Saturday, March 30, 2013

DIENG PLATEAU


DIENG PLATEAU merupakan satu kawasan dipergunungan tanah tinggi di Kompleks Pergunungan Dieng, dalam kawasan Kabupaten Wonosobo, Jawa Tengah , Indonesia. Ketinggian kawasan ini lebih dari 2,000 meter (6,600 kaki dari aras laut) dengan cuaca agak sejuk dimana ia juga merupakan kawasan pertanian yang sangat aktif dan sangat subur. Terdapat juga kawasan rata di puncak gunung ini yang merupakan bekas letusan gunung berapi (Volccanic crater) dahulu. Saya dan keluarga telah berpeluang melawat kawasan ini pada 16 Mac 2013 dan melihat sendiri bagaimana kawasan sekitar gunung ini sangat aktif didalam pengeluaran bahan makanan seperti padi, sayur-sayuran, kentang, buah-buahan serta banyak tarikan untuk pelancong tempatan dan luar negara. Apa yang menarik adalah bagaimana petani dikawasan ini telah pun menggunakan dengan maksima tanah dikawasan lereng gunung yang subur dengan sistem pengairan yang sempurna mengalir dari atas gunong. Antara tarikan pelancong adalah seperti adanya 8 buah Kuil Hindu yang dibina pada tahun 750 tahun masihi, kawah gunung berapi yang berasap dan beberapa buah tasek pelbagai warna (akibat belerang) dan kawasan gunung yang dingin. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai hasil kunjungan ke Dieng Plateau untuk di kongsi bersama pembaca terutama dari aspek pertanian dan pelancongan.



Tarikan pelancong di kawasan Dieng Plateau terdiri daripada beberapa lokasi seperti Candi Arjuna, Candi Setyaki, Candi Bima, Candi Gatotkaca, Candi Drawawati, Candi Damasala dan beberapa kuil lagi. Kelompok candi Arjuna paling banyak meninggalkan batu-batu kuil yang masih utuh setelah beratus tahun berada dikawasan tersebut. Selain itu ada Telaga Balek Kambang dan Telaga Warna yang amat cantik untuk kita dikunjungi. Perjalanan selama lebih dari 4 jam dari Jogjakarta melalui jalan kampong yang sempit amat berbaloi kerana kami dapat lihat kecantikan kawasan perkampongan pertanian yang padat penduduk dengan banyak kelihatan Menara Masjid atau surau disetiap kampong yang dilalui. Azan berkumandang dan bersahutan setiap kali masuk waktu solat dikawasan yang dingin ini amat melapangkan fikiran.

Kami di depan Candi Arjuna, agak dingin sekali.
Kawasan kompleks Candi Arjuna merupakan satu lokasi ditengah-tengah kawasan plateau yang berumur beribu tahun. Kuil batu yang masih ada yang terdiri dari batu granit dan disusun dan diukir dengan halus oleh penganut hindu zaman dahulu. Selain daripada kuil, terdapat beberapa penduduk tempatan yang membuat pertunjukkan kebudayaan Jawa Kuno dengan pakaian seperti 'Barongan' dan peliknya kami jumpa 3 ekor Teletubies dikawasan kuil untuk sessi bergambar dengan pelancong. Bayaran cuma Rp 5,000 sahaja dan amat menarik sekali aksi Teletubies disini. Dari sini akan kelihatan puncak Gunung Prahu setinggi 2,565 meter dari aras laut apabila cuaca cerah. 

Di Kawah Sikidang yang berasap bau belerang.
Kawasan Sikidang Crater atau Kawah Sikidang adalah paling popular di kawasan Dataran Dieng kerana ia sentiasa mengeluarkan asap belerang (sulfur) berterusan tetapi tidak beracun. Kata Bapak Bin (Pemandu pelancong), kawasan yang keluar asap ini sentiasa berpindah-pindah (dalam bahasa jawa sebagai 'kidang') dalam satu kawasan yang luas. Asap putih belerang yang keluar berbau sangat kuat. Setelah mendekati dengan kawah (gambar foto diatas), hujan gerimis turun menyebabkan kami memakan baju plastik nipis agar tidak basah. Kelihatan asap dan air kelodak mengelegak berwarna kelabu naik dengan asap panas. Menyentuh kepada lelehan air yang mengalir, terasa amat panas sekali sehingga senang-senang telur ayam yang diletakkan akan masak. Selain daripada kawah Sekidang, terdapat beberapa kawah lain yang aktif didalam kawasan berhampiran lain seperti Kawah Sibanteng, Kawah Sileri, Kawah Sinila, Kawah Chandraluka, Kawah Siglagah dan Kawah Timbang (Ada gas beracun). Suhu udara di sini pernah dilaporkan turun hingga mencapai kepada 0 °C di pagi hari pada waktu tertentu . Keadaan sama juga akan memunculkan embun beku yang oleh penduduk setempat disebut bun upas (embun racun) kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada tanaman pertanian. Perkara seperti ini sangat membahaya kepada penduduk tempatan yang tinggal di wilayah itu dimana terbukti dengan adanya bencana letusan gas semenjak ratusan tahun lalu. Terdapat catatan sejarah dimana Kawah Dringo pernah meletus pada tahun 1786 yang jumlah korbannya tidak diketahui. Menyusul kemudian adalah letusan Kawah Pakuwojo (1825,1826), Kawah Timbang (1928 dan 1939), Kawah Sileri (1944) dengan 114 mangsa korban. Catitan juga menunjukkan Kawah Sileri meletus lagi (1964), Sinila (1979) dimana mangsa korban seramai 152 orang. 


Telaga Warna dipetang hari hujan gerimis, Dieng.


Kawasan Telaga Warna merupakan sebuah tasek yang mana airnya berwarna hijau, merah, lembayung, putih dan biru akibat belerang yang keluar dari dasar tasek tersebut. Tasek ini terletak dipuncak gunung dimana ia adalah berada bersebelahan dengan tasik air tawar biasa yang digunakan sebagai sumber pengairan. Bayaran masuk sebantak Rp 6,000 seorang memang berbaloi apabila melihat bagaimana indahnya warna air yang bercampur dengan belerang ini. Rasanya ini kali pertama kami dapat melihat tasek sebegitu rupa dengan air pelbagai warna tetapi tidak boleh digunakan untuk minuman. Pada zaman dulu air tasek ini dikatakan akan disapu pada rambut bayi atau kanak-kanak perempuan menyebabkan rambut mereka akan berpintal-pintal semacam rambut orang Afrika yang dipanggil sebagai "Anak Gimbal" - (Lihat fotoo dibawah sekali).


Kawasan lereng bukit disekeliling gunung kepada puncak Dataran Dieng amat subur sekali dan diusahakan dengan pelbagai tanaman makanan. Sistem tanaman teres dan kontour menggunakan teknologi tenaga manusia dan sedikit gunakan jentera moden. Mereka menggunakan cangkul dan alatan kecil pertanian untuk mengemburkan tanah, membuat batas dan menggali sistem aliran parit. Hanya jalan kecil digunakan untuk mengangkut hasil tanaman dilereng gunung yang sangat curam. Apa yang saya paling takjub adalah bagaimana air dari puncak gunung dapat dikawal dan diagihkan kepada semua petani disekeliling gunong dengan cekap dan effisien. Boleh dikatakan sejarah untuk sistem pengairan ini beratus-ratus tahun dulu dijaga dan dirangka pengagihannya. Boleh dikatakan dengan kerajinan orang jawa, kesuburan tanah dan amalan agronomi baik membolehkan pengeluaran bahan makanan mencukupi untuk negara Indonesia. 



Saya dapati boleh dikatakan tiada sejengkal tanah pun yang tidak ditanami sayuran di kawasan Dieng. Itu adalah keungulan dataran tinggi subur seperti di kawasan pegunungan Dieng di dua kabupaten yakni Wonosobo dan Banjarnegara. Hampir semua tanah dataran ini dipenuhi tanaman sayur dan juga tanaman makanan holtkultur lain. Jika melihat fakta ini memang agak jelas seolah-olah kita berada ditengah surga sayuran dan holtukultur yang menjadi kebun untuk kehidupan penduduk Dieng. Penduduk Dieng sebahagian besar adalah sebagai petani. Tanaman utama adalah tanaman sayuran seperti kobis, kacang, lobak (wortel), labu siam, jenis bawang dan paling popular adalah juga Kentang. Tanaman lain seperti jangkapendek umumnya mereka menanam jagung dan keledek. Gunung Dieng memiliki ketinggian 2.565 dari aras laut mempunyai suhu sejuk sekitar 15-20 °C di siang hari dan 10 °C di malam hari. Udara di sini lazimnya sangat dingin jika musim kemarau antara Julai dan Ogos.  Inilah catitan yang saya dapat kongsi dengan pembaca blog semua. Semuga dapat memberikan maklumat berguna. Wasallam!

DIENG PLATEAU... TINGGI TEMPATNYA...
KELILING SUBUR... DINGIN UDARANNYA...

ADA CANDI... BATU STRUKTURNYA...
SEKIDANG CRATER...ASAP BAHAYA...
TASEK WARNA... BIRU HIJAU AIRNYA...
TANAMAN SUBUR... RAJIN PETANINYA...


Rambut Anak Gimbal - unik.

By,
M Anem
Dieng Restoran
Kabupaten Wonosobo,
Jawa Tengah
Indonesia 
(16 March 2013) 

Friday, March 29, 2013

PELABURAN PERTANIAN PALSU

Pernahkah anda melihat poster PELABURAN PERTANIAN PALSU?. Satu poster yang telah dicetak  beberapa tahun dulu oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Jabatan Pertanian (Lihat foto diatas) telah lama di paparkan dibanyak lokasi untuk tatapan umum. Poster tersebut amat jelas menyatakan agar orang ramai sentiasa waspada dengan beberapa syarikat atau individu yang mempromosikan agar kita melabur didalam beberapa projek pertanian seperti Projek Ternakan Cacing, Projek Tanaman Serai dan juga Projek Buat Vermikompos. Saya masih jumpa poster ini ditampal pada papan kenyataan dibanyak lokasi di Pejabat Pertanian Negeri, Pejabat Pertanian Daerah dan juga lokasi umum seperti di Balai Raya, Surau dan sebagainya. Sebenarnya selain daripada 3 jenis projek yang dinyatakan diatas, terdapat lagi beberapa projek pelaburan pertanian lain yang di kategorikan palsu seperti Projek Ternakan Lintah, Projek Ternakan Ikan Keli Kanvas, Projek Ternakan Kambing Biri-biri , Projek Tanaman Rumput, Projek Ternakan Burung Walit dan ada beberapa lagi. Artikel kali ini saya menulis mengenai poster yang saya paparkan diatas di dalam blog "Anim Agro Technology" sebagai maklumat yag mungkin boleh dimenafaatkan pembaca blog ini berdasarkan kepada kajian ringkas, pengalaman penulis dan laporan beberapa jabatan dan individu yang terlibat dengan isu ini.


Apa yang saya telah kaji, kes pelaburan pertanian palsu ini aktif sekitar tahun 2008 sehingga 2010 dimana ketika itu berlaku krisis harga minyak dan krisis kenaikan harga makanan seluruh dunia. Kenaikan harga makanan dunia meningkat pada tempoh tersebut akibat daripada kenaikan kos pengeluaran bahan makanan terutama kos untuk bahan input, kos bagi pengangkutan disamping berlaku banyak kes kerosakan tanaman akibat bencana alam. Bekalan bahan makanan yang tidak mencukupi diseluruh dunia terutama tanaman bijirin seperti beras, gandum, jagung dan sebagainya meningkat beberapa kali ganda dipasaran dunia. Banyak perbincangan diadakan untuk mengatasi isu ini diperingkat domestik dan antarabangsa. FAO contohnya telah menjalankan beberapa pendekatan untuk mengatasi masaalah ini dan kini kita tidak dapat membeli makanan dengan kos murah seperti dahulu. Penduduk dunia bertambah setiap saat sehingga kni telah pun melebihi 7.6 billion tetapi kawasan pertanian terus berkurang. Bagaimana caranya kita hendak pastikan bahan makanan mencukupi dimasa akan datang?.


Ternakan cacing merupakan projek yang baru diperkanalkan di Malaysia. Beberapa syarikat telah mengadalah pakej latihan menternak cacing serta membekalkan bahan untuk menternak cacing dan juga pakej membeli balik cacing tersebut. Peserta yang berminat dengan membaca iklan daripada internet, akhbar atau rakan-rakan perlu membayar kos untuk menghadiri ceramah. Selepas timbul minat, mereka akan membeli cacing dan kemudahan infra untuk mula memelihara. Mereka juga diberi jaminan belian balik dengan cashflow yang menguntungkan. Cacing jenis baru ini didakwa mempunyai harga pasaran baik untuk pelbagai kegunaan dengan kaedah penternakan yang mudah. Projek ini juga dikaitkan dengan projek menghasilkan Vermikompos (sejenis baja dari tahi cacing) yang mempunyai harga tinggi dan kandungan nutrien didakwa tinggi. Bagaimana pun apabila cacing dan baja vermikompos telah dihasilkan, terdapat masaalah untuk menjual hasil cacing dan vermikompos malahan ada syarikat yang janji hendak beli tidak dapat dikesan alamatnya.


Tanaman Serai merupakan satu dari projek yang di dapati 'dipalsukan' oleh beberapa syarikat. Pengalaman saya di Johor dulu pernah didatangi oleh beberapa syarikat (berasal dari Sepang dan Kuala Langat, Selangor) yang akan majukan tanaman serai dan daun limau purut. Sistem yang dijalankan dengan membeli benih serai dan limau purut daripada syarikat tersebut dan menandatangani surat perjanjian untuk membeli balik hasil tanaman kelak. Setelah petani melabur dengan kos sendiri untuk menyedia kawasan, membajak, menanam dan menuai.... apabila hendak jual hasil  bermacam-macam syarat dikenakan seperti kualiti, saiz, harga dan sebagainya sehinggakan ada petani 'murka' dengan syarikat yang 'hilang' terus dari perniagaan. Saya didedahkan dengan pelbagai nama baru untuk serai pada waktu iatu seperti gelaran untuk "Serai Peha Ayam", "Serai Peha Gajah" , "Serai Wangi Spesial" dan "Serai Singapore". Seronoknya syarikat yang berjaya menjual benih serai tersebut dengan harga yang baik kepada petani yang menjadi mangsa.


Ternakan keli dalam kanvas.
Selain itu pelaburan menternak lintah, memelihara ikan keli dalam kanvas dan menternah pawah kambing biri-biri juga popular dan telah disenaraikan sebagai "Pelaburan Pertanian Palsu" oleh jabatan dan agensi terbabit. Syarikat menyediakan pakej kursus ternakan dan membekalkan kelengkapan menternak keli atau lintah dengan jaminan harga belian yang lumayan. Saya terjumpa ramai penduduk kampong pada masa itu buat projek ternakan keli dalam kanvas di Tangkak. Saya dapati projek berjalan baik sehingga peringkat pengeluaran dimana banyak isu ikan keli tidak dapat dijual sedangkan kos sekilogram mencecah RM 7.00 - RM 8.00 sekologram. Ini kerana kos infra dan kos makanan ikan keli yang agak mahal selain daripada kos pengurusan serta rawatan penyakit. Selepas banyak masaalah di lapangan, barulah mereka yang tidak pernah berkunjung ke Pejabat Pertanian Daerah, Pejabat Perikanan dan JPV datang bertanya kepada pegawai. Mereka diberi nasehat dan jalan penyelesaian dengan dibantu masaalah pemasaran jika boleh dibantu. Selama ini mereka memang terpengaruh dengan syarikat yang memang memberikan kepercayaan sepenohnya kepada individu yang kurang berwaspada. Jadikan kes ini sebagai satu pedoman untuk masa akan datang.
InsyAllah!


Pandai bercakap hingga berasap.... Hebatnya!
PELABURAN PERTANIAN... ADA BAHAYA...
MENTERNAK CACING... SUNGGUHKAH IA?...
MENANAM SERAI... PEHA GAJAH KATANYA...
BAJA VERMIKOMPOS.... SAMA SAHAJA...

By,
M Anem
Kg Sialang, Tangkak,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(15 JamadilAwal 1434H)





Thursday, March 28, 2013

BUAH - RESPIRASI DAN ETYLENE 2

BUAH-BUAHAN TROPIKA seperti juga jenis buah jenis temperate dan sub-tropika yang baru dipetik, ianya akan meneruskan aktiviti Respirasi (respiration) dan juga menghasilkan bahan Etilen (Ethylene). Kadar pengeluaran bahan etilin ini bergantung kepada beberapa faktur seperti tahap indek kematangan semasa memetik hasil (ripening), varieti tanaman , keadaan cuaca disekeliling dan keadaan semasa (culture). Kadar ini juga bergantung kepada peringkat kematangan buah tersebut (maturity stage) dan juga keujudan bahan penggalak tumbuhan seperti etylene didalamnya. Semua ini perlu kita tahu untuk mempastikan pengurusan buah-buahan yang hendak dituai dapat di sesuaikan dengan teknologi lepas tuai yang hendak dibuat. Terdapat jelas perbezaan untuk menguruskan buan klimaterik dengan buah bukan klimaterik didalam aktiviti lepas tuai. Artikel petang Ahad sambil menonton perlawanan akhir badminton Terbuka Korea antara Datuk Lee Chong Wei dengan Du Peng Yu (China) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai respirasi buah-buahan tropika dan peranan etilin didalam teknologi lepas tuai buah-buahan. 


Kadar Respirasi buah-buahan tropika secara umumnya boleh dibahagikan kepada 5 kategori. Kategori tersebut adalah Sangat Rendah (Very low), Rendah (Low), Sederhana (Moderate), Tinggi (High) dan Sangat Tinggi (Very High). Kadar respirasi ini dikira dalam unit pelepasan gas iaitu miligram / kilogram / jam maknanya berapa miligram kadar respirasi setiam kilogram gas dalam satu jam. Buah tropika yang mempunyai kadar respirsai Sangat Rendah iaitu kurang dari 35 mg/ kg/ jam adalah Buah Nenas dan Belimbing. Bagi kategori rendah pula dalam julat 35 - 70 mg/ kg/ jam iaitu buah Pisang (Hijau), Lichi , Betik, Cempedak dan Markisa. Buah jenis ini boleh disimpan dengan lebih lama atau pun jangkahayat penyimpanan lepas tuai lama. Buah kategori respirasi sederhana pada julat 70 - 150 mg / kg/ jam terdiri dari buah Mangga, Rambutan, Ciku dan durian. Kategori Tinggi pula mempunyai julat respirasi 150 - 300 mg/ kg/ jam iaitu Buah Avocado, Pisang (Masak). Antemoya dan Jambu Bol. Kajian saintis yang saya rujuk pada buku CABI juga menyatakan kadar respirasi paling tinggi melebihi kadar 300 mg/ kg/ jam iaitu buah Durian Belanda. Itulah sebabnya buah durian belanda akan cepat masak dan lebik dlam masa yang sangat singkat.


Buah Markisa Tempatan.
Kadar Pengeluaran Gas Etilin (Ethylene) mempengaruhi kadar kemasakan buah dalam penyimpanan selepas proses menuai. Bagi kadar pengeluaran gas etilin dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Rendah (Low), Sedang (Moderate), Tinggi (High) dan Amat Tinggi (Very high). Bagi menilai gas etilin unit yang digunakan adalah micronliter per kilogram per jam atau ul/kg/jam (sebenarnya tanda simbol micronliter adalah macam huruf 'u' berekor). Pelepasan etilin Rendah dengan kadar 0.1 - 1.0 ul/ kg/ jam iaitu terdiri dari buah  Nenas dan Belimbing. Kadar pelepasan tahap Sederhana dengan kadar 1.0 - 10.0 ul/ kg/ jam pula adalah Buah Pisang, Jambu Batu, Mangga, Manggis, laichi, Durian, Sukun, Jambu Bol dan Rambutan.  Bagi kategori Tinggi pula melapaskan gas etilin sebanyak 10.0 - 100.0 ul/ kg / jam terdiri dari buah ciku, atemoya, betik dan avocado. Paling tinggi dalam pelepasan etilin untuk buah tropika dengan kadar lebuh dari 100 ul/ kg/ jam adalah buah Durian Belanda, Sapote, Markisa dan Cherimoya.  Kesemua maklumat ini berguna untuk kita gunakan didalam aktiviti lepas tuai bagi buah-buahan tropika bagi tujuan meningkatkan kualiti dan strategi pemasaran.
Semuga artikel ini menambahkan ilmu pengetahuan kepada para pembaca semua. Saya pun lebih mantap ilmu teknikal dan pengetahuannya selapas membaca dan menulis banyak ilmu berkaitan teknologi pertanian.
Wasallam!

Bersama 'Teletubies' di Dieng Plateau, Central Java.
KADAR RESPIRASI ... DURIAN BELANDA JUARA...
GAS ETILIN... NENAS , BELIMBING RENDAHNYA..
PENYIMPANAN BUAH...MAKLUMAT DIGUNA...
MEMBACA ARTIKEL... BANYAK FAEDAHNYA...

By,

M Anem
Dieng Plateau (3,000 m above the sea level)
Wonosobo Area,
Jawa Tengah,
Indonesia.
(16 March 2013M)



Wednesday, March 27, 2013

BUAH - RESPIRASI DAN ETYLENE 1

BUAH-BUAHAN TROPIKA (Tropical fruits) seperti juga jenis buah jenis temperate dan sub-tropika yang baru dipetik, selalunya akan meneruskan aktiviti respirasi (respiration) dan menghasilkan bahan etilin (Ethylene). Kadar pengeluaran bahan etilin ini bergantung kepada beberapa faktur seperti tahap indeks kematangan semasa memetik hasil (ripening), varieti tanaman (Crop variety) , keadaan cuaca disekeliling (Climate) dan penjagaan semasa menuai hasil(culture). Kadar ini juga bergantung kepada peringkat kematangan buah tersebut (maturity stage) dan juga keujudan bahan penggalak tumbuhan seperti etilin didalamnya. Semua ini perlu kita tahu untuk mempastikan pengurusan buah-buahan tropika yang hendak dituai dapat di sesuaikan dengan teknologi lepas tuai yang hendak dibuat. Terdapat jelas perbezaan untuk menguruskan jenis Buah  Klimaterik dengan Buah Bukan Klimaterik didalam aktiviti lepas tuai. Artikel petang Ahad sambil menonton perlawanan akhir badminton Terbuka Korea antara Datuk Lee Chong Wei dengan Du Peng Yu (China) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai respirasi buah-buahan tropika dan peranan etilin didalam teknologi lepas tuai buah-buahan. 


Proses Respirasi Buah Tropika yang berlaku adalah dari kadar serendah kurang 35 mg/ kg/ jam pada buah Nenas (Ananas cosmosus) sehingga setinggi 300 mg/ kg/ jam pada buah Avocado (Persea americana). Nenas yang berkulit hijau walau pun telah matang mempunyai kadar respirasi sebanyak 50 mg / kg/ jam berbanding dengan buah nenas yang telah masak ranum dimana kadar respirasi amat tinggi. Bagi buah durian (Lihat buah Durian varieti Kan You yang saya pegang di Thailand) mempunyai kadar respirasi sekitar 70 - 150 mg/ kg/ jam. Pentingnya kita hendak tahu kadar respirasi ini adalah untuk menilai bagaimana kesan respirasi terhadap perlepasan haba didalam bilik sejuk penyimpanan buah-buahan. Lagi tinggi kadar respirasi akan menyebabkan bilik sejuk menaik suhunya dan perlukan kawalan yang sesuai untuk memantapkan suhu didalamnya.


Pengeluaran bahan Etilene (Ethylene) oleh buah-buahan yang hendak disimpan juga amat penting kita fahami.  Jika kadar etilin dihasilkan dengan banyak oleh buah tersebut didalam simpanan, maka akan berlaku proses kemasakan buah dengan cepat dan ini kurang baik untuk proses pemasaran jika kuantiti buah disimpan agak banyak. Masak awal bagi buah-buahan ini juga menyebabkan sesetengah buah akan menjadi lembik dan busuk. Masaalah lain yang dihadapi akibat pelepasan gas etylene adalah apabila didalam setor penyimpanan, ia bercampur dengan komoditi lain seperti sayur-sayuran. Akibat keluarnya gas etilin ini menyebabkan sesetengah sayur (Seperti daun dan sayur buah) akan bertukar menjadi warna kuning kerana berlaku proses respirasi lebih cepat. Keadaan ini merugikan petani kerana sayur yang sepatutnya hijau menjadi hijau kekuningan seakan dah tua atau rosak. 


Kadar respirasi buah-buahan dan jangkahayat penyimpanan didalam setor amat berkaitan. Secara umumnya buah-buahan yang mempunyai kadar respirasi yang tinggi adalah cepat rosak atau mempunyai jangkahayat penyimpanan yang PENDEK (Shorter postharvest lives). Ini sebaliknya memanjangkan jangkahayat penyimpanan lepas tuai bagi buah-buahan yang mempunyai kadar respirasi yang rendah. Oleh itu perlu dijalankan aktiviti untuk mengurangkan kadar respirasi buah-buahan tertentu dengan mengawal keadaan suhu didalam setor penyimpanan. Cara terbaik dan praktikal yang dijalankan adalah dengan menurunkan SUHU. Suhu yang rendah didapati akan dapat memperlahankan proses respirasi buah-buahan seterusnya melambatkan proses kemasakan buah-buahan. Kaedah ini didapati amat praktikal dengan menyediakan setor berhawa dingin dan kontena penghantaranb juga berhawa dingin. Bagaimana pun keadaan suhu sejuk tidak terkawal akan menyebabkan amat sejuk (Chilling) sehingga ia merosakkan kualiti buah-buahan. 
BERSAMBUNG!

KADAR RESPIRASI... APA BENDANYA...
KELUAR GAS ETILIN... KENA TAHUNYA...
KAEDAH PENYIMPANAN... ADA KAITANNYA...
KALAU TIDAK FAHAM.. TERUS BERTANYA...

By,
M Anem
Jalan Istana,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(13 Januari 2013)
Published on 27 March 2013

Tuesday, March 26, 2013

KEMATANGAN BUAH TROPIKA

BUAH TROPIKA (Tropical fruits) mempunyai fisiologi kematangan buah yang berbeza-beza. Kematangan buah tropika adalah sama dengan buah-buahan temperate dan buah-buahan sub-tropika dari segi sifat fisiologinya. Kaedah teknologi lepas tuai (post harvest technology) penting difahami oleh petani yang menanam buah-buahan tropika secara komersil. Buah yang dituai selepas masak banyak menentukan kualiti buah yang akan dijual atau dipasarkan. Buah tropika lazimnya mempunyai jangka kematangan buah (ripening period) lebih pendek berbanding dengan buah temperate secara semiulajadi. Ini menyebabkan potensi untuk buah-buahan tropika disimpan lama bagi tujuan pemasaran lebih bermasaalah dengan buah temperate yang lebih sesuai didalam suhu sejukbeku. Proses 'respiration' akan terus berlaku selepas buah dipetik untuk menukarkan gula (seperti glukos) kepada Karban dioksida, air, tenaga dan haba. Penghasilan tenaga dalam bentuk ATP dan NADH berlaku untuk mempastikan sel-sel dalam buah akan terus hidup. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" selama beberapa jam untuk membincangkan mengenai kematangan buah-buahan (buah tropika) dan teknologi lepas tuai bagi bacaan dan rujukkan anda semua. Saya membaca sebuah buku berjudul 'Tropical Fruits - Vaolume 2' terbitan CABI karangan Robert E.Paull dan Odilo Duarte (2011).


Pisang - Buah klimaterik
Buah-buahan tropika boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu buah jenis Klimaterik (Climatric fruits) dan Buah Bukan Klimaterik (Non-climateric fruits).  Buah klimaterik seperti pisang dan betik akan cepat berlakunya proses respirasinya selepas ia dipetik dengan mengeluarkan bahan seperti etilin (ethylene) serta bahan lain. Buah jenis ini boleh dicepatkan proses kematangan buah lebih cepat dengan membuat rawatan menggunakan bahan etilin dan ianya akan masak serantak dan baik untuk strategi pemasaran. Buah Bukan Klimaterik adalah jenis buah yang telah masak semasa dipetik seperti nenas dan limau dimana ia menunjukkan proses respirasi yang lambat selepas dipetik. Buah jenis ini mesti dipetik pada tahap betul-betul masak untuk mempastikan kualitinya dan tidak boleh dipercepatkan menggunakan bahan pengalak kematangan. Kefahaman petani dan pegawai pengembangan serta pihak pemasaran terhadap kedua-dua fisiologi buah-buahan tropika ini amat penting difahami. Buah-buahan bukan klimaterik lazimnya mempunyai jangkahayat lebih lama disimpan sebelum dipasarkan berbanding dengan buah klimaterik. Kesemuanya bergantung kepada sistem dan kemudahan pemasaran yang digunakan.


Saya rasa lebih baik kita kenal akan jenis Buah Klimaterik dan jenis buah bukan klimaterik untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita. Buah Jenis klimaterik adalah Avocado (Persea americana), Pisang (Musa spp), Sukun (Artocarpus atilis), Buah Nona / Atemoya (Annona cherimoya), Durian (Durio zibethinus), Jambu Batu (Psidium guajava), Mangga (Mangifera indica), Betik (Carica papaya), Buah Markisa (Passiflora endulis), Sapote (Casimiroa endulis) , Durian belanda (Annona muricata) dan Ciku (Achras sapota). Kebanyakan buah-buahan jenis klimaterik ini memang banyak ditanam di Malaysia sebagai tanamann komersil monokrop atau tanaman dusun bercampur.  Satu tandan pisang yang telah matang dipetik dan disimpan selama beberapa hari, pisang tersebut akan masak secara berperingkat daripada bahagian pangkal tandan kebahagian hujong tandan dengan sendiri. Buah ciku juga jenis buah klimaterik yang akan masak serta lembut apabila diperam beberapa hari tidak semasa buah ciku dipetik dipokok yang buahnya keras.


Buah Bukan Klimaterik pula terdiri daripada Belimbing (Averrhoa carambola), Laichi (Litchi chinensis), Manggis (Garcinia mangostana), Jambu Bol (Syngium malacanse) Nenas (Ananas cosmosus), Rambutan (Naphelium lappaceum), Jambu Air (Syngium jambos) dan juga buah Star Apple (Chrysophyllum camito) dan buah Surinam Cherry / Cermai Belanda (Eugenia uniflora). Buah jenis ini lazimnya dipetik apabila cukup masak kerana jika dipetik muda maka proses matang (ripening process) sangat lambat dan tidak signifikan. Belimbing yang hendak diekspot ke eropah contohnya dipetik pada indek kematangan 3-4 sahaja kerana mereka gunakan belimbing Malaysia sebagai 'salad food' sahaja. Buah tersebut akan kekal pada indeks 3-4 semasa dijual di Eropah kerana ia jenis buah bukan klimaterik. Begitu juga buah manggis dan jambu bol serta jambu air jika dipetik peringkat belum matang akan terus mentah apabila dijual atau untuk dimakan. Sila baca sambungan artikel ini pada posting berikutnya. Wasallam!
BERSAMBUNG!


Star apple - buah bukan klimaterik.

BUAH KLIMATERIK... APAKAH JENISNYA...
BUKAN KLIMATERIK...BELIMBING CONTOHNYA...
BUAH DURIAN .... KUMPULAN YANG MANA...
BACA ARTIKEL ... PASTI TAHU SEMUANYA....

By,
M Anem
Jalan Istana,
Persimpangan Air Keroh,
Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(Ditulis pada 14 Januari 2013M)
Posted on 26 March 2013 



Monday, March 25, 2013

DURIAN - TEKNOLOGI SEJUKBEKU

DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah bermusim yang popular di kawasan Asia Tenggara. Pengeluaran buah durian banyak dalam bulan Jun - September setiap tahun di Malaysia dan kadang-kadang berlaku lambakkan buah durian yang harganya rendah dan tidak munasabah. Saya pernah menerima 'lambakkan buah durian' diletakkan depan pejabat ketika bertugas di Daerah Segamat sekitar tahun 2000 dari salah satu projek kelompok durian yang buahnya tidak boleh dijual. Buah durian di Malaysia cepat rosak beberapa hari selepas gugur tidak seperti buh durian kualiti ekspot di negaraThailand yang buah durian premium dipetik dari pokok. Beberapa teknologi penyimpanan (storage) untuk sistem pemasaran telah dibuat kajian terhadap buah durian. Salah satu teknologi yang sesuai dilaksanakan adalah 'Teknologi Sejukbeku'. Teknologi ini bukan sekadar sesuai diaplikasikan untuk sektor makanan sejuk beku seperti roti canai, kuih pau, karipap, samosa, donat dan roti prata tetapi kini telah sesuai digunakan untuk hasilkan durian sejukbeku bagi pasaran domestik dan ekspot. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi durian sejuk beku untuk pengetahuan bersama pembaca blog ini.

Teknologi Sejuk Beku ini diterokai oleh pelbagai pihak untuk mengetahui pelbagai kebaikan hasil daripada penggunaan teknologi tersebut. Antara mereka yang terlibat dengan aplikasi teknologi ini di Malaysia adalah MARDI, Jabatan Pertanian dan FAMA serta syarikat swasta. Peranan MARDI menghasilkan teknologi dan Jabatan Pertanian mempastikan kualiti buah durian di peringkat ladang sementara FAMA memproses buah tersebut dan menghantar kepasaran luar negara seperti ke Australia, Singapura dan China. Saya berpengalaman dengan FAMA Tangkak dalam menjalankan projek ini diperingkat awal sekitar tahun 2005 untuk menghasilkan durian sejuk beku. Durian sejuk beku ini boleh dibuat didalam dua kaedah iaitu ISI DURIAN SEJUK BEKU (Contact Freezing) dan BUAH DURIAN SEJUK BEKU (Individual Quick Freeze - IQF). Kilang di Tangkak, Johor dan di Batu Kurau, Perak mampu memproses kedua-dua produk ini mengikut musim durian. Saya juga dapat maklumat terdapat lebihkurang 5 syarikat swasta yang aktif didalam menjalankan aktiviti yang sama. 


Apa yang saya tahu, terdapat beberapa peringkat proses yang perlu dilakukan bagi menyediakan durian sejuk beku. Dalam membuat rujukkan kepada beberapa buah buku mengenai produk durian, saya dapati proses untuk menghasilkan kedua-dua jenis produk durian sejukbeku tersebut adalah berbeza. Proses pertama ialah sewaktu penerimaan dan pemilihan sampel. Durian yang sering digunakan bagi tujuan sejuk beku ialah D24 walau pun ada varieti lain yang sesuai seperti D168 dan D197. Setiap biji durian yang melalui proses ini perlu diteliti bagi memastikan tidak ada yang rosak atau pun tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Antara kriteria buah durian yang menepati kriterian adalah bila buah durian sudah cukup masak dan mempunyai kualiti yang sesuai untuk pemprosesan. Pemeriksaan yang saya buat mempastikan bahawa  buah durian tersebut juga mestilah yang baru jatuh dan jangka masa terbaik ialah tidak melebihi enam jam. Bawa buah tersebut dengan mengangkut menggunakan lori sejuk (10-12 darjah) Celsius atau pada waktu cuaca agak sejuk seperti malam, petang atau awal pagi.  

Kajian mendapati setiap sebiji buah durian memang mampu menghasilkan 10 peratus isi. Buah durian tersebut perlu dibersihkan dengan menggunakan berus dan jet air sebelum ia dirawat. Cara rawatan adalah dengan mencelupkan buah durian ke dalam air mengandungi bahan klorin dan kemudian dikeringkan supaya pembiakan mikrob seperti yis, bakteria dan kulat dapat dikawal. Seterusnya buah durian perlu melalui peringkat pemprosesan dimana buah berkenaan perlu segera  dikeraskan (Fast atau Quick Freeze) dalam kontena khas pada suhu -38 darjah Celsius sehingga isi dan biji durian mencapai suhu -30 darjah Celsius. Saya dapati tempoh untuk kita mendapatkan suhu tersebut adalah bergantung kepada kekuatan mesin penyejuk digunakan iaitu penurunan suhu sejuk kepada sekitar 45 minit sehingga dua jam. Buah durian berkenaan seterusnya di masukkan ke dalam penyejuk bersuhu -18 darjah Celsius. Buah durian yang telah melalui peringkat pemprosesan akan dibelah dan diambil isinya sebelum ditanggalkan ulas dan empulurnya iaitu dengan menggunakan pisau sesuai dan tidak tajam. Isi tersebut kemudian perlu di buang udara (vacuum) sebelum ianya dipindahkan ke dalam penyejuk dan disimpan pada suhu -18 darjah Celsius.

Pusat proses durian diTangkak.
Pada masa ini kemampuan memproses sehari di FAMA Tangkak adalah sebanyak tiga ribu (3,000) hingga 6,000 (enam ribu biji) buah durian. Kemudahan bilik sejuk beku tersebut mampu memuatkan 200 tan metrik durian segar pada satu-satu masa dan 100 tan metrik isi durian. Bekalan bahan mentah durian berkualiti untuk diproses sejuk beku perlu diterima dari ladang yang mana sebaiknya mempunyai sijil SALM untuk memudahkan bagi pasaran ekspot. Buah segar untuk FAMA TAngkak diperolehi dari kawasan Muar, sekitar Tangkak,  Pagoh, Tanjung Selabu, Bukit Kepong sehingga datang dari Raub. Bagi Pusat Batu Kurau boleh mendapatkan durian segar dari kawasan Perak dan sekitarnya setiap musim pengeluaran. 

Saya berpeluang makan buah durian sejukbeku yang telah disimpan selama lebih 2 tahun dari Pusat Pemprosesan FAMA di Tangkak semasa lawatan bersama Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini. Setelah dikeluarkan pada suhu biasa dan makan beberapa ulas buah durian sejuk beku, Amboi!... rasanya dan aromanya sebaik buah durian yang baru gugur dari pokok. Dua bentuk durian yang dihidangkan adalah pes durian dalam bekas plastik (isi sahaja tanpa biji) dan Sebiji Buah Durian Sejukbeku yang telah lama disimpan. Durian sejukbeku mampu menyelesaikan masaalah lambakkan durian pada musim tertentu dan boleh diekspot keluar negara sebagai satu produk yang berkualiti. Walau pun teknologi ini agak mahal (Kos mesin dan kos eletrik bagi penyimpanan bilik sejukbeku agak tinggi), teknologi ini sesuai untuk strategi pemasaran dan penyimpanan buah durian pada masa hadapan. 


DURIAN SEJUKBEKU... SEJUK BETUL SUHUNYA...
DIPROSES ISI BUAH .... HANYA ISI DIDALAMNYA...
'WHOLE FRUIT'... SEBIJI BUAH DENGAN KULITNYA...
BILA DIBUKA... AMBOI,  SAMA KESEGARANNYA...

By,
M Anem
Pusat Pengumpulan Hasil, 
Kompleks FAMA Tangkak,
Jalan Solok, Tangkak,
Daerah Ledang,
Johor
Malaysia
(30 Disember 2012)

Sunday, March 24, 2013

DURIAN - PEMBUNGAAN PAKSA

PEMBUNGAAN PAKSA DURIAN (Durio zibethinus) atau dipanggil sebagai 'Flower forcing' merupakan satu impian bagi ramai penanam durian untuk menghasilkan bunga dan buah diluar musim biasa. Ini kerana jika mereka dapat menjual buah durian diluar musim biasa, maka harga buah durian tersebut memang tinggi dan pasti ianya tentu amat menguntungkan. Kita tahu yang pokok durian merupakan tanaman buah-buahan yang bermusim dimana masa buah masak lazimnya adalah serentak cuma berbeza beberapa minggu sahaja dalam setiap musim buah. Kaedah atau teknologi pembungaan paksa pokok durian bukan mudah untuk dilaksanakan dan belum banyak kejayaan dicapai sehingga kini. Pemahaman tinggi terhadap peringkat pertumbuhan pokok durian (growth cycle) dan kemahiran dalam pengurusan dusun durian amat penting didalam menentukan cubaan pembungaan paksa pokok durian. Saya berjaya membaca beberapa laporan kajian mengenai isu ini yang dijalankan di Thailand dan membuat banyak temubual dengan saintis dan juga penyelidik dan penanam durian. Artikel malam Ahad ini sambil menonton TV Astro dan membuat rujukkan pada buku dari CABI, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi berkaitan 'pembungaan paksa durian'. Bolehkah ia dilaksanakan ?


Musim buah durian masak dan gugur di Thailand lazimnya selama 4 bulan sementara di Malaysia dan Indonesia jangkamasa buah gugur selama 5 bulan dalam setahun. Waktu ini mereka yang dapat keluarkan buah awal dan buah hujong lazimnya menerima harga lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mengeuarkan buah pada musim puncak (peak season). Beberapa saintis di Thailand dan Malaysia telah mencuba untuk menggunakan bahan penggalak (growth regulator) tumbuhan seperti Paclobutrazol di gunakan untuk tujuan pembungaan durian. Mereka menggunakan larutan paclobutrazol pada kadar kepekatan 5 gram bahan aktif dan 10 gram bahan aktif serta kontrol. Penggunaan kepekatan kurang 10 gram didapati memberikan kesan. Kajian mendapati  terdapat kesan yang signifikan penggunaan paclobutrazol terhadap pengeluaran bunga dan buah. Bagaimana pun kesan ini tidak konsisten dimana ianya tidak boleh dijadikan panduan untuk kita mengaplikasikan sebagai teknologi yang berkesan. Pengeluaran bunga dan buah durian amat kompleks dimana kesan bahan kimia pada pokok durian hanya berkait dengan proses pembentukkan bunga sahaja dan tidak ada kepastian kepada proses pembentukan buah dan lain-lain proses. Secara praktikal, penggunaan bahan paclobutrazol boleh digunakan untuk mempercepatkan (induce) pembungaan awal diluar musim pembungaan yang biasa. Paling penting untuk mereka yang ingin mencuba adalah menilai pokok yang hendak dipaksa pembungaan mesti sesuai sebelum berlaku kesan sampingan yang tidak diingini pada pokok durian.


Bunga durian mekar.
Kajian menunjukkan pokok durian perlu mendapat cuaca panas kering selama 10 hari berturutan sebelum pokok tersebut mengeluarkan kluster bunga yang banyak pada satu masa. Bagaimana pun bunga durian yang banyak tidak menjamin ia akan menjadi buah kerana faktur cuaca dan iklim akan menentukan proses berikutnya. Kadang-kadang saya perhatikan bunga yang keluar dengan banyak lebih 90 peratus atau 100% gugur dan tidak menjadi buah pun kerana banyak faktur. Berlaku keadaan dimana cuaca yang sudah sesuai untuk berbunga (10 hari panas kering berturutan) tetapi pokok belum bersedia untuk mengeluarkan bunga. Keadaan ini kita buat rawatan dengan berikan larutan terdiri 600 g larutan glukos, Baja NPK 15:30:15 dan racun kulat dengan 20 liter air disembur bersama Larutan Mepliquat chloride (poka D50 cc/ 20 liter air). Semburan ini membantu mempercepatkan kematangan daun dibahagian pucuk dan seterusnya membantu agar bunga untuk keluar.


Dalam keadaan terbalik dari kes diatas dimana pokok durian telah bersedia untuk mengeluarkan bunga tetapi cuaca tidak sesuai iaitu hujan turun selang 4 -5 hari (jangkamasa panas kondusif - 10 hari) menyebabkan pengeluaran bunga terjejas. Keadaan ini menyebabkan pembentukkan bunga durian keluar dengan jumlah sedikit sahaja dan tidak serantak atau berperingkat. Pengurusan ladang durian perlu dikaitkan dengan bagaimana mengujudkan stress mengurangkan air dalam tanah. Aplikasi memberi 150 gram Potasium nitrat dengan 40 cc Florigen dengan 20 liter air yang disembur pada daun durian membantu menggalakan pengeluaran bunga durian (Hiranpradit et all, 1998). Bagaimana pun ini banyak bergantung kepada pengurusan ladang durian. Kaedah lain yang boleh diamalkan dan didapati berkesan di Chantaburi, Thailand dengan membuat cantasan berkala 15 - 20 hari selapas tamat menuai dimana ini mengurangkan dahan yang vegetatif. Penggunaan baja NPK 9:23:24 sebanyak 2 - 5 kg sepokok juga menggalakan pembungaan bergantung kepada klin dan umur pokok. Akhir sekali teknologi aplikasi baja foliar bersama bahan penggalak boleh digunakan dalam mengalakkan pembungaan awal pokok durian. Apa yang saya temui adalah dengan mengaplikasikan baja foliar 20:20:20 atau 18:18:18 yang dicampur dengan bahan penggalak Gibberalin (1 tube GA dengan 10 liter air) disembur pada daun. Ini menggalakkan pucuk daun sihat yang seterusnya diberikan baja asas tinggi kandungan nutrien P, K dan zat mikro selama 2 minggu berterusan pada pokok durian. Kaedah ini didapati mampu mempercepatkan penghasilan bunga. Wallahualam!


Bahan paclobutrazol ... 
galakan kkeluarkan bunga durian?.

PEMBUNGAAN DURIAN ... BOLEH DIPAKSA?...
BANYAK KAJIAN... BELUM BANYAK BERJAYA...
GUNA PACLOBUTRAZOL... BERKESANKAH DIA?...
BACA ARTIKEL... BAGAIKAN HENDAK GILA...

By,
M Anem
Bilik 321, ONE Utama Hotel,
Jerteh, Besut,
Terenggnu,
Malaysia.
(23 March 2013)
    


Saturday, March 23, 2013

DURIAN - PENJARANGAN BUNGA DAN BUAH

DURIAN (Durio zibethinus) merupakan 'Raja segala buah Tropika' kerana apabila buah ini keluar, maka pemasaran dan permintaan buah tropika yang lain akan terjejas. Pokok durian berbunga dan berbuah mengikut musim setiap tahun dan ia bergantung kepada faktur cuaca, pengurusan agronomi tanaman dan juga persekitaran pokok. Kadang-kadang jumlah bunga dan buah durian sangat banyak dikeluarkan pada satu musim dan pada musim berikutnya dimana ianya mungkin berkurangan atau tidak keluar langsung pada tahun atau musim berikutnya. Di Malaysia dan Thailand serta beberapa lokasi di Indonesia, waktu pembungaan puncak lazimnya pada bulan April - Jun setiap tahun. Pada pemerhatian saya, selain daripada pengurusan dan amalan agronomi tanaman durian yang mesti dijalankan seperti pembajaan, kawalan rumpai, kawalan perosak dan penyakit dan pengairan, kini aktiviti Penjarangan Bunga dan Buah (Flower and Fruit Thinning) perlu dipraktikkan oleh penanam durian komersil sebagai satu amalan agronomi yang penting. Amalan ini memang amat kurang di buat di negara kita kerana sifat semulajadi pokok durian tradisional yang amat tinggi dan aktiviti penjarangan bunga dan buah ini sukar untuk dijalankan. Bunga yang mekar kembang akan menjadi putik buah dan bergantung kepada faktur pendebungaan dimana selepas itu, putik ini akan  menjadi buah muda dan seterusnya buah akan masak lalu gugur. Buah durian yang gugur akan dikutip sebagai hasil terutama dari pokok-pokok durian kampong baka 'DBK" iaitu singkatan kepada 'Durian Baik Kampong'. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" amalan agronomi berkaitan dengan penjarangan bunga durian dan buah durian untuk kita dapat menghasilkan buah berkualiti sehingga sesuai dan menepati kriteria untuk pasaran ekspot dan juga domestik. 


1. Penjarangan Bunga Durian
Secara umumnya, pokok durian yang sihat akan berbunga sebanyak 3 peringkat dalam setahun atau semusim. Di Thailand, bunga yang keluar pada peringkat pertama dan ketiga selalu dibuang dan bunga peringkat kedua dibiarkan untuk menjadi buah yang akan menjadi hasil. Bergantung kepada umur dan saiz pokok durian, lazimnya bunga durian pusingan pertama akan gugur jika jumlahnya terlalu banyak akibat persaingan air dan nutrien secara semulajadi. Aktiviti untuk membuang bunga ini dijalankan untuk menghadkan bilangan buah yang akan terbentuk jika proses pendebungaan pada tahap optima. Hanya pokok durian yang sederhana ketinggiannya boleh dibuat penjarangan bunga dan putik buah. Aktiviti cantasan pembentukkan dan cantasan dewasa (Topping) pokok durian bagi klon-klon terpilih sangat penting untuk dilaksanakan. Pokok sederhana tinggi atau rendah mampu dibuat aktiviti penjarangan buah dan putik dengan menggunakan tangga atau panjat dimana sesuai.  


2.  Penjarangan Putik Buah
Penjarangan putik buah atau buah muda durian perlu dibuat untuk menghadkan bilangan buah durian pada setiap pokok. Penjarangan putik buah durian membantu mengurangkan kos bahan kimia dan juga kurangkan kadar serangan perosak serta memudahkan kerja-kerja kawalan perosak diladang. Bilangan buah yang ditinggalkan mengikut saiz pokok dan dahan dimana jika dahan bersaiz besar dengan berada di bahagian bawah, buah boleh berada sehingga dihujong dahan. Bagi dahan bersaiz kecil yang berada tinggi pada bahagian atas pokok pula, buah digalakan berada berdekatan dengan batang pokok. Ini bagi  mengelakan himpunan buah durian yang banyak dan boleh menyebabkan dahan akan menjadi patah atau sekah. Kajian menunjukkan pokok durian sihat yang berumur lebih 10 tahun dibenarkan mempunyai bilangan buah sebanyak 50 - 150 biji sahaja untuk mendapatkan kualiti buah yang baik pada satu-satu masa . Apakah dia ciri-ciri kualiti bagi buah durian yang baik?. Baca artikel saya mengenai durian seterusnya.... 


3. Penjarangan Buah Durian
Penjarangan buah (fruit thinning) perlu dibuat dua kali setiap musim. Aktiviti Penjarangan Pertama boleh dibuat 30 - 35 hari selepas berbunga iaitu apabila putik durian sebesar limau nipis (lime). Putik buah durian yang bentuknya tidak normal, berpenyakit, rosak diserang perosak, kecil dan kedudukanya yang rapat perlu dibuang. Jumlah putik yang perlu dibuang bergantung kepada varieti durian, umur durian, jumlah putik dan kesuburan pokok durian tetapi perlu ingat tinggalkan tidak lebih dari 2 biji setiap kluster buah. Hasil kajian yang dibuat di Rayong, Thailand terhadap varieti Chanee mendapati, pokok durian yang berumur 15 tahun menghasilkan sebanyak 50,000 - 60,000 kuntum bunga sepokok. Jika tidak dibuat penjarangan, hasilnya adalah sebanyak 20% buah yang bersaiz besar, 40% bersaiz sederhana dan bakinya 20% bersaiz kecil. Purata  bagi keseluruhan berat buah ialah 1.5 kilogram sebiji. Sebagai perbandingan, apabila pokok yang sama dibuat penjarangan saiz purata buah menjadi 2.7 kilogram sebiji. Kajian selanjutnya menunjukkan jika hanya ditinggalkan 60 -70 biji buah sepokok, purata berat buah mencecah 5.0 kg sebiji!... Amboi besarnya buah durian itu. Varieti Kan You pula dibuat penjarangan dimana untuk psaran ekspot dibiarkan sebanyak 60 biji buah sahaja sepokok. Teknologi penjarangan buah durian ini telah ada petani di Malaysia yang mengamalkannya terutama pemilik pokok durian varieti D197 atau nama biasanya 'Raja Kunyit' atau nama popularnya 'Musang King' dibeberapa kawasan Gua Musang dan di Kg Tras, Bentong , di Pahang. Wallahualam!


Durian Chanee di Chantaburi seberat 6.5 kg.
MENJARANG BUAH ... BOLEH DILAKSANAKAN...
BUAH YANG SEDIKIT... KUALITI DITINGKATKAN... 
JANGANLAH SAYANG... PUTIK DIKURANGKAN...
MACAM MANA CARA... NANTI DIJELASKAN....

By,
M Anem
Room D-05, Hotel Idaman,
Jalan Utama,
Gua Musang,
Kelantan, 
Malaysia.
(23 March 2013).