CEMPERAI (Champereia griffihii atau synonim Champeria manillana) merupakan sejenis pokok kategori Ulam atau tumbuhan yang tumbuh di negara kita dari keluarga Opiliaceae. Nama cemperai ini memang diketahui oleh penduduk kampong kerana pucuk cemperai sering dimakan sebagai ulam dicecah dengan sambal dan dimakan bersama nasi panas. Tumbuhan ini adalah natif dikawasan tropika seperti Malaysia yang mempunyai suhu panas lembab dengan kelembapan tinggi sepanjang tahun. Belum banyak maklumat saintifik dan agronomi tanaman cemperai didapati dari buku dan website. Lazimnya tumbuhan ini adalah tumbuh liar dikawasan semak belukar atau ditepi hutan tetapi kini ia boleh ditanam secara lebih praktikal dan tersusun jika mahu. Pucuk cemperai sering digunakan dikalangan masyarakat kampong untuk dijadikan ulam atau dimasak sebagai sayuran. Sayur masak lemak oucuk cemperai adalah diantara jenis masakan yang popular dan digemari ramai (Lihat foto paling bawah). Artikel petang Sabtu ini sambil berehat saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu tajuk iaitu Cemperai setelah membaca banyak bahan rujukkan untuk menambah ilmu saya sendiri dan pembaca semua. InsyAllah!
Pokok cemperai adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 2 - 10 meter (Lihat foto sebelah). Ia mempunyai batang berkayu agak keras dengan warna kulit coklat pucat dan banyak cabang. Daunnya berbentuk ovat hingga lanceolate dengan ukuran sekitar 5-13 cm panjang dan 3-5 cm lebar. Tangkai daun sekitar 2-5 mm panjang dan bahagian hujung daun adalah tirus tajam dengan warna hijau gelap yang berkilat di permukaan atas daun. Pucuk daun muda berwarna hijau ahak cerah kekuningan dan mempunyai batang serta daun yang lembut dipetik untuk dijadikan ulam atau sayuran. Cemperai mempunyai bunga bersaiz kecil yang biseksual dengan ukuran pedicel 1-5 mm dimana ia akan menghasilkan biji buah cemperai apabila berlaku pendebungaan. Buah cemperai adalah dalam kumpulan 'Buah Drupe' dengan bentul ellipsoid berwarna merah oren atau warna merah (Lihat foto dibawah). buah kecil ini berukuran 1.0 - 2.5 cm ukurlilit.
Pembiakan tanaman cemperai adalah melalui biji benih dan juga boleh melalui keratan batang. Ia boleh ditanam atas tanah dikawasan lapang keliling rumah atau pun mungkin boleh ditanam didalam pasu yang besar untuk mendapatkan pucuknya. Pastikan kawasn tidak ditenggelami air. anak benih cemperai tumbuh agak perlahan dan perlu diberikan baja NPK serta baja organik untuk cepet tumbuh. Pokok ini tidak mempunyai musuh serangga dan penyakit yang serius menyerang. Pucuk muda boleh dipetik dan dijadikan ulam atau dimasak (Lihat foto dibawah). Perlu ada banyak lagi kajian mengenai agronomi tumbuhan cemperai serta khasiat untuk kegunaan manusia. Saya belu jumpa lagi penanaman pokok cemperai dijalankan secara komersil di Malaysia setakat ini.
NAMA CEMPERAI... INDAH SEKALI...
PUCUK DAUN... DIMAKAN BERKALI...
MUDDAH DITANAM...BAJA DIBERI...
BACA ARTIKEL... SEMAKIN MINATI...
By,
M Anem
Taman Herba Perak,
Gopeng, Perak,
Malaysia
(29 RabiulAkhir 1434H)
Cemperai jenis Champeria manillana. |
Buah cemperai hutan. C. manillana. |
Daun cemperai masak lemak. |
PUCUK DAUN... DIMAKAN BERKALI...
MUDDAH DITANAM...BAJA DIBERI...
BACA ARTIKEL... SEMAKIN MINATI...
By,
M Anem
Taman Herba Perak,
Gopeng, Perak,
Malaysia
(29 RabiulAkhir 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.