Sunday, July 7, 2013

PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU - FASA

Pengurusan perosak bersepadu - PPB (IPM - Intergrated Pest Management) ialah satu pendekatan ekologi untuk kita mengawal makhluk perosak dalam sektor pertanian yang menggabungkan pelbagai kaedah dan racun kimia kepada satu sistem pengurusan yang bersepadu. Didalam PPB, beberapa perkara dilakukan seperti cubaan untuk mengelak serangan perosak, memerhatikan corak serangan apabila ia berlaku dan menghalangnya (tanpa racun) apabila perlu.
Kenapa perlu Pengamalan Perosak Bersepadu (PPB) ini dijalankan?. Antara jawapannya adalah dengan kombinasi  kaedah kawalan yang sering digunakan didalam untuk aktiviti PPB seperti Kaedah Amalan kultura, Kawalan Persekitaran, Kebersihan Ladang, Kawalan Secara Biologi dan juga Kawalan Secara Kimia. Masih ramai diantara kita dikalangan pegawai pengembangan, petani, agen penjual bahan kimia, saintis dan sebagainya masih belum pasti akan pengamalan PPB ini atas pelbagai sebab. Sesetengah mereka masih kurang pasti apakah dia definasi PPB (What is IPM), Apakah Matalamat PPB (Goal of IPM), Apa dia Prinsip PPB (The IPM principles), Bagaimana menentukan Strategi PPB (The IPM strategies) dan apakah yang akan dimaksudkan dengan Komponen PPB (The IPM components) dan Kaedah Pelaksanaan PPB (The IPM implementation). Artikel subuh Jumaat ini saya gembira untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) untuk dijadikan bahan bacaan rakan-rakan berdasarkan pengalaman dan pembacaan banyak bahan rujukkan.


Kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) merupakan satu sistem atau satu konsep pengawalan yang selalunya menggabungkan kaedah-kaedah kawalan perosak yang serasi yang dilaksanakan secara serentak dan bersepadu dengan mengambilkira kepentingan dan impak terhadap petani, masyarakat dan alam sekitar. Contohnya penggunaan racun serangga yang sangat minima di kombinasikan dengan kaedah kawalan biologi, kaedah kawalan mekanikal dan juga penggunaan cara lain. Dari segi teori, amalan perlindungan tanaman dalam aktiviti pengeluaran pertanian meliputi 6 peringkat. Peringkat-peringkat tersebut adalah Fasa Sara Diri (Subsistence phase)Fasa Eksploitasi (exploitation phase)Fasa Krisis (Crisis phase), Fasa Malapetaka (Disaster phase), Fasa Pemulihan (Recovery phase) dan akhirnya Fasa Integrasi (Integarion phase). Apa yang dimaksudkan dengan Fasa Sara Diri (Subsistence phase) adalah di mana tanaman yang ditanam hanya untuk sara diri dengan saiz tidak luas dan selalunya pengeluaran hasil yang rendah. Peringkat ini lazimnya amalan perlindungan tanaman yang tersusun, bergantung kepada kawalan semula jadi, kerintangan tanaman, amalan kultural, mengutip dengan tangan dan nasib. 


Bagi kedua pula iaitu Fasa Eksploitasi (exploitation phase) ia akan melibatkan kawasan tanaman luas, penggunaan varieti-varieti baru dan keperluan untuk meningkatkan mutu dan pengeluaran bagi memenuhi kehendak pasaran. Penemuan racun serangga sintetik boleh juga menukar cara pengamalan perlindungan tanaman kerana daya membunuh serangga yang berkesan. Program kawalan perosak mulai bergantung sepenuhnya kepada racun kimia. Ia digunakan secara intensif, berjadual tanpa mengira ada perosak atau tiada. Beberapa dekad berikutnya hanya racun kimia saja yang boleh dipercayai dapat mengawal perosak. Ini kerana ia berkesan dan tidak mahal. Program perlindungan tanaman begitu berjaya, dimana racun perosak dieksploit secara maksimum untuk melindungi tanaman dari serangan perosak dan meningkatkan pengeluaran hasil yang tinggi. 


Peringkat ketiga pula adalah dinamakan Fasa Krisis dimana penggunaan racun yang lebih kerap Dos yang tinggi diperlukan untuk mendapat kawalan yang efektif. Kerapkali serangga menyerang semula tanaman selepas dilakukan rawatan, akan ujud serangga yang kebal kepada racun. Racun-racun yang sedia ada tidak lagi berkesan. Perosak sebelum tidak penting, telah bertukar menjadi perosak utama. Racun kimia yang sedia ada kurang berkesan. Seterusnya keempat adalah Fasa Malapetaka dimana ia berlaku akibat penggunaan racun serangga telah meningkatkan kos pengeluaran dan masalah perosak ketahap yang dimana ada tanaman tidak lagi boleh ditanam atau tidak lagi menguntungkan untuk ditanam. Akhir sekali adalah Fasa Pemulihan dimana akan berlaku penemuan racun kimia baru yang lebih toksik Menjadi tidak berkesan selepas beberapa tahun digunakan.


Cara kawalan perosak yang bergantung semata-mata kepada penggunaan racun mengakibatkan terjadinya gejala-gejala seperti pemilihan dan kewujudan populasi perosak yang kebal (pest resistance) dan seterusnya kemusnahan makhluk yang berfaedah dan makhluk bukan sasaran. Ia juga lazimnya akan melibatkan perosak meningkat semula selepas dirawat (pest resurgence) dan juga meningkatnya serangan perosak-perosak yang selama ini tidak penting (secondary pest outbreak). Sisa baki dalam makanan (kegunaan manusia atau haiwan) dan alam sekitar dan akhirnya adalah apa yang dikatakan sebagai risiko bahaya kepada manusia dan persekitaran 

NAMANYA PPB... IA BERSEPADU...

SUSAH DISEBUT..TETAPI BERLAKU..
PPB PERLU DIAMALKAN... SELALU...
MESRA ALAM...HASILNYA LAKU...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Room 263, Hotel Ritz,
Manjung, Perak, 
Malaysia
(28 Rejab 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.