Thursday, July 11, 2013

CERI - PENANAMAN (Part 2)

POKOK CERI (Prunus avium atau pun jenis Prunus cerasus) merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh menegak dari ketagori pokok renek dalam keluarga Ceraceae. Kita di Malaysia jarang jumpa pokok ceri yang ditanam untuk menghasilkan buah kerana ia sesuai hanya dinegara-negara beriklim sejuk. Daripada buku "Temperate and Subtropical fruit production - 3rd Eddition" terbitan CABI International (2011) karangan David Jackson dan rakan-rakan yang saya baca menyatakan, terdapat lebih daripada 100 spesis ceri dengan jumlah lebih dari 1,500 kultivars diseluruh dunia. Walau pun asal usul pokok ceri dari kawasan temperate di hemispiar utara, varieti ceri komersil yang dimajukan adalah berasal dari kawasan Caucasus diantara Laut Hitam dengan Laut Caspian. Saintis memberikan kategori ceri sebagai Ceri Manis (Sweet cherry) dan Ceri Masam (Sour Cherry). Laporan statistik menunjukkan terdapat seluas lebih dari 400,000 hektar penanman pokok ceri diseluruh dunia dengan pengeluaran sebanyak 2.5 - 3.0 juta metrik tan setahun. Tiga negara pengeluar utama buah ceri dunia adalah Turki (420,000 mt/ tahun) diikuti dengan USA (391,000 mt/tahun), Iran (225,000 mt/tahun). Lain-lain negara yang banyak menanam dan menghasilkan buah ceri seperti Itali, Sepanyol, Rusia dan juga Syria. Artikel pada subuh 1 Ramadan 1434H ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman buah ceri iaitu sejenis buah yang kita suka untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Ceri Manis (Sweet cherry) mempunyai beratus-ratus kultivar tetapi hanya 2-3 kultivar sahaja yang dominan ditanam disesebuah negara. Varieti Ceri manis yang paling awal berhasil dan dituai dalam satu musim lazimnya mempunyai harga pasaran dan permintaan yang baik berbanding dengan masa penuaian varieti ceri yang dituai lewat. Ceri yang dihasilkan di negara beriklim temperate agak panas seperti di Australia, Chile, New Zealand boleh diekspot ke kawasan negara di hemispiar utara ketika musim sejuk seperti musim perayaan Christmas dan Perayaan Tahun Baru. Bagi pasaran Jepun contohnya mereka amat meminati ceri manis yang berwarna putih atau kekuningan  yang ditanam dinegara tersebut. Bagaimana pun penanaman ceri manis mempunyai banyak masaalah berbanding dengan penanaman ceri masam bermula daripada pemilihan kultivar yang sesuai sehingga proses menuai dan proses lepas tuai. Sesetengah varietinya sangat menarik dari segi rasa dan warna tetapi sering mempunyai masaalah pembentukkan buah (Fruit set) dan serangan penyakit. Penyakit seperti Reput Coklat (Monilinia fructicola), Bintik Daun (Blumeriella japii) dan Kanker Bakteria (Pseudomonas spp) juga sering merugikan penanam ceri manis. Pembiakbakaan ceri manis diteruskan semenjak beratus tahun dulu untuk mendapatkan varieti ceri yang buahnya besar, tahan serangan penyakkit dan kadar pembentukkan buah yang baik.


Ceri Masam (Sour Cherry) pula merupakan pokok ceri yang memberikan buah yang sememangnya 'MASAM' dari jenis Prunus cerasus. Pokoknya ditanam dikawasan sesuai dengan varieti seperti 'Montmorency' yang mana lazimnya aktiviti penuaian hasil boleh menggunakan kaedah mekanikal atau penggunaan mesin. Ceri masam didapati mempunyai saiz buah lebih besar, warna yang menarik dan lebih tahan lama untuk disimpan selepas dipetik. Pokoknya lebih besar dan ia juga agak lambat mengeluarkan bahagian pucuk seperti pokok ceri manis. Pemerhatian menunjukkan yang pokok ceri masam akan membentuk pokok merimbun dan agak rendah. Sebanyak 6 - 8 dahan sahaja dibiarkan tumbuh untuk menghasilkan bunga dan buah ceri pada umur selepas 3  -4 tahun penanaman. Masaalah fruit set dan serangan penyakit adalah kurang pada varieti jenis ini. Buah ceri perlu dipetik apabila cukup matang kerana jika dipetik muda, ia tidak akan berlaku proses pemasakan. Buah ceri masam boleh dituai dengan mesin atau latan lain kerana ia memungut semua hasilnya sama ada yang muda, sederhana masak atau telah ranum. Buah ini akan dikumpulkan dan daihantar kepusat menggred atau pusat memproses. 


Kaedah menuai buah ceri merupakan kerja yang rumit dan perlukan ramai tenagakerja. Kerja memetik buah menggunakan tangan dengan memilih buah ceri masak sahaja pada pokok dan buah ceri perlu dikumpulkan dalam bekas khas (Sila lihat foto petik hasil disebelah). Bagaimana pun bagi ceri masam, petani boleh mengegarkan pokok dan buah-buah ceri masam akan gugur utnuk segera diproses di kilang. Buah ceri segar yang dipetik dan disimpan pada suhu 0 Celsius mampu bertahan selama 3 minggu. Buah ceri ditanam untuk dimakan segar, dibuat jus, puree dan salad semasa jamuan makan. Ramai lebih kenal akan produk yang berasaskan buah cerii seperit minuman float dengan ceri, jem ceri, kaya ceri, jus ceri dan sebagainya. Semuga kita mendapat maklumat berguna mengenai pokok ceri dikeliling ada. Wasallam!

BUAH MERAH... CERI NAMANYA....
BUAHNYA KECIL... ADA KHASIATNYA..
DIMAKAN SEGAR .. MANIS MASAMNYA...
DIBUAT 'PIE' ... SUNGGUH ENAKNYA...

By,
M Anem,
Precint 11. Putrajaya,
WP , Malaysia
(2 Ramadan 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.