Friday, April 19, 2013

BUKU TEKNIKAL (Part 4)

MEMBACA BUKU TEKNIKAL berkaitan teknologi pertanian memang menyeronokkan. Lagi banyak kita membaca dan mencari ilmu, lebih banyak maklumat berguna mengenai teknologi pertanian yang kita akan dapat. Buku-buku ini kebanyakannya di tulis didalam bahasa Inggeris oleh pakar-pakar pertanian dan saintis yang berpengalaman dan tinggi kelulusannya. Seorang rakan saya iaitu seorang Pegawai Pertanian dalam Bidang Teknikal, ada membaca buku-buku ilmiah semenjak lebih 25 tahun dulu dimana beliau amat cepat didalam membaca dan memahami isi kandungan buku yang dibaca. Kini, selain daripada membaca buku yang meletihkan, kita mudah mendapatkan ilmu daripada 'SIFU' segala gedung maklumat iaitu Lamanweb di internet. Kelebihan sistem internet ini amat canggih sekali masa kini kerana ianya amat mudah dicapai, murah, mudah, pantas disokong dengan gambar dan grafik sekali. Lebih menarik kerana kita boleh tengok dokumentasi bersama suara dan aksi yang hampir menyerupai keadaan sebenar. Bagaimana pun dengan membaca buku kita mempunyai kelainan yang tersendiri didalam menulis artikel. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa buah buku yang sedang saya baca untuk dijadikan bahan penulisan dalam blog tulisan saya. Lagi banyak membaca, rasanya lagi seronok kita menimba ilmu.

Buku "Tropical fruits - Volume 1:  2nd Edition" ini ditulis oleh dua saintis Robert E. Paul dan Odilo Duarte terbitan CABI International. Buku yang dicetak pada 2011 ini mengabungkan penulis daripada USA dan Peru detebal 400 mukasurat. Saya mengambil masa 5 minggu uuntuk menbaca buku ini yang mempunyai 12 chapter. Berbanding dengan buku Tropikal Fruits yang saya tulis dalam artikel sebelum ini, pengarang kali ini lebih merujuk kepada teknologi terkini mengenai tanaman buah tropika. Bab 1: Introduction menerangkan pencirian buah tropika mengikut taksonomi dan marfologi dan taburannya. Bab 2: The tropics, its soils and horticulture  dan Bab 3 : Cultivation serta Bab 4: The management serta Bab 5: Post harvest technology. Bab 6 dan seterusnya pengarang terus menulis khusus mengikut kategori buah dimana Buah Annonas (Bab 6), Avocado (bab 7), Pisang (Bab 8), Lichi dan Longan (Bab 9), Mangga (Bab 10), Betik (Bab 11) dan Nenas (Bab 12).  Setiap jenis buah-buahan tropika dijelaskan mengenai amalan agronomi, varieti, taburan penanaman dan juga informasi yang sangat ssuai untuk saya jadikan bahan rujukkan dalam menulis artikel.

Buku "Litchi and Longan - Botany, Production and Uses" ini disusun oleh C.M. Menzel and G.K. Waite terbitan juga oleh CABI International (2005). Buku ini menggabungkan seramai 23 orang saintis dari seluruh dunia yang pakar dalam bidang tanaman tersebut. Buku setebal 305 mukasurat ini merupakan kompilasi oleh dua pengarang tersebut yang bertugas di Maarochy Research Station, Queensland, Australia mempunyai 14 tajuk (chapter) berkaitan dengan buah Litchi (Kita sebut Laichi) dan juga buah Laichi (Litchi sinensis) dan Longan (Dimocarpus longan) merupaka dua jenis buah paling popular dari keluarga Sapindaceae. Negara China merupakan pengeluar utama buah laichi dunia dengan keluasan penanaman 588,000 hektar dan pengeluaran 1.280 juta metrik tan pada tahun 2012. Ini diikuti dengan India (56,000 ha), Vietnam (30,000 ha) dan Thailand (23,000 ha). Buku ini bermula dengan maklumat berkaitan asal usul laichi dan logan, taksonomi, pembiakan, Bioteknologi, Kultivar dan varieti, Pembungaan, Pembentukan Buah, Fruits disorder,, Produktiviti, Perosak, Penyakit, Sistem Pengairan, Pembajaan, Penuaian dan penyimpanan. Satu buku yang sangat baik untuk kita buat rujukan dalam tanaman laichi dan longan. Enaknya makan buah longan dan laichi segar yang masak diatas pokok (petik sendiri) semasa melawat Chiang Mai dan Vietnam beberapa tahun dulu ! 

Buku bertajuk "Simple Vegetable Growing" yang ditulis oleh Roy Genders ini adalah buku lama yang saya pinjam dari perpustakaan. Buku terbitan Ward Lock Limited, london ini dicetak pada tahun 1982 (baru grad dari U) dan buku ini mempunyai dua bahagian iaitu Part 1: The vegetable garden dan Part 2: Easily grown vegetables. Dalam bab pertama penulis menceritakan bagaimana kita membuat rekabentuk dan merancang 'Home Garden' atau tanaman keliling rumah. Seterusnya menganai persiapan untuk penyediaan kawasan dan tanah. Penulis juga menunjukkan mengenai rumah lindungan dan rumah hijau untuk home garden. Akhir sekali penulis menmberitahu bagaimana untuk menanam, menjaga dan menguruskan tanaman tersebut sehingga boleh dkutip hasil. Buku ini sangat berkait dengan perlaksanaan Program Bumi Hijau yang dilaksanakan dikawasan keliing rumah untuk mendapatkan bekalan sayuran yang segar, bersih dan selamat dimakan.

MEMBACA BUKU...MINAT KENA ADA...
BAHASA INGGERIS...MUDAH SAHAJA...
DAH BACA...TULIS ARTIKEL PULA...
SUDAH PASTI... SAYA BANYAK IDEA...

By,
M Anem
Kampong Parit Amal,
Jalan Dato Hj Kosai,
Parit Bakar, Muar,
Johor,
Malaysia
(6 JamadilAkhir 2013)  


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.