Sunday, October 23, 2022

KENAF - APA STATUS INDUSTRI

 
TANAMAN KENAF (Hibiscus cannabinus Linn) merupakan sejenis tanaman pernah diperkenalkan di Malaysia dimana dahulu ia sebagai salah satu tanaman alternatif menggantikan tembakau. Perancangan diperingkat pengenalan dahulu adalah bertujuan untuk menggantikan Tanaman Tembakau (Nicotiana tabacum) yang dahulu meluas ditanam di Malaysia sebagai tanaman selingan dengan tanaman padi iaitu pada Luar Musim Padi. Di Malaysia tanaman tembakau telah di kurangkan oleh kerajaan selari dengan Kempen Kurangkan Penghasilan tembakau untuk dijadikan bahan asas Rokok yang mana ianya membahayakan kesihatan. Pada masa ini tahun 2022 dilihat kalangan rakyat Malaysia yang merokok semakin berkurangan berbanding tahun 1970-1980'an dahulu. Mereka yang merokok juga sering dikaitkan dengan banyak masaalah kesihatan seperti mana amaran pada label setiap kotak rokok. DIlaporkan dimana pada peringkat awal dahulu antara penjelasan dan manafaat menanam kenaf iaitu selaku tanaman yang ada bahan yang kaya dengan fiber dan mampu menjadi bahan asas dalam pembuatan biokomposit. Apa pun penjelasan ini juga telah menyebabkan permintaan terhadap tumbuhan yang berasal dari Afrika ini mungkin boleh melonjak tinggi diperingkat awal pengenalannya. Melihat potensi besar itu maka pihak kerajaan mendapati tanaman kenaf yang telah diperkenalkan di Malaysia sebagai tanaman alternatif bagi tanaman tembakau. Walau bagaimanapun LKTN (Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara) yang telah diubahsuai daripada Lembaga Tembakau Negara (LKTN) sudah menjalankan fungsunya dengan baik. Lembaga ini telah ditubuhkan untuk memajukan tanaman kenaf walau pun masih belum banyak peningkatan pengeluaran tanaman kenaf di Malaysia dilaporkan sehingga kini. Antara puncanya ia kurang mendapat sambutan adalah kerana persaingan dengan tanaman lain yang lebih terjamin pulangannya seperti Kelapa Sawit, Getah, Buah-buahan dan Sayur-sayuran. Di beberapa negeri yang aktif menanam tembakau terutama di Kelantan dilaporkan ada seramai lebih 5,000 penanam tembakau di negara ini dijangka terjejas teruk apabila dilaksanakan keadaan Kawalan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dikuatkuasa pada tahun 2010. Apa yang termaktub didalam AFTA tersebut adalah berlaku penurunan harga dan juga pengurangan duti import tembakau. Kenaf ialah sejenis pokok tropika yang menghasilkan fiber menyerupai jut dan didakwa kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan tali dan tekstil yang difikirkan berpotensi untuk menggantikan tanaman tembakau terutama dikawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Tanaman Kenaf dilaporkan boleh dituai hasilnya selepas 120 hari dan kitaran penanamannya ialah tiga kali dalam setahun. Penulis blog juga masa itu mendapati potensi tanaman ini untuk dimajukan adalah agak cerah jika terdapat perancangan, komitment, jaminan pasaran serta halatuju pembangunan industri kenaf negara. Artikel malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" dipaparkan mengenai beberapa laporan akhbar mengenai tanaman kenaf untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Penulis blog merujuk kepada laporan media pada masa pelancaran tanaman kenaf dahulu (Tahun 2004) bertajuk '
Kenaf tanaman berpotensi bagi menggantikan tanaman tembakau'. Hasil dari kenyataan oleh  Pengerusi Lembaga Tembakau Negara masa itu iaitu Datuk Mohd Zain Ismail dimana kalangan petani yang mempelopori projek tanaman kenaf di Kelantan telah berjaya membuktikan bahawa tanaman tersebut efektif untuk ianya menggantikan tembakau yang kurang kompetitif dalam industri perladangan. Dilaporkan dimana Malaysia dijangka mampu untuk mengeksport 50,000 tan metrik kenaf setahun dengan nilai RM15 bilion jika perancangan dan strategi tanaman kenaf menggantikan tanaman tembakau secara komersil berjaya untuk dilaksanakan. Ini akan menjadikan kenaf sebagai komoditi utama negara menjelang tahun 2010 (mengikut laporan akhbar masa itu). Didakwa juga dimana negara Korea akan menjadi negara pengimport pertama dari Malaysia yang berjumlah 50,000 tan metrik setahun itu berdasarkan kajian yang telah dilakukan. LKTN juga dakwa pada peringkat pertama penanaman dimana sebanyak 1,000 hektar kenaf akan dilaksanakan termasuk 700 hektar di Kelantan dan bakinya dibeberapa negeri lain seperti di Kedah, Terengganu dan Pahang. Dalam RMK-9 masa itu dilaporkan jumlah bajet menanam kenaf  peringkat awal oleh pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bagi pembangunan kenaf menerusi Lembaga Tembakau Negara (LTN) yang asalnya sebanyak RM10 juta telah pun dinaikkan kepada sebanyak RM35 juta dalam semakan separuh penggal RMK-9 diluluskan dan dilaksanakan. Di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dilaporkan keluasan kawasan sasaran bagi kenaf ialah kira-kira 10,000 hektar. Berdasarkan pelan ECER masa itu dimana industri kenaf dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan pedalaman terutamanya di kawasan penanaman tembakau di Bachok, Pasir Puteh, Besut, Setiu dan Marang. Menurut media tersbut dilaorkan dakwaan dari Ketua Unit Kenaf Lembaga Tembakau Negara (LTN) Kelantan, Aizwan Azmi dimana dengan harga kenaf semasa RM500 setan metrik maka penanam kenaf mampu memperolehi pendapatan lumayan dengan hasil 15 tan metrik sehektar yang mampu membebaskan petani dari belenggu kemiskinan. Jangkaan hasil peningkatan projek kenaf dari pengalaman dua kilang memproses dibina sebagai memenuhi keperluan iaitu di Air Tawar, Pasir Puteh dan di Beris Lalang, Bachok yang melibatkan peserta projek Diraja Kelantan. Kilang yang memuatkan mesin bernilai RM600,000 hasil kepakaran pegawai LTN menerusi teknik inovatif berjaya memproses 10 tan metrik kenaf sehari dalam masa lapan jam bekerja. Dilaporkan juga dimana hasil kenaf yang diproses di Tok Bali dan Beris Lalang ini dieksport ke Jerman dan Korea untuk keperluan pembuatan automotif, pembuatan perabot dan alat elektrik.

Dalam pada itu ada media menyatakan dimana apa yang pasti adalah pernah ramai ada penanam kenaf mula yakin dengan prospek tanaman tersebut dan peningkatan harga dari RM300 kepada RM500 satu tan metrik memberi jaminan bahawa pendapatan petani akan turut meningkat. Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang mana perlaksanaannya ada melibatkan pelaburan RM112 bilion dalam tempoh 12 tahun dilaporkan telah turut menjadikan tanaman kenaf juga sebagai satu daripada sektor pertanian yang dibangunkan kerana ia dilihat mampu membantu menangani ketidak seimbangan ekonomi di wilayah tersebut. Apa pun sebelum Negeri Kelantan menerima kenaf secara komersial untuk menggantikan tanaman tembakau masa itu di negara jiran Indonesia sudah terlebih dahulu melakukan perubahan itu kerana menyedari potensi kenaf dimana kejayaannya sangat memberangsangkan. Antara aktiviti dilaporkan dimana ia dapat menghasilkan rayon daripada kenaf menggunakan jentera prototaip menuai tanaman kenaf yang mudah. Apa pun penghasilan bahan yang dikenali sebagai rayon daripada tumbuhan untuk menghasilkan pakaian kini dilihat mampu mengimbangi permintaan terhadap pengeluaran kapas. Kenaf yang sebelum ini digunakan untuk menghasilkan produk berasaskan fiber kini boleh diolah untuk menghasilkan rayon sebagai bahan untuk menghasilkan pakaian.Hasil kajian yang dilakukan oleh kumpulan di FRIM mendapati dimana rayon ini boleh dihasilkan daripada kenaf. Ia juga berkait dengan potensi industri industri tekstil negara. Penghasilan rayon kenaf bermula daripada batang kenaf yang dihancurkan menjadi cip seterusnya kepada partikel yang lebih kecil sebelum dihancurkan sehingga halus. Proses penghasilan seterusnya adalah pempulpaan-bio dan pemutihan-bio (bio-pulping and bio-bleaching), kemudian pelarutan pulpa, kemudian pengakalian sehingga menjadi rayon. Dalam proses pengalkalian dimana pulpa akan menyerap soda (alkali) dan akan berlaku penerapan (penetration) uniform alkali dalam selulosa. Kemudian proses shreeding yang mana permukaan pulpa menjadi lebih luas dan seterusnya melaksanakan proses pemeraman (aging) selama 20 jam pada kadar suhu 30 darjah. Seterusnya proses mencairkan pulpa mengunakan sebatian carbon disulfate (NaOH) kepada fiber berbentuk cecair dan ditapis sebelum melalui proses putaran (spinning bath). Menerusi proses itu, filamen rayon bersaiz 0.07 milimeter akan terhasil dan boleh dipintal untuk dijadikan benang. Menerusi benang yang dipintal daripada filamen rayon tersebut pelbagai produk berasaskan fabrik dapat dihasilkan. Antaranya adalah kain rayon atau dicampurkan bersama benang yang berasaskan kapas, produk karbon fiber untuk kegunaan komponen kapal terbang atau kereta yang berasaskan fiber. Antara produk lain yang memerlukan fiber rayon adalah tayar, alatan pembedahan, pihak industri serta sutera tiruan. Kajian dapati sutera tiruan yang dihasilkan menerusi rayon tersebut mampu mengurangkan kos namun memiliki kualiti yang baik.

Dalam portal utusan.com dilaporkan kisah 'Perlis bakal jadi pengeluar produk kenaf' pada 21 Oktober 2021 wajar dikongsikan. Laporan daripada Padang Besar, Perlis dimana negeri 
Perlis dijangka menjadi pengeluar produk industri hiliran berasaskan kenaf untuk zon utara dalam tempoh lima tahun akan datang. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi iaitu Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kenaf berpontensi tinggi kerana keseluruhan pokok tersebut mempunyai kegunaan tersendiri. Dakwanya antaranya fiber boleh digunakan untuk membuat tilam, perabot dan insulasi dalam kereta selain batang pokok untuk membuat jalan serta daun untuk ianya digunakan kembali sebagai baja. Bagi mencapai hasrat tersebut, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi memanjangkan tempoh pajakan kepada pengusaha, Kenaf Venture Global Sdn. Bhd. (KVG) sehingga 25 tahun supaya pelaburan untuk membuka kilang dan membeli jentera baharu dapat dilakukan. Dengan tanah seluas 200 hektar dan juga penanam kecil dalam kalangan penduduk kampung sebanyak 50 hektar ketika ini, mungkin sudah tiba masanya untuk mengembangkan industri kenaf di Perlis bukan sahaja untuk mengeluarkan biji benih. Jika ini dapat dilaksanakan, maka ia akan menghasilkan pendapatan bukan sahaja untuk negeri tetapi juga untuk negara. Lebih baik kerajaan negeri memberi pajakan jangka panjang bagi memudahkan KVG dan lain-lain (pemain industri) untuk membuat pelaburan yang lebih berkesan dan efektif. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di ladang kenaf dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara KVG dan SIRIM Bhd di Chuping Valley Industrial Area (CVIA), Chuping. MoU tersebut ditandatangani oleh Presiden KVG, Azman Ahmad dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad. Melalui perjanjian tersebut, KVG menerima pengiktirafan pengurusan ISO 9001 daripada SIRIM bagi membolehkan mereka meneroka pasaran antarabangsa melalui Dubai Expo 2020 tidak lama lagi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
POKOK KENAF...DITANAM MUDAHNYA...
PERANAN LKTN.... MEMANG HAKIKINYA....
JABATAN PERTANIAN ... MELIHAT SAHAJA...
ADA POTENSI ..PERLU BANYAK USAHANYA...


By,
M Anem,
Room 806, Avillion Legends Hotel,
Jalan Hang Tuah, 
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(1 September 2013)

Kemaskini pada 2 Oktober 2022.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.