Monday, May 6, 2013

TANAH - FAKTOR KEASIDAN TANAH (Part 2)

KEASIDAN TANAH (Soil acidity) merupakan satu perkara penting yang perlu diukur untuk mempastikan tahap kesuburan tanah. Kesuburan tanah yang sesuai untuk tumbuhan lazimnya adalah sekitar pH 4.5 hingga pH7.5. Keasidan tanah dan pengapuran tanah adalah satu perkara penting dalam aspek kesuburan tanah terutamanya untuk pertumbuhan tanaman makanan. Keasidan tanah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah menjejaskan pertumbuhan tanaman kerana akar-akar tanaman tidak dapat tumbuh dengan baik bagi meyerap zat-zat makanan dalam tanah. Ini disebabkan nutrien tersebut terikat pada tanah dan ianya tidak dapat diambil oleh akar atau pun nutrien tersebut tidak ujud didalam keasidan yang tinggi atau keasidan yang sangat rendah. Pengetahuan ramai petani serta agen-agen pengembangan terhadap kaedah mengenalpasti keasidan tanah menggunakan peralatan yang betul dan pengiraan yang tepat pengapuran sangat kritikal. Lazimnya apa yang sering disyorkan untuk meningkatkan kesuburan tanah perlu dibuat PENGAPORAN. Tanah yang sangat masam perlu dijalankan Pengapuran (Liming) untuk mengurangkan kemasaman tersebut mengikut kadar yang disyorkan. Artikel pada petang Ahad ini, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanah dan keasidan faktor yang menyebabkan keasidan tanah adalah oleh berbagai sebab.

1. Kandungan bahan induk
Bahan induk pembentukkan tanah merupakan faktur utama didalam mempengaruhi keasidan tanah. Lazimnya bahan induk seperti Batu Granit mengandungi aluminium yang agak tingi. Unsur Aluminium akan mengalami tindakbalas hidrolisis keluarkan ion hidrogen dalam tanah. Ini akan menjadikan tanah tanah yang berasal dari bahan induk batu granit adalah berasid. Kalau anda hendak membeli tanah atau menyewa tanah untuk pertanian, pastikan memilih tanah yang tidak menghadapi masaalah keasidan kerana ia akan perlukan kos untuk pengaporan.

2. Larutresapan
Tekstur tanah akan mempengaruhi kadar larutresap dalam tanah. Apabila berlaku kadar larutresap tinggi maka akan banyak berlaku kehilangan bahan unsur nutrien dalam tanah. Contohnya kesan larutresap adalah keehilangan ion Ca, Mg dan K melalui larutresapan digantikan oleh ion hidrogen. Kehadiran ion hidrogen menyebabkan tanah berasid dan kurangkan kesuburan tanah.

3. Penggunaan baja kimia
Pada masa ini dalam pembajaan cara konvensional, pemilihan baja kimi adalah sering diamalkan kerana ianya murah, mudah, praktikal dan ekonomik. Bagaimana pun penggunaan baja kimia yang banyak dan tidak terkawal terutamanya baja seperti baja Amonium sulfat yang akan hasilkan ion NH+n yang meningkatkan keasidan tanah. Bentuk ion adalah Amonium Sulfat (NH+ NO3- + H+) serta ion H+ akan menurunkan pH tanah.

4. Pereputan bahan organik
Tanah yang mengandungi bahan organik banyak akan menjalankan pproses pereputan bahan organik. Proses pereputan ini biasanya akan menghasilkan asid organik yang akan merendahkan pH tanah atau menyababkan tanah berasid. Oleh itu tanah yang mempunyai bahan organik seperti tanah gambut perlu dijalankan pengaporan untuk menyuburkan tanah tersebut. 

5. Penambahan Asid karbonik/ Asid nitrik
Sering juga dberlaku peningkatan keasidan dalam tanah apabila berlaku perlepasan gas Karbon dioksida (CO2) dan juga Gas Nitrogen oksida (NO) serta Nitrogen dioksida (NO2) di atmosfera yang larut dalam air hujan dan membentuk asid lemah. Asid tersebut ialah Asid karbonik dan Asid nitrik yang akan masuk kedalam tanah dimana ini akan menyebabkan peningkatan keasidan tanah.

6. Respirasi akar / organisma tanah
Akar tumbuhan didalam tanah berfungsi dalam menyerap air dan nutrien untuk proses fotesintesis. Selain itu akar  tersebut juga menjalankan proses respirasi yang mana karbon dioksid (CO2) akan dihasilkan. Selain itu proses respirasi akar dan organisma dalam tanah juga akan bertindakbalas dengan air menghasilkan asid karbonik. Asid ini juga menyumbang kepada keasidan tanah walau pun kesannya sedikit.

7. Penghasilan gas Nitrogen dioksida dan Nitrogen
oksida
Didalam keadaan biasa, tindakan kilat semasa hujan akan menggabungkan gas nitrogen dioksida dan oksigen di atmosfera yang kemudiannnya bertindakbalas dengan air untuk menghasilkan Asid nitrik. Asid nitrik ini akan turun bersama hujan, dimana kemudian akan masuk ke dalam tanah dan menyebabkan tanah akan menjadi berasid. Bagaimana pun keadaan ini berlaku dengan ketara dikawasan dimana ada banyak kawasan perindustrian yang melepaskan gas toksik dimana ia sering kita panggil sebagai 'Hujan asid'.

Skala keasidan dengan pH tanah.
Apa yang saya ingin nyatakan adalah, kesan pH tanah kepada tanaman yang memberi kesan kepada ketersediaan nutrien dimana terdapat beberapa jenis nutrien mudah larut dalam larutan tanah pada pH tertentu.  Apablia keadaan pH rendah makan akan berlaku pembebasan ion ferum dan magnesium sementara bila pH tinggi pula akan berlaku pembebasan ion Kalsium dan Magnesium. Seterusnya akan berlaku ion-ion itu bertindakbalas dengan fosfat membentuk fosfat tidak larut dimana ini menyebabkan fosfat kurang tersedia jika pH terlalu tinggi atau rendah. Kesan seterusnya adalah kaitan antara keasdian tanah dengan aAktiviti mikrob dalam tanah. kajian menunjukkan mikroorganisma bermanfaat (Beneficial microbes)  akan sesuai untuk hidup pada pH 5.5 – pH 7.8. Kajian-kajian juga mendapati mikroorganisma yang jalankan proses penitratan terjejas bila pH kurang 5.5. sementara itu bila pH rendah pula akan merencatkan aktiviti cacing tanah. Kaitan keasidan tanah dalam kejadian penyakit tumbuhan juga ada kaitan, Lazimnya jika pH rendah menyebabkan kulat mudah membiak, tumbuhan sukar memperoleh nutrien dan pertumbuhan akar terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah.

pH TANAH... BERAPA NILAINYA...
PELBAGAI FAKTOR...PUNCANYA...
BAHAN INDUK... LARUTRESAP JUGA...
ASID HUMIK... BANYAK KESANNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia
(28 JamadilAkhir 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.