Thursday, March 28, 2013

BUAH - RESPIRASI DAN ETYLENE 2

BUAH-BUAHAN TROPIKA seperti juga jenis buah jenis temperate dan sub-tropika yang baru dipetik, ianya akan meneruskan aktiviti Respirasi (respiration) dan juga menghasilkan bahan Etilen (Ethylene). Kadar pengeluaran bahan etilin ini bergantung kepada beberapa faktur seperti tahap indek kematangan semasa memetik hasil (ripening), varieti tanaman , keadaan cuaca disekeliling dan keadaan semasa (culture). Kadar ini juga bergantung kepada peringkat kematangan buah tersebut (maturity stage) dan juga keujudan bahan penggalak tumbuhan seperti etylene didalamnya. Semua ini perlu kita tahu untuk mempastikan pengurusan buah-buahan yang hendak dituai dapat di sesuaikan dengan teknologi lepas tuai yang hendak dibuat. Terdapat jelas perbezaan untuk menguruskan buan klimaterik dengan buah bukan klimaterik didalam aktiviti lepas tuai. Artikel petang Ahad sambil menonton perlawanan akhir badminton Terbuka Korea antara Datuk Lee Chong Wei dengan Du Peng Yu (China) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai respirasi buah-buahan tropika dan peranan etilin didalam teknologi lepas tuai buah-buahan. 


Kadar Respirasi buah-buahan tropika secara umumnya boleh dibahagikan kepada 5 kategori. Kategori tersebut adalah Sangat Rendah (Very low), Rendah (Low), Sederhana (Moderate), Tinggi (High) dan Sangat Tinggi (Very High). Kadar respirasi ini dikira dalam unit pelepasan gas iaitu miligram / kilogram / jam maknanya berapa miligram kadar respirasi setiam kilogram gas dalam satu jam. Buah tropika yang mempunyai kadar respirsai Sangat Rendah iaitu kurang dari 35 mg/ kg/ jam adalah Buah Nenas dan Belimbing. Bagi kategori rendah pula dalam julat 35 - 70 mg/ kg/ jam iaitu buah Pisang (Hijau), Lichi , Betik, Cempedak dan Markisa. Buah jenis ini boleh disimpan dengan lebih lama atau pun jangkahayat penyimpanan lepas tuai lama. Buah kategori respirasi sederhana pada julat 70 - 150 mg / kg/ jam terdiri dari buah Mangga, Rambutan, Ciku dan durian. Kategori Tinggi pula mempunyai julat respirasi 150 - 300 mg/ kg/ jam iaitu Buah Avocado, Pisang (Masak). Antemoya dan Jambu Bol. Kajian saintis yang saya rujuk pada buku CABI juga menyatakan kadar respirasi paling tinggi melebihi kadar 300 mg/ kg/ jam iaitu buah Durian Belanda. Itulah sebabnya buah durian belanda akan cepat masak dan lebik dlam masa yang sangat singkat.


Buah Markisa Tempatan.
Kadar Pengeluaran Gas Etilin (Ethylene) mempengaruhi kadar kemasakan buah dalam penyimpanan selepas proses menuai. Bagi kadar pengeluaran gas etilin dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Rendah (Low), Sedang (Moderate), Tinggi (High) dan Amat Tinggi (Very high). Bagi menilai gas etilin unit yang digunakan adalah micronliter per kilogram per jam atau ul/kg/jam (sebenarnya tanda simbol micronliter adalah macam huruf 'u' berekor). Pelepasan etilin Rendah dengan kadar 0.1 - 1.0 ul/ kg/ jam iaitu terdiri dari buah  Nenas dan Belimbing. Kadar pelepasan tahap Sederhana dengan kadar 1.0 - 10.0 ul/ kg/ jam pula adalah Buah Pisang, Jambu Batu, Mangga, Manggis, laichi, Durian, Sukun, Jambu Bol dan Rambutan.  Bagi kategori Tinggi pula melapaskan gas etilin sebanyak 10.0 - 100.0 ul/ kg / jam terdiri dari buah ciku, atemoya, betik dan avocado. Paling tinggi dalam pelepasan etilin untuk buah tropika dengan kadar lebuh dari 100 ul/ kg/ jam adalah buah Durian Belanda, Sapote, Markisa dan Cherimoya.  Kesemua maklumat ini berguna untuk kita gunakan didalam aktiviti lepas tuai bagi buah-buahan tropika bagi tujuan meningkatkan kualiti dan strategi pemasaran.
Semuga artikel ini menambahkan ilmu pengetahuan kepada para pembaca semua. Saya pun lebih mantap ilmu teknikal dan pengetahuannya selapas membaca dan menulis banyak ilmu berkaitan teknologi pertanian.
Wasallam!

Bersama 'Teletubies' di Dieng Plateau, Central Java.
KADAR RESPIRASI ... DURIAN BELANDA JUARA...
GAS ETILIN... NENAS , BELIMBING RENDAHNYA..
PENYIMPANAN BUAH...MAKLUMAT DIGUNA...
MEMBACA ARTIKEL... BANYAK FAEDAHNYA...

By,

M Anem
Dieng Plateau (3,000 m above the sea level)
Wonosobo Area,
Jawa Tengah,
Indonesia.
(16 March 2013M)



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.