Monday, July 29, 2013

GETAH - PISAU TOREH

PISAU TOREH GETAH merupakan satu alat khas yang diperbuat daripada bahan logam atau metal yang digunakan untuk menoreh getah. Pisau Toreh Getah merupakan alat terpenting kepada semua penoreh getah didunia termasuk di Malaysia dengan pelbagai rekabentuk, saiz, ukuran, tradisional dan yang termoden. Kulit pokok getah yang matang (Hevea brazilliensis) akan mengeluarkan susu getah (Latex) apabila kulitnya diguris melalui teknik torehan yang betul pada lapisan kulit nya (Cambium layer). Gambar diatas menunjukkan bagamana saya menggunakan pisau toreh jenis tarek untuk menoreh pokok getah di kebun di Gunung Sari, Kampong Parit Bengkok, Muar , Johor tidak berapa lama dulu. Sebenarnya saya lebih mahir didalam menggunakan pisau toreh jenis 'Tolak' kehadapan berbandung (Lihat foto diperenggan 2) dengan pisau toreh jenis 'Tarek' ini. Kemahiran menoreh sejak kecil lagi memberikan kualiti torehan yang sederhana baik pada lapisan kulit. Walau pun kini telah banyak teknik menoreh getah, kaedah menoreh menggunakan pisau toreh masih lagi unggul dan meluias dijalankan dikawasan estet getah dan oleh pekebub-pekebun kecil getah. Artikel petang ini sempena cuti rehat di Raub, Pahang, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pisau toreh untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua berdasarkan pengelaman dan pembacaan.


Jenis pisau toreh dan kemahiran menoreh adalah dua perkara yang penting didalam industri getah negara. Kedua-dua faktur tersebut digabungkan dengan faktur kesuburan pokok getah, suhu dan 'Waktu' menoreh merupakan penentu pengeluaran susu getah daripada batang pokok yang ditoreh. Pisau Toreh yang sangat tajam dan kaedah torehan akan menghasilkan susu getah yang lebih banyak berbanding dengan pisau toreh yang tumpul. Pisau toreh logam perlu diasah dengan 'batu asah' setiap kali sebelum menoreh getah unntuk mempastikan ketajamannya. Pada saya pisau toreh 'tolak' seperti foto disebelah adalah paling saya gemari kerana ia mudah mengikut bentuk lenturan kulit pokok. Cara mengasah mata pisau juga ada tekniknya iaitu dengan menggunakan batu asah kasar dan diakhiri dengan jenis batu asah halus untuk melicin dan menajamkan mata pisau. Batu asah ini lama kelamaan akan menjadi lekuk mengikut bentuk mata pisau toreh. Pengalaman saya mendapati jika pisau toreh tidak diasah, susu getah yang keluar hanya separuh sahaja daripada kebiasaannya. Ini disebabkan pisau toreh yang sangat tumpul akan menutup liang saluran latek pada kulit pokok getah.


Pada masa ini terdapat banyak inovasi mengenai teknik menoreh getah daripada kaedah konvensional menggunakan pisau toreh moden sehingga kepada menggunakan teknologi mencederakan kulit getah dengan jarum dan teknologi menggunakan gas (Lihat foto sebelah). Gas yang digunakan mampu melambatkan susu getah daripada membeku lebih awal dan ia mampu memanjangkan pengaliran susu getah lebih lama dan banyak dikulpulkan. Teknik ini bagaimana pun baik untuk pokok getah yang dijaga dengan baik seperti program pembajaan dan sanitasi kebun getah dan menggunakan klon getah yang disyorkan. Jika pokok getah tidak dibaja dan dalam keadaan tidak terurus, elakkan menggunakan teknologi 'paksaan' seperti menggunakan hormon penggalak (Seperti jenis Ethrel) kerana kulit pokok akan rosak (kulit mati) jika ia digunakan tanpa terkawal. Pada saya teknik menoreh pokok getah menggunakan pisau toreh adalah pilihan terbaik penoreh getah di Malaysia pada masa kini kerana faktur kecekapan, ketahanan, kemahiran serta prlbagai jenis risiko lain yang mungkin berlaku.

PISAU TOREHAN... BANYAK NAMANYA....
ADA YANG TOLAK,,,, YANG TAREK JUGA...
KEMAHIRAN PENOREH... AMAT PERLUNYA...
SUSU GETAH ... PUTIH WARNANYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Desa, 
Raub, Pahang, 
Malaysia.
(27 Jun 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.