Wednesday, May 8, 2013

AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974


Artikel kali ini saya ingin menerbitkan Akta Racun Mahkluk Perosak 1974 Kerajaan Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan. Akta ini juga dikenali dengan nama Akta 149 yang melibatkan banyak perkara mengenai Racun Makhluk Perosak dan undang-undang yang terlibat dengannya. Maklumat ini saya ambil dari lamanweb Jabatan Pertanian seperti berikut : http://www.doa.gov.my/documents/ 10157/ 463d7ea4- ffbb-4c06-93aa-bd11640cd7e4.
Diharap artikel inI dapat membantu saya dan rakan-rakan didalam membuat rujukkan dengan mudah melalui blog "Anim Agro Technology".


AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974 

(AKTA 149) 

GARIS PANDUAN 
KAEDAH-KAEDAH RACUN MAKHLUK PEROSAK
(PENGENDALI KAWALAN MAKHLUK PEROSAK) 2004 


Lembaga Racun Makhluk Perosak 
Kuala Lumpur 
20042 

KATA-KATA PENDAHULUAN

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 57(1)(k) Akta Racun Makhluk Perosak 1974, Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, membuat Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengendali Kawalan Makhluk Perosak) 2004 Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengendali Kawalan Makhluk Perosak) 2004 telah diterbitkan untuk Wartaan Kerajaan pada 19 Febuari 2004.

Kaedah-kaedah ini bertujuan untuk mengawal pengendali kawalan makhluk perosak melalui pelesenan, dan mempastikan pengendalian kawalan makhluk perosak dijalankan dengan berkesan dan tidak mendatangkan bahaya kepada orang awam dan alam sekitar.


Dengan kuat kuasanya Kaedah-Kaedah ini, seseorang yang ingin menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas harta orang lain bagi upah hendaklah mempunyai sesuatu lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga.

Objektif Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengendali Kawalan Makhluk Perosak) 2004 merangkumi:

i. Menetapkan taksiran di Seksyen 2;

ii. Menetapkan maksud kawalan makhluk perosak di Seksyen 3;

iii. Menetapkan jenis-jenis lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga di Seksyen 4;

iv. Menetapkan peperiksaan pemakai dan pembantu pemakai racun makhluk perosak di Seksyen 5;

v. Menetapkan syarat-syarat permohonan suatu lesen

vi. Pengecualian di Seksyen 9;

vii. Perihal membaharui, mengganti lesen, amaran atau pengantungan dan pembatalan lesen di Seksyen 10, 11 dan 12 masing-masing;

viii. Rayuan di Seksyen13;

ix. Kebajikan pengendali kawalan makhluk perosak berlesen di Seksyen 14

x. Pengangkutan, penyimpanan atau pelupusan racun makhluk perosak atau bekas racun makhluk perosak di Seksyen 15;

xi. Program pengajaran dan latihan di Seksyen 16;

xii. Penguat kuasaan dan penalti di Seksyen 17 dan Seksyen 18.

xiii. Kecualian dan peralihan di Seksyen 19

Buku panduan ini disediakan sebagai satu rujukan serta memberi maklumatmaklumat yang lebih terperinci tatacara untuk memohon lesen pengendali kawalan makhluk perosak; pemakai racun makhluk perosak dan pembantu pemakai racun makhluk perosak, dan menduduki peperiksaan pemakai dan pembantu pemakai racun makhluk perosak, serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pengendali kawalan Makhluk Perosak, pemakai kawalan makhluk perosak atau pembantu
pemakai kawalan racun makhluk perosak yang berlesen di bawah Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengendali Kawalan Makhluk Perosak) 2004.

Pengerusi
Lembaga Racun Makhluk Perosak
Malaysia



1. PENDAHULUAN

Berkuat kuasa pada 19 Febuari 2004, semua pengendali kawalan makhluk perosak hendaklah mempunyai lesen untuk menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas harta orang lain seperti di rumah atau tempat awam bagi upah.

1.1 Garis panduan ini bertujuan untuk memberi maklumat-maklumat tentang keperluan-keperluan dan syarat-syarat kawalan makhluk perosak. 



2. TAKRIF

2.1 “Racun Makhluk Perosak” tertakluk kepada seksyen-seksyen (2) Akta Racun Makhluk Perosak (Pindaan) 2004 ditakrifkan sebagaimana berikut: -

(a) apa-apa bahan yang mengandungi suatu perawis aktif; atau

(b) apa-apa persediaan, campuran atau benda yang mengandungi manamana satu perawis aktif itu atau lebih sebagai satu daripada juzuknya, tetapi tidak termasuk makanan tercemar atau apa-apa barang yang disenaraikan dalam Jadual Kedua.

2.2 “di bawah penyeliaan” berhubung dengan pengendalian kawalan makhluk perosak yang dijalankan oleh seseorang pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen, ertinya bertindak di bawah arahan dan kawalan seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen yang ada jika dan apabila diperlukan, walaupun pemakai racun makhluk perosak berlesen itu tidak ada secara fizikal pada masa dan di tempat pengendalian kawalan makhluk perosak itu dijalankan;


2.3 “harta” ertinya semua kawasan daratan dan perairan, termasuk ruang udara atas kawasan sedemikian, dan semua tumbuhan, haiwan, struktur, bangunan,vperalatan dan mesin, sama ada yang tetap atau yang bergerak, yang berkaitan dengan atau terletak atas kawasan sedemikian;

2.4 “kawalan anai-anai dan organisma pemusnah kayu yang lain” ertinya kawalan anai-anai atau organisma pemusnah kayu yang lain dengan menggunakan racun makhluk perosak;

2.5 “kawalan makhluk perosak rumah secara am” ertinya kawalan makhluk perosak di rumah dengan menggunakan racun makhluk perosak, tetapi tidak termasuk pemewasapan yang dikawal di bawah Akta Hidrogen Sianid (Pengasapan) 1953 [Akta 260] dan kawalan anai-anai dan organisma pemusnah kayu yang lain;

2.6 “Kawalan makhluk perosak yang menjejaskan kesihatan awam” ertinya kawalan makhluk perosak yang menjejaskan kesihatan awam di tempat awam dengan menggunakan racun makhluk perosak, tetapi tidak termasuk pemewasapan yang dikawal di bawah Akta Hidrogen Sianid (Pengasapan) 1953;4

2.7 “kawalan rumpai awam secara am” ertinya kawalan rumpai di tempat awam dengan menggunakan racun makhluk perosak;

2.8 “makhluk perosak rumah” ertinya makhluk perosak, selain organisma pemusnah kayu, yang berinfestasi atau menyerang rumah, dan termasuk tetapi tidak terhad kepada rodensia, binatang perosak dan serangga;

2.9 “pemakai racun makhluk perosak berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan oleh Lembaga untuk menjalankan, atau menyelia, sama ada dengan sendirinya atau selainnya, penjalanan, pengendalian kawalan makhluk perosak di atas harta orang lain;

2.10 “pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan oleh Lembaga untuk menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak di bawah penyeliaan, atau penyeliaan sendiri, seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen;

2.11 “pemewasapan” ertinya penggunaan bahan pemewasap di dalam sesuatu ruang tertutup, atau di dalam atau di bawah sesuatu struktur atau kain tarpaulin;

2.12 “pengendali kawalan makhluk perosak berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan oleh Lembaga dan yang mempunyai, mengendalikan atau menguruskan sesuatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak yang terlibat dalam menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas harta orang lain bagi upah;

2.13 “pengendalian kawalan makhluk perosak” ertinya kawalan makhluk perosak rumah secara am, kawalan anai-anai dan organisma pemusnah kayu yang lain, kawalan rumpai awam secara am atau kawalan makhluk perosak yang menjejaskan kesihatan awam;

2.14 “penyeliaan sendiri” berhubung dengan pengendalian kawalan makhluk perosak yang dijalankan oleh seseorang pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen, ertinya bertindak di bawah arahan dan kawalan seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen yang hendaklah ada secara fizikal pada masa dan tempat pengendalian kawalan makhluk perosak itu dijalankan;

2.14 “rumah” ertinya mana-mana bangunan atau struktur dan kandungan di dalamnya yang digunakan oleh manusia bagi apa-apa tujuan, dan termasuk gudang, hotel, premis kediaman, restoran dan rumah ladang;

2.16 “tempat awam” ertinya mana-mana tempat yang orang awam ada akses;

2.17 “tugas kawalan makhluk perosak yang kecil” ertinya kawalan makhluk perosak rumah secara am di premis kediaman persendirian atau kawalan rumpai awam secara am yang dijalankan oleh seseorang pemakai racun makhluk perosak berlesen, atau seseorang pembantu pamakai racun makhluk perosak berlesen di bawah penyeliaan seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen; 5

2.18 “tugas kawalan makhluk perosak yang utama” ertinya kawalan anai-anai dan organisma pemusnah kayu yang lain, kawalan makhluk perosak rumah secara am di premis komersial atau kawalan makhluk perosak yang menjejaskan kesihatan awam yang dijalankan oleh seseorang pemakai racun makhluk perosak berlesen, atau seseorang pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen di bawah penyeliaan sendiri seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen. 


3. Kawalan Makhluk Perosak

Seseorang yang menjalankan -:

(a) Kawalan makhluk perosak rumah secara am;

(b) Kawalan anai-anai dan organisma pemusnah kayu yang lain;

(c) Kawalan rumpai awam secara am; atau

(d) Kawalan makhluk perosak yang menjejaskan kesihatan awam. 

di atas harta orang lain bagi upah hendaklah mempunyai sesuatu lesen yang
dikeluarkan oleh Lembaga, dengan menggunakan hanya racun makhluk perosak yang didaftarkan oleh Lembaga. 

4. Kategori Lesen

Kategori lesen yang dikeluarkan di bawah kaedah-kaedah ini adalah:

Lesen pengendali kawalan makhluk perosak;

Lesen pemakai racun makhluk perosak; atau

Lesen pembantu pemakai racun makhluk perosak. 


5. Peperiksaan

Lembaga akan menjalankan peperiksaan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mereka yang berniat untuk melayakkan diri sebagai pemakai racun makhluk perosak atau pembantu pemakai racun makhluk perosak. Kelulusan dalam peperiksaan ini adalah prasyarat bagi permohonan untuk lesen pemakai racun makhluk perosak dan lesen pembantu pemakai racun makhluk perosak. Tujuan utama keperluan ini adalah mempastikan bahawa pengendalian kawalan racun makhluk perosak yang dijalankan bukan sahaja berkesan, tetapi lebih penting daripada itu, tidak memudaratkan penghuni-penghuni premis yang mana racun makhluk perosak dipakai dan juga kontaminan dalam alam sekitar.

5.1 Peperiksaan Pemakai Racun Makhluk Perosak

Untuk memohon menduduki peperiksaan pemakai racun makhluk perosak, pemohon hendaklah:

(a) mempunyai sekurang-kurangnya tamat mengikuti Tingkatan Lima atau yang setaraf dengannya; atau 6

(b) mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja sebagai pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen dalam sesuatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak; dan

(c) mengemukakan kepada Lembaga permohonan dalam Borang A1 dan disertakan dengan fi peperiksaan sebanyak RM150.00.

5.2 Pepeiksaan Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak Untuk memohon menduduki peperiksaan pembantu pemakai racun makhluk perosak, pemohon hendaklah –

(a) mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan dalam Tahun Enam; atau

(b) mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja sebagai seorang pekerja yang terlibat dalam pemakaian racun makhluk perosak dalam suatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak; dan

(c) mengemukakan kepada Lembaga permohonan dalam Borang A2 dan disertakan dengan fi peperiksaan sebanyak RM100.00. 




6. Lesen Pengendali Kawalan Perosak

1) Seseorang yang mempunyai, mengendalikan atau menguruskan suatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak yang terlibat dalam menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas harta orang lain bagi upah, hendaklah memiliki suatu lesen pengendali kawalan makhluk perosak yang dikeluarkan oleh Lembaga.

2) Permohonan untuk lesen pengendali kawalan racun perosak hendaklah dibuat secara bertulis kepada Lembaga dalam Borang B dan disertakan denga fi permohonan sebanyak RM400.00.

3) Lesen pengendali kawalan makhluk perosak adalah sebagaimana dalam Borang C seperti dalam Jadual.

4) Jika Lembaga enggan mengeluarkan suatu lesen pengendali kawalan makhluk perosak kepada pemohon, Lembaga hendaklah memberitahu pemohon

secara bertulis mengenai sebab-sebab bagi keengganan itu.

(5) Lesen pengendali kawalan makhluk perosaki tidak boleh dipindahkan miliknya dan dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

(i) Melainkan jika dibatalkan atau digantung telebih dahulu, lesen ini adalah sah selama tempoh dua tahun dari tarikh lesen dikeluarkan.

(ii) Lesen ini hendaklah dipamerkan pada sepanjang masa di premis yang dinyatakan dalam lesen ini.7

(iii) Tiada seorang pun boleh menjalankan suatu syarikat/ perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak selain di premis yang dinyatakan dalam lesen ini.

(iv) Lembaga tidak akan mengeluarkan lesen pengendali kawalan makhluk perosak sehingga pemohon, atau seorang pemakai racun makhluk perosak yang bekerja di bawahnya, yang menjalankan atau menyelia penjalanan pengendalian kawalan makhluk perosak di atas harta orang lain bagi upah, ialah pemakai racun makhluk perosak berlesen.

(v) Pemegang lesen hendaklah memohon kepada Lembaga berkenaan dengan apa-apa pertukaran dalam alamat bagi syarikat/perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak itu sekurangkurangnya 10 hari sebelum pertukaran itu, disertakan dengan satu salinan Lesen untuk Menjual dan Menyimpan untuk Penjualan Racun Makhluk Perosak yang dikeluarkan oleh Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak dan, dalam hal perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak, lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan bagi premis yang baru.

(vi) Pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perubahan mengenai pemakai racun makhluk perosak berlesen yang bekerja di bawahnya dalam tempoh 10 hari daripada perubahan itu. 

(vii) Lembaga boleh, sebagai tambahan kepada syarat-syarat di atas,
mengenakan apa-apa syarat yang lain yang difikirkannya perlu. 


7. Lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak

(1) Seseorang yang menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak, atau menyelia, sama ada dengan sendirinya, penjalanan pengendalian kawalan makhluk perosak oleh seorang pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen, hendaklah mempunyai suatu lesen pemakai racun makhluk perosak yang dikeluarkan oleh Lembaga.

(2) Sesuatu permohonan untuk suatu lesen pemakai racun makhluk perosak hendaklah dibuat secara bertulis kepada Lembaga dalam Borang D, dan disertakan dengan fi permohonan sebanyak RM150.00.

(3) Lesen pemakai racun makhluk perosak hendaklah sebagaimana dalam Borang E .

(4) Jika Lembaga enggan mengeluarkan suatu lesen pemakai racun makhluk perosak kepada pemohon, Lembaga hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai seba-sebab bagi keengganan itu.

(5) Syarat-Syarat Lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak:8

i. Lesen ini diberikan kepada pemegang lesen untuk menjalankan kawalan makhluk perosak rumah secara am, kawalan anai-anai dan oraganisma perosak kayu yang lain, kawalan rumpai awam secara am dan kawalan makhluk perosak yang menjejaskan kesihatan awam.

ii. Melainkan jika dibatalkan atau digantung terlebih dahulu, lesen ini adalah sah selama tempoh dua tahun dari tarikh lesen dikeluarkan

iii. Lesen ini tidak boleh dipindahkan miliknya.

iv. Lesen ini hendaklah dipakai oleh pemegang lesen apabila dia menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak.

v. Jika lesen ini hilang, pemegang lesen hendaklah melaporkan perkara itu kepada Lembaga dan memohon untuk penggantiannya.

vi. Lembaga boleh menghendaki pemegang lesen yang memohon untuk pembaharuan lesen menghadiri kursus yang diaturkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi memastikan bahawa pemegang lesen itu terus memenuhi kehendak teknologi yang berubah dan mempunyai tahap kekompetenan dan kebolehan yang berterusan dalam penggunaan racun makhluk perosak secara selamat dan betul.

vii. Lembaga boleh, sebagai tambahan kepada syarat-syarat di atas, mengenakan apa-apa syarat yang lain yang difikirkannya perlu. 



8. Lesen Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak

(1) Seseorang yang menjalankan –

(a) tugas kawalan makhluk perosak yang utama di bawah penyeliaan sendiri; atau

(b) tugas kawalan makhluk perosak yang kecil di bawah penyeliaan, seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen, hendaklah mempunyai suatu lesen pembantu pemakai racun makhluk perosak yang dikeluarkan oleh Lembaga.

(2) Sesuatu permohonan untuk suatu lesen pembantu pemakai racun makhluk perosak hendaklah dibuat secara bertulis kepada Lembaga dalam Borang F dan disertakan dengan fi permohonan yang ditetapkan.

(3) Lesen pembantu pemakai racun makhluk perosak hendaklah seperti dalam Borang G .

(4) Jika Lembaga enggan mengeluarkan suatu lesen pembantu pemakai racun makhluk perosak kepada pemohon, Lembaga hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai seba-sebab bagi keengganan itu.9

(5) Syarat-Syarat Lesen Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak

i. Lesen ini diberikan kepada pemegang lesen untuk menjalankan kawalan makhluk perosak rumah secara am, kawalan anai-anai dan oraganisma perosak kayu yang lain, kawalan rumpai awam secara am dan kawalan makhluk perosak yang menjejaskan kesihatan awam.

ii. Melainkan jika dibatalkan atau digantung terlebih dahulu, lesen ini adalah sah selama tempoh dua tahun dari tarikh lesen dikeluarkan.

iii. Lesen ini tidak boleh dipindahkan miliknya.

iv. Lesen ini hendaklah dipakai oleh pemegang lesen apabila dia menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak.

v. Jika lesen ini hilang, pemegang lesen hendaklah melaporkan perkara itu kepada Lembaga dan memohon untuk penggantiannya.

vi. Lembaga boleh menghendaki pemegang lesen yang memohon untuk pembaharuan lesen menghadiri kursus yang diaturkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi memastikan bahawa pemegang lesen itu terus memenuhi kehendak teknologi yang berubah dan mempunyai tahap kekompetenan dan kebolehan yang berterusan dalam 
penggunaan racun makhluk perosak secara selamat dan betul.

vii. Lembaga boleh, sebagai tambahan kepada syarat-syarat di atas, mengenakan apa-apa syarat yang lain yang difikirkannya perlu)


9. Pengecualian

(1) Seseorang yang –

(i) mempunyai, mengendalikan atau menguruskan suatu syarikat atau perniagaan, yang kegiatan utama atau biasanya tidak melibatkan penjalanan pengendalian kawalan makhluk perosak di atas harta orang lain bagi upah; dan

(ii) tidak menganggap dirinya sebagai seorang pengendali kawalan makhluk perosak di khalayak ramai; atau

(b) seseorang yang menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak di atas harta persendiriannya yang semata-mata digunakan untuk tujuan bukan komersial.

(2) Seseorang kontraktor atau pemaju yang menjalankan kerja–kerja

kawalan makhluk perosak di suatu tapak pembinaan yang diusahakan atau yang dimajukan oleh kontraktor atau pemaju itu, hendaklah tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini.10 


10. Pembaharuan Lesen


(1) Sesuatu permohonan untuk membaharui lesen hendaklah dibuat kepada Lembaga pada atau sebelum 3 bulan dari tarikh tamatnya lesen itu, dalam borang yang ditetapkan dan disertakan dengan fi permohonan yang ditetapkan.

(2) Jika sesuatu permohonan untuk pembaharuan lesen dibuat selepas tempoh sebagaimana yang dinyatakan, pemohon hendaklah membuat suatu permohonan dalam borang permohonan yang ditetapkan dan disertakan dengan fi permohonan yang ditetapkan dan penalti sebanyak lima puluh peratus daripada fi permohonan yang ditetapkan.

(3) Lembaga boleh, apabila membaharui lesen itu, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu. 


11. Penggantian Lesen

Jika suatu lesen hilang atau rosak, atau jika terdapat perubahan dalam nama syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak atau alamatnya, pemohon hendaklah memohon untuk penggantian lesen itu dalam borang yang ditetapkan dan disertakan dengan fi sebanyak dua puluh ringgit. 


12. Kuasa Lembaga Memberikan Amaran, Atau Penggantungan, Atau Pembatalan Lesen

(1) Lembaga boleh memberikan amaran, atau menggantung atau membatalkan lesen yang dikeluarkan, kepada seorang pengendali kawalan makhluk perosak berlesen, pemakai racun makhluk perosak berlesen atau pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen, jika Lembaga berpuas
hati bahawa orang sedemikian –

(a) membuat tuntutan palsu atau fraud, melalui mana-mana media, yang secara salah menyatakan kesan suatu racun makhluk perosak atau cara-cara yang digunakan dalam pemakaian suatu racun makhluk perosak;

(b) mencadangkan penggunaan, atau menggunakan suatu racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan oleh Lembaga untuk pengendalian kawalan makhluk perosak, atau menyelia penggunaan mana-mana racun makhluk perosak yang berdaftar, melalui cara yang tidak selaras atau yang bertentangan dengan kegunaan yang diluluskan untuknya, sebagaimana yang dinyatakan dalam labelnya;11

(c) gagal menyelenggarakan mana-mana kelengkapan atau mesin yang digunakan dalam pemakaian racun makhluk perosak, atau mengendalikan, dengan disedarinya, kelengkapan atau mesin sedemikian yang rosak atau tidak selamat;

(d) menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak dengan cara yang tidak cermat atau cuai;

(e) enggan atau abai untuk menyimpan dan menyenggarakan rekod sebagaimana yang diperlukan oleh Kaedah-Kaedah ini, atau untuk membuat laporan apabila dan sebagaimana diperlukan oleh KaedahKaedah ini;

(f) membuat invois atau laporan yang palsu atau fraud;

(g) yang merupakan pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen, menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak di atas harta orang lain bagi upah tanpa penyeliaan, atau penyeliaan sendiri seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen;

(h) menggunakan fraud atau salah nyata apabila membuat suatu permohonan untuk suatu lesen atau pembaharuan lesen itu;

(i) enggan atau abai untuk mematuhi apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen;

(j) membantu atau bersubahat, atau berpakat dengan seorang
yang dilesenkan di bawah Kaedah-Kaedah ini, atau mana-mana orang lain untuk mengelakkan peruntukan dalam Kaedah-Kaedah ini;

(k) membenarkan lesennya digunakan oleh orang lain

(l) membuat pernyataan yang palsu atau mengelirukan semasa atau selepas sesuatu pemeriksaan yang berkaitan denga mana-mana infestasi atau jangkitan oleh suatu makhluk perosak; atau

(m) mempengaruhi mana-mana orang untuk mengupahnya bagi menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak dengan menyamar sebagai seorang pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan, atau melalui apa-apa salah nyata lain

(2) Sebelum mengeluarkan suatu amaran, atau menggantung atau membatalkan suatu lesen di bawah subkaedah (1), Lembaga hendaklah memberi pengendali kawalan makhluk perosak berlesen, pemakai racun makhluk perosak berlesen atau pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen itu suatu notis secara bertulis tentang niat Lembaga untuk berbuat sedemikian dan menghendaki orang sedemikian menunjukkan sebab-sebab mengapa tindakan sedemikian tidak patut diambil terhadapnya.12 




13. Rayuan.

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keengganan Lembaga Untuk mengeluarkan atau membaharui suatu lesen boleh merayu kepada Menteri, yang mana keputusan Menteri hendaklah muktamad. 


14. Kewajiban Pengendali Kawalan Makhluk Perosak Berlesen

(1) Seorang pengendali kawalan makhluk perosak berlesen hendaklah menyediakan dan mempastikan bahawa pakaian perlindungan peribadi dan kelengkapan yang sesuai dipakai dan digunakan dalam semua pengendalian kawalan makhluk perosak yang dijalankan oleh seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen dan pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen;

(2) Seorang pengendali kawalan makhluk perosak berlesen hendaklah menyediakan bagi semua pekerjanya yang terlibat dalam pengendalian kawalan makhluk perosak, termasuk pemakai racun makhluk perosak berlesen dan pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen, kemudahan untuk pemeriksaan perubatan sekurang-kurangnya sekali setahun, yang rekod pemeriksaan sedemikian hendaklah disimpan untuk lima tahun dan hendaklah disediakan untuk pemeriksaan oleh Lembaga, apabila diperlukan;

(3) Apabila selesai pengendalian kawalan makhluk perosak di atas harta seorang-

(a) pemakai racun kahluk perosak berlesen atau pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen hendaklah dengan segera memberi orang itu suatu laporan bertulis tentang pengendalian kawalan nakhluk perosak itu sebagaimana dalam Borang H; dan

(b) rekod laporan bertulis itu dalam Borang H hendaklah disimpan oleh pengendali kawalan makhluk perosak itu selama tempoh dua tahun dari tarikh selesainya pengendalian kawalan makhluk perosak yang berkaitan dengannya rujukan dibuat dalam laporan itu, dan hendaklah disediakan untuk pemeriksaan oleh Lembaga, apabila diperlukan.

(4) Sesuatu kemalangan atau kejadian yang melibatkan racun makhluk perosak semasa pengendalian kerja kawalan makhluk perosak dijalankan, hendaklah dilaporkan kepada Lembaga oleh pengendali kawalan makhluk perosak berlesen dalam Borang I dalam tempoh tujuh hari dari tarikh berlakunya kemalangan atau kejadian itu.13 


15. Pengangkutan, Penyimpanan Atau Pelupusan Racun Makhluk Perosak Atau Bekas Racun Makhluk Perosak

Tiada seorang pun boleh mengangkut, menyimpan atau melupuskan manamana racun makhluk perosak atau bekas racun makhluk perosak melalui apa-apa cara yang boleh menyebabkan kecederaan kepada manusia, tumbuhan berfaedah, tanaman, binatang ternakan, hidupan liar atau serangga berfaedah, atau yang boleh mencemarkan alam sekitar atau mana-mana jalan air melalui cara yang boleh
mendatangkan bahaya kepada mana-mana hidupan liar dalam alam sekitar atau jalan air itu, kecuali menurut syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen dan kaedah-kaedah agensi Kerajaan berkaitan yang lain.


16. Program Pengajaran Dan Latihan

Lembaga boleh, dengan bekerjasama dengan agensi atau pertubuhan Kerajaan yang lain yang berkaitan, mengaturkan dan menjalankan program pengajaran dan latihan dalam bidang pengetahuan yang diperlukan bagi pengendali kawalan makhluk perosak berlesen, pemakai racun makhluk perosak berlesen atau pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen, dan jika patut dan sesuai, boleh menggunakan sumber dan kepakaran institusi yang lain dan sektor swasta.




17. Penguat Kuasaan.

Seorang pegawai diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa yang munasabah, memasuki, memeriksa dan menyiasat premis pengendali kawalan makhluk perosak berlesen, atau mana-mana harta awam atau persendirian yang ke atasnya pengendalian kawalan makhluk perosak dijalankan.

(a) Untuk memerhati, memeriksa atau menyiasat penggunaan dan pemakaian racun makhluk perosak;

(b) untuk memeriksa mana-mana kelengkapan atau mesin yang berkaitan dengan pengendalian kawalan makhluk perosak;

(c) untuk memeriksa dan mendapatkan contoh daripada 
harta, yang sebenarnya atau yang dilaporkan, terdedah kepada racun makhluk perosak;

(d) untuk memeriksa tempat simpanan atau pelupusan bagi mana-mana racun makhluk perosak;

(e) untuk memeriksa atau menyiasat aduan mengenai kecederaan kepada manusia atau kerosakan kepada mana-mana harta akibat daripada pemakaian racun makhluk perosak;

(f) untuk mendapatkan contoh racun makhluk perosak yang sedang dipakai atau yang akan dipakai; atau14

(g) untuk menggeledah, menyita dan memindahkan -

(i) racun makhluk perosak dan apa-apa bahan yang lain yang
disifatkan sebagai tidak sesuai untuk digunakan sebagai racun makhluk perosak; atau

(ii) mana-mana kelengkapan, rekod, laporan, invois dan dokumen yang lain yang berhubung dengan pengendalian kawalan makhluk perosak.
 

18. Penalti.

Seseorang yang melanggar mana-mana syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen atau mana-mana peruntukan dalam Kaedah-Kaedah ini melakukan sesuatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan kali pertama dipenjarakan selama enam bulan atau didenda satu ribu ringgit, dan apabila disabitkan kali kedua atau kali kemudiannya dipenjarakan selama satu tahun atau didenda dua ribu ringgit atau kedua-duanya. 


19.  Kecualian dan peralihan

Seorang pengendali kawalan racun makhluk perosak, pemakai racun makhluk perosak atau pembantu pemakai racun makhluk perosak yang telah menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak sebelum tarikh mula berkuatkuasanya Kaedah-Kaedah ini hendaklah, tidak lewat dari satu tahun selepas tarikh berkuatkuasanya Kaedah-Kaedah ini, memperoleh suatu lesen di bawah Kaedah-Kaedah ini.

Jika seorang pengendali kawalan racun perosak, pemakai racun makhluk perosak atau pembantu pemakai racun makhluk perosak tidak memperoleh suatu lesen selepas tempoh yang ditetapkan, maka dia hendaklah disifatkan sebagai seorang pengendali kawalan makhluk perosak tidak berlesen, pemakai racun makhluk perosak tidak berlesen atau pembantu pemakai racun makhluk perosak tidak berlesen dan peruntukan Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai kepadanya 
dengan sewajarnya.




By,
M Anem
Taman Cendana
Jalan Istana
Persimpangan Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(30 Rabiulawal 1434H)


-Dipetik dari lamanweb Jabatan Pertanian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.