Tuesday, January 17, 2023

ISU IMPORT MAKANAN MALAYSIA

IMPORT MAKANAN
(Food imports) untik negara kita Malaysia 
dilaporkan pada tahun 2022 adalah lebih tinggi melepasi paras tertinggi yang pernah direkodkan sebelum ini iaitu sebanyak RM63 bilion. Sebelumnya Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporannya sebelum ini memaklumkan dimana pada 2020, Malaysia mengimport RM55.5 bilion produk makanan berbanding eksport sebanyak RM33.8 bilion iaitu dengan nilai import makanan terkumpul berjumlah RM482.8 bilion dalam tempoh 10 tahun, berbanding eksport berjumlah RM296 bilion. Isu ini merupakan satu jumlah yang banyak dengan purata kadar RM 29 juta sehari. Kajian daripada beberapa sumber rasmi seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI) dan kini MAFS dimana sebelum ini Jabatan DOSM hanya melaporkan jumlah sebanyak RM27.93 billion (atau RM 27,930 juta) nilai impot makanan pada tahun 2011 dan kemudian ia meningkat lagi pada tahun 2012 dan 2013. Jumlah angka besar dan agak mengejutkan ini menunjukkan negara akan terus bergantung lebih banyak kepada negara lain menyediakan bekalan makanan mencukupi kepada rakyat walau pun negara Malaysia asasnya adalah mampu menghasilkan barangan makanan sendiri. Malaysia adalah dalam kedudukan yang rapuh apabila berhadapan dengan krisis makanan global seperti yang berlaku semasa krisis makanan sekitar tahun 2008. Kini dengan perjanjian meluas, harga pertanian antarabangsa akan kekal jauh lebih tinggi daripada peringkat prakrisis yang berlaku sebelum ini. Bagi kestabilan negara, kecukupan makanan amat penting dimana negara sekurang-kurang mampu membuat perancangan dan mampu dalam menampung bekalan pada dekad akan datang. Sebab itu pelbagai usaha bersepadu perlu dilakukan untuk menangani masalah-masalah membabitkan dasar bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi menjelang 2050. Peranan beberapa kementerian dan Jabatan perlu digembelingkan dengan membuat perancangan jitu bagi mempastikan bekalan makanan negara mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan. Dasar Agro Makanan Negara (DAM) mungkin salah satu daripada strategi yang diujudkan untuk tujuan ini. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu isu penting untuk dibincang mengenai import makanan untuk bacaan dan rujukkan.

Walau pun Malaysia sudah menukar Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) pada hujung tahun 2022 namun isu import makanan masih perlu diatasi. Isu bagaimana 
Malaysia terlalu bergantung kepada Import Makanan masih berterusan sehingga tahun 2023 ini. Rakyat Malaysia mungkin ada yang masih berbangga dengan status negara sebagai 'syurga makanan' akan tetapi kebanyakan bahan-bahan yang digunakan bukan daripada sumber tempatan tetapi apa yang ditunjukkan dalam bil import makanan berjumlah RM45.4 bilion pada 2015 telah terus meningkat kepada RM55.4 billion pada tahun 2020 dan RM63 billion pada 2022. Malaysia memperolehi produk seperti jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan daging sekurang-kurangnya daripada 120 negara dan juga mengimport lebih daripada 50 jenis bahan segar dan beku bagi memenuhi selera rakyat Malaysia terutamanya penggemar makanan. Buah-buahan seperti tembikai, pisang, nanas dan juga rambutan adalah antara yang diimport dari luar negara dengan kos berjumlah RM1.55 bilion antara Januari dan Jun tahun lalu. Negara Afrika, Australia, India, Thailand dan China antara yang menjadi sumber Malaysia mendapatkan import buah-buahan. Menurut MAFI dulu pada tahun 2020 sahaja Malaysia membelanjakan sekitar RM55.4 bilon untuk import makanan. FAMA dapati dimana pada tahun 2014 jumlah import makanan berjumlah RM42.6 bilion, peningkatan mendadak sebanyak RM12.4 bilion berbanding empat tahun sebelumnya dan kini naik lagi. Sayur-sayuran seperti bawang merah, bawang putih, brokoli, cendawan, bendi, kacang, keledek, tomato dan cili diimport dari beberapa negara seperti China, India, Thailand, Australia dan juga Singapura. 

Selain itu sebanyak RM18.68 bilion dibelanjakan untuk mengimport ayam, daging lembu, daging kerbau, itik dan daging khinzir dari Amerika Syarikat, China, Australia dan beberapa negara lain. 
Walaupun Malaysia mempunyai hasil pengeluaran pertanian sendiri, namun negara masih bergantung kepada import negara asing untuk memenuhi keperluan makanan domestik. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dimana negara amat bergantung kepada import bekalan daging kambing, daging lembu, mangga dan kelapa kepada negara asing. Hampir 70 peratus daging kambing yang beredar di pasaran tempatan diimport dari Australia manakala daging lembu pula diimport dari India. Bagi bekalan mangga dan kelapa pula Malaysia masih bergantung import dari Thailand dan Indonesia. Kini jumlah import tertinggi yang dicatatkan setakat ini ialah daging lembu iaitu sebanyak RM2.2 bilion dimana ia diikuti daging kambing (RM879.4 juta), kelapa (RM266.1 juta) dan buah mangga (RM87.9). Di samping itu jiga DOSM menjelaskan, Malaysia juga mempunyai kebergantungan import yang tinggi terhadap lapan produk makanan lain. Produk tersebut terdiri daripada sotong, susu segar, kobis bulat, cili, daging lembu/kerbau, halia, mangga, dan kambing bebiri. Setiap satunya mencatat nilai import yang tinggi melebihi 50 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pada 2020 dilaporkan dimana Malaysia mengimport RM55.5 bilion produk makanan berbanding eksport sebanyak RM33.8 bilion dakwa Ketua Perangkaan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Berlaku peningkatan yang lebih laju dalam import berbanding eksport telah mendorong peningkatan defisit perdagangan produk makanan berjumlah RM21.7 bilion pada tahun 2020 iaitu ia meningkat 24.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pada masa yang sama dilaporkan import makanan terkumpul berjumlah RM482.8 bilion dalam tempoh 10 tahun, manakala eksport berjumlah RM296 bilion. Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, skala pandemik Covid-19 telah menjejaskan banyak perdagangan antarabangsa dan globalisasi ekoran penularan virus di aliran perdagangan antarabangsa, termasuk aspek penawaran dan permintaan.


Malaysia masih mempunyai keupayaan sara diri untuk sebahagian besar barangan makanan meskipun jumlah kandungan import agak besar dakwa Bank Negara Malaysia. Bank pusat itu menegaskan tanggapan bahawa status Malaysia sebagai ‘pengimport bersih’ makanan dan kadar pertukaran asing sebagai satu-satunya pemacu harga makanan di negara ini adalah salah. Bank Negara juga ada menjelaskan pengeluaran makanan di Malaysia adalah cukup untuk menampung penggunaan domestik bagi banyak bahan makanan asas yang mana daripada 33 produk pertanian yang biasa digunakan cuma 16 sahaja mempunyai nisbah sara diri melebihi 100 peratus. BNM dakwa perubahan kepada status pengeksport bersih makanan mungkin tidak dapat mengikis keperluan negara terhadap bahan yang diimport dan pengaruh kadar pertukaran. Pergerakan kadar pertukaran hanya dapat mempengaruhi sebahagian saja daripada harga makanan dan faktor lain mungkin sama penting atau lebih penting. Apa pun berdasarkan perangkaan sedia ada dimana sejak lima tahun lalu kadar defisit perdagangan makanan dan minuman meningkat dengan sederhana kepada RM18.8 bilion pada 2018, berbanding RM16.9 bilion pada 2013. Jika dilihat dengan lebih teliti dimana Malaysia juga adalah pengeksport bersih untuk makanan seperti timun, terung, bayam, telur, kacang panjang, bendi, nanas, pisang dan udang, sekali gus menepis tanggapan kebergantungan pada import yang meluas adalah tidak tepat. Dari segi import, bahagian kandungan import dalam jumlah bekalan makanan ialah 24 peratus yang mana peratusan itu termasuk komponen import untuk pengeluaran domestik (sembilan peratus) dan import barangan siap (15 peratus). Bekalan sesetengah makanan seperti daging lembu dan kobis bulat sebahagian besarnya perlu diimport dari negara lain. Secara kebetulan dimana bahan makanan yang bergantung pada import itu juga mencatatkan kadar inflasi yang melebihi paras purata sejak sedekad yang lalu. Sebaliknya bagi bahan makanan seperti daging ayam dan telur yang mempunyai nisbah sara diri yang tinggi menunjukkan kenaikan harga yang pada amnya selaras dengan inflasi keseluruhan. Masih terdapat hubungan bukan linear antara kebergantungan import dengan kenaikan harga sebagai contoh dimana meskipun kebergantungan import untuk daging lembu adalah lebih tinggi daripada kelapa tetapi kadar kenaikan harganya pada tempoh 2010-2018 adalah lebih rendah daripada kenaikan harga santan segar. Hal itu menunjukkan bahawa faktor lain memang turut mempengaruhi harga akhir kepada pengguna selain daripada pergerakan kadar pertukaran. Dengan mengambil kira beberapa peringkat yang terbabit dalam pengeluaran makanan maka Bank Negara dapati dasar dalam negeri yang disarankan pada masa ini adalah tepat pada masanya dan wajar. Ini termasuk dengan cara mempelbagaikan sumber import, memperkemas peraturan dan memodenkan teknologi pengeluaran dan pengedaran. Meskipun mengambil masa untuk direalisasikan, langkah ini akan dapat menangani isu struktur yang menjadi teras kepada masalah bekalan makanan di Malaysia sejak beberapa dekad. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
IMPOT MAKANAN... TINGGI NILAINYA...

SEMAKIN MENINGKAT... TRENDNYA...
BARANGAN MENTAH... DARI MANA...
BERBILLION RINGGIT... NILAINYA... 

By,
M Anem,
Room 218, Ritz Garden Hotel Manjung,
Jalan Lumut, Manjung,
Lumut, Perak, 
Malaysia.
(25 Zulkaedah 1434H)
Kemaskini pada 16 Januari 2023.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.