TANAMAN JAGUNG (Zea mays) dan PISANG (Musa spp) merupakan dua jenis tanaman yang agak polular di Malaysia semenjak lama dulu sebagai tanaman makanan. Kedua-dua tanaman ini ditanam dengan meluas dan komersil selain daripada ditanam sebagai tanaman selingan atau tanaman hobi sahaja. Serangan penyakit dan perosak bagi kedua jenis tanaman ini juga sering berlaku kerana ianya merupakan jenis tanaman yang mudah diserang akibat faktur semulajadi varieti tanaman dan musuh semulajadi yang ada dipersekitaran. Bagi tanaman jagung, serangan Penyakit Reput Batang, Penyakit Reput Buah, Penyakit Reput 'Smut' dan Penyakit Karat yang disebabkan oleh kulat amat sering berlaku dikawasan tanaman jagung secara komersil terutama jika keadaan sekeliling agak lembap. Serangan oleh serangga perosak seperti Ulat Pengorek Batang, Ulat Pengorek Langai Jagung, Ulat Ratus Daun dan Aphid juga menyebabkan kerosakan tanaman dan ia akan menjejaskan kualiti hasil. Bagi tanaman pisang pula kini serangan Penyakit Moko yang disebabkan oleh kulat Ralstonia solanacerum juga telah dilaporkan melumpuhkan industri tanaman pisang. Pisang juga diserang dengan beberapa serangga perosak lain seperti Ulat Pengorek Batang, Ulat Pengorek Umbisi, Ulat Gulong Daun dan juga Lalat buah serta cacing Nematod. Masalah serangan kulat ini perlu diatasi demi mendapatkan penghasilan buah jagung dan pisang berkualiti daripada kebun. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan beberapa amalan yang dibuat oleh petani didalam mengatasi masaalah serangan penyakit disebabkan oleh kulat.
Dalam temubual dengan beberapa orang penanam jagung manis di Perak, saya telah berjaya menemui rahsia kejayaan penanaman jagung manis. Semasa saya membuat kajian, saya telah temuduga Pak Ahmad dari Chemor, Perak dan 2 orang peserta Projek TKPM Titi Gantung (Nama dirahsiakan) mengenai rahsia kejayaan menanam jagung manis. Mereka merupakan penanam jagung manis yang tegar komersil dan menjadikan tanaman jagung sebagai pendapatan utama untuk menampung keluarga. Pak Ahmad contohnya telah menanam seluas lebih dari 15 hektar jagung manis secara jadual matrik berperingkat-peringkat untuk jualan segar. Pendapatan kasar Pak Ahmad mencecah RM 360,000 dari Januari - Ogos 2013 dimana beliau dibantu oleh beberapa pekerja ladang upahan dan ahli keluarga sendiri. Katanya menanam jagung perlukan komitment yang tinggi dengan kemahiran khusus terutama untuk mendapatkan banyak buah tongkol jagung Gred A yang berkualiti. Saya dapati beliau yang telah beberapa kali juga memenangi pertandingan hasil buah jagung di peringkat negeri dan kebangsaan menyatakan amat penting bagi penanam jagung manis untuk menjalankan kaedah Amalan Pertanian Ladang Baik (GAP). Jagung beliau menang Pesta AGROFEST, HPPNK dan MAHA dengan konsisten kerana beliau memang sentiasa mengawasi amalan agronomi diladang.
Beliau ada menyatakan asas penting didalam menanam jagung adalah faktur kemahiran untuk mengawal serangga perosak dan serangan penyakit. Katanya penggunaan racun kimia didalam cara menanam jagung adalah perlu tetapi mesti mengikut peraturan pada label yang dinyatakan. Racun kimia dan baja kimia perlu diaplikasi mengikut kadar dan juga jadual semburan yang tepat untuk mengurangkan kadar residu racun pada hasil jagung yang dihasilkan. Satu rahsia yang beliau berjaya dalam setiap kali menanam jagung adalah menggunakan bahan kimia yang sangat praktikal untuk tanaman jagung iaitu racun kulat jenama FLINT keluaran Bayer (Lihat label foto sebelah). Walau pun racun ini sangat mahal (Lebih RM200.00 satu botol kecil) yang boleh dibeli daripada kedai-kedai pertanian, ianya amat signifikan dalam aktiviti penanaman jagung manis iaitu untuk mengawal semua jenis penyakit berasaskan kulat terutama pada musim cuaca lembap (Sila klik disini - Racunn FLINT). Perkara sama juga dinyatakan oleh peserta projek TKPM yang aktif menanam jagung manis sejak lama dulu akan keberkesanan teknologi penggunaan bahan ini.
Dalam membuat rujukkan dilamanweb, saya dapati jenama racun kulat Flint ini dihasilkan oleh Bayer Crop Science dengan jenama FLINT 500WG dan beberapa formulasi lain. Flint® fungicide ini merupakan jenis 'strobilurin fungicide' yang sangat bekesan, tahan lama, long-lasting, broad-spectrum disease control untuk banyak tanaman sayuran dan juga tanaman kontan seperti jagung. Flint mampu mengawal serangan penyakit dalam banyak jenis tanaman dimana bahan aktifnya akan diserap didalam lapisan daun berlilin yang menjadi satu lapisan penghalang kepada sebarang kemasukan patogen kulat yang hendak menyerang tanaman. Kandungan bahan aktif ini mampu berpindah kebahagian tisu atau sel lain bagi menghalang serangan patogen perosak yang ingin menyerang tanaman. Apabila berlaku hujan lebat, sebahagian bahan aktif yang terdapat pada daun akan dibawa bersama air hujan kebahagian lain tanaman dan jatuh ke tanah sekitar kanopi tanaman dimana ini mampu melengkapkan perlindungan menyeluruh kepada keseluruhan kanopi tanaman. Kajian saintis juga menunjukkan bahawa Flint mampu menganggu proses pernafasan (respiration) dan penghasilan tenaga sel-sel kulat (the fungal cell) yang menyekat penyebaran kulat dari peringkat awal pembiakannya. Racun ini katanya juga mampu menghalang serangan kulat yang menyerang tanaman dari peringkat awal sehingga peringkat seterusnya (initial infection as well as secondary spread of diseases) pada tanaman kita.
Serangan Penyakit Moko Pisang kini menjadi penghalang kepada ramai petani untuk berjaya menghasilkan buah pisang. Semakin ramai petani yang mengeluh dan kecewa kerana tanamannya pisang rosak akibat penyakit moko kerana walau pun ia dikawal dikebunnya, tetapi jiran-jiran pekebun lain tidak menjalankan sebarang tindakan. Merujuk kepada satu perbincangan saya dengan Usahawan Encik Saderi (Peserta TKPM dan Bekas Pegawai Pertanian Daerah), tanaman pisang beliau pada dua tahun lepas musnah akibat serangan penyakit moko. Kini beliau menanam Pokok Pisang Tanduk dan membuat beberapa langkah kawalan asas untuk mengelakkan serangan moko pisang. Antara yang beliau jalankan ialah seperti membuat parit sempadan (Drenching) dan menanam tanaman pemisah (Barrier crop) dan memberi nasihat kepada jiran sebelah untuk sama-sama menjalankan kawalan. Syor beberapa pegawai teknikal Jabatan Pertanian bagi pokok yang telah kena serangan dinyatakan sebagai dengan kaedah menebang dan menanam dalam lubang atau membakarnya. Ini tidak menyelesaikan masaalah menurut Dr. Hendra (Pengarah Institut Buah Tropika di Bogor, Indonesia) yang saya pernah berbincang di satu seminar di Melaka tahun lepas kerana katanya ia sukar dibakar dan kalau ditanam pun didalam tanah akan mereput dimana kulat Ralstonia akan membiak lagi. Di Johor terdapat testimoni penggunaan Mikrob Berfaedah yang didakwa mampu mengurangkan kemungkinan serangan penyakit ini tetapi banyak pemerhatian saintifik yang perlu dibuat. Belum ramai petani yang cuba menggunakan Racun Flint diatas untuk kawalan penyakit moko kerana ianya adalah racun kulat yang tidak membunuh patogen Ralstonia agaknya. Cubalah...........Wallahualam!.
MENANAM JAGUNG... ADA TEKNIKNYA....
KAWAL PEROSAK... IKUT ATURANNYA...
POKOK SIHAT ... LUMAYAN HASILNYA...
MOKO PISANG... APA KAWALANNYA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 2, Hotel Heritage Ipoh,
Jalan Raja Dihilir,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(12 September 2013)

Serangan Penyakit Moko Pisang - daun rosak. |
KAWAL PEROSAK... IKUT ATURANNYA...
POKOK SIHAT ... LUMAYAN HASILNYA...
MOKO PISANG... APA KAWALANNYA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 2, Hotel Heritage Ipoh,
Jalan Raja Dihilir,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(12 September 2013)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.