Saturday, August 31, 2013

GULA APONG


GULA APONG merupakan satu jenis produk gula yang dibuat daripada nira nipah yang sangat popular terutama di Sarawak. Saya mengenali gula apong setelah bertugas di Jabatan Pertanian Sarawak selama lebih 2 tahun dan berpeluang melihat proses pembuatan gula apong. Gula Apong juga merupakan air manisan yang diperbuat daripada air nira yang dihasilkan daripada pokok nipah yang banyak terdapat di sepanjang sungai-sungai di Sarawak terutama di Kota Samarahan dan juga Betong. Jika di Semenanjung Malaysia, air nira ini sama dengan air nira kelapa yang kemudian dimasak menjadikan Gula Melaka ataupun 'nise' jika di Kelantan. Secara tradisional gula apong yang dihasilkan dipasar secara borong dalam tin biskut dan jika untuk pasaran runcit ia di pasarkan menggunakan beg plastik (Sila lihat foto diatas) yang dijual dengan harga RM 2.00 - RM 4.00 bergantung kepada isipadu bungkusan. Kenaikan harga gula pasir menjadikan gula apong mula mendapat tempat dihati pengguna di Sarawak dan mula menunjukkan potensi pasaran yang baik. Melihat kepada peluang pasaran ini, Jabatan Pertanian bersama FAMA Sarawak telah mengorak langkah menginovasikan pembungkusan gula apong ini dengan memperkenalkan gula apong dalam bentuk botol plastik yang cukup menarik. Selain itu Nira nipah merupakan minuman asli yang masih mendapat sambutan bukan sahaja dari masyarakat Melayu tetapi juga dari kaum-kaum lain. Di kampung-kampung, perusahaan nira nipah telah memberi hasil atau pendapatan sampingan yang paling menguntungkan. Hampir kesemua bahagian pokok nipah dapat dimanfaatkan oleh manusia. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai info tentang Gula Apong dan potensinya berdasarkan pembacaan, pengalaman penulis ketika bertugas di Sarawak untuk membuat rujukkan.



Pokok nipah atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Nypa fruiticans hidup di kawasan berpaya, lembah dan berlumpur. Ia mempunyai batang sulur bawah tanah dimana akar palma ini biasanya tersembunyi di dalam lumpur di mana ia tumbuh dan jarang didapati terdedah di kawasan hakisan pinggir laut. Pokok nipah ini banyak tumbuh di Sarawak (Lihat foto dibawah) secara semulajadi. Lapisan udara serta asas daun pokok nipah ini memberikan daya apungan yang tinggi kepada akarnya. Daun tua akan gugur apabila lapisan peluruhan sepanjang 2 kaki berlaku di bahagian terbawah anak daun. Lapisan peluruhan kedua muncul di tempat di mana daun lebar pokok itu bercantum dengan akar. Pelepah nipah boleh dijadikan atap yang baik dan di mana sahaja boleh dilihat pelepah pokok ini ditebang tetapi anak-anak pokok muda dipelihara. Manakala kutikel daun muda yang mempunyai kulit luar yang kukuh, ditanggalkan, dipotong mengikut saiz, dibungkus dan dijual di seluruh negara sebagai rokok daun.

Manakala pohonnya keluar di hujung sulur dan batangnya bercabang serta membentuk serumpun nipah. Manakala bunga nipah, keluar di celah-celah pelepahnya dan bergugus di hujung tangkai, menghasilkan buah. Sesudah itu barulah buah dipangkas untuk mendapatkan air nira dan jambangan bunga nipah menghasilkan gula yang banyak kira-kira 1 pain sehari selama 3 bulan di mana hasilnya lebih kurang 11 gelen. Manakala titisan getah pokok nipah ini boleh dijadikan arak atau tuak. Malahan buah nipah berbentuk seperti baji. Struktur buahnya sama seperti buah kelapa. Buah ini ada sabut, tempurung, isi dan air.Isi buah yang muda boleh dimakan dan biji benihnya yang matang sangat keras. Pokok nipah terdapat 3 jenis di antaranya jenis Pokok Nipah Sawa dimana jenis ini mempunyai bentuk tangkai yang panjang, perdu dan pelepah serta batang yang besar dan jangka hayatnya cuma selama 3 bulan. Kedua adalah Jenis Pokok Nipah Tembaga dimana ia mempunyai bentuk tangkai yang sederhana, perdu dan pelepah serta batang sederhana besar dan jangka hayatnya selama 2 bulan sahaja. Jenis ketiga adlah Pokok Nipah Ekor Tikus iaitu iaitu ia sejenis nipah yang mempunyai bentuk tangkai, perdu dan pelepah serta batang yang kecil kecuali buahnya sahaja besar dan jangka hayatnya selama 28 hari sahaja boleh menghasilkan nira.


Gula Apong ini manis dan sedap baunya dimana ia sesuai dijadikan bahan makanan berkhasiat. Selain daripada digunakan didlam minuman seperti ais kacang,  cendol dan sebagainya, gula apong banyak digunakan didalam bahan membuat kuih mueh. Saya paling suka dengan kuih Cincin yang menggunakan gula apong sebagai intinya (Lihat foto dibawah). Kuih Cincin kalau dahulu hanya produk tempatan kini telah pun di komersilkan sehingga ia boleh kepasaran ekspot seperti ke Brunei, Singapura malahan sampai ke China dan Jepun. Membuat kuih cincin memerlukan kualiti gula apong yang berkualiti agar ianya cukup manis dengan tahap kerangupan yang sederhana. Perusahaan gula apong kini boleh di tingkatkan dengan pengenalan beberapa teknologi seperti teknologi memungut air nira, memasak air nira sehingga menjadi gula apong dan yang agak kritikal sekali adalah kaedah kaedah pembungkusan dan permasaran untuk menjadikan produk ini bernilai tinggi. Pihak tertentu perlu membuat lebih banyak kajian dan temuan untuk meningkatkan tahap kualiti dan pengeluaran gula apong di negara kita. Wasallam! 

Kuih cinin dengan ini Gula Apong.
GULA APONG ... NIRA NIPAH ASALNYA...
DI NEGERI SARAWAK...POPULAR DIA...
PELBAGAI GUNA... MURAH HARGANYA...
KUEH CINCIN... ADALAH ANTARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
No 15, Ridgeway Road,
Jalan Ong Tiang Swee,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(21 Syawal 1434 - Alamat kuarters di Sarawak dulu).

Friday, August 30, 2013

BUAH KABONG - PROSES dan KHASIATNYA


POKOK BUAH KABONG (Arenga pinnata) mempunyai buah pada tandan buah yang dipetik menggunakan pengait apabila ia cukup matang untuk diproses. Buah yang matang apabila kelihatan ia telah berisi dan padu dengan kulit buah yang berwarna coklat gelap. Tandan buahnya terjuntai ditandannya yang berukuran lingkungan 1.5 meter mudah dipotong tangkainya dengan pisau tajam. Buahnya berbentuk bulat bersegi dan berwarna hijau akan mengeluarkan cecair yang gatal jika terkena kulit. Buahnya juga tidak boleh dimakan begitu sahaja dan ia perlu diproses untuk mendapatkan isi buah kabong. Ia mempunyai teknologi untuk memproses yang tersendiri untuk memakannya kerana ia boleh mengundang kegatalan sekiranya ia tidak diproses dengan cara yang betul betul. Saya memang amat suka makan buah halwa kabong yang manis dengan pelbagai warna warni yang dihidangkan semasa kunjungan kerumah sanak saudara dikampong masa dulu kerana ianya enak, manis dan lain dari hidangan kuih kering yang biasa. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis 6 artikel termasuk artikel ini dalam "Anim Agro Technology" selama 6 jam untuk mengupas proses memproses buah kabong dan maklumat khasiat buah kabong berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan membuat rujukkan oleh penulis untuk bacaan dan rujukkan anda. 

Cara memetik tandan buah kabong perlu di kait atau dengan memanjat untuk memotong tangkainya. Ia akan dijatuhkan ketanah dan kalau pokok agakj tinggi turunkan dengan tali. Bagi memprosesnya dengan betul kabong perlu diberihkan dari sambah dan tanah sebelum ianya dileraikan (dipisahkan) daripada tangkai tandanya nya. Kemudian ia perlu dikumpulkan dengan memasukkan kedalam bakul plastik (Silah lihat foto sebelah). Proses seterusnya adalah untuk memasak buah kabong yang keras tadi dengan memasukkan kedalam tong besar yang mengandungi air (Sama ada tong drum, tong minyak tanah atau bekas lain yang sesuai) untuk ia direbus kira-kira 1-2 jam lamanya. Gunakan api sederhana dengan kayu api daripada pokok hutan atau ranting getah (Sila lihat foto dibawah). Jarang-jarang pengusaha tradisional menggunakan menggunakan dapor gas. Selepas itu buah kabong diangkat dari tong tadi dan ditoskan dan disejukkan. 

Masak buah kabong 1-2 jam.
Buah kabong yang sejuk tadi perlu dibelah dua atau tiga menggunakan pisau atau parang yang tajam. Buah perlu diletakkan diatas alas kayu yang bersih dan dibelah sehingga kita boleh mengeluarkan isi buah kabong yang segar (Lihat foto diatas sekali). Apa yang saya perhatikan, lazimnya terdapat tiga isi dalam setiap buah kabung bersaiz besar dan dua isi pada buah yang agak kecil. Kumpulkan isi buah kabung yang berwarna putih ini dalam bekas besen plastik sehingga semua biji buah kabong siap dibelah. Proses seterusnya adalah isi buah kabung ini perlu direbus lagi untuk dijadikan agar-agar yang liat dan kenyal. Warnanya akan menjadi warna putih jernih. Jangkamasa rebusan ini mengikut kesesuaian sekitar 30 minit dengan menggunakan air rebusan yang bersih. Hasilnnya kita akan dapat agar-agar yang sesuai untuk diproses menjadi bahan berkhasiat untuk diproses seterusnya. Ia kemudian dimasak dengan air gula selama beberapa jam. Apabila sejuk ia akan dibungkus dan sedia untuk dipasarkan. Apa yang saya tahu, isi kabong yang baru dimasak dan yang dibeli dipasaran boleh dimasak dalam air gula dengan diberi pelbagai pewarna. Antara yang popular adalah warna hijau, merah, kuning, oren dan sebagainya menggunkana bahan perwarna. Kini pelbagai perisa boleh diletakkan antaranya laici, mangga, strawberi dan sebagainya.

Kabung warna warni.
Buah Kabong ternyata kaya kalsium yang baik bagi pertumbuhan gigi kanak-kanak dan mereka yang menderita masaalah Osteoporosis atau pun bahasa kita masaalah Tulang yang Rapuh. Kajian makmal menunjukkan buah kabung didapati memang kaya kandungan serat dan mineral. Setiap 100 g kabung mengandung tenaga 27 kkal, protein 0.4 g, lemak 0.2 g, karbohidrat 6 g, serat 1.6 g, kalsium 91 mg, Fosforus 243 mg dan zat besi 0.5 mg. Saya dapati dengan tingginya kandungan mineral seperti kalsium, zat besi dan unsur Fosforus akan menjaga tubuh menjadi sihat terutama jika dimakan pada bulan puasa. Kandungan karbohidrat isi buah kabung boleh memberikan rasa kenyang bagi orang yang memakannya. Ia juga menghentikan nafsu makan dan mengakibatkan pengambilan makanan berkurangan daripada biasa. Sistem pencernaan makanan dalam perut juga akan menjadi sempurna dengan memakan buah kabung. Saya juga dapati buah kabung sering digunakan sebagai bahan campuran beraneka jenis makanan atau minuman misalnya halwa manisan, Pengat, Minuman Lai Chee Kang, Air Batu Campur, Minuman berkhasiat dan banyak lagi. Wasallam!

Buah kabong dalam Lai chee kang...enaknya.
BUAH KABONG... MURAH HARGANYA...
DALAM AIR GULA... PELBAGAI WARNA...
ENAK DIMAKAN... BEGITU SAHAJA...
PELBAGAI RAMUAN...'ABC' ANTARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room, 309 Hotel De Spring,
Jalan Hj Abd Rahman,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(19 Syawal 1434H)

Thursday, August 29, 2013

GULA KABONG


POKOK BUAH KABONG (Arenga pinnata) merupakan tumbuhan dari keluarga Arecaceae yang terdapat di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang boleh menghasilkan manisan. Pokok ini juga dipanggil sebagai Sugar Palm, Arenga Palm, Areng palm, Black-fiber palm, Gomuti Palm, Pokok Aren, Pokok Enau, Irok dan Pokok Kaong (Sila lihat pokok dan buah kabung diatas). Pokok Arecaceae (Dulu ia dipanggil keluarga Palmae) ini boleh juga menghasilkan air nira (Cecair Manisan) seperti juga tumbuhan yang sama dalam kumpulannya iaitu Nipah, Kelapa dan sebagainya. Lazimnya tumbuhan ini tumbuh liar semulajadii dikawasan yang agak lembab dan ianya berumpun. Dalam membuat beberapa rujukkan, saya mendapati Pokok Kabung adalah satu spesis tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara dimana ia juga telah ada di Australia Utara dan juga India Timur. Selain air nira, pokok kabong akan  menghasilkan buah kabong yang diproses untuk dijadikan isi buah kabong yang sangat popular untuk dijadikan ramuan dalam minuman. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tentang laporan akbar yang boleh dijadikan kajian kes mengenai potensi mengusahakan gula kabong daripada pokok kabong dan kegunaannya bagi dijadikan bahan bacaan dan rujukan.

Gula kabung lahirkan Usahawan Tani
Oleh HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 18 Mac  - – Projek tanaman pokok kabung secara komersial merupakan antara agenda utama pembangunan berasaskan pertanian di Daerah Lipis bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani di kawasan luar bandar. Projek tanaman pokok kabung seluas 50 hektar di Kampung Peruang, Benta dekat sini menjadi perintis kepada perusahaan gula kabung untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa dengan galakan daripada Jabatan Pertanian. Seramai 18 pengusaha menjalankan projek itu secara secara kecil-kecilan dan mendominasi pasaran sekitar Pekan Benta dan Bandar Kuala Lipis. Kini, perusahaan gula kabung mengorak langkah apabila Jabatan Pertanian Negeri membina beberapa kemudahan termasuk sebuah bengkel perusahaan serta peralatan mesin yang meningkatkan lagi pengeluaran.

Projek perusahaan gula kabung diharap dapat mengubah mentaliti petani daripada kaedah pemprosesan buah kabong secara tradisional kepada teknologi moden untuk menghasilkan produk berkualiti termasuk dari segi pembungkusan dan pemasaran. Dalam usaha itu, bertepatan dengan aspirasi kerajaan untuk mengubah sikap dan persepsi petani serta pengusaha agar menggunakan teknik baru, teknologi moden dan amalan pertanian terbaik. ‘‘Tanaman ini akan mengeluarkan manisan yang boleh diproses menjadi gula kabung untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di pasaran tempatan dan sasaran kita agar makanan ini boleh menembusi pasaran luar. ‘‘Hasrat kita untuk membesarkan perusahaan ini bagi meningkatkan lagi pendapatan penduduk luar bandar di samping peluang dalam industri pengeluaran bahan makanan berasaskan gula kabung dengan menggunakan teknologi moden,” katanya.

Kampung Peruang dan Kampung Budu akan diwartakan sebagai pusat perusahaan gula kabung di sini kerana ia menjadi aset pelancongan. ‘‘Kita akan memperluaskan projek tanaman pokok kabung di tanah-tanah terbiar di kawasan secara besar-besaran,” katanya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta telah memberi jaminan kerajaan akan memberi bantuan dan bimbingan teknikal kepada pemilik tanah dan koperasi yang berhasrat menanam sendiri pokok tersebut. Dalam pada itu, katanya, KPLBW memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk membina bangunan untuk memproses gula kabung, peralatan, bilik pameran dan jualan di Kampung Peruang bagi membesarkan industri itu. ‘‘Kesemua 18 pengusaha gula kabung ini perlu mengubah sikap dengan menjadikan pengeluaran bahan makanan ini secara besar-besaran yang boleh menambah pendapatan pada masa akan datang,” katanya.


Perusahaan gula kabung itu juga, tambahnya, dapat merancakkan lagi pengeluaran kuih-muih untuk dikomersialkan di samping menarik ramai pelawat menerusi program homestay. Katanya, projek itu antara usaha kerajaan menaik taraf kampung tradisional menjadi pusat pertumbuhan baru membabitkan penglibatan proaktif penduduk dalam sektor pertanian, pelancongan dan industri kecil dan sederhana (IKS). Seorang penduduk Kampung Peruang, Mustafa Yunus, 50, berkata, kerja-kerja membuat gula kabung sejak 15 tahun lalu mampu memberi pulangan lumayan kepadanya untuk menyara keluarga. ‘‘Kerja ini memerlukan ketekunan dan kesabaran bermula daripada mengambil nira sehingga memasak menjadi gula dan dijual ke pekan sehari dan menerusi tempahan orang ramai,” katanya.


Setiap hari sebanyak 20 hingga 40 buku gula kabung dihasilkan bergantung kepada jumlah air nira yang berjaya dikumpulkan. Dia berkata, permintaan terhadap gula kabung terus meningkat terutama ketika bulan Ramadan kerana ia bahan penting untuk membuat inti atau manisan kuih selain buahnya boleh dijadikan halwa untuk digunakan sebagai campuran dalam minuman. Seorang pengusaha, Maseriah Talib, 46, berkata, dia melakukan kerja memasak manisan itu dalam kawah di bangsal belakang rumah sehingga menjadi pekat sebelum diisi ke dalam acuan daun mengkuang untuk dikeraskan dalam tempoh lima minit. Katanya, kebiasaannya tiga tabung buluh berukuran 1.5 meter boleh menghasilkan 13 buku gula kabung setiap hari. ‘‘Saya menjual RM3.50 sebuku kepada pelanggan yang datang ke rumah dan juga menerusi tempahan daripada peniaga Bandar Benta dan Raub,” katanya. Maseriah memberitahu, dia memperoleh pendapatan sebanyak RM1,300 sebulan hasil jualan gula kabung yang cukup untuk perbelanjaan dapur dan persekolahan anak.


Dia juga berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana membantu membiayai perusahaan gula kabung dengan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk membina bangsal dan membeli peralatan memproses gula itu. Katanya, beberapa buah stesen televisyen tempatan dan luar negara pernah membuat dokumentari selain menerima lawatan pelancong asing untuk melihat lebih dekat perusahaan gula kabung secara tradisional di rumahnya. Maseriah menambah, gula kabung bukan sahaja dicampur untuk menyedapkan masakan kuih-muih tradisional Pahang malah sering dijadikan buah tangan atau cenderamata khas kepada pembesar di majlis tertentu di Daerah Lipis. Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri juga sedang menumpukan kepada projek tanaman jagung manis secara komersial di Lipis. Menurut beliau, usaha itu mendapat kerjasama FAMA, Jabatan Pertanian, MARDI, Jabatan Haiwan dan syarikat pengeluar makanan.

GULA KABONG...PAHANG HERONYA...
ADA PROJEK... TANAM DAN PROSESNYA...
SOKONGAN KERAJAAN... AMAT BERMAKNA...
PETANI GEMBIRA... KERAJAAN PUN SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Peruang/Benta,
Raub, Pahang.
Malaysia.
(24 Ogos 2013)

Wednesday, August 28, 2013

POKOK KABUNG

POKOK KABONG (Arenga pinnata) merupakan tumbuhan dari keluarga Arecaceae yang terdapat di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang boleh menghasilkan manisan. Pokok ini juga dipanggil sebagai Sugar Palm, Arenga Palm, Areng palm, Black-fiber palm, Gomuti Palm, Pokok Aren, Pokok Enau, Irok dan Pokok Kaong (Sila lihat pokok dan buah kabung diatas). Saya mengenali pokok kabong atau dikampong saya yang hanya dipanggil Pokok Enau dimana ia amat ditakuti kerana menghasilkan cecair yang gatal apabila terkena pada kulit kita. Dalam peribahasa Melayu terdapat ungkapan iaitu "Seperti Enau Dalam Belukar, Melepaskan Pucuk Masing-masing" bermaksud seseorang yang ingin menduduki tempat teratas dengan memijak rakan-rakan yang lain iaitu sifat negatif yang kita harus elakkan. Pokok Arecaceae (Dulu ia dipanggil keluarga Palmae) ini boleh menghasilkan air nira (Cecair Manisan) seperti juga tumbuhan yang sama dalam kumpulannya iaitu Nipah, Kelapa dan sebagainya. Lazimnya tumbuhan ini tumbuh liar semulajadii dikawasan yang agak lembab dan ianya berumpun. Dalam membuat beberapa rujukkan, saya mendapati Pokok Kabung adalah satu spesis tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara dimana ia juga telah ada di Australia Utara dan juga India Timur. Selain air nira, pokok kabong akan  menghasilkan buah kabong yang diproses untuk dijadikan isi buah kabong yang sangat popular untuk dijadikan ramuan dalam minuman. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok kabong dan kegunaannya untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan saintifik berdasarkan pengalaman, pemerhatian, temubual dengan pengusaha halwa kabong dan rujukan yang penulis buat dari banyak sumber.


Pokok Kabung ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun bagaikan 'Bulu burung'. jika dilihat dari kejauhan (Lihat foto sebelah). Ini disebabkan susunan daunnya yang melempai kebawah dari pelepah daun dengan kelihatan meurun seperti bulu burung merak atau burung kawasari. Batang pokok Kabong seperti pokok Arecaceae lain adalah berdiri kukuh dimana ia mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun. Pelepah ini mempunyai serat hitam yang boleh juga digunakan untuk membuat penyapu dan tali. Bunga Pokok Kabung tumbuh berumpun-rumpun atau dalam jambak dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan. Tangkai bunga jantan Pokok Kabung apabila dipotong dan dikutip air niranya boleh diproses untuk menghasilkan tuak, todi dan sebagainya serta boleh diproses untuk dijadikan cuka atau gula. Ia sama juga dengan kaedah pemungutan air nira pada pokok nibong, pokok kelapa yang lebih dikenali ramai.


Apa yang saya perhatikan, buah Pokok Kabung dihasilkan dari pokok matang dengan buahnya akan kelihatan berjuntai-juntai pada tandan sepanjang 1.5 meter (5 kaki). Setiap tandan buah kabong mempunyai purata sebanyak 10 tangkai. Kiraan yang saya buat mendapati setiap tangkai terdapat lebih kurang 50 biji buah kabung. Buah kabong mempunyai kulit berwarna hijau yang tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal (Lihat foto sebelah). Buah berbentuk bulat bersegi ini seakan bulat mempunyai saiz ukurlilit berbeza sekitar 8 - 15 cm garispusat bergantung kepada umur pokok dan kesuburan pokok.Bentuknya seakan buah pinang. Kaedah memetik tandan buah kabung dengan cara ia perlu dikait dengan pengait mengikut ketinggian pokok diantara 15 - 30 kaki tinggi atau ada yang terus panjat pokok. Pokoknya ada rerambut seperti pada Pokok Kelapa tetapi ia adalah lebih banyak, tebal, berwarna hitam dan agak menakutkan. Buah kabung dileraikan (dipisahkan) dari tangkainya selepas dipotong tandan untuk proses selanjutnya. 


Saya difahamkan oleh beberapa pengusaha buah kabong menyatakan buah kabung segar perlu direbus dalam tin minyak tanah yang telah dibersihkan sebagai langkah awal memprosesnya. Setelah ia telah 1 - 2 jam ditebus, maka buah tadi dibelah dua atau tiga. apa yang diperhatikan lazimnya ada tiga isi dalam setiap buah kabung bersaiz besar. Kulit buah kabong adalah agak keras untuk dibelah bagi mendapatkan bijinya. Isi kabung direbus lagi untuk dijadikan agar-agar yang mempunyai tekstur kenyal atau dikatakan rasa liat. Isi ini berwarna putih jernih berbentuk lonjong bulat berukuran 2-3 cm panjang dan 1-1.5 cm lebar. Biji yang sperti agar-agar itu kemudian dimasak dengan air gula selama beberapa jam sehingga agak lembut sebelum digunakan sebagai buah kabong. Dalam memberi nilai tambah, isi buah kabong ini akan dimasukkan dalam air gula berwarna warni sebelum dibungkus dan dijual dipasaran. 


Isi buah kabung kekadang disebut sebagai buah enau dimana ia paling banyak dijual pada bulan Ramadan bagi tujuan berbuka puasa. Isi kabong ini juga sering dihidangkan sebagai hidangan istimewa semasa Hari Raya Aidilfitri sebagai salah satu daripada hidangan yang sangat popular dicelah-celah pelbagai kueh raya diatas meja. Isi buah kabong ini yang mempunyai pelbagai warna, rasa manis, kenyal dan seperti agar-agar amat enak dimakan dan dipercayai dapat menurunkan suhu badan. Isi Kabung merupakan buah atap yang lut cahaya dan yang merupakan salah satu bahan ais kacang dan minuman Lai Ccee Kang serta 'Cocktail'. Selain buahnya, pokok kabung juga diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung/enau. Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau adalah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol dan ada juga yang menjadikan gula enau sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.


Saya belum jumpa petani atau pengusaha yang menanam pokok kabong secara monokrop atau komersil. Lazimnya pengusaha buah kabong hanya mengutip buah kabung yang tumbuh sendiri secara semulajadi. Kalau ada yang ingin menanamnya boleh mangutip anak benih liar yang tumbuh disekeliling pokok kabung matang atau membuat semmaian sendiri. Jarak tanaman sesuai mungkin sekitar 6 m x 6 m dengan susunan 4 segi sama. Pokok kabung tidak banyak maklumat mengenai cara pembajaan, kawalan perosak dan penyakit serta maklumat pengurusan agronomi. Kalau dirujuk kepada keluarga Arecaceae, kemungkianan serangan penyakit dan perosak adalah mungkin hampir serupa. Maklumat mengenai kadar penghasilan buah sepokok dan jumlah nira yang boleh dikutip juga tidak banyak rujukan dan kajian dijalankan. Apa yang saya kaji mendapati harga isi buah kabong yang siap dobungkus sekitar RM3.00 - RM 6.00 sekilogram bergantung kepada kualiti dan lokasi jualan. Kemungkinannya sebahagian daripada buah kabong yang dijual di Malaysia adalah diimpot daripada negara Indonesia.  Wallahualam!.  Bersambung kepada cara proses dan khasiat buah kabong (Sila klik disini).\

POKOK KABONG... ENAU NAMANYA....
ARECACEAE... NAMA KELUARGANYA...
BUAH BERTANDAN... BANYAK BIJINYA...
PERLU DIREBUS...DIBELAH CARANYA...
ISINYA PUTIH... KENYAL AGAR RASANYA...
DICELUP GULA... DIMAKAN ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Bukit Senggeh, Jasin,
Melaka, Malaysia.
(21 Syawal 1434H)  

Tuesday, August 27, 2013

BUAH KABONG - KAJIAN KES

POKOK BUAH KABONG (Arenga pinnata) merupakan tumbuhan dari keluarga Arecaceae yang terdapat di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang boleh menghasilkan manisan. Pokok ini juga dipanggil sebagai Sugar Palm, Arenga Palm, Areng palm, Black-fiber palm, Gomuti Palm, Pokok Aren, Pokok Enau, Irok dan Pokok Kaong (Sila lihat jualan buah kabung diatas). Pokok Arecaceae (Dulu ia dipanggil keluarga Palmae) ini boleh juga menghasilkan air nira (Cecair Manisan) seperti juga tumbuhan yang sama dalam kumpulannya iaitu Nipah, Kelapa dan sebagainya. Lazimnya tumbuhan ini tumbuh liar semulajadi dikawasan yang agak lembab dan ianya berumpun. Dalam membuat beberapa rujukkan, saya mendapati Pokok Kabung adalah satu spesis tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Asia Tenggara dimana ia juga telah ada di Australia Utara dan juga India Timur. Selain air nira untuk dibuat gula kabong, pokok kabong juga akan menghasilkan buah kabong yang diproses untuk dijadikan isi buah kabong yang sangat popular untuk dijadikan ramuan dalam air minuman seperti air batu campor, Lai chee kang dan sebagainya. Artikel pada subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tentang beberapa laporan akbar yang boleh dijadikan kajian kes mengenai pokok kabong dan kegunaannya bagi dijadikan bahan bacaan dan rujukan.

LAPORAN AKHBAR 1:
Keenakan buah kabung
22 OGOS 2011
Mohd. Kassim Sudin menunjukkan isi buah kabung yang sudah siap direbus
BALING 21 Ogos 2011 - Kelembutan isinya seumpama gula-gula getah dan rasanya manis. Malah ia juga boleh diibarat seperti kurma Malaysia dan permintaan terhadapnya kini begitu tinggi sekali. Daripada penjaja air batu di tepi jalan hingga ke hotel-hotel bertaraf lima bintang, apatah lagi pada bulan puasa atau Ramadan, ia mendapat tempat. Namun, ramai tidak mengetahui kaedah memprosesnya. Pokok kabung merupakan satu spesies pokok palma dengan batangnya mempunyai pelepah dan banyak ditemui hidup liar di hutan belantara negara ini. Di sesetengah tempat buah kabung dikenali sebagai enau atau nau. Buahnya bertangkai dan berbentuk seakan-akan buah pinang. Bagi pasangan Mohd. Kassim Sudin, 51, dan Siti Fatimah Md. Daud, 48, dari Kampung Kaki Bukit, Rambong dekat sini, kerja memetik buah kabung agak sukar kerana memerlukan kepakaran tertentu. Mohd. Kassim yang telah berpuluh tahun mengusahakan perniagaan buah kabung berkata, selain pandai memanjat, pemetiknya juga perlu lasak kerana tandan dan tangkai buah mempunyai debu dan mengeluarkan getah yang menyebabkan badan menjadi gatal. "Proses mengeluarkan isi kabung bermula dengan merebus buahnya dalam air yang mendidih. Buah itu kemudian dipotong pada tampuknya bagi membolehkan isinya keluar dengan mudah menggunakan pengepit kayu. "Setiap biji buah kabung mempunyai tiga ulas isi yang berwarna putih jernih tetapi isi buah itu tidak boleh dimakan selagi ia tidak direndam dalam air bersih selama tiga hari," jelasnya.

Mohd. Kassim berkata, selain dengan cara merebus, satu lagi kaedah yang boleh digunakan untuk mengeluarkan isi buah kabung ialah dengan membakar tandan buah itu dalam api yang marak. Tambahnya, isi buah kabung yang siap diproses amat enak dimakan sebagai kudapan iaitu dengan mencampuri air sirap, puding atau ais kacang. "Namun, isi buah kabung segar juga boleh dimakan begitu saja kerana lembut dan manis secara semula jadi," jelasnya.  Ditanya tentang hasil yang diraih, peniaga itu berkata, walaupun mengusahakan secara kecil-kecilan, dia dan isteri mampu memperoleh hampir RM1,000 sebulan dengan menjualnya di pasar malam. "Harga yang dijual adalah sekitar RM 13 sekilogram atau RM3 bagi setiap bungkusan kecil yang mengandungi kira-kira 10 biji buah kabung yang siap diproses," katanya ketika ditemui pemberita dekat sini baru-baru ini. Tambahnya, harga buah kabung juga dikesan meningkat sejak kebelakangan ini ekoran diancam kepupusan. "Banyak kawasan hutan diterokai di samping pokok-pokok mati akibat keadaan cuaca tidak menentu," katanya.


LAPORAN AKHBAR 2:
Buah enau satu kemestian
Oleh AZMAN MD. NOOR

BUAH ENAU atau disebut juga buah kabung oleh penduduk tempatan menjadi juadah pilihan istimewa ketika berbuka pada Ramadan bagi penduduk Kedah dan di beberapa negeri di utara Semenanjung (Lihat foto buah dan isi kabong diatas). Keenakan buah hutan itu terutama apabila dicampur dalam minuman seperti cendol atau ais kacang amat terkenal di kalangan masyarakat. Isi buah itu yang putih dan lembut seakan buah laici segar, tanpa diduga asalnya ia adalah buah yang diliputi kulit hitam dan agak sukar untuk disediakan. Rupa pokok enau mirip pokok palma, kelapa sawit atau pokok kurma tetapi pokok enau lebih rendah daripada jenis pohon itu. Ia tumbuh di kawasan hutan manakala buahnya yang berjuntaian cukup menarik mata memandang. Buah enau yang baru dipetik memiliki getah yang agak gatal dan memerlukan kemahiran tinggi untuk memprosesnya sebelum boleh dimakan.  Seorang penduduk Kampung Tanjung Nering, Kupang, Baling, Ayob Che Ahmad, 55, yang juga pakar dalam memproses buah enau memberitahu, buah tersebut perlu dibakar dan direbus bagi mendapatkan hasil seperti diingini.

Proses membakar buah akan mengambil masa setengah jam bagi melembutkan kulitnya. Selepas dikopek, buah direbus sehingga lembut dan enak dimakan khususnya apabila dicampur ais. Menurutnya, buah tersebut bukan sahaja popular di Baling tetapi seluruh Kedah berdasarkan permintaan yang datang dari seluruh negeri itu. Tambahnya, apa yang pasti, menjelang Ramadan buah enau akan menjadi perhatian utama dan mendapat permintaan tinggi. Beliau menambah, walaupun mengambil masa agak lama untuk menyiapkan, namun setiap kali menjamah buah istimewa itu hatinya berasa puas. Bapa kepada empat anak itu berkata, sewaktu mengutip buah enau mentah di hutan atau di kebunnya, dia akan memilih buah muda kerana isinya lebih lembut.

Rakan Ayob, Abdul Razak Abdullah, 46, berkata, mencari buah enau amat mencabar namun rasa penat hilang apabila teringatkan ahli keluarga yang meminati buah hutan itu. "Kami sanggup membakar buah ini bersama-sama dan proses mengeluarkan isi yang jernih ini juga adalah satu kepuasan," katanya yang juga seorang guru. Beliau menambah, kebiasaannya buah tersebut akan dibungkus dan dijual pada harga RM5 sebungkus dengan berat kira-kira 10 gram. Harga itu ujarnya, amat berpatutan kerana proses yang agak susah dan mencabar selain pokoknya mengeluarkan buah mengikut musim.



LAPORAN AKHBAR 3:
Pokok kabung perlu ‘dipujuk’
Oleh HARIS FADILAH AHMAD
17 Febuari 2011


Pokok Kabung perlu dipanjat untuk mengambil manisan kabung.
KUALA LIPIS 16 Feb. 2011 - Gula kabung sememangnya tidak asing bagi orang Melayu terutama yang tinggal di pedalaman untuk digunakan dalam kuih-muih. Kegunaan gula kabung dilihat amat penting terutama ketika menyediakan juadah berbuka puasa, kenduri dan hari raya. Antara kuih-muih yang lazim dicampur dengan gula kabung adalah dodol, kuih koci, lepat, nasi manis dan pengat. Pokok kabung iaitu sejenis pokok palma yang berasal dari Indonesia atau dikenali juga sebagai pokok enau atau nama botaninya, Arenga Pinnata agak berbeza dengan spesies palma yang lain. Perbezaan pokok daripada keluarga Arecaceae itu adalah semakin batangnya meninggi dan matang, tandan bunga serta buahnya pula kian merendah di bahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah. Malah, apabila tandan yang tumbuh di batang itu semakin hampir ke tanah, ia menandakan pokok kabung berkenaan akan mati.

Ini berbeza dengan spesies palma lain iaitu pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggiannya. Mengikut kepercayaan, pokok kabung dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandannya sepadan dengan ‘pujukan’ yang diberikan oleh pengusaha. 
Bagi pengusaha nira kabung, konotasi ‘pujukan’ bermaksud dengan mengetuk-ngetuk batang tandan itu dari arah atas dan bawah masing-masing sebanyak dua kali. Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan yang boleh mengeluarkan cairan itu. Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira seperti tandan bunga jantan.

Secara saintifiknya, tujuan mengetuk batang tandan itu adalah untuk melonggarkan rongga saluran aliran nira berkenaan. Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, ia perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kekotoran di bahagian kelopaknya. Pengusaha nira akan menghiris bahagian hujung tandan yang dicantas itu pada waktu pagi dan petang sehingga aliran niranya deras dan masuk ke dalam tabung buluh yang dipasang. Menurut kajian, gula kabung boleh menggantikan gula biasa kerana bahan itu tidak mengandungi glukosa dan sesuai untuk kesihatan terutama di kalangan penghidap kencing manis. Maseriah Talib, 50, dari Kampung Peruang, Benta, merupakan antara pengusaha gula kabung kecil-kecilan yang sering mendapat tempahan orang ramai, di samping menjalankan perniagaan di pekan sehari berdekatan.

Menurutnya, kerja memasak nira atau manisan itu dalam kawah di bangsal belakang rumahnya sehingga menjadi pekat sebelum diisi ke dalam acuan daun mengkuang untuk dikeraskan mengambil masa selama lima minit. Berbekalkan kemahiran membuat gula kabung sejak usia muda lagi, dia menjelaskan, keenakan gula kabung memang tiada tandingannya kerana rasa manisan itu berbeza dengan gula biasa yang diperbuat daripada tebu. Katanya, kerja membuat gula kabung bermula apabila nira daripada tandan dibawa pulang ke rumahnya untuk diproses. Kebiasaannya, jelas Maseriah, tiga tabung buluh berukuran 1.5 meter boleh menghasilkan sebanyak 13 buku gula kabung setiap hari. Sejurus sampai di rumah, katanya, manisan itu dimasak sehingga pekat dan berwarna coklat kemerahan sebelum dimasukkan ke dalam acuan daun mengkuang. “Saya menjual antara RM4.50 hingga RM5 sebuku mengikut saiz dan kualiti kepada pelanggan yang datang ke rumah dan juga menerusi tempahan daripada peniaga di bandar Benta dan Raub. “Biasanya, pada Ramadan, gula kabung mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai yang membuat persiapan bagi juadah berbuka puasa dan untuk jualan di bazar Ramadan,” katanya. Malah, menurut Maseriah, gula kabung boleh melonjak sehingga RM7 sebuku jika mendapat permintaan tinggi pada musim perayaan orang Melayu. 

Menerusi jualan gula kabung, jelasnya, dia mampu meraih pendapatan sehingga RM1,300 sebulan untuk perbelanjaan dapur dan persekolahan anak. Dalam pada itu, Maseriah berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana banyak membantu membiayai perusahaan gula kabungnya dengan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk membina bangsal dan peralatan memproses gula itu. Katanya, beberapa stesen televisyen tempatan dan luar negara juga pernah membuat dokumentari, selain menerima lawatan pelancong asing untuk melihat lebih dekat perusahaan gula kabung secara tradisional. Gula kabung, menurutnya, bukan sahaja dicampur untuk menyedapkan masakan kuih-muih malah sering dijadikan buah tangan atau cenderamata kepada pembesar pada majlis tertentu di daerah Lipis. Sementara itu, seorang lagi pengusaha di Kampung Peruang, Mustafa Yunus, 56, memberitahu, perusahaan gula kabung mampu memperoleh pendapatan lumayan untuk menyara kehidupan keluarga dan persekolahan anak-anak. “Kerja ini memerlukan ketekunan dan kesabaran bermula daripada mengambil nira, memasak menjadi gula kabung sehinggalah ia dijual ke pekan sehari,” katanya. Mustafa memberitahu, setiap hari sebanyak 20 hingga 40 buku gula kabung dihasilkan bergantung kepada jumlah air nira yang berjaya dikumpul. Tambahnya, permintaan terhadap gula kabung terus meningkat terutama ketika Ramadan kerana ia bahan penting untuk membuat inti atau manisan kuih, selain buahnya boleh dijadikan halwa untuk digunakan sebagai campuran dalam minuman.

Jualan buah kabong di Penang.
GULA KABONG ... POPULAR JUGA...
BANYAK DIJUAL...BULAN PUASA...
PENGUSAHA ... TRADISIONAL SAJA...
NILAI POTENSI... JIKA DI USAHA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
224 Hotel Jelai, Raub,
Pahang,
Malaysia.
(22 Syawal 1434H)









Monday, August 26, 2013

CILI - VAIRETI DI MALAYSIA (Part 2)

VARIETI CILI (Capsicum annuum) adalah jenis cili dari keluarga Solanaceae yang merupakan sayur jenis berbuah popular dan luas penanamannya di Malaysia setiap tahun. Seluas 2,850 hektar cili merah ditanam setiap tahun dinegara kita dengan anggaran pengeluaran sebanyak 32,600 mt yang bernilai sekitar RM 206.6 juta. Cili adalah jenis tanaman sayur tanah rendah yang ditanam secara komersil monokrop terutama di Johor, Perak, Selangor dan Pahang. Terdapat beberapa varieti cili yang popular ditanam oleh petani dimana ia sesuai kebanyakannya untuk pasaran segar. Varieti yang baik (Superior variety) perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi, pedas, tahan lama disimpan, tahan terhadap penyakit dan serangan-serangan serangga. Penanaman cili merupakan antara komoditi yang paling berisiko tetapi ia juga adalah komoditi yang paling menguntungkan jika penghasilan tinggi dan menerima harga pasaran yang baik. Harga cili diladang berubah serendah RM 2.50 sekilogram boleh mencecah kepada RM 18.00 dipasaran runcit terutama semasa musim tengkujuh sekitar bulan November sehingga Januari setiap tahun. Artikel Subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa varieti cili yang telah didaftarkan dalam lamanweb Jabatan Pertanian Malaysia yang dibangunkan untuk kegunaan semua pihak berkaitan pada alamat pvpbkkt.doa.gov.my.


Petak benih jagung SSH.
Apakah varieti cili yang anda tahu sangat popular di tanam di Malaysia?. Kebanyakan kita akan nyatakan Cili Kulai. Saya bahagikan Kategori Cili kepada beberapa kategori iaitu Cili Merah, Cili Hijau (Keduanya dalam Kategori Cili Besar), Cili Benggala (Sweet Paper), Cili Padi (Cabai Burung / Lombok Rawit) dan Cili Hiasan (Ornamental chillies). Terdapat sebanyak 8 varieti cili yang telah didaftarkan didalam senarai 'National Listing' di Jabatan Pertanian pada Julai 2013. Sebenarnya pendaftaran varieti cili ini dibuat untuk mendaftarkan semua varieti yang ada di Malaysia. Saya tahu banyak lagi varieti cili yang belum didaftarkan seperti yang dipunyai oleh beberapa syarikat pengeluar dan pengedar benih cili. Saya telah berbincang dengan En Chua pada bulan ini untuk syarikat beliau (Syarikat Green World Genetics) untuk membuat pendaftaran banyak varieti cili yang dipunyai oleh syarikat tersebut dan juga Freddie (Syarikat Sin Sin Huat Seeds). Sehingga artikel ini ditulis, baru ada sebanyak 8 varieti cili telah didaftarkan di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda.


5. Varieti GREEN EAGLE 223 (CA5)
Varieti cili ini dinamakan sebagai Green Eagle 223 dengan kod pendaftaran CA5 dengan dipunyai oleh Syarikat Sin Seng Huat Seeds Sdn Bhd beralamat di Puchong, Selangor. Saiz buah 18 cm panjang dengan ukurlilit buah sekitar 1.6 - 1.8 cm dan berwarna merah apabila masak. Buah ini mempunyai kulit luar yang tebal, berjus, berkilat dan bercirikan buah yang panjang lurus. Ia mempunyai permintaan yang baik dipasaran dengan jangkamasa matang sekitar 70 hari ditanam selepas ia menjalani proses penyemaian. Kadar keperluan benih sebanyak 2 kg sehektar dimana setiap 1 gram mengandungi sebanyak 120 - 250 biji benih. Keterangan dari pvpbkkt adalah " Presence of anthocyanin at filament and anther. Anthocyanin absent at hypocotyl, notes, flower and on leaf. Fruit Length: long. Fruit diameter: medium to broad.". Benih cili varieti ini mudah dibeli dari kedai pertanian yang menjual input pertanian.

6. Varieti BARA (CA6)
Varieti Cili Bara merupakan sejenis cili yang pedas dengan nombor pendaftaran CA6 dan didaftarkan pada Julai 2013. Varieti ini adalah dalam kategori 'public domain' semasa didaftarkan kerana ia telah lama berada ditanam dilapangan. Cili ini mempunyai warna merah pekat dengan tahap kepedasan yang agak tinggi. Saiz cili ini sederhana kecil dengan mempunyai bentuk panjang dan tirus dihujungnya. Terdapat banyak jenama dipasaran yang mempunyai ciri seakan cili bara seperti '639 Red Hot Chili', 'Sky Rocket' dan beberapa lagi. Dalam laporan pvpbkkt ia dinyatakan sebagai "Anthocyanin absent at hypocotyl, filament, on flower and on leaf. Flower peduncle is upright. Present of anthocyanin at notes and anther only. Fruit Length: short. Fruit diameter: narrow."


7. Varieti BANGI (CA7)
Varieti Cili Bangi didaftarkan dengan kod CA7 pada Julai 2013 dengan pemiliknya adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Cili ini adalah hasil kajian UKM yang mana ia telah lama di hasilkan dan kini baru sahaja lulus untuk didaftarkan. Cili ini mempunyai cili seperti saiz buah memanjang tirus dan berwarna merah terang dengan tahap kepedasan pada skala 7. Cili Bangi sesuai untuk dipetik sebagai cili segar merah dan juga boleh dijadikan sebagai cili kering. Cili ini boleh dituai selepas 5 - 7 kali mememetik dalam keadaan pokok yang masih subur. Walau pun cili ini telah lama diperkenalkan, kajian yang saya buat mendapati varieti ini kini kurang popular ditanam oleh petani komersil dilapangan. Merujuk kepada laporan pvpbkkt saya dapati ia dinyatakan sebagai "Presence of anthocyanin at hypocotyl, notes and anther. Anthocyanin absent at filament, on flower and on leaf. Fruit Length: medium to long. Fruit diameter: broad".  Cili ini juga antara cili yang pedas dan rangup dan menarik penciriannya.

8. Varieti SEMERAH (CA8)
Varieti Cili Semerah atau kod CA8 merupakan sejenis variti cili yang kecil (jenis cili padi) yang dimilikki oleh MARDI. Varieti ini telah didaftarkan pada Julai 2013 didalam senarai National listing dan ia dicirikan sebagai "A protected variety under Protection of New Plant Varieties Act 2004. Presence of anthocyanin at nodes and anther only. Anthocyanin absent on leaf, flower and at filament. Fruit color: green.". Merujuk kepada lamanweb http://dahlia-agribisnis.blogspot.com saya dapati penulis blog tersebut ada menyatakan mengenai cili semerah dengan terperinci. Cili padi (Semerah) ini adalah hasil pembangunan varieti bagi menghasilkan cili baru dari genotip yang berasal dari luar Negara. Ia dibangunkan melalui kaedah pemilihan baka sepokok (SSD) daripada bahan genetik dari Mexico. Antara keistimewaan Semerah adalah seperti ia berkemampuan untuk mendatangkan hasil yang lebih banyak, mempunyai tempoh matang yang lebih singkat, mampu berbuah secara serentak dan boleh dipetik dalam 11-12 minggu selepas diubah ke ladang. Bergantung kepada jenis tanah dan keadaan persekitaran, penghasilan Semerah dikatakan boleh mencapai antara 650-1,985 (g/pokok) semusim. Dengan penjagaan yang sempurna, satu pusingan tanaman Semerah boleh berlanjutan hingga setahun.

Varieti Semerah - masih muda
Varieti cili Semerah nyata boleh dimanfaatkan oleh para pengusaha dan juga negara dari segi kualiti dan kuantiti yang mampu dihasilkannya selain dijamin mutunya. Varieti Semerah itu mampu menghasilkan produktiviti lebih dua atau tiga kali ganda berbanding varieti cili padi biasa. Cili Semerah ini juga berbuah secara serentak dan ini secara pastinya menjimatkan masa peladang dan pengusaha daripada perlu memetik cili yang pada kebiasaannya berbuah secara tidak menentu. Selain itu, salah satu kelebihan cili Semerah ini, ia juga mampu menghasilkan cili walaupun dijangkiti penyakit ataupun virus. Stesyen Pertanian Serdang lazimnya mengeluarkan benih cili semerah untuk dijual kepada penanam sejak lama dulu. Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang penanam Varieti Cili Semerah dari Sabah mengatakan cilinya mempunyai pelbagai warna sperti putih, krim susu, hijau dan merah semasa dituai. Dakwanya benih memang di beli di Serdang dan ditanam di Sabah. Kenapa ia boleh berlaku demikian?... Tunggu laporan siasatan dalam artikel lain.  

Demikianlah 8 jenis cili yang telah didaftarkan dalam senarai National Listing Jabatan Pertanian. Saya tahu banyak lagi varieti cili yang boleh didaftarkan oleh anda semua. Daftarkan varieti cili yang ada punyai dengan mengisi Borang DK-1 dengan percuma. Semuga maklumat ini menambah pengetahuan saya dan anda semua. 

VARIETI CILI... SUDAH DIDAFTARKAN...
ADA 8 VARIETI...YANG MANA DISYORKAN...
BENIH DIJUAL ... HARGA DITENTUKAN...
KUALITI BENIH... SIAPA MENENTUKAN... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist
Sin Sin Huat Seeds Observation Station,
Sungai Gapi, Rawang, 
Selangor,
Malaysia.
(17 Syawal 1434H) 


Sunday, August 25, 2013

CILI - VAIRETI DI MALAYSIA (Part 1)

TANAMAN CILI (Capsicum annuum) adalah sejenis tanaman popular dari keluarga Solanaceae yang merupakan sayur jenis buah sering ditanam dan meningkat keluasan penanamannya di Malaysia setiap tahun. Seluas lebih dari 2,850 hektar cili atau juga dipanddil 'Lada' atau 'Cabai' ini ditanam setiap tahun dinegara kita dengan anggaran pengeluaran sebanyak 32,600 mt yang bernilai sekitar RM 206.6 juta. Cili adalah sejenis tanaman sayur tanah rendah yang ditanam secara komersil monokrop terutama di Negeri Johor, Perak, Selangor dan Pahang. Cili adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang bercabang berwarna hijau (buku batang berwarna hijau atau ungu bergantung kepada varieti cili) dimana daunnya berwarna hijau muda ke hijau tua dan berbentuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada varieti). Bunga cili berkelopak lima dengan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buah cili pula berbentuk tirus memanjang. Biji cili berwarna kuning dengan berat 3.5-5.0 g bagi setiap 1,000 biji cili. Bunga cili melakukan proses pendebungaan cili adalah secara persenyawaan sendiri. Walaupun begitu 30% dari bunga cili akan berlaku persenyawaan silangjuga.Terdapat beberapa varieti cili yang popular ditanam oleh petani dimana ia sesuai untuk pasaran segar. Varieti yang baik perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi, tahan lama disimpan, pedas, tahan terhadap penyakit dan serangan-serangan serangga perosak. Penanaman cili merupakan antara komoditi yang paling berisiko tetapi ia juga adalah komoditi yang paling menguntungkan jika penghasilan tinggi dan menerima harga pasaran yang baik. Harga cili diladang serendah RM 2.50 sekilogram boleh mencecah kepada RM 18.00 dipasaran runcit terutama semasa musim tengkujuh sekitar bulan November sehingga Januari setiap tahun. Artikel pada Subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa varieti cili yang telah berdaftar berdasarkan lamanweb Jabatan Pertanian Malaysia yang dibangunkan untuk kegunaan semua pihak berkaitan pada alamat pvpbkkt.doa.gov.my. untuk menjadi rujukan anda semua.


Periksa varieti cili di Johor.
Apakah varieti cili yang anda tahu sangat popular di tanam di Malaysia?. Kebanyakan kita akan nyatakan 'Cili Kulai'. Saya suka membahagikan Kategori Cili kepada beberapa kategori iaitu Cili Merah, Cili Hijau (Keduanya dalam Kategori Cili Besar), Cili Benggala (Sweet Paper), Cili Padi (Cabai Burung / Lombok Rawit) dan Cili Untuk Hiasan (Ornamental chillies). Terdapat sebanyak 8 varieti cili yang telah didaftarkan didalam senarai 'National Listing' di Jabatan Pertanian pada Julai 2013. Sebenarnya tujuan pendaftaran varieti cili ini dibuat untuk mendaftarkan semua varieti yang ada di Malaysia. Saya tahu banyak lagi varieti cili yang belum didaftarkan seperti yang dipunyai oleh beberapa syarikat pengeluar dan pengedar benih cili. Saya telah pun berbincang dengan En Chua pada bulan ini untuk syarikat beliau (Syarikat Green World Genetics) untuk membuat pendaftaran banyak varieti cili yang dipunyai oleh syarikat tersebut. Saya juga pernahberbincang denganEncik Freddie (Syarikat Sin Sin Huat Seeds) untuk perkara yang sama. Sehingga artikel ini ditulis, baru ada sebanyak 8 varieti cili telah didaftarkan di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda.


1. Varieti KULAI SERDANG (CA1)
Cili  CA1 masih muda
Varieti ini didaftarkan dengan Kod CA1 (Capsicum Annuum Nombor 1) pada bulan Julai 2013 dengan kategori 'public domain' kerana ia merupakan varieti yang telah lama ditanam dan telah dikomersilkan. Antara ciri yang dinyatakan adalah dimana cili ini mempunyai bentuknya yang sederhana besar dan akan berwarna merah apabila cukup matang. Keterangan daripada National listing seperti berikut - "Presence of anthocyanin at hypocotyl, notes and anther. Anthocyanin absent at flower, filament and on leaf. Fruit Length: long. Fruit diameter: medium". Cili ini merupakan antara yang paling awal dikomersilkan dikalangan banyak jenis varieti cili kulai.

2. Varieti MC11 (CA2)
Varieti dinamakan MC11 ini merupakan varieti cili paling popular semenjak berpuloh tahun dahulu berasaskan kepada Cili Kulai MC10. Varieti ini mempunyai kod CA2 dalam senarai 'National Listing' dengan dimiliki oleh MARDI, Serdang, Selangor dan didaftarkan pada Julai 2013. Antara ciri varieti ini yang dicatitkan adalah " Presence of anthocyanin at notes and anther only. Anthocyanin absent at flower, filament, hypocotyl and on leaf. Fruit Length: long. Fruit diameter: medium to broad". Biji benih varieti ini masih mudah diperolehi. Kajian saya dibanyak negeri mendapati varieti cili ini adalah popular dikalangan petani walau pun terdapat banyak varian mengenai ciri buah yang telah dihasilkan. Ini kerana ramai petani akan mengambil 'buah superior' dari kebunnya sendiri yang akan diproses untuk dijadikan benih sendiri. Permintaan pengguna untuk cili ini adalah tinggi untuk kegunaan cili segar. Terdapat beberapa varieti lain yang sering dikatakan menyerupai cili ini seperti Varieti MC12, Varieti Kulai, Varieti Big Ipoh dan sebagainya. Anda boleh baca artikel berkaitan mengenai beberapa varieti cili merah seperti disini (Sila Klik Disini).


3. Varieti CT01P (CA3)
Ini bukan varieti CT01P
Varieti CT01P ini didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganuu pada Julai 2013 dengan kod pendafftaran CA3. Varieti CT01P bermaksud 'Cili Terengganu 01 Pertanian' yang popular ditanam dii Negeri Terangganu. Antara ciri yang dinyatakan dalam keterangannya adalah "Presence of anthocyanin at base of flower, at filament, anther, notes and on leaf. Anthocyanin absent at hypocotyl and on leaf. Fruit Length: medium to long. Fruit diameter: medium". Cili ini juga merupakan satu daripada kumpulan Cili Kulai yang menjalani proses pemisahan (selection) semala beberapa generasi. Stesyen Hortikultur Terengganu pernah mengeluarkan varieti cili ini untuk digunakan oleh petani disama. 

4. Varieti SOLOK (CA4)
Enaknya Cili Solok berinti kelapa.
Varieti Cili Solok dengan nombor pendaftaran CA4 merupakan sejenis cili besar berwarna hijau muda yang sangat popular di Kelantan. Cili ini didaftarkan pada Julai 2013 dengan kategori pemilikan sebagai 'public domain'. Cili ini bersaiz sederhana besar dengan banyak digunakan untuk dibuat Cili Solok dalam menu makanan Nasi Kerabu atau Nasi Berlauk (Sila lihat foto sebelah). Cili ini berbentuk bulat dan menirus dihujungnya dengan tahap kepedasan yang sederhana (Kurang pedas). Stesyen Hortikultur Jabatan Pertanian Kelantan diantara yang menghasilkan benih cili ini untuk dijual kepada petani di negeri tersebut. Antara ciri dalam senarai yang dinyatakan adalah "Presence of anthocyanin at nodes and anther only. Anthocyanin absent on leaf, flower and at filament. Fruit color: light green." Penanaman cili solok kini telah meluas dinegeri-negeri lain sebagai satu pilihan petani untuk ditanam dan dijual kepada penyedia makanan pantai timur ini.
Artikel seterusnya mengenai Varieti Cili boleh dibaca dalam Part -2 (Sila klik disini).

Penulis memeriksa varieti CT01P di Terengganu
VARIETI CILI... SUDAH DIDAFTARKAN...
ADA 8 VARIETI...MANA DISYORKAN...
ADA DIJUAL ... BENIH DIPASARKAN...
JAMINAN KUALITI... SIAPA PASTIKAN... 

By,
M Anem,
GWG Research Station,
Rawang, Selangor,
Malaysia.
(17 Syawal 1434H) 
Kemaskini pada 2 September 2014