Mesta agak berbeza dengan pokok manggis dari segi struktur buah, pokok, saiz dan beberapa ciri lagi. Mengikut perbincangan saya dengan Pembantu Pertanian daripada Pusat Pertanian Kg Awah, beliau nyatakan pokok mesta lazimnya kecil sedikit dan rendah berbanding dengan pokok manggis. Terdapat banyak daun yang lebat dan ianya rimbun dengan saiz daun agak kecil sedikit jika dibandingkan dengan pokok manggis. Lebih banyak jumlah dahan pada pokok mesta. Buah mesta berbentuk BULAT LONJONG dimana dibahagian bawahnya agak tajam sedikit dan bukan berbentuk 'bulat dempak' seperti buah manggis (Lihat foto paling atas). Jika dilihat isinya, mesta mempunyai susunan ulas yang hampir sekata dimana tidak ada yang berbiji besar seperti buah manggis. Lazimna ia mempunyai 6 ulas isi berwarna putih bersih dengan rasa amat manis. Paling istimewa mengenai mesta ini saya rasa kerana ia tidak mempunyai getah yang boleh mengotorkan tangan atau baju walau pun buah mesta baru dipetik. Saya amat suka akan buah mesta ini yang dipetik dari pokok disekitar kawasan dusun mesta di Temerloh apabila musim tiba. Harga buah mesta mungkin agak tinggi sedikit atau pun sama dengan buah manggis.
Beberapa kampong sepanjang Sungai Pahang di Daerah Temerloh seperti Kampong Bintang, Kg Badok, Kg Kuala Ira, Kg Purun, Kg Paya Salak, Kg Berhala Gantang, Kg Berhala Mandi, Kg Sawar dan Kg Teluk Sentang merupakan kawasan susun tradisional campuran yang banyak ditanam pokok durian dan manggis terutamanya buah manggis varieti Mesta (Lihat foto sebelah). Pokok ini ditanam bersama-sama dengan pokok durian, pisang, duku, langsat, rambutan, nangka, cempedak dan sebagainya didalam satu jenis dusun iaitu dusun campuran. Pengurusan dijalankan secara konvensional sehingga kurang menggunakan bahan kimia dimana hasil buah-buahan tersebut boleh di pasarkan dengan label 'Buah Organik' jika ada mereka buat permohonan untuk persijilan Skim Organik Malaysia diamalkan. Kepada mereka yang ingin mengetahui mengenai hebatnya buah mesta boleh berhubung dengan Jabatan Pertanian Negeri Pahang atau Pegawai Pertanian di Stesyen Pertanian Hortikultur, Kg Awah, Temerloh , Pahang. Wasallam!.
Pokok Mesta di Stesyen Pertanian Bukit Goh, Kuantan berumur 2 tahun lebih telah pun berbuah. |
MACAM MANGGIS... LAIN RUPANYA...
BENIH MAHAL..SUKAR MENDAPATNYA...
KEMPUNAN?... KETEMERLOH JAWABNYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Taman Cendana
Jalan Istana
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia.
(21 RabiulAwal 1434H)
TERIMAKASEH KEPADA SEMUA SANAK SAUDARA
DAN RAKAN-RAKAN YANG SUDI HADIR KE MAJLIS
PERKAHWINAN ANAK LELAKI SAYA PADA HARI INI
DI DEWAN BESTARI, AIR KEROH, MELAKA PADA
JAM 11.00 PAGI - 4.00 PETANG 9 FEBUARI 2013.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.