Thursday, April 4, 2013

TEH - KATEGORI JENIS TEH

TEH (Camellia sinensis) merupakan sejenis tanaman saka yang diambil bahagian daun, batang dan pucuknya untuk dijadikan produk teh. Minuman yang berasaskan daun teh merupakan antara jenis bahan minuman yang paling popular diseluruh dunia (bevereages category). Kita di Malaysia ada menanam pokok teh dibeberapa kawasan seperti terdapat di Cameroon Highland, Sabah, Sarawak dan Pahang sama ada ianya dari jenis teh tanah tinggi atau jenis teh tanah rendah. Keluasan tanaman teh di Malaysia sebanyak 2,564 hektar (Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2011) untuk dijadikan produk teh bagi pasaran domestik dan antarabangsa. Merujuk kepada beberapa buah buku yang saya baca mengenai tanaman teh, terdapat beratus-ratus varieti teh yang ujud diseluruh dunia.  Bagaimana pun rasa dan produk dari pokok teh memang sentiasa berbeza disebabkan oleh faktur tanah, cuaca, iklim, umur pokok , bahagian tumbuhan yang dituai, amalan agronomi dan banyak faktur lain. Kualiti teh yang dihasilkan dan diproses lazimnya  ditentukan mengikut teknologi pemprosesan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa vareiti utama tanaman teh untuk dijadikan bacaan dan rujukkan pembaca bloh ini berdasarkan rujukkan beberapa buah buku dan juga pengalaman penulis sendiri.


Teh merupakan tumbuhan yang ditanam secara komersil dan perladangan agak luas. Secara umumnya jenis teh yang ditanam dan diproses akan menjadi produk teh mempunyai varieti dikategorikan atau dikenali sebagai TEH HIJAU (Green Tea), TEH PUTIH (White Tea), TEH OOLONG (Oolong Tea),  TEH HITAM (Black Tea atau Pu-erh Tea), TEH TERTAPAI (Fermented Tea) dan TEH HERBA (Herbs Tea). Saya dapat melihat jenis-jenis teh ini semasa melawat Beijing (2 kali melawat kilang memproses teh) dan mereka menjelaskan produk-produk teh yang ada dipasaran. Kategori ini adalah bergantung kepada bentuk produk iaitu daripada yang TIDAK TEROKSIDAN (Un-oxidised) sehingga yang TEROKSIDAN (Oxidised). Lazimnya teh yang teroksida akan memberikan adalah lebih lembut (gentle) dengan aroma yang lebih kuat. Warnanya juga lebih gelap kehitaman atau warna kemerahan gelap bagi teh yang telah teroksida. Harga teh dan kaedah pembungkusan setiap jenis teh ini berbeza-beza bergantung kepada kualitii teh dan kita di Malaysia juga mempunyai pelbagai jenama teh. Ada teh yang disediakan didalam bentuk unchang, bentuk sebuk dan sebagainya.


TEH HIJAU (Green tea) adalah produk teh yang mengekalkan warna hijau pada teh. Lazimnya teh jenis ini akan diproses dengan membuang bahan yang boleh menyebabkan proses 'oxidation'. Kaedah yang diguna di China dengan memanaskan atau mengawet daun teh diatas kuali (roasting on frying pan) dengan suhu terkawal untuk menjamin aromanya. Kaedah lain untuk memproses teh hijau adalah dengan mengukus (steamed) dengan suhu yang tinggi. Kaedah ini dapat mengekalkan kualiti teh dan warna hijau pada daun teh yang diproses. Beberapa jemama teh hijau yang mendapat tempat dipasaran dan permintaan yang lain adalah seperti 'Dragon Wall', 'Pi Lo Chun',  'Sencha;, 'Houjica','Gyokuro' dan 'Mancha'. 


TEH PUTIH (White Tea) merupakan teh yang diproses paling mudah (least processing) berbanding denga jenis teh lain dari pokok teh khusus. Teh jenis ini dipetik pada daun pucuk varieti khusus teh yang mana ia dipetik sekali setahun sahaja di China ketika tisu pucuk daun tersebut masih sangat lembut.  Kini teh putih juga telah ditanam dan diusahakan di Sri Lanka dan di Darjeeling, India untuk diproses serta untuk pasaran antarabangsa. Harga teh jenis ini adalah 'premium' kerana ia tidak banyak dihasilkan kualitinya juga amat tinggi. 


TEH OOLONG (Oolong Tea) merupakan teh yang diproses separuh teroksida (semi-oxidised). Teh ini juga disebut sebagai 'Teh Wu Long' yang mana mempunyai aroma dan rasa yang enak (Lihat foto sebelah). Teh jenis Oolong baynak ditanam di tanah besar China dan Taiwan yang bermakna 'Naga Hitam'. Daun teh yang dipetik dibenarkan untuk dioksidakan diantara 10 - 80% dalam proses penyediaannya. Teh Oolong mempunyai rasa dan aroma yang berbeza dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain dimana peranan iklim, jenis tanah dan juga amalan agronomi.


TEH HITAM (Black Tea) adaalah jenis teh yang disediakan dengan daun teh teroksida sepenonhya (Lihat foto sebelah). Teh jenis ini digemari oleh orang Barat dan di negara China teh jenis ini dipanggil sebagai 'Teh Merah' (Red tea). Jenis teh hitam ini banyak berasal dari kawasan India seperti dari Darjeeling, Assam, Nilgirri dan juga di Sri Lanka. Pucuk daun teh jenis ini Proses penyediaan teh hitam ini bermula dengan memetik pucuk teh muda yang masih lembut, diproses dengan pengoksidan penoh sehingga berwarna hitam. Terdapa dua bentuk teh hitam disediakan iaitu dalam bentuk daun penoh dan juga daun teh serbuk yang dikisar. Beberapa jenama teh hitam dipasaran yang boleh kita beli seperti jenama Keemun, Yunnan, Lapsang Sauchong (Dari negara China) dan juga Darjeeling (Dari negara India).



TEH TERTAPAI (Fermented tea) juga lebih dikenali sebagai PU-ERH tea adalah antara jenis teh yang diambil daripada dun yang lebih tua. Menurut pembacaan dan taklimat yang diterima di Beijing, Teh jenis Pu-erh ini lazimnya disediakan dengan menggunakan beberapa jenis mikrob dan bakteria untuk penapaian daun teh. Teh yang telah siap akan dibungkus dalam bungkusan khas (Lihat foto sebelah). Teh jenis ini boleh disimpan lama dimana kualitinya lebih baik dengan kaedah penyimpanan yang baik untuk mendapatkan harga premium. Teh ini dipercayai membantu dalam proses penghadaman dan juga mengandungi bahan yang boleh menurunkan kadar kolesterol dalam badan.



TEH HERBA (Herbal tea)  atau juga di panggil sebagai Inffision tea dihasilkan untuk mengubah citarasa dan aroma teh yang dihasilkan. teh ini juga dipanggil sebagai 'Tisane' dengan tujuan untuk membezakan dengan produk lain dipasaran (Lihat foto sebelah). Rasa teh jenis ini adalah lembut dan sesuai untuk diberikan kepada golongan kanak-kanak kerana mengandungi vitamin C yang banyak serta bahan antioksidan.

Proses penghasilan teh telah dibuat semenjak beribu-ribu tahun dahulu. Pokok teh juga merupakan tanaman yang diusahakan secara komersil oleh beberapa negara seperti China, India, Sri Lanka dan banyak negara lain. Tanaman teh di Malaysia bagaimana pun semakin mengurang keluasannya kerana ramai syarikat lebih memilih tanaman kelapa sawit kerana lebih menguntungkan. Pengalaman masuk 'Tea House' di China memang menyeronokkan dimana selain mendapat ilmu pengetahuan mengenai teh, kita juga akan jumpa 'toyol kecil' yang akan kencing apabila diisi dengan air panas! Wasallam!

DAUN TEH... BANYAK PRODUKNYA...
ADA TEH HIJAU... TEH HITAM JUGA...
TEH OOLONG...SEDAP RASANYA...
MINUM TEH... KESIHATAN DITERIMA...

By,
M Anem
Dewan Putera,
Bella Vista Resort and SPA,
Kuah, Langkawi,
Kedah, 
Malaysia.
(4 April 2013) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.