Saturday, December 22, 2012

PISANG : VARIETI DI MALAYSIA (Part 3)

PISANG (Musa spp) merupakan tanaman yang popular di Malaysia dan ditanam secara komersil dan skala kecil-kecilan dikeliling rumah. Banyak spesis pisang yang ada di negara kita tetapi hanya sebahagian sahaja yang di tanam secara komersil untuk tujuan makanan. Terdapat banyak juga jenis keluarga tanaman pisang yang ditanam sebagai Pokok Hiasan (Ornamental) dikeliling rumah, di taman bunga dan juga dikawasan kompleks bangunan pejabat atau kompleks membeli belah. Pisang Cavendish merupakan varieti pisang makan segar  yang paling popular diseluruh dunia. Pisang ini diminati oleh semua gulongan masyrakat sama ada orang kaya, orang miskin, dewasa, kanak-kanak dan sebagainya. Pisang mengandungi zat permakanan yang baik dan banyak memberikan tenaga kepada mereka yang perlukannya. Kali ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai beberapa varieti pisang yang popular di Malaysia sama ada anda tahu atau tidak.  


11.   PISANG KHAKI
Pisang Khaki atau 'Pisang kaki' merupakan varieti pisang yang lain daripada pisang yang kita jumpa kerana ianya berbentuk bulat dan leper. Nama lain yang digunakan untuk pisang ini adalah 'Pesimon' yang ditanam secara komersil di negara temperate. Negara China merupakan negara yang banyak menanam pisang kaki didunia dan dijual dalam bentuk pisang kaki segar atau pun pisang kaki kering. Pokok pisang kaki ini juga berbeza dengan pokok pisang biasa dimana keluarga (Family) tumbuhan tersebut bukan dari Keluarga Musaceae. Pisang kaki adalah berupa pokok seperti pokok jambu yng ada batang kayu, dahan, bung dan daun. Saya puas memetik buah pisang kaki semasa melawat China dan Korea beberapa tahun dulu. Bagaimana orang kita memberi nama pisang kaki ini agak mengelirukan kerana sukar untuk membuat ramalan.. macam kurang sesuai. Agaknya pisang kaki.... mampu diekspot keluar negara dari China oleh mereka yang dulu berjalan kaki dan buah tersebut dibalut dengan kain 'khaki' untuk menjamin kesegarannya.




12.   PISANG LEMAK MANIS

Pisang ini diantara varieti pisang yang saya paling suka makan. Pisang ini berzaiz kecil sekitar 6 - 10 cm panjang dan bersaiz 2-4 cm ukurlilit buah. Warna kulitnya hijau semasa muda dan akan menjadi kuning keemasan apabila masak. Pisang ini paling sedap dimakan segar dengan rasa yang sangat manis , aroma yang enak dan lemak. Kulitnya sangat nipis apabila masak. Isinya berwarna kuning dan mempunyai aroma yang sedap. Paling mudah untuk saya meneka bagaimana nama pisang ini diberikan kerana pastinya rasa buah pisang ini memang confirm lemak dan sangat manis!



13.   PISANG LIDI
Pisang ini jarang kita jumpa. Pernah satu masa dulu saya jumpa varieti pisang lidi di Kg Berisu, Masjid Tanah , Melaka sekitar awal tahun 1980'an semasa membuat lawatan keprojek pertanian disana. Pisang lidi yang muda berwarna hijau dan akan bertukar kepada kuning pucat apabila masak. Bentuk buahnya yang kecil dan memanjang mungkin menyebabkan pisang ini diberi nama pisang lidi. Pisang ini boleh dimakan segar dengan isi warna putik krim dan rasanya sederhana manis. Agak sukar untuk mencari anak benih pisang  lidi kerana jarang-jarang ditanam untuk tujuan komersil.



14.   PISANG MAS
Pisang Mas atau Pisang Emas merupakan varieti pisang yang pernah di ekspot keluar negara semenjak tahun 1980'an lagi. Pisang Emas mempunyai saiz buah sederhana kecil 9 - 14 cm dengan ukurlilit buah sekitar 3 - 4 cm. Warna kulitnya adalah hijau ketika muda dan bertukar warna kuning yang cantik apabila masak. Kulitnya nipis apabila masak dan mudah dikopek. Isinya manis berwarna kuning keemasan dan rasa yang sangat manis. Pisang Mas mempunyai aroma atau bau yang enak apabila masak dan lazimnya digunakan untuk makan segar. Pisang Mas mungkin mendapat nama dari warna kulit dan isinya seakan keemasan berdasarkan pantun :
Pisang Mas di bawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang Emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati,


15.   PISANG MERAH
Pisang Merah merupakan varieti pisang yang mempunyai kulit berwarna merah atau ungu kemerahan. Pisang ini mempunyai isi warna putih bagaimana pun isinya tudak berapa manis seperti pisang mas. Terdapat rasa agak kelat jika buah dimakan sebelum cukup masak. Buah ini sesuai dijadikan tanaman ornamental dimana ianya amat menarik untuk dipamerkan, Saya pernah menggunakan pisang ini (saiz kecil) untuk dijadikan 'burung pipit haji' sebagai pemikat dengan membuang bahagian hujung buah sama seperti burung pipit haji zaman remaja dulu. Burung pemikat ini akan di pacak dikawasan sawah padi dan di pasang getah pelekat pada kayu. Apabila burung pipit haji hinggap pada kayu yang bergetah, kakinya akan melekat dan kita ambil dan buang getah pada kakinya. Pada masa itu seekor burong pipit haji boleh dijual 20 - 30 sen seekor!
Burung pipit haji.

Banyak varieti pisang yang kita jumpa di Malaysia.


PISANG KAKI... BUKAN TEMPATAN....

PISANG MAS... MUDAH TANAMAN...
PISANG MERAH.... MERAH KEHITAMAN...
PALING SUKA... PASTI BUKAN PISANG HUTAN...

By,

M Anem
Kg Berisu,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(13 Muharram 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.