BUAH TIN (Ficus carica) merupakan sejenis tumbuhan yang telah lama ditanam dari keluarga Moraceae. Buah ini juga dipanggil sebagai Buah Figs (Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Buah ini adalah natif daripada Asia Barat dan saya dapati ada ditanam di neraga jiran Indonesia tetapi tidak di negara kita Malaysia. Beberapa percubaan menanam buah tin atau buah zaiton di Malaysia masih didalam peringkat pemerhatian lagi. Pokok ini juga masih didalam kumpulan pokok buah ara dan ia mampu tumbuh dengan tiggi melebihi 10 meter. Buah tin ada disebut didalam Al Quran kerana khasiatnya. Berikut adalah ayat tersebut untuk rujukkan. "Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”. Tanaman buah tin dikomersilkan diseluruh dunia yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah tin yang telah dikeringkan merupakan antara produk yang sering dibawa pulang dari Mekah atau Madinah oleh jemaah haji atau mereka yang membuat umrah. Artikel malam Isnin ini saya menulis teknologi mengenai tanaman pokok tin dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan pembacaan dan rujukkan dari beberapa sumber termasuk buku terbitan CABI International 2011 dan beberapa laman web.
Buah Tin (Ficus carica L) adalah jenis tumbuhan yang berasal dari Asia Barat dengan banyak mempunyai zat dan khasiat didalamnya. Jadual diatas menunjukkan setiap 100 g bahagian buah tin yang dimakan mengandungi banyak zat mineral, vitamin, air , serat dan tenaga. Buah tin banyak mengandungi gula dalam jumlah yang banyak dan juga mengandungi garam utama. Apa yang penting diantaranya adalah kandungan bahan kalsium, Posforan dan Vitamin C. Inilah menyebabkan kandungan zat buah tin sangat tinggi. Dalam kajian ilmu perubatan moden mendapati khasiat buah tin sangat banyak. Ianya sesuai untuk dijadikan bahan makanan tambahan (suplementary food) bagi kesihatan dimana buah tin memang telah diyakini mampu mengubati berbagai jenis penyakit diantaranya :
Pertama sekali adalah khasiat buah tin digunakan untuk mengubati masaalah susah buang air besar (atau sembelit). Caranya dengan kita ambil tiga sampai empat buah tin yang sudah kering, basuh hingga bersih dan rendam dalam segelas air sejuk bersih. Biarkan semalaman daripada petang sehingga kepagi dan kemudian diminum. Buah tin yang telah lembut juga boleh dimakan bersama dan mudah-mudahan selesai masaalah tersebut. Cara lain petua kita mengamalkannya adalah dengan mengambil 3-4 buah tin yang masih segar dan dipotong menjadi beberapa bagian kecil kemudian direbus. Campurkan dengan susu atau yoghurt serta sebanyak 2 butir kismis. Minum ramuan tersebut pada pagi hari dan ia mujarab.
Khasiat buah tin diantaranya adalah untuk mengubati masaalah seperti ketidakselesaan pada usus. Beberapa petua yang perlu dilakukan adalah dengan kita menyiapkan 6-7 buah tin yang sudah kering kemudian dipotong kepada menjadi beberapa bagian. Rendam buah tin tersebut dengan minyak zaitun semalaman dan dimakan potongan buah tin tersebut pada pagi harinya. Seterusnya ia digunakan untuk merawat luka dan bisul dengan kita menyiapkan beberapa buah tin yang sudah kering. Pecahkan buah tin tersebut dan ambil isinya dan direbus isi buah tin tersebut disusu biasa selama beberapa minit dan biarkan hingga sejuk. Lumurkan ia dibahagian tubuh yang mengalami luka atau bisul kemudian dibalut atau diikat. Gantikan balutan tersebut sebanyak 3-4 dalam sehari. Buah tin juga mempunyai khasiat untuk atasi masaalah edaran haid tidak lancar. Caranya dengan kita ambil 25-30 lembar daun buah tin yang masih segar dan ia direbus dengan air satu liter dan disejukkan. Tapis airnya dan diminum air ramuan tersebut. Walau pun petua diatas boleh dibuat, pastikan anda sentiasa memeriksa tahap kesihatan anda dengan doktor perubatan.
Kandungan zat buah zaiton (Sumber: CABI International) |

Wasallam.
BUAH TIN...KHASIATNYA ADA...
PELBAGAI KAEDAH...JUGA CARA...
SEMBUHKAN PENYAKIT..CUBA...
KALAU DIMAKAN..SEDAP JUGA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1434H)
BUAH TIN...KHASIATNYA ADA...
PELBAGAI KAEDAH...JUGA CARA...
SEMBUHKAN PENYAKIT..CUBA...
KALAU DIMAKAN..SEDAP JUGA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.