Sunday, July 21, 2013

LIMAU BALI - MELOMAS (Kajian Kes)

LIMAU BALI (Citrus grandis) merupakan sejenis buah tempatan yang popular ditanam di malaysia daripada Rutaceae. laporan ststistik Jabatan Pertanian menunjukkan terdapat seluas 1,895 hektar tanaman limau bali direkodkan pada 2012 dimana kawasan Tambun di Ipoh, Perak dan Jementah, Segamat , Johor sebagai kawasan pengeluaran limau bali paling utama. Limau Bali Vaieti PO51 (Shanting), Varieti PO52 (Tambun) dan Varieti PO55 (Limau Besar Ledang) adalah diantara varieti Limau Bali yang telah lama popular ditanam di Malaysia sekitar 70-80% daripada jumlah yang ditanam. bagaimana pun varieti PO56 (Varieti Melomas) kini telah menjadi satu pilihan untuk dikomersilkan. Varieti yang didaftarkan pada tahun 2002 ini berasal daripada Negeri Johor kini dipopularkan sebagai pilihan keempat varieti limau bali yang sesuai untuk dikomersilkan. Saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu laporan oleh Utusan Malaysia mempaparkan seorag petani di Kuala Kangsar yang berjaya menanam Limau Bali Melomas sebagai  satu kajian kes untuk dijadikan panduan dan informasi berguna kepada anda semua pembaca blog.

KUALA KANGSAR 31 Ogos - Seorang warga emas, Ramli Ngah Karim, 67, yang sebelum ini kerap merantau mencari rezeki di tempat orang kini boleh tersenyum puas. Setelah berpuluh tahun merantau dan kini kembali ke kampung halamannya di Kampung Lalang, Padang Rengas dekat sini, mengusahakan projek ladang limau melomas yang sudah mula memberikan hasil. Projek pertanian tersebut di kawasan seluas 4.5 hektar merupakan projek perintis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Perak bagi membantu golongan petani meningkatkan hasil pendapatan dengan tanaman baru. Ramli memberitahu, aktiviti di dalam sektor pertanian merupakan sesuatu yang amat diminatinya sejak muda lagi. Katanya, sewaktu zaman mudanya dahulu, dia pernah mengusahakan tanaman tembakau di Gerik serta pernah juga membangunkan ladang ubi kayu dan nanas di Kuala Ketil, Kedah.

''Selepas berpuluh tahun merantau, saya pulang ke kampung halaman pada tahun 2000 dan menerima tawaran daripada MARDI untuk mengusahakan tanaman baru iaitu limau melomas". Katanya lagi ''Saya tidak fikir panjang dan terus menyewa tanah seluas 4.5 hektar untuk projek ini dan semuanya berjalan lancar kerana banyak urusan dan kerja dibantu oleh MARDI." Tambah beliau ''Ini termasuk membersihkan kawasan, membajak tanah dan mengorek lubang selain memberi benih anak pokok melomas dan baja secara percuma," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Ramli berkata, projek yang dilaksanakan oleh MARDI itu melibatkan seramai kira-kira 80 peserta yang kebanyakannya penduduk kampung berpendapatan rendah.
Namun, katanya, hasil usaha keras, dia merupakan salah seorang pengusaha limau melomas yang berjaya kerana memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM24,000 semusim atau setiap enam bulan.

Ladang yang diusahakannya secara purata itu mampu mengeluarkan sehingga 12 tan metrik semusim dan dijual pada harga serendah RM2 sekilogram. ''Saya sangat yakin harga limau melomas akan meningkat dari semasa ke semasa. Pendapatan kami sebenarnya dengan mudah boleh meningkat sekurang-kurangnya sehingga RM40,000 semusim." Dakwa beliau lagi, ''Setiap musim mengambil masa selama enam bulan maknanya dalam setahun para peserta seperti saya boleh dapat hasil sehingga RM80,000. Itu saya kira minimum, mengikut jangkaan buah ini boleh cecah RM10 sekilogram," katanya". Jelas Ramli, limau melomas kini mula mendapat pasaran menggalakkan kerana ia agak istimewa berbanding limau jenis lain. Katanya, limau melomas juga mempunyai rasa yang sangat lazat dan lebih manis, malah sebiji buah tersebut boleh mencecah berat sehingga tiga kilogram. ''Kehebatan rupa dan rasa limau melomas ini memang menarik perhatian banyak pihak, malah ladang ini kerap dilawati rombongan dari negara Afrika, Amerika Syarikat, Laos, lndonesia, Turki, negara-negara Arab dan Belanda," katanya. Demikianlah 


LIMAU BALI...MELOMAS VARIETINYA...
KUALA KANGSAR...TEMPAT TANAMNYA...
EN RAMLI MENANAM... 4.5 HA LUASNYA...
PENDAPATAN BERBALOI... ADA ASASNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Pusat Jualan Limau,
Tambun, Ipoh,
Perak, Malaysia.
(20 Julai 2013)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.