Thursday, November 15, 2012

BELALAI GAJAH - BERITA HARIAN

BELALAI GAJAH (Clinacanthus nutans) merupakan sejenis herba yang di katakan ajaib kerana mampu merawat penyakit kanser walau pun pada tahap kanser yang serius. Berita Harian (BH) pada 12 November 2012 ada melaporkan sebanyak 3 mukasurat mengenai khasiat Belalai Gajah dan industri herba ini berdasarkan kepada penyelidikan oleh wartawan Nazarudin Sahari dalam ruangan FOKUS MEGA. Saya kali pertama kenal dan membuat ujirasa herba belalai gajah pada Oktober 2011 setelah berpeluang melawat projek tanaman ini di Negeri Sembilan. Daun belalai gajah atau dikenali juga sebagai 'Sabah Snake Grass' telah lama dikenalpasti mempunyai anti-oksidan yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Orang yang mempunyai masaalah kesihatan seperti masaalah kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetis dan gastrik didakwa boleh mendapat menafaat dari daun belalai gajah ini. Artikel sempena curi Awal Muharram ini saya menulis laporan berita mengenai belalai gajah dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan dan rujukkan semua pembaca blog ini dari Bandar Gua Musang, Kelantan.


Laporan daripada Majlis Kanser Negara (MAKNA) menyatakan, terdapat 11 juta manusia yang menghidap penyakit kanser seluruh dunia dengan kematian sebanyak 6 juta setahun. Di Malaysia pula dilaporkan oleh MOH terdapat seramai 45,000 orang menghadapi masaalah kanser dimana laporan tersebut menyatakan tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan daripada kematian. Seorang pengusaha yang dilaporkan oleh BH iaitu Syarikat You Dun Chao Farm Sdn Bhd telah memajukan tanaman belalai gajah sebagai produk moden yang bertujuan membantu pesakit kronik. Syarikat ini mempunyai 15 ekar tanah yang terletak di Sendayan , Negeri Sembilan untuk pengeluaran daun belalai gajah secara komersil.  Ladang moden herba ini merupakan satu daripada projek NKEA dibawah EPP1 untuk membangunkan industri herba negara.


Walau pun belum ada kajian saintifik dan klinikal mengenai khasiat daun belalai gajah, tetapi didakwa telah pun banyak testimoni mengenai khasiat belalai gajah terutama kehebatannya dalam menyembuhkan penyakit kronik seperti penyakit kanser. Dikalangan masyarakat China, daun belalai gajah telah lama digunakan sebagai satu bahan herba untuk merawat masaalah penyakit kanser. Kebanyakan daun segar dimakan dalam bentuk asal sebanyak 100 helai sehari tanpa gagal untuk mengawal penyakit kanser. Cara ini agak sukar untuk dilaksanakan kerana masaalah bekalan daun segar dan juga mereka yang tidak suka makan daun seperti ulam untuk memakannya. Syarikat Taman Herba YPL pula yang terletak di Kuala Klawang juga telah menghasilkan ekstrak daun belalai gajah yang dijadikan bentuk suplement dalam bentuk moden yang mudah diambil atau dimakan.


Memetik belalai gajah.
Tanaman ini perlukan masa 3 bulan untuk dituai selepas ditanam dengan amalan agronomi yang disyorkan. Hasil kutipan sebanyak 1 metrik tan seekar dipetik secara maual dan diproses menggunakan kaedah pemprosesan moden. Daun yang dikutip akan dicuci sebelum dikeringkan dengan ketuhar dan kemudian direbus sehingga pekat. Cecair tersebut kemudian akan diekstrak sehingga menjadi serbuk belalai gajah. Kaedah pemprosesan dikilang ini mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Syarikat You Dun Chao mampu menghasilkan sebanyak 2,000 kotak belalai gajah dengan jenama UTurn yang diedarkan kepada sebanyak 2,500 pengedar disekitar Lembah Kelang. BH juga melaporkan yang syarikat ini boleh dihubungi melalui talian 03-79828268 atau 012-3939791. Ini merupakan satu kejayaan awal kerajaan mungkin dalam membangunkan industri herba negara.

HERBA BERKHASIAT.... BELALAI GAJAH...
POKOK RENEK... PENANAMANNYA MUDAH...
PENYAKIT KANSER... DIPERCAYAI SEMBUH...
PRODUK MODEN .... DIPASARKAN SUDAH...

By,
M Anem
Room 2351, Nan Yang Hotel,
Gua Musang, Kelantan,
Malaysia
(2 Muharram 1434H)


     

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.