yang dijalankan di Indonesia dan Malaysia untuk rujukkan. 


Pemerhatian saya dibeberapa projek penternakan lebah madu di seluruh negara mendapati, lokasi penternakan lebah madu kebanyakkan berada dikawasan kebun kelapa, kebun belimbing, kawasan dusun bercampur, sekitar hutan gelam, ladang nenas, kawasan rumput israel, kebun jagung dan beberapa kawasan tumbuhan berbunga lagi. Penternakan lebah madu lazimnya bergantung kepada sumber makanan seperti nektar, debunga dan air. Koloni lebah akan mendapatkan sumber NEKTAR atau manisan dari bunga dan juga debunga untuk dijadikan sumber makanan. Lebah pekerja akan mengunjungi setiap kuntum bunga dikawasan yang ada berdekatan untuk menyedut nektar dan membawa balik kesarangnya atau haif. Ketika memasukki kuntum bunga, bahagian kaki lebah sering melekat debunga untuk juga dibawa balik kedalam sarang sebagai sumber keperluan. Keadaan cuaca panas dan terang (tidak hujan) membolehkan lebah pekerja sangat aktif terbang pergi dan balik daripada haif untuk mengunjungi banyak bunga beberapa kali dalam satu hari. Kerajinan lebah memang tidak dapat dinafikan lagi dalam menjalankan tugas.


Lazimnya beberapa ekor 'lebah peninjau' akan membuat tinjauan dimana lokasi bunga atau sumber makanan. Mereka akan balik kehaif dan membuat 'Tarian Lebah" atau bahasa teknikalnya 'Bee Dancing' yang yang amat unik pergerakannya. Lebah peninjau akan mengegarkan abdomennya dengan beberapa bentuk gerakan dan ianya diikuti oleh lebah-lebah pekerja lain yang menunjukkan lokasi kedudukan bunga (Lihat foto sebelah). Bentuk tarian ini ada beberapa bentuk bergantung kepada kedudukan haif dengan lokasi sumber makanan, jarak dan arah matahari sebagai panduan. Itu sebabnya lebah akan mampu mencari lokasi dan jarak antara keduanya dengan tepat. Lagi banyak sumber makanan dikawasan penternakan lebah akan lebih banyak lebah pekerja yang akan datang mengunjungi setiap kuntum bunga yang sedang mekar. Keupayaan aktiviti ini melibatkan beribu-ribu ekor lebah dari beberapa haif lebah disekitar kawasan penternakan. Setiap kuntum bunga akan dikunjungi berulangkali oleh beberapa ekor lebah sehingga petang hari. Berapa jauhkah lebah madu boleh terbang untuk mereka mencari makanan?.


Saya membaca beberapa kajian dan juga memerhatikan mengenai aktiviti lebah madu mencari makanan. Tujuan pemerhatian ini adalah untuk mengetahui seberapa jauh jarak lebah madu mampu mencari makan (foraging distance) oleh spesis lebah keran (Apis cerana) dan pola kegiatan lebah pekerja untuk ke luar dari sarangnya (Haif) bagi mencari makanan. Lebah akan mengunjungi beberapa jenis bunga yang ada nektar terdiri dari beberapa jenis tumbuhan yang ada sebagai sumber makanan. Apa yang dilakukan adalah dengan kaedah pemerhatian dimana lebah pekerja akan di tandakan dengan pewarna. Lebah-lebah ini lazimnya akan terbang mengunjungi bunga pada setiap plot yang mana penelitian akan dijalankan. Jarak pemerhatian ada 6 variasi jarak untuk kajian iaitu pada jarak 100m, 250m, 400m, 550m, 700m dan 850 meter dari sarang atau haif. Setiap lebah madu yang ke luar sarang dihitung atau dikira pada setiap jarak masa 30 minit. Ia dilakukan selama 4 hari berturut turut dari jam 8.00 pagi sampai jam 5 petang pada hari dimana cuaca baik dan tidak hujan. Setiap pengamatan memerlukan waktu satu minit berapa ekor lebah yang keluar dari haif. Catitkan jumlah berapa ekor lebah yang keluar dan balik kesarangnya dan dikutip data mengenainya. Kerja ini memang amat meletihkan kalau kurang sabar.


Sementara itu satu laporan dari Indonesia yang saya buat perbandingan mendapati, mereka menjalankan kajian dengan mempastikan bahawa plot pemerhatian yang dipilih secara sistematik mengikut kaedah lingkaran dari Dobzansky dan Wright. Kaedah ini menentukan  sebanyak 30 dan 42 plot untuk setiap lokasi dengan diulang masing-masing 4 dan 3 kali. Hasil dari kajian agak tidak jauh berbeza dengan yang kita jalankan di Malaysia. Beberapa penemuan kajian adalah boleh dirumuskan seperti perbincangan berikut. PERTAMA adalah temuan dimana pola (trend) bagi kegiatan Lebah Keran Apis cerana  yang keluar dari sarang mencari makanan adalah cenderung keluar masuk (Aktif) dengan waktu puncak. Ini direkodkan dimana kegiatan pada waktu pagi daripada pukul 10.00 pagi dan aktiviti akan menurun sampai minimum pada pukul 1.30 tengahari. Kemudian menjelang waktu petang hari didapati aktiviti memuncak lagi diantara pukul  2.30 - 3.00 petang. Trend ini kemudian menurun kembali sehingga pukul 6.00 petang dimana selepas jam ini tidak ada lagi lebah pekerja yang keluar dari sarang. KEDUA temuan kajian yang didapati menunjukkan jarak paling Optima (Paling tinggi polulasi) lebah keran mencari makan  adalah pada jarak 400 m hingga 550 m dari haif. KETIGA dari hasil temuan mengenai beberapa jenis tumbuhan atau spesies tumbuhan yang disukai untuk dikunjungi lebah keran sebagai sumber makanannya adalah Jenis Calliandra calothyrsus Meissn., Jagung (Zea mays L.), Hyptis pectinata Poir., Persea americana dill. , Borreria alata Schum., Borreria laevis Griseb dan akhirnya ikut turutan ialah Coreopsis qrandiflora Nutt. Semuga tulisan ini dapat memberikan ilmu mengenai penternakan lebah madu yang berguna kepada anda. Wasallam!


Haif lebah yang dibuat kajian.
LEBAH TERBANG...BERAPA JAUHNYA...
MENCARI NEKTAR...KUNJUNGI BUNGA...
TARIAN LEBAH..MEMANG AMAT UNIKNYA..
MENGHASILKAN MADU...KUTIP HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Apiarist,
Projek Ternakan Lebah,
Kg Air Baloi, Pontian,
Johor, Malaysia.
(18 Muharam 1435H)

Thursday, November 28, 2013

LEBAH MELIFERA - PENGURUSAN PRODUK

LEBAH MELLIFERA (Apis mellifra) merupakan sejenis lebah dari Eropah yang mampu menghasilkan produk madu hasil ternakan secara intensif dan komersil. Lebah jenis ini telah dibawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 1976 oleh Jabatan Pertanian. Sebenarnya terdapat beberapa jenis lebah madu tempatan yang mampu menghasilkan madu seperti Lebah Keran (Apis cerana) dan Lebah Tualang (Apis dorsata) walau pun pengeluaran masih rendah dan tidak menentu. Daripada pembacaan dan pengalaman penulis, terdapat 8 spesis lebah yang terdapat dinegara ini yang berpotensi untuk di'explore' lagi termasuk terkini yang mendapat perhatian iaitu Lebah Kelulut (Trigona spp). Saya mula kenal dengan lebah madu semenjak awal 1980'an semasa saya mula bertugas di Melaka dan aktif dalam mengembangkan teknologi ternakan lebah keran dikawasan tanaman kelapa. Kini benyak pokok kelapa dikawasan Merlimau, Melaka yang telah ditebang dan ia telah digantikan dengan pokok kelapa sawit dan menjadi kawasan perumahan serta kawasan kilang. Agaknya penternakan lebah madu dikawasan tersebut semakin kurang sesuai akibat perubahan ekologi dan punca makanan. Artikel subuh ini saya berfikir dan menulis teknologi pengurusan produk bagi Lebah Eropah atau kita lebih kenali dengan Lebah Mellifera dalam "Anim Agro Technology" untuk rujukkan dan bacaan anda yang minat mengenai lebah madu.


Kalau saya bertanya kepada peserta kursus perlebahan yang saya pernah laksanakan beberapa kali, apakah produk daripada penternakan lebah?. Boleh dikatakan semua akan menjawab Madu Lebah. Ini adalah jawapan yang betul juga kerana tujuan utama penternak lebah dan produk utama memang adalah madu lebah. Sebenarnya ada produk lain seperti Koloni Lebah, Royal Jelly, Ratu Lebah, Lilin Lebah, Propolis, Debunga dan sebagainya yang boleh dijual dalam aktiviti penternakan lebah. Laporan oleh Universiti Malaya ada menyatakan terdapat banyak madu dipasaran tempatan diragui kualitinya kerana banyaknya madu tiruan. Madu lebah tempatan yang kita hasilkan perlulah di proses dahulu untuk memenuhi standard atau piawaian sebelum dijual. Saya dapati mengikut Akta Makanan 1983 di Malaysia ada dinyatakan keterangan mengenai kualiti madu lebah. Definasi tersebut menyatakan, "Madu adalah produk yang mengandungi gula yang dihasilkan dari kom lebah, mengandungi tidak kurang dari 60% gula penurunan, tidak melebihi 20% kandungan air dan 1% mineral, mengandungi tidak kurang 10% sukrosa serta keasidan yang melebihi 140 mrq/1,000 gram". Madu yang dihasilkan lebah perlu memenuhi piawaian tersebut. Oleh itu kita perlu mengetahui kualiti madu lebah dan bagaimana hendak mengukurnya.


Madu Lebah Malaysia (Tropika) memang agak sukar untuk memenuhi kriteria piawaian tersebut kecuali kandungan air. Apa yang telah dibuat kajian, secara semulajadinya madu dari negara kita mengandungi kandungan air yang melebihi 20%. Keadaan sedemikian akan juga menggalakkan madu tersebut mudah berlaku proses penapaian (Fermentation process) dan menjadikan rasanya masam. Penapaian ini berlaku akibat oleh tindakan Yis atau ragi dan glukosa yang menghasilkan alkohol dan karban dioksida (CO2). Bagi mengelakan berlakunya kes sebegini, madu berkenaan boleh didimpan dalam tempat suhu sejuk. Cara lain yang dibuat oleh pihak industri madu lebah komersil adalah dengan menurunkan kandungan airnya ketahap optima untuk penyimpanan dan dibuat pembungkusan yang baik. Madu lebah komersil yang dijual dipasaran dibungkus dengan baik dan kedap udara dengan perlabelan yang menarik bagi memanjangkan hayat madu lebah tersebut. Teknik pembotolan lazimnya menggunakan botol kaca atau botol plastik khusus dan tiada yang menggunakan bekas logam kerana akan merosakkan kualiti madu. 


Lazim kita lihat terdapat 'mendakan' pada madu (Granulated honey atau crytalised honey) dalam bekas simpanan madu (Sila lihat foto sebelah). Kejadian ini adlah disebabkan oleh kandungan dektrosa yang tinggi didalam madu tersebut. Ini menyebabkan berlaku penukaran gula ringkas kepada gula kompleks oleh enzim dimana ianya adalah tiada kaitan dengan kualiti madu berkenaan. Lazimnya pelangan akan takut hendak membeli madu yang telah membeku atau terdapat mendakan kerana apa yang difikirkan ianya adalah madu tiruan atau madu rosak dan menyangka yang membeku tersebut adalah kesan gula pasir yang diberikan kepada lebah. Kita kena tahu bagaimana caranya mencari maklumat kualiti madu yang dijual sama ada ianya madu asli atau madu tiruan. Banyak petua dan cerita bagaimana hendak menguji madu asli dibincangkan (Sila baca artikel berkaitan - Sila klik disini). Pada saya dengan membaca label dan menilai syarikat yang mengeluarkan madu kita boleh cari di lamanweb akan membantu kita dalam hal ini. Banyak teknik yang boleh digunakan dalam menentukan keaslian madu lebah yang tepat. 


Laporan daripada Jabatan Pertanian ada menunjukkan tahap pengeluran madu lebah Mellifera adalah sekitar 20 - 35 kg madu satu haif setahun dan dengan harga jualan runcit RM20.00 sekilogram (Harga Ladang boleh mencecah sehingga RM60.00/kg). Saya kira aktiviti menternak lebah ini boleh memberi pendapatan bersih iaitu sebanyak RM 400.00 hingga RM 700.00 satu haif setahun. Jika kita mampu mempunyai 50 haif yang produktif, anggaran bagi pendapatan tahunan adalah dianggarkan sebanyak RM20,000 - RM 35,000 setahun atau sekitar RM 1,667 hingga RM 2,917 sebulan. Itu hasil daripada kutipan dan jualan madu sahaja. Kalau ada kemahiran kita juga boleh menjual haif lebah kepada penternak lain, jualan ratu lebah, lilin lebah, debunga, propolis, royal jelly dan sebagainya. Saya buat anggaran keluaran madu tempatan di Malaysia hanya sekitar 8 - 10 metrik tan setahun dan ini amat rendah berbanding dengan keperluan domestik sekitar 40 - 50 metrik tan setahun.  Aktiviti menternak lebah madu di Malaysia mempunyai potensi baik dimasa akan datang dengan adanya galakan, sokongan dan penyelidikan yang berterusan. Peranan Persatuan Perlebahan Kebangsaan perlu dikukuhkan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti lagi. Wasalam!


Lebah madu pekerja sedang mencari makanan.
MADU TROPIKA... BANYAK AIRNYA...
CEPAT PENAPAIAN...MASAM JADINYA...
BUAT KAJIAN... TINGKAT KUALITINYA...
MADU IMPOT... BAGAIMANA ASLINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 21551, Awana Genting Golf Resort,
KM 13, Genting Highland Resort,
Pahang,
Malaysia.

(17 Muharam 2435H).   

Wednesday, November 27, 2013

LEBAH - GELODOG

GELODOG merupakan struktur khas yang diperbuat daripada batang kelapa untuk memerangkap lebah madu terutama LEBAH KERAN (Apis cerana) tetapi kurang digunakan untuk LEBAH IMPOT (Apis mellifera). Kedua jenis lebah tersebut merupakan dua spesisi lebah madu yang sesuai diternak di Malaysia. Lebah Keran merupakan lebah tempatan yang bersaiz kecil berbanding dengan lebah impot yang bersaiz lebih besar. Ternakan lebah madu secara moden telah diperkenalkan di Malaysia sekitar awal tahun 1980'an oleh Jabatan Pertanian walau pun industri ini masih belum mencapai tahap yang membanggakan. Orang Malaysia dahulu lebih percayakan Madu Lebah Tualang (Apis dorsata) atau lebih dikenali dengan panggilan Lebah Hutan sebagai paling berkhasiat. Pemburu lebah tualang kini semakin sukar untuk mendapatkan bekalan madu dari lebah tersebut kerana populasi lebah tualang telah banyak berkurangan akibat penebangan hutan dan perubahan alam sekitar. Ada laporan yang menyatakan kehadiran jutaan burung walit (Edible swiftlets) telah menyebabkan populasi lebah tualang menurun dengan signifikan. Penternakan lebah keran dan lebah impot dalam sistem moden menggunakan haif atau kotak lebah kini menjadi pilihan terbaik kepada penternak lebah madu. Haif Lebah yang diperbuat daripada kayu dengan mempunyai pintu dan 'frame' didalamnya memudahkan pengurusan koloni lebah dijalankan berbanding dengan kaedah lama menternak lebah dengan memggunakan gelodog. Pengurusan koloni lebah boleh dijalankan dalam dua kategori iaitu Pengurusan Luar Koloni dan Pengurusan Dalam Koloni (Dalam Haif). Salah satu perkara penting dalam pengurusan ini adalah memindahkan lebah madu kedalam kotak lebah. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi memindahkan koloni lebah dari GELODOG kedalam haif lebah untuk rujukkan anda.


Lazimnya penternak yang baru menceburi bidang penternakan lebah keran akan mendapatkan sumber koloni liar untuk dijinakkan. Lazimnya mereka akan mengambil lebah yang bersarang dari dalam GELODOG atau gelodok untuk di pindahkan ke dalam kotak (Lihat foto gelodog disebelah). Pertama sekali pengalaman saya melihat lebah liar dalam gelodog pada tahun 1982 semasa menjadi jurulatih bersama tenaga pengajar lebah Jabatan Pertanian di Melaka. Proses pertama adalah menyediakan 'gelodog' iaitu diperbuat daripada batang kelapa yang ditebuk bahagian tengahnya dan ada penutup bahagian atas yang boleh diangkat. Gelodog ini diletakkan dikawasan yang ada lebah keran liar seperti dikawasan kebun kelapa, kebun belimbing, kawasan hutan gelam dan sebagainya. Lazimnya lebah liar akan masuk kedalam gelodog semasa musim panas (swarming). Periksa gelodog yang ada koloni lebah dengan jumlah populasi yang sederhana atau tinggi dengan terdapat beberapa lapisan kom didalamnya. 


Pemeriksaan gelodog untuk koloni yang sesuai dipindahkan perlukan kemahiran. Pastikan koloni tersebut sudah mempunyai beberapa lapisan kom dan jumlah bilangan lebah pekerja banyak serta mempunyai ratu lebah. Bagaimana kita dapat memindahkan koloni lebah ke dalam kotak (haif)?. Mungkin ia nampak mudah kalau tidak pernah melakukannya sendiri. Lebah Keran di dalam golodok selalunya membuat sarang dengan cara sarangnya berkeping2 dan melekat di atas penutup gelodok dimana saya dapati kadang2 sarang lebah di buat cara melintang. Kedudukan susunan kom ada yang melintang dari arah matahari terbit dimana lazimnya koloni ini lebahnya lebih garang. Adalah lebih baik sekiranya sarang lebah di dalam gelodok kalau dibiar lama bersarang sehingga sarangnya boleh mencapai sehingga 9 keping kom atau lebih. Kadang-kadang jika musim mengena kita mampu juga pindah lebah di dalam gelodok sambil menuai madunya sehingga madu yang saya tuai boleh di isi 2 botol 325ml. Itu adalah rezeki yang besar memandangkan sarang lebah hanya di buat didalam gelodok.biasa sarang dalam gelodok madu tidak banyak.


Kebiasaannya sebelum melakukan pemindahan lebah daripada gelodog, persiapan awal perlu dijalankan. Beberapa peralatan untuk kegunaan memindah perlu disediakan seperti pisau untuk potong sarang lebah, getah atau tali untuk mengikat kom sarang di bingkai kotak, Haif (kotak lebah) dan set lengkap pakaian pelindung muka (Veil) serta sarung tangan. Teknik terbaik adalah untuk melakukan pemindahan lebah pada waktu petang sebab waktu petang semua lebah sudah berkumpul di dalam sarang.
Lazimnya pintu sarang lebah menghala ke arah matahari terbit dan amalan semasa membuka gelodok perlu berhati-hati. Amalan lazim dengan memerhatikan kedudukan sarang lebah mengikut turutannya supaya semasa memindah sarang kedalam kotak sarang tidak bertukar tempat. Kalau ada 7 kom maka susunan hendaaklah sama dengan susunan bingkai dalam haif berturutan dari 1 hingga ke 7 secara bersiri. Ini akan mengurangkan kejutan kepada lebah dalam rumah haif yang baru. Caranya ia kena mengikut turutan sarang yang sama di dalam gelodok. Sebaiknya letakkan secukup untuk beberapa keping sarang dilekatkan didalam bingkai kotak lebah. Sebaiknya kom lebah dari sarang yang asal hendaklah dilekatkan idimana ia mengandungi banyak anak-anak atau larva lebah berserta sedikit makanan untuknya. Haif yang berisi koloni baru ini diletakkan dilokasi sesuai sehingga koloni tersebut sesuai menghuni haif tersebut dan menghasilkan madu setellah beberapa lama mengikut kaedah pengurusan lebah madu yang sesuai. Wasallam !
HAIF (Kotak lebah) yang baru dipindahkan. 
BUAT GELODOG... BATANG KELAPA...
DILETAK DIKEBUN... ADA KOLONINYA...
KOLONI DIALIHKAN...HAIF TEMPATNYA...
IA DIURUSKAN.... TUNGGU MADUNYA...

By,
M Anem,
Senior Apiarist,
Projek Ternakan Lebah Madu,
Bukit Katil,
Melaka, 
Malaysia
(13 Muharam 1435H)

Tuesday, November 26, 2013

LEBAH MELIFERA - PENGURUSAN (Part 6)

PENGURUSAN DALAM KOLONI Lebah mellifera (Apis mellifera) merupakan satu aktiviti penting didalam menternak lebah madu. Lebiah A. mellifera adalah sejenis lebah dari Eropah yang telah dibawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 1976 oleh Jabatan Pertanian. Sebenarnya terdapat beberapa jenis lebah tempatan yang mampu menghasilkan madu seperti Lebah Keran (Apis cerana) dan Lebah Tualang (Apis dorsata) walau pun pengeluaran masih rendah dan tidak menentu. Daripada pembacaan dan pengalaman penulis, terdapat 8 spesis lebah yang terdapat dinegara ini yang perlu di'explore' lagi termasuk terkini yang mendapat perhatian iaitu Lebah Kelulut (Trigona spp). Saya mula kenal dengan lebah madu semenjak awal 1980'an semasa saya mula bertugas di Melaka dan aktif dalam mengembangkan ternakan lebah keran dikawasan tanaman kelapa. Kini benyak pokok kelapa dikawasan Merlimau, Melaka yang telah ditebang dan digantikan dengan pokok kelapa sawit dan menjadi kawasan perumahan dan kawasan kilang. Agaknyapenternakan lebah madu dikawasan tersebut semakin kurang sesuai. Artikel subuh ini saya terpanggil untuk menulis beberapa teknologi pengurusan dalam koloni bagi jenis Lebah Mellifera atau jenis lebah lain yang sesuai dalam "Anim Agro Technology" untuk rujukkan dan bacaan anda.


Pengurusan Dalam Koloni lebah madu perlu dijalankan mengikut jadual atau megikut keperluan. Lazimnya paling sesuai adalah sekitar sekurang-kurangnya 7 hari sekali.  Bagaimana pun saya dapati kekerapan memeriksa haif lebah madu disesuaikan dengan tujuan peperiksaan seperti membuat persiapan untuk mengalih atau pindahkan haif, berlaku bencana alam dan sebagainya. Apa yang sering dilakukan dalam pengurusan dalam koloni lebah ada 6 aspek yang perlu diperhatikan. Perkera tersebut adalah (1) Populasi Lebah (2) Taburan Telur dan Anak dalam Kom (3) Kehadiran Sel Ratu (4) Keadaan Kom (5) Penyimpanan madu dan debunga dan (6) Kehadiran Perosak dan Penyakit. Kemahiran kita untuk melihat kesemua 6 aspek tersebut boleh menentukan kejayaan didalam menternak lebah madu yang menguntungkan. Kalau anda seorang yang baru hendak menceburi aktiviti perusahaan lebah madu, sebaiknya pergi kurus dahulu dan dapakan seberapa banyak maklumat , teknologi dan pengalamanhands-on mengenai pengurusan lebah madu daripada pihak tertentu.


5) PENYIMPANAN MADU AN DEBUNGA

Koloni lebah perlu diperiksa untuk dipastikan sentiasa mempunyai simpanan madu dan debunga yang mencukupi sepanjang masa kerana ia akan mempengaruhi populasi koloni. Jika stok simpanan madu disimpan dalam kom telah banyak, maka kita boleh ambil sebagai hasil ternakan lebah. Madu boleh diambil setelah kita pasti ianya adalah 85% matang didalam kom. Ini dapat kita lihat apabila sel madu tersebut telah ditutup sepenohnya dengan tutup warna keputihan (Sila lihat foto sebelah). Madu matang mengandungi air yang sangat rendah. Jika koloni lebah langsung tidak mempunyai stok madu, kita perlu sediakan nektar tambahan kepada koloni tersebut untuk hidup. Jika ada bekalan sumber debunga yang banyak, pasangkan perangkap debunga dipintu masuk haif. Kumpulkan debunga tersebut dan keringkan sebelum disimpan ditempat sesuai. Debunga tersebut boleh digunakan sewaktu kekurangan sumber debunga diluar. Kita juga boleh beli sumber debunga daripada pembekal yang ada.

6) KEHADIRAN PEROSAK DAN PENYAKIT

Dalam beberapa pemerhatian yang saya buat, didapati terdapat 3 jenis perosak yang utama menyerang lebah madu Melifera di Malaysia. Perosak tersebut adalah Kutu (Varroa jacobsoni), Tebuan (Vespa tropica deusta) dan Burung (Merobs spp). tanda serangan kutu adalah apabila terdapat lubang kecil pada penutup pupa pada kom (Sila lihat foto sebelah). Gunakan 'mite strip' untuk mengawal kutu terutama jika serangan pada tahap serius yang boleh dibeli dari pembekal. Bagaimana pun kita juga boleh ambil kom tersebut dan keluarkan atau musnahkan terus. Kawalan burung dan tebuan dijalankan dengan menembak burung atau pasang perangkap sementara musnahkan sarang tebuan dikawasan ternakan. Lain-lain perosak yang mungkin menganggu adalah seperti Tikus (Rstus ratus spp), Semut (Ants), Ulat Lilin , ternakan lembu dan juga manusia.


Penyakit yang sering dijumpai dalam penternakan lebah di Malaysia adalah seperti  European Foulbrood (Disebebkan oleh bakteria) dan Chalk Brood (Disebabkan oleh kulat). Serangan penyekit European foulbrood ini dikesan apabila terdapat anak-anak lebah yang mati didalam kom. Kesan serangan penyakit chalk brood pula didapati bila anak-anak lebah yang mati menjadi keras dan diselaputi oleh 'fruitin bodies' (Sila lihat foo disebalah - bawah). Selaput ini dikenali sebagai sejenis kulat Ascophaera apis yang menyerang. Serangan ini dapat dikurangkan dengan mengekalkan populasi lebah yang sentiasa tinggi dan penggunaan bahan kimia adalah tidak digalakkan sama sekali. 
Sila baca artikel Part  , 2 ,3 ,4 ,5 dan lain-lain. Wasallam!


Madu lebah matang untuk dikutip.
MENTERNAK LEBAH... ADA CARANYA...
LEBAH IMPOT... BAIK POTENSINYA...
KEMAHIRAN MENTERNAK...DIJANA...
HASIL LEBAH KELUAR... KITA BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Lebah,
Kg Permatang, Bukit Katil,
Melaka Tengah,
Melaka, Malaysia.
(19 Muharam 1435H) 



Monday, November 25, 2013

LEBAH MELIFERA - PENGURUSAN (Part 5)

PENGURUSAN DALAM KOLONI Lebah Mellifera (Apis mellifera) merupakan satu aktiviti penting didalam menternak lebah madu. Lebah Madu Apis mellifera adalah sejenis lebah dari Eropah yang telah dibawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 1976 oleh Jabatan Pertanian. Sebenarnya terdapat beberapa jenis lebah tempatan yang mampu menghasilkan madu seperti Lebah Keran (Apis cerana) dan Lebah Tualang (Apis dorsata) walau pun pengeluaran masih rendah dan tidak menentu. Daripada pembacaan dan pengalaman penulis, terdapat 8 spesis lebah yang terdapat dinegara ini yang perlu di'explore' lagi termasuk terkini yang mendapat perhatian iaitu Lebah Kelulut (Trigona spp). Saya mula kenal dengan lebah madu semenjak awal 1980'an semasa saya mula bertugas di Melaka dan aktif dalam mengembangkan ternakan lebah keran dikawasan tanaman kelapa. Kini benyak pokok kelapa dikawasan Merlimau, Melaka yang telah ditebang dan digantikan dengan pokok kelapa sawit dan menjadi kawasan perumahan dan kawasan kilang. Agaknyapenternakan lebah madu dikawasan tersebut semakin kurang sesuai. Artikel subuh ini saya terpanggil untuk menulis beberapa teknologi pengurusan dalam koloni bagi jenis Lebah Mellifera atau jenis lebah lain yang sesuai dalam "Anim Agro Technology" untuk rujukkan dan bacaan anda.


Pengurusan Dalam Koloni lebah madu perlu dijalankan mengikut jadual atau megikut keperluan. Lazimnya paling sesuai adalah sekitar sekurang-kurangnya 7 hari sekali.  Bagaimana pun saya dapati kekerapan memeriksa haif lebah madu disesuaikan dengan tujuan peperiksaan seperti membuat persiapan untuk mengalih atau pindahkan haif, berlaku bencana alam dan sebagainya. Apa yang sering dilakukan dalam pengurusan dalam koloni lebah ada 6 aspek yang perlu diperhatikan. Perkera tersebut adalah (1) Populasi Lebah (2) Taburan Telur dan Anak dalam Kom (3) Kehadiran Sel Ratu (4) Keadaan Kom (5) Penyimpanan madu dan debunga dan (6) Kehadiran Perosak dan Penyakit. Kemahiran kita untuk melihat kesemua 6 aspek tersebut boleh menentukan kejayaan didalam menternak lebah madu yang menguntungkan. Kalau anda seorang yang baru hendak menceburi aktiviti perusahaan lebah madu, sebaiknya pergi kurus dahulu dan dapakan seberapa banyak maklumat , teknologi dan pengalamanhands-on mengenai pengurusan lebah madu daripada pihak tertentu.


(3)  KEHADIRAN SEL RATU  
Kehadiran sel rattu adalah perlu diperiksa selalu dalam haif. Dalam keadan dimana ratu masih produktif dan sumber makanan yang banyak, koloni lebah terdorong untuk membina sel ratu (Lihat foto sebelah). Pastikan kita musnahkan semua sel ratu yang dibuat kera lazimnya ratu akan menjadi dewasa dalam masa 16 hari dan jika ia tidak dimusnahkan akan menyebabkan berlaku perpecahan koloni lebah. Ini menyebabkan jumlah lebah pekerja dalam satu koloni akan berkurangan dan lemah untuk mengumpulkan nektar dan debunga. bagaimana pun kita boleh kekalkan sel ratu jika ada keperluan untuk menggantikan ratu yang tidak produktif lagi atau membuat koloni baru dengan terancang. Sel ratu yang sakit, ratu hilang, cacat atau matu juga perlu diganti. semasa membuat pemilihan sel ratu, pastikan ia dari saiz paling besar yang dikekalkan dan pastikan ada Lebah jantan dalam koloni yang lain untuk proses mengawan dengan ratu yang bakal lahir.

4) KEADAAN KOM
Pemerhatian terhadap kom lebah dijalankan dengan melihat dua keadaan iaitu (1) Susunan Kom dalam haif dan (2) Warna Kom. Pastikan susunan kom dalam haif sentiasa berada dalam susunan yang betul degan JARAK antara kom adalah 'muat untuk seekor' lebah melaluinya (bee space). Jika jarak agak terlalu jauh antara kom dan susunannya tidak elok akan menyebabkan lebah pekerja membuat kom lain yang tidak sepatutnya.  Ini menyebabkan kom tambahan ini menyebabkan suksr diuruskan terutama jika ia melekat diata beberapa bingkai kom. Lazimnya apa yang saya perhatikan warna kom yang asalnya putih akan bertukar kepada coklat atau coklat kehitaman atau hitam (Lihat foto sebelah). Kom yang putih lazimnya digemari oleh lebah ratu untuk dia meletakkan telur. Kom yang berwarna hitam saiz selnya telah mengecil dan ia menyukarkan untuk ratu meletakkan telurnya. Sebaiknya gantikan kom yang telah hitam dan ia perlu digantikan dengan lilin landasan (Comb foundation) atau  diganti dengan kom baru yang lain.
Sila baca atikel sambungan pada Prt 6. Wasallam!.
MENTERNAK LEBAH... ADA CARANYA...
LEBAH IMPOT... BAIK POTENSINYA...
KEMAHIRAN MENTERNAK...DIJANA...
HASIL LEBAH KELUAR... KITA BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Lebah,
Kg Permatang, Bukit Katil,
Melaka Tengah,
Melaka, Malaysia.
(19 Muharam 1435H) 

Sunday, November 24, 2013

LEBAH MELIFERA - PENGURUSAN (Part 4)

PENGURUSAN DALAM KOLONI Lebah mellifera (Apis mellifera) merupakan satu aktiviti penting didalam menternak lebah madu. Lebiah A. mellifera adalah sejenis lebah dari Eropah yang telah dibawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 1976 oleh Jabatan Pertanian. Sebenarnya terdapat beberapa jenis lebah tempatan yang mampu menghasilkan madu seperti Lebah Keran (Apis cerana) dan Lebah Tualang (Apis dorsata) walau pun pengeluaran masih rendah dan tidak menentu. Daripada pembacaan dan pengalaman penulis, terdapat 8 spesis lebah yang terdapat dinegara ini yang perlu di'explore' lagi termasuk terkini yang mendapat perhatian iaitu Lebah Kelulut (Trigona spp). Saya mula kenal dengan lebah madu semenjak awal 1980'an semasa saya mula bertugas di Melaka dan aktif dalam mengembangkan ternakan lebah keran dikawasan tanaman kelapa. Kini benyak pokok kelapa dikawasan Merlimau, Melaka yang telah ditebang dan digantikan dengan pokok kelapa sawit dan menjadi kawasan perumahan dan kawasan kilang. Agaknyapenternakan lebah madu dikawasan tersebut semakin kurang sesuai. Artikel subuh ini saya terpanggil untuk menulis beberapa teknologi pengurusan dalam koloni bagi jenis Lebah Mellifera atau jenis lebah lain yang sesuai dalam "Anim Agro Technology" untuk rujukkan dan bacaan anda.


Pengurusan Dalam Koloni lebah madu perlu dijalankan mengikut jadual atau megikut keperluan. Lazimnya paling sesuai adalah sekitar sekurang-kurangnya 7 hari sekali.  Bagaimana pun saya dapati kekerapan memeriksa haif lebah madu disesuaikan dengan tujuan peperiksaan seperti membuat persiapan untuk mengalih atau pindahkan haif, berlaku bencana alam dan sebagainya. Apa yang sering dilakukan dalam pengurusan dalam koloni lebah ada 6 aspek yang perlu diperhatikan. Perkera tersebut adalah (1) Populasi Lebah (2) Taburan Telur dan Anak dalam Kom (3) Kehadiran Sel Ratu (4) Keadaan Kom (5) Penyimpanan madu dan debunga dan (6) Kehadiran Perosak dan Penyakit. Kemahiran kita untuk melihat kesemua 6 aspek tersebut boleh menentukan kejayaan didalam menternak lebah madu yang menguntungkan. Kalau anda seorang yang baru hendak menceburi aktiviti perusahaan lebah madu, sebaiknya pergi kurus dahulu dan dapakan seberapa banyak maklumat , teknologi dan pengalamanhands-on mengenai pengurusan lebah madu daripada pihak tertentu.

(1) POPULASI LEBAH 

Apa yang dikatkan dengan populasi lebah adalah sangat penting diperiksa kerana hanya dengan populasi yang banyak dan sihat akan menghasilkan produk madu yang signifikan (Lihat foto sebelah). Proses penggantian lebah yang aktif melalui proses ratu bertelur dan lebah pekerja menjaganya akan mempunyai jumlah lebah sekitar 20,000 - 30,000 ekor lebah pekerja bagi satu koloni. Sebaiknya kehadiran lebah jantan adalah kurang daripada 10% dalam satu koloni. Ada cara bagi kita menambahkan lebah pekerja dengan cara ambil lebah pekerja dari koloni lain untuk digabungkan dengan koloni baru dengan teknik yang betul. Cara lain adalah dengan menambah bingkai anak dalam haif (pada peringkat larva atau pupa). Memberi makanan tambahan kepada koloni lebah juga mampu menambahkan bilangan lebah pekerja. Papan Penyekat (dummy board) hendaklah digunakan pada masa jumlah koloni rendah bagi mempastikan susu dalam haif dapat dikekalkan pada tahap 33 - 35 celcius. Pada suhu ini telur lebah yang dieram akan menetas dengan sempurna menjadi larva. Jika didapati populasi tinggi, koloni maka kita boleh pecahkan koloni tersebut kepada satu atau dua lagi koloni baru atau penggunaan haif super diatasnya. Haif ini boleh juga dibawa atau dipindahkan kekawasan yang banyak sumber makanan nektar yang sesuai. Pemecahan koloni dijalankan bagi tujuan menambah bilangan koloni dalam haif untuk kegunaan sendiri atau pun menjual koloni kepada penternak lain yang berminat.

(2) TABURAN TELUR DAN ANAK DALAM KOM
Taburan telur dan anak apa yang kita perlu periksa menggambarkan akan ratu lebah dalam haif sedia ada masih produktif. Saya dapati bagi ratu yang produktif kita kekalkan dengan mengguanakn 100% ruangan sel dalam kom yang ada (Sila lihat foto sebelah). Ratu yang sederhana produktif lazimnya menggunakan hanya sekitar 70% sahaja ruangan sel kom manakana jika pemeriksaan mendapati penggunaan sel kom kurang 50% dikategorikan sebagai ratu lebah yang tidak produktif. Jika berlaku demikian maka kita perlu menukarkan ratu lebah yang tidak produktif dengan ratu lebah yang baru menggunakan teknik penukaran ratu yang betul. Persediaan untuk menggantikan ratu yang baru bermula apabila semasa pemeriksaan kita dapati keupayaan ratu bertelur di peringkat sederhana lagi. Sumber ratu yang hendak diganti boleh diperolehi daripada sumber pembekal berwibawa (impot) atau membuat sendiri dengan teknik yang betul.
Bersambung pada Part 5... Sila baca seterusnya.

MENTERNAK LEBAH... ADA CARANYA...
LEBAH IMPOT... BAIK POTENSINYA...
KEMAHIRAN MENTERNAK...DIJANA...
HASIL LEBAH KELUAR... KITA BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Lebah,
Kg Permatang, Bukit Katil,
Melaka Tengah,
Melaka, Malaysia.
(19 Muharam 1435H) 

Saturday, November 23, 2013

LEBAH MELIFERA - PENGURUSAN LUAR KOLONI (Part 3)

PENGURUSAN LUAR KOLONI Lebah Mellifera (Apis mellifra) merupakan satu aktiviti sangat penting didalam penternakan lebah. Lebah Mellifera adalah sejenis lebah dari Eropah yang dibawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 1976 oleh Jabatan Pertanian. Sebenarnya terdapat beberapa jenis lebah tempatan yang mampu menghasilkan madu seperti Lebah Keran (Apis cerana) dan Lebah Tualang (Apis dorsata) walau pun pengeluaran masih rendah dan tidak menentu. Daripada pembacaan dan pengalaman penulis, terdapat 8 spesis lebah yang terdapat dinegara ini yang perlu di'explore' lagi termasuk terkini yang mendapat perhatian iaitu Lebah Kelulut (Trigona spp). Saya mula kenal dengan lebah madu semenjak awal 1980'an semasa saya mula bertugas di Melaka dan aktif dalam mengembangkan ternakan lebah keran dikawasan tanaman kelapa. Kini benyak pokok kelapa dikawasan Merlimau, Melaka yang telah ditebang dan digantikan dengan pokok kelapa sawit dan menjadi kawasan perumahan dan kawasan kilang. Agaknyapenternakan lebah madu dikawasan tersebut semakin kurang sesuai. Artikel subuh Sabtu ini saya terpanggil untuk menulis teknologi pengurusan luar koloni penternakan lebah termasuk Lebah Mellifera dalam "Anim Agro Technology" untuk rujukkan dan bacaan anda.


Pengurusan Luar Koloni Lebah termasuk didalam menjalankan pemeriksaan terhadap kehadiran sumber makanan, sumber perosak dan penyakit, Sumber Air dan Keadaan Fizikal Haif yang digunakan. Kesemua perkara diatas perlu diperiksa demi menjaga koloni lebah dikawasan ternakan sentiasa aktif, sihat, koloni bersaiz besar dan mampu menghasilkan madu serta produk lain daripada penternakan lebah. Paling asas semasa memilih kawasan untuk menternak lebah adalah adanya SUMBER MAKANAN lebah. Lebah perlukan Nektar dan debunga untuk dijadikan tenaga dan kehidupan hariannya. Tumbuhan yang menghasilkan nektar dan debunga ini terdiri daripada tumbuhan semulajadi seperti pokok gelam, pokok hutan, Rumput Israel (Sila lihat foto sebelah), Bunga Pengantin dan sebagainya. Bagi mempastikan terdapat makanan, beberapa jenis tanaman yang boleh ditanam untuk makanan lebah seperti Belimbing, Kelapa, Nenas, Getah, Jambu Batu dan sebagainya. Kawasan ternakan lebah boleh diletakkan dikawasan tanaman tersebut dibawah naungan atau kawasan lapang yang sesuai untuk pergerakan lebah pergi balik mencari makanan.


Lebah Impot Apis mellifera memerlukan banyak air untuk menyejukkan koloninya. Ia lebih kritikal pada musim cuaca kemarau dan panas pada siang hari. Jika dikawasan ternakan tidak ada sumber air bersih semulajadi seperti sungai, kolam dan lopak air maka wajarlah disediakan bekas-bekas yang mengandungi air bersih untuk diminum oleh lebah berhampiran dengan haif. Elakan bekas tersebut daripada tempat pembiakan nyamuk dan perlulah bekas air diselenggara selalu. Pemeriksaan juga perlu melihat kehadiran serangga perosak dan haiwan yang menganggu koloni lebah. Serangga seperti Tebuan (Wasps) atau Tabuan merupakan ancaman kepada koloni lebah yang menjadikan lebah A. mellifera menjadi mangsanya (predator) kerana lebah ini bergerak agak perlahan berbanding dengan lebah keran (Sila lihat foto sebelah). Tabuan akan menunggu dipintu masuk haif dan menyambar lebah yang terbang keluar masuk. Anda boleh baca artikel mengenai tebuan (Sila klik disini). Sebaiknya musnahkan sarang tabuan dengan membakarnya dan kaedah lain yang sesuai. Jika tidak dimusnahkan, berkemungkinan koloni lebah akan pindah ketempat lain kerana tidak selamat.


Haiwan ternakan seperti Lembu, Kambing dan haiwan liar mungkin menyebabkan haif lebah jatuh atau tumbang kerana dilanggar dikawasan ternakan. Haif yang jatuh akan menyebabkan semua koloni didalamnya akan lari kerana telah rosak. Sebaiknya jika ada ternakan berkeliaran perlu dipasang pagar keliling atau ternakan tersebut diikat pada tali dikawasan meragut rumput. Haif yang diperbuat daripada kayu lazimnya tahan sehingga 10 tahun dan haif yag diperbuat daripada Plywood tahan antara 2-5 tahun sahaja. Pemeriksaan keadaan fizikal haif dijalankan untuk melihat diluar dan dalam (frame) sama ianya masih kukuh atau pun sudah reput. Sebaikya daripada pemerhatian dan pengalaman saya, dinding luar haif perlu dicat dengan warna terang seperti putih untuk mengekalkan suhu dalam haif, melebihi tahap optimum dan melambatkan proses pereputan kayu. Haif-haif yang telah reput atau uzur perlu diganti dengan haif baru atau jalankan penyelenggaraan. Pastikan tiang meletak haif juga dalam keadaan kukuh dan selamat daripada sebarang ancaman. Itulah beberapa fakta mengenai pengurusan luar koloni lebah madu untuk dijadikan panduan dan rujukkan. Sila baca artikel berkaitan dalam Part 1, Part 2, Part 4, Part 5 dan Part 6. Wasallam!.
Haif lebah diletak dilokasi sesuai.
PENGURUSAN LEBAH...ADA CARANYA....
SUMBER MAKANAN... CUKUP UNTUKNYA...
BERIKAN AIR BERSIH...SECUKUPNYA...
KEADAAN HAIF... SENTIASA JAGANYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Lebah,
Kg Serkat Darat,
Kukup, Pontian,
Johor, Malaysia.
(12 Muharam 1435H)
  

Friday, November 22, 2013

LEBAH MELIFERA - PENGURUSAN (Part 2)

 
LEBAH MELLIFERA (Apis mellifra) merupakan sejenis lebah dari Eropah yang masuk ke Malaysia semenjak tahun 1976 oleh Jabatan Pertanian. Sebenarnya terdapat beberapa jenis lebah tempatan yang mampu menghasilkan madu seperti Lebah Keran (Apis cerana) dan Lebah Tualang (Apis dorsata) walau pun pengeluaran masih rendah dan tidak menentu. Daripada pembacaan dan pengalaman penulis, terdapat 8 spesis lebah yang terdapat dinegara ini yang perlu di'explore' lagi termasuk terkini yang mendapat perhatian iaitu Lebah Kelulut (Trigona spp). Saya mula kenal dengan lebah madu semenjak awal 1980'an semasa saya mula bertugas di Melaka dan aktif dalam mengembangkan ternakan lebah keran dikawasan tanaman kelapa teutama di Merlimau. Kini banyak pokok kelapa dikawasan Merlimau, Melaka yang telah pun ditebang dan digantikan dengan pokok kelapa sawit dan menjadi kawasan perumahan dan kawasan kilang dan sebagainya. Agaknya penternakan lebah madu dikawasan tersebut semakin kurang sesuai. Penternakan lebah eropah sebagai satu alternatif juga pernah dijalankann di Melaka. Selain itu aktiviti penternakan lebah kini semakin kurang aktif kerana tidak ramai usahawan yang menceburi bidang ini. Artikel subuh ini saya terpanggil untuk menulis teknologi pengurusan Lebah Eropah atau kita lebih kenali dengan Lebah Mellifera dalam "Anim Agro Technology" untuk rujukkan dan bacaan anda berdasarkan pengalaman dan rujukkan teknikal.


Kepada mereka yang ingin menceburi bidang ternakan perlabahan (Apiarist), mereka perlu ada MINAT, KEMAHIRAN, KEBERANIAN dan MODAL. Beberapa alatan asas dalam penternakan lebah adalah seperti Haif, Penutup Muka (Veil), Pengasap (Smoker), Pengempar Madu (Extractor) dan sarung tangan perlu dibeli dan disediakan sebelum kita memulakan projek. Kawasan tapak apiari atau kawasan ternakan lebah mesti mempunyai sumber makanan yang mencukupi, tiada gangguan haiwan perosak dan gangguan daripada tiupan angin kencang. Baka lebah mellifera boleh dibeli daripada pembekal bertauliah dengan harga diantara RM 700 - RM 900 satu koloni (established colony). Jika anda hendak menternak Lebah Keran pula harganya sekitar RM150 - RM 300 satu koloni sebagai perbandingan yang boleh dibeli datipada pembejal tempatan. Pada saya, satu pilihan lagi pilihan untuk mendapatkan koloni lebah adalah memindahkan koloni lebah liar (Keran) kedalam haif walau pun ia memerlukan kemahiran tinggi untuk membuatnya. Sering saya pasang GELODOG (Rumah perangkap lebah keran liar yang dibuat dari batang kelapa dilubangkan dan diletakkan dimana ada populasi lebah liar) dan dipantau selalu. Lazimnya lebah liar akan masuk dalam musim kering sewaktu lebah keran pecah koloni (swarming) dikawasan dimana ada populasi lebah. Teknik mengambil atau mengalihkan lebah liar kedalam haif perlu dijalankan dengan teliti agar lebah tersebut tidak 'lari' semula selepas dipindahkan. Semasa memindahkan lebah liar, pastikan kita menempatkan Ratu Lebah dahulu bersama koloninya dan potong kom sedia ada kedalam frame dann tambah dengan lilin kom baru. Lazimnya kalau kita mahir untuk mengalihkan lebah liar akan mencapai sehingga 80 - 90% kejayaan. Lebah yang baru dipindahkan daripada gelodog kedalam haif baru perlu dijaga dengan baik pada peringkat awal seperti memberikan makanan tambahan, diletakkan ditempat sesuai dan tidak berjauhan dari lokasi asal gelodog.


Pengurusan Koloni Lebah merupakan asas kepada penternakan lebah madu untuk menghasilkan pendapatan lumayan.Terdapat dua kategori pengurusan lebah madu iaitu Pengurusan Luar Koloni dan Pengurusan Dalam Koloni. Kedua-duanya perlu ada pada penternak dengan tahap kemahiran tinggi yang boleh dijana melalui kursus rasmi atau menimba pengalaman semasa menternak. Pada saya membuat latihan amali bersama penternak lebah sedia ada sehingga mendapat kemahiran adalah kaedah terbaik. Tidak banyak kursus-kursus mengenai perlebahan diadakan dinegara kita. Jabatan Pertanian Negeri Johor ada beberapa kali menganjurkan kursus perlebahan yang diadakan di Pusat Apiari Kebangsaan di Stesyen Pertanian Parit Botak, Johor dan beberapa pejabat pertanian daerah. Kalau ada ramai yang berminat untuk menghadiri kursus perlebahan bolehlah mereka menghubungi pusat apiari kebangsaan untuk diadakan kursus tersebut. Ianya terdiri daripada kursus asas perlebahan sehingga kepada kursus lanjutan seperti menyediakan ratu lebah, permakanan lebah, pengurusan musim hujan dan sebagainya.

Pengurusan Luar Koloni melibatkan pemeriksaan terhadap kehadiran sumber makanan, sumber perosak dan penyakit, sumber dan keadaan fizikal haif lebah yang digunakan. Paling utama adalah kita mempastikan sumber makanan untuk lemah iaitu nektar dan debunga ujud dikawasan penternakan lebah setiap masa. Sumber tumbuhan ini sama ada semulajadi (Pokok Gelam, Rumput Israel dan Bunga Pengantin) atau yang di tanam seperti Kelapa, Nenas, Pokok Belimbing dan sebagainya. Bagi pengurusan dalam koloni, sebaiknya dijalankan dengan pemeriksaan lebah didalam haif sekurang-kurangnya setiap 7 hari. Bagaimana pun jadual pemeriksaan boleh disesuaikan dengan keadaan koloni lebah sama ada ianya baru dipindahkan, perubahan cuaca dan iklim atau pun terdapat kejadian serangan perosak dan penyakit. Pemeriksaan meliputi jumlah populasi lebah, Taburan telur dan anak dalam kom, kehadiran sel ratu, keadaan kom, penyimpanan madu dan debunga dan kehadiran perosak dan penyakit. Bersambung pada artikel berikutnya (Part 1, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6). Wasallam.


Pemeriksaan kom lebahmadu perlu dilakukan.
LEBAH MADU ... ADA SENGATNYA...
DALAM HAIF..PERLU DIJAGANYA...
HASILKAN MADU... DAN DEBUNGA...
MAKAN MADU.. SIHAT SEJAHTERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Lebah,Madu,
Kg Sungai Gersik, Parit Jawa,
Muar,Johor,
Malaysia.
(27 Zulhijjah 1434H)