Tuesday, October 2, 2012

KITARAN HIDUP TUMBUHAN

KITARAN HIDUP TUMBUHAN (Plants Life cycles) banyak bergantung kepada kaedah pembiakan tumbuhan sama ada ianya secara ASEXUAL atau SEKSUAL.  Baka tumbuhan di tentukan oleh gene yang mengandungi kromosom ddidalam sel tumbuhan dari satu generasi kepada genarasi secara berterusan.Bilangan gene dalam sel ini akan membentuk GENOTAIP tumbuhan dimana apabila tumbuh dalam persekitaran akan membentuk ciri-ciri marfologi tumbuhan tersebut.  Jelas menunjukkan pembiakbakaan tanaman (plant propogation) adalah berfungsi sebagai mengekalkan genaotaip tumbuhan (preserved a particular genotype) atau Kombinasi beberapa Genotaip (Combination of genotypes). Pembiakan tumbuh-tumbuhan berlaku semanjak dulu dengan menghasilkan tumbuhan baru sama ada secara semulajadi atau dijalankan oleh manusia dengan kaedah penanaman dan pembiakbakaan berterusan. Arikel kali ini saya menulis mengenai kitaran hidup tumbuhan dan perkara yang berkaitan dengan pembiakbakaan tumbuhan dalam 'Anim Agro Technology' berdasarkan daripada sebuah buku lama berjudul "Plant Propogation - Principles and Practices" yang ditulis oleh Hudson T. Hartman dan Dale E. Kester terbitan Prentice Hall, London (1975).


Pembiakan secara Seksual biasanya di mulakan dengan pokok induk yang menghasilkan BIJI BENIH hasil daripada proses pendebungaan. Ciri-ciri genetik merupakan kombinasi diantara kedua-dua gene pokok induk hasil daripada proses tadi. Pembiakan melalui bijibenih lazimnya menghasilkan sedikit perbezaan (variation) daripada ciri-ciri pokok induk tumbuh-tumbuhan dan akan berlaku pada peringkan Reproduktif. Seorang pembiakbaka perlu mengawal kaedah pembiakan ini untuk mempastikan genetik baka pokok induk dapat dikekalkan semaksima  mungkin walau masaalah ini pasti akan timbul. Prosedur dan peraturan dalam kaedah pembiakan tumbuhan seksual ini perlu dijalankan dengan ketat. 


Pembiakan Aseksual tumbuhan pula berlaku melalui kaedah pembiakan vegetatif (vegetative methods of propagation). Pelbagai teknik pembiakan tampang dibuat dimana kaedah ini dapat mengekalkan baka mengikut ciri-ciri induk asal (true -to- type offspring). Genotaip tumbuhan yang dibiakan cara iin dapat dikekalkan dan lazimnya sesuai utuk penghasilan anak yang banyak serta cepat. Peringkat awal tumbuhan bermula dari biji benih yang mengandungi embryo sebelum bercambah menjadi anak pokok. Pada peringkat awal tumbuhan atau peringkat 'Juvenile' berlaku pemanjangan sel batang , pertambahan akar dan pucuk dan daun mengikut ciri yang ada pada tumbuhan tersebut. Pokok peringkat vegetatif ini akan terus membesar sehingga ketahap peringkat reproduktif. Semasa ini tumbuhan akan menghasilkan bunga, buah dan biji untuk meneruskan kesinambungan tumbuhan terus hidu diatas mukabumi ini. 

KITARAN HIDUP TUMBUHAN... UNIKNYA...
ADA PERINGKAT BENIH...AWAL MULANYA...
BENIH BERCAMBAH... KECIL SAIZNYA...
BILA DAH MATANG... BIJI BENIH HASILNYA...

By,
M Anem
Agronomist
Johor
Malaysia
(8 Zulkaedah 1433H).
  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.