Nafthalene merupakan satu produk berasaskan petrol iaitu dalam bentu 'Cincin Benzin' seperti foto disebelah. Dari segi kimia, gabungan dua atau lebih cincin benzenoids ini dikenali dengan nama 'polycyclic aromatic hydrocarbon' atau ringkasnya PAH yang tidak berapa kompleks bentuknya. Lazimnya bahan pejal nafthalene berwarna putih sementara jika didalam bentuk gas ia mempunyai bau amat kuat. Rujukkan daripada sumber wikipedia mendapati, kebanyakan produk nafthalene adalah dihasilkan daripada bahan 'coal tar' walau pun ada juga dihasilkan daripada proses penapisan minyak petrol dan ia semakin berkurangan dibuat. Beberapa sifat atau ciri nafthalene diman warna asalnya daripada putih, jernih sehingga kepada warna coklat. Ia akan menjadi gas pada tekananan 0.087 mmHg dan mempunyai berat molikular padda kadar128.18 g/mol. Bahan ini juga mempunyai kadar larut dalam air pada 3 miligram/1 liter air pada keadaan suhu bilik.
Dalam sektor industri pembuatan, nafthalene digunakan didalam pembuatan pewarna (dye), pemprosesan bahan plastik, resin. lubricant dan juga bahan bakar (fuels). Semua produk yang mengandungi bahan nafthalene mesti memakai label 'Awas' sehingga kepada label 'Merbahaya' yang mana ia memberi amaran tahap kepada penggunaan oleh pengguna. Amaran ini penting untuk syarikat memberitahu kesan kandungan toksik bahan aktif atau juga kombinasi kandungan tersebut dalam bahan yang berasaskan nafthalene. Beberapa rujukkan yang saya baca mendapati tahap toksik nafthalene atau LD50 bagi tikus adalah pada julat dari 2,200 mg/kg hingga 2,600 mg/kg. Kesan toksik kepada manusia menunjukkan simptom seperti pening-pening kepala, muntah-muntah atau nausea jika menerima dos berlebihan.
Dalam pertanian dan kegunaan dirumah, bahan nafthalene paling luas digunakan untuk setor simpanan bagi mengawal serangga perosak atau cloth moths (Tineolla biselliela) yang merosakan pakaian (Lihat foto sebelah). Penggunaan ubat gegat mengandungi bahan nafthelene dapat menghindarkan serangan perosak ini didalam tempat simpanan seperti dalam almari. Bauh kuat yang dikeluarkan daripada bebola ubat gegat menghalang kehidupan perosak ini. Nafthalene juga merupakan bahan penting bagi mengawal perosak tupai (squirel), Kelawar (Bats) dan juga haiwan perosak lain didalam dusun buah-buahan jika diamalkan teknologi atau cara penggunaannya. Semuga anda dapat info berguna dari penulisan mengenai nafthalene ini. Wasallam!!!...
BAHAN NAFTHALENE ...UNIK BUNYINYA...
UBAT GEGAT ... ANTARA PRODUK UTAMA....
DALAM PERTANIAN...BANYAK GUNANYA...
KAWALAN CARA IPM..TEKNIK TERBAIKNYA...
By,
M Anem
Taman Cendana
Jalan Istama, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(20 RabiulAwal 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.