Buah rambai ada yang jenis Manis tetapi kebanyakkanya Masam. Terdapat beberapa jenis buah rambai yang boleh dikomersilkan jika kajian lanjut dibuat oleh pihak2 berwajib bersama-sama pakej teknologi yang sesuai. Kegunaan lain pokok rambai ialah untuk dijadikan pokok hiasan, pokok naungan selain dari kayunya yang boleh dijadikan tiang atau perabut atau ukiran. Buah rambai boleh di makan segar dengan memakan isinya dan dibuang kulitnya. Selain itu kulit buah rambai boleh dikeringkan selama 2-3 hari untuk dibuat halwa, jeruk dan sebagainya. Kulit yang telah kering berwarna hitam jika di proses jadi serbuk yang dipercayai mampu melicinkan kulit muka. Kulit batang pokok rambai juga boleh digunakan sebagai bahan pewarna. Batang Rambai dewasa boleh digunakan sebagai tiang walau pun kualiti kayunya agak rendah. Ada orang yang akan ambil kulit kayu rambai dan dicampurkan dengan kayu sepang dan akar senduduk yang dijadikan warna merah untuk mewarnakan kain batek.
Buah rambai lazimnya di makan mentah sebagai buah-buahan segar. Kalau jenis rambai manis memang boleh terus dimakan tatapi masaalahnya adalah kerana isi rambai melekat pada bijinya. Lazimnya orang akan makan rambai dan menelan terus akan biji rambai kedalam perut sekali gus. Sehingga kini belum ada kes orang menghadapi masaalah dengan menelan biji buah rambai. Zaman dahulu mereka akan buang air besar dibelakang rumah, akhirnya biji rambai yang di telan akan tumbuh merata di belakang rumah selepas biji tadi tumbuh dan menjadi pokok. Ada beberapa kegunaan buah rambai iaitu untuk diproses menjadi alkohol dibeberapa negara terutama dikawasan pendalaman. Kepada sesiapa yang suka makan kulit buah rambai boleh di buat sambal, kerabu dan dimakan sebagai ulam-ulaman.
Khasiat perubatan pokok dan buah rambai kurang diketahui. Bagaimana pun En C.H. Ong dalam bukunya 'BUAH- KHASIAT MAKANAN DAN UBAT' ada menyatakan beberapa khasiat dari pokok rambai. Pokok rambai yang ada kulit boleh di ambil kemudian ditumbuk lumat dan cecairnya akan diperolehi dengan memerahnya. Katanya cecair tersebut sangat baik untuk dijadikan ubat mata atau mata yang merah. Kulit pokok rambai juga boleh di jadikan losen dan ianya didakwa sangat mujarab untuk menyembuhkan banyak jenis sakit kulit seperti panau, kurap, ulat air dan sebagainya. Satu perkara lagi mengenai kulit pokok rambai adalah ianya dijadikan sebagai satu ramuan rempah-ratus dan ianya direbus untuk diminum oleh ibu-ibu yang bersalin. Kesanya dapat menyihatkan ibu tersebut. Rambai memang diketahui banyak mengandungi Vitamin C yang tinggi selain dari mengandungi serabut, gula, protin dan air.
KHASIAT RAMBAI...PADA KULITNYA...
RAMBAI MANIS...JARANG JUMPANYA....
BIJI DITELAN...TUMBUH KEMUDIANNYA...
PENGUBAT MATA...MEMANG PERANANNYA...
By,
M Anem
Kg Tehel, Jasin,
Melaka, Malaysia.
(6 Shawal 1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.