Friday, September 13, 2013

KATAK - TERNAK KATAK (PART 3)

KATAK (Frogs) merupakan sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang saya lihat mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan tidak berekor. Kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim mengawan. Katak boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk subartik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', kini terdapat beberapa spesis katak yang diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti ternakan katak daripada pemerlatian semasa membuat lawatan ke projek ternakan katak di Plentong, Johor dan di Jakarta serta membuat rujukkan daripada beberaba sumber teknikal.


Pemeliharaan atau cara menternak katak dijalankan mengikut peringkat kehidupannya. Pemeliharaan ini saya dapati perlu dikerjakan pada setiap peringkat perkembangan katak dari berada dalam air (berudu) sehinggga didaratan (dewasa). Pembesaran dan perkembangan dan kesehatan katak bergantung pada jenis makanan dan kesesuaian kawasan penternakan. Lazimnya katak akan diberi makan satu kali sehari. bagi penyelenggaraan air dalam kolam perlu diganti dan kolam dibersihkan seminggu sekali. Kebersihan kolam merupakan cara preventif yang perlu dijalankan. Selalunya telur katak yang telah disenyawa akan dipindahkan pada kolam penetasan. Kolam ini perlu dibersihkan dari perosak dan kotoran sebelum digunakan. Telur katak akan dipisahkan dari katak  induk agar telur tersebut tidak mengganggu proses penetasan dan tidak dimakan oleh induknya. Pindahkan telur katak tesebut  sebelum sempat ia pecah dari sarangnya atau lendirnya. Biasanya saya lihat telur katak akan menetas selepas 48 - 72 jam pada suhu air 24 - 27 Celsius. Kemidian apabila telur telah menetas, ia akandipelihara dalam kolam yang sama sepanjang 10 hari.


Menjaga katak kecil atau katak muda yang sudah mengalami proses 'metamorphosis' dibuat dengan meletak ia pada kolam tuaian. Pada masa ini kemasukan dan pengeluaran air perlu dtapis untuk menghalang hama perosak serta kawal katak dari keluar. Kadar kepadatan anak katak sekitar 50 - 100 ekor/meter persegi. Bagi spesis katak yang kurang bergerak, makanan katak boleh diletakkan dibawah aliran atau pancuran air untuk ianya bergerak sendiri. Selepas 3 bulan, buat pemilihan katak untuk dituai dengan meneliti perkara berikut. Bahagian kaki belakang, kulit dan ukuran badannya sudah mencapai ukuran sesuai dimana lazimnya hanya kira-kira 20% sahaja dari jumlah katak dipilih untuk dipindahkan ke kolam calon baka induk. Bakinya hanya akan terus dipelihara dan dituai selepas umur 4-5 bulan bila mencapai saiz sesuai. Katak yang hendak dijadikan baka induk sama ada betina atau jantan di suntik dengan kelenjar hiphopisa katak sebanyak 1 dos dalam masa 1 bulan sekali untuk pembiakan semula katak. Kadar kepadatan populasi katak ini sekitar 20 - 25 ekor/m².


Makanan katak yang diternak saya perhatikan mengunakan bermacam cara dan bahan mengikut peringkat umur. Makanan yang sesuai diberikan untuk katak di kolam adalah daging yang dicincan aau daging ikan, ulat, serangga, mi, anakanak benih ikan dan juga jenis ketam-ketaman kecil dan yang lain. makanan buatan kilang boleh diberikan seperti makanan ikan yang diformulasi dikilang makanan ikan atau makanan ternakan. Jenis makanan diberi mesti sesuai dengan peringkat umur katak kadang-kadang ia melibatkan kos tinggi sedangkan tahap pembesaran katak tidak berapa. Kombninasi pemilihan makanan katak perlu dijalankan. Menternak katak tidak terlepas dari masaalah serangan perosak dan penyakit. Antaranya adalah Penyakit Cendawan oleh bakteria. Simptom dilihat dimana peha kaki akan berwarna merah, kelihatan macam luka dan kulit katak melepuh sedikit. Ia lazimnya menyerang katak berusia 1 -  2 bulan. Kemudian serangan akan terus menrebak dan menyerang sistem saraf sehingga katak boleh mati dalam masa lebih dari satu jam.


Kawalan dan pencegahan penyakit ini diperingkat berudu lagi dengan menghalang bakteria menyerang berudu dan kelihatan ekornya ekot yang luka berwarna putih. Sering membuat pengasingan katak berudu dan membuat sanitasi kolam dengan menggunakan bahan kimia sesuai. Pastikan anda tidak memberikan makanan yang kandungan proteinnya melebihi dos 10  - 15% kerana ini akan menyebabkan perut katak akan menjadi kembung. Pemberian abtibiotik seperti streptomisin/tetrasiklin serta jenis ubat luaran seperti betadine boleh dilakukan. Rendam ini dalam larutan garam (Nacl 0.15 gram/liter air) selama 30 minit yang perlu diulang sampai 4 kali. Masaalah kaki merah dan bisul pada katak dikawal dengan memandikan katak tersebut dengan larutan 'Nifurene' yang dibancuh sekitar 50 - 100 gram/m² air. Kaedah lain dengan buat suntikan 'teramisin' pada kadar  25 mg/kg atau Streptomycin 20 mg/kg berat katak. Bagi penyakit dubur yang keluar diubati dengan langkah memipisahkan dan rehatkan selama 2 - 3 hari dan tidak perlu diberi makan. 


Katak boleh dituai untuk dipasarkan apabila mencapai piawaian. Penternak katak mensasarkan daging katak (Lihat foto sebelah) sebagai pendapatan utama untuk dijual atau makan sendiri. Bagaimana pun kini terdapat maklumat bahawa air kumbahan katak bleh digunakan untuk dijadikan 'Silaj'. Caranya dengan penambahan bahan Propionat dan Asid formiat dengan bahan buangan seperti jerami atau batang jagung yang disusn dalam bekas membuat silaj yang dicampur air tersebut. Ia disimpan selama 2 bulan sehingga silaj tersebut sesuai untuk diberikan kepada ternakan seperti lembu, kambing dan sebagainya. Proses pembuatan silaj ini akan dapat membantu meningkatkan pendapatan pengusaha katak. Katak yang tidak dapat dijual perlu disimpan untuk boleh  diambil hiphofisanya untuk proses pembiakan katak selanjutnya. katak yang hendak dijual dikumpulkan dalam kolam khas yang selamat dan ia sebaiknya dilapah dan dibuang kulitnya sehingga dipek dalam bungkusan daging katak yang menarik (Sila lihat foto diatas). Saya kurang pasti harga kualan daging katak di pasaran Malaysia kerana ia hanya dijual oleh orang tertentu sahaja.


Aktiviti lepastuai katak berbeza dengan tanaman buah-buahan kerana katak adalah haiwan hidup. Biasanya ia disimpan dalam kotak atau bekas kayu yang ditutup dengan guni lembap atau kain yang dbasahkan. Pengangkutan katak kedestinasi yang jauh untuk jualan perlu dibuat awal pagi atau lewat petang untuk mengelakan kepanasan yang akan menyebabkan katak ini mati. Sebaiknya diberikan makanan jika perlu untk ia dibawa dalam kenderaan yang sejuk dan berbunbung. Mereka yang pakar melapah membuang kulit katak dan isi perut katak adalah mahir. Lazimnya katak akan dibuang perutnya, kulitnya dan kepalanya serta dua kaki hadapan. Katak yang besar apabila disusun bentuknya sama seperti daging ayam. Walau pun penulis 'tidak' pernah rasa masakan daging katak, kata mereka yang menjadi peminat ianya adalah lebih lazat lagi. ini kerana dagingnya lembut, tulangnya juga boleh diratah dan katanga lemak manis. 


Sebelum kita mencuba untuk mulakan aktiviti menternak katak, mari saya paparkan Hukum Menternak Katak yang perlu dirujuk dahulu. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 23 Januari 2012 telah membincangkan mengenai " Hukum Menternak Katak ". Tarikh Keputusan: 23 Jan, 2013. Alhamdulillah fatwanya seperti berikut: " Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulamak. Menurut jumhur ulamak, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah dua alam.". Wallahualam!

DAGING KATAK... SEGAR NAMPAKNYA...

SESUAI DI GORENG...RANGUP RASANYA...
SUKAR DIBELI... PEMINAT TAHUNYA...
ORANG ISLAM  ... BACA FATWANYA...

By,

M Anem,
Senior Agrologist,
Jalan Istana, Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(27 Syawal 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.