Monday, October 8, 2012

HERBA TERPILIH DI MALAYSIA (1)

TANAMAN HERBA di Malaysia merupakan satu industri baru yang mendapat galakkan daripada kerajaan melalui projek NKEA di bawah EPP1 iaitu Pembangunan Indsutri Herba. Terdapat banyak jenis herba yang boleh di komersilkan dibawah pprogram ini seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Dokong Anak, Belalai Gajah dan sebagainya. Laporan daripada Buku Agromakanan 2010 yang di terbitkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menunjukkan terdapat seluas 3,368 hektar tanaman herba.  Negeri Pahang merupakan kawasan dimana aktiviti penanaman herba dijalankan iaitu seluas 2,593 hektar diikuti dengan Johor (324 hektar) dan Kelantan (291 hektar). Negeri lain yang ada melaporkan mengenai tanaman herba adalah seperti Perlis (64 hektar), Melaka (50 hektar), Selangor (25 hektar), Kedah (14 hektar), Melaka (3 hektar) dan Pulau Pinang (3). Tidak ada maklumat daripada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Perak. Laporan tersebut menyatakan hanya beberapa jenis herba yang dimasukkan didalam laporan seperti tanaman cekur, misai kucing, pegaga, lidah buaya, Mengkudu, Teh, Tongkat Ali, Sireh dan Serai wangi. Artikel subuh sabtu ini lepas solat subuh saya menulis mengenai pengeluaran herba terpilih berdasarkan laporan tersebut didalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan anda semua.


Cekur (Kaempferia galangga) merupakan sejenis tanaman herba dari keluarga Zingiberaceae yang juga dipanggil sebagai 'Kencur' didalam bahasa Jawa. Tanaman ini amat mudah ditanam diatas tanah atau didalam pasu disekeliling rumah dan tidak mempunyai sebarang masaalah serius dengan serangan penyakit dan perosak. Terdapat seluas hanya 2 hektar tanaman cekur pada 2005 tetapi keluasan ini bertambah kepada seluas 14 hektar pada tahun 2011. Daripada jumlah tersebut sebanyak 51 metrik tan cekur segar dihasilkan dengan anggaran pengeluaran sebanyak 3.5 metrik tan sehektar. Kawasan utama penanaman cekur adalah di Negeri Johor, Selangor dan juga sedikit di Melaka. Cekur adalah tanaman yang cepat berhasil dimana selepas 3-4 bulan kita sudah boleh memetik daunnya uuntuk dijadikan ulam atau ramuan masakkan. Penuaian umbisi (rizom) cekur bagaimana pun dijalankan selepas 10 - 12 bulan selepas ditanam bergantung kepada sistem pengurusan dan penjagaan. 


Misai Kucing (Ortosiphon stamineus) merupakan sejenis herba yang kini ditanam secara komersil walau pun asalnya ia tumbuh liar dikawasan semulajadi. Penanaman misai kucing lazimny dijalankan diatas batas yang mempunyai sistem saliran yang baik dari jenis tanah yang subur.  Laporan yang saya perolehi mendapati hanya seluas 59 hektar tanaman misai kucing diusahakan pada tahun 2005 dan telah meningkat kepada 67 hektar (2007) pada tahun 2011 ditanam seluas 110 hektar. Anggaran penghasilan misai kucing pada 2011 adalah sebanyak 606.5 metrik tan dengan anggaran penghasilan sebanyak 5.5 metrik tan sehektar misai kucing segar. Kajian saya mendapati dua jenis varieti misai kucing yang popular di tanam adalah jenis Misai Kucing Bunga Putih (MOS01) dan juga Misai Kucing Bunga Ungu (MOS02) seperti mana yang dikaji oleh FRIM.


Lidah Buaya (Aloe vera) merupakan satu lagi tanaman dalam kategoori tanaman herba yang kini ditanam secara komersil. Herba dari keluarga Xanthoraceae ini mengeluarkan lendir yang mengandungi bahan antioksidan yang baik untuk kesihatan dan bahan kosmetik. Terdapat lebih daripada 200 jenis spesis Lidah Buaya tetapi spesis dari Barbadensis merupakan yang paling banyak dikomersilkan. Penanaman lidah buaya secara komersil kebanyakannya adalah untuk dijadikan bahan komestik dan makanan kesihatan. Laporan menunjukkan hanya seluas 84.8 hektar tanaman lidah buaya ditanam pada tahun 2005 dan telah meningkat kepada 264.3 hektar (200&) dan pada tahun 2011 terdapat seluas 206 hektar sahaja. Anggaran penghasilan lidah buaya di Malaysia adlah sebanyak 3.48 metrik tn sehektar dengan jumlah hasil pada 2011 dianggarkan sebanyak 814 metrik tan lidah buaya segar. Saya dapati trend penanaman lidah buaya akan menurun pada tahun 2012 kepada hanya 124 hektar sahaja.

TANAMAN HERBA.... EPP1 PROGRAMNYA....
SUSAH DITANAM... SUKAR CARI BENIHNYA....
HARGA TAK MENENTU... PENING DIBUATNYA....
KONTRAK FARMING.... MUNGKIN SELESAIKANNYA...

By,
M Anem
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(21 Zulkaedah 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.