Thursday, September 20, 2012

AUXIN

AUXIN adalah sejenis bahan hormon tumbuh-tumbuhan yang banyak terlibat dengab aktivit pembesaran tumbuhan sebagai penggalak pertumbuhan (Growth Regulator). Perkataan 'Auxin' sebenarnya adalah perkataan  berasal dari bahasa latin yang membawa maksud sebagai 'untuk membesar' atau 'untuk tumbuh' (To increase/To Grow) kepada tumbuh-tumbuhan yang hidup. Hormon auxin merupakan hormon tumbuh-tumbuhan yang pertama sekali di jumpai oleh saintis berbanding dengan hormon-hormon lain iaitu pada tahun 1937. Apa yang saya belajar di universiti pada tahun 2 dahulu menyatakan, Auxin sebenarnya hormon tumbuhan yang mempunyai komponen kimia dipanggil sebagai Indola-3-acetic acid (Ringkasnya disebut sebagai IAA).  Peranan auxin dalam tumbuh-tumbuhan adalah untuk tumbesaran sel-sel tumbuhan terutamanya dalam proses pemanjangan bahagian batang tumbuhan (stem elongation). Malam Ahad ini saya akan menulis sejenis hormon tumbuhan yang penting dalam 'Anim Agro Technology' untuk rujukkan dan makluman semua pembaca berdasarkan daripada merujuk beberapa buah buku sains dan pada laman sesawang berkaitan.

Auxin atau IAA adalah sebatian kimia yang boleh dihasilkan dimakmal iaitu bahan kimia dikenali sebagai Asid Amino Tryptophan iaitu  bahan kimia yang sama seperti yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan di bahagian meristem yang aktif pada pucuk, daun dan buah. Melihat kepada rajah auxin disebelah, ianya merupakan satu ikatan unsur yang sangat mudah untuk difahami. Auxin dalam kepekatan normal merupakan bahan hormon yang sangat penting untuk tumbesaran pokok terutamanya di bahagian pucuk, daun, buah dan akar. Bagaimana pun saya tahuu yang auxin juga dalam kepekatan yang tinggi akan menyebabkan kemusnahan kepada sel tumbuh-tumbuhan sehingga bahan ini dijadikan sebagai racun rumpai yang sangat berkesan. Pembacaan saya dibeberapa buku mendapati auxin merupakan racun yang sangat kuat seperti jenus racun rumpai 2,4-D dan 2,4,5-T (2,4,5 trichlorophenoacetic acid). Racun herba ini (Herbicides) sangat berkesan untuk mematikan  tumbuhan berdaun lebar kumpulan dicots (Broad-leaf dicot plants) berbanding dengan tumbuhan berdaun tirus monocots (Narrow leaf-plants - monocots). Saya juga memang pernah menggunakan bahan atau hormon ini ketika buat projek tahun akhir untuk menggalakkan proses pengakaran keratan dahan koko (Theobroma cacao) dalam proses pembajan tampang tanaman tersebur dalam pelbagai rawatan kepekatan.


Fungsi Auxin dalam alam tumbuh-tumbuhan amat signifikan. Peranan utama auxin dalam tumbesaran tumbuhan termasuk proses pemanjangan sel batang, penghasilan bunga, penghasilan buah dan pengeluaran akar timbuhan. Berikut adalah fungsi sebenar auxin dalam tumbuh-tumbuhan:-
  • Menggalakan pemanjangan sel (Stimulates cell elongation) 
  • Menggalakkan pembahagian sel pada kambium (Stimulates cell division in the cambium and, in combination with cytokinins in tissue culture) 
  • Mengalak perbezaan sel pada Xylem dan Phloem (Stimulates differentiation of phloem and xylem) 
  • Menggalakkan pengeluaran akar kepada keratan batang (Stimulates root initiation on stem cuttings and lateral root development in tissue culture) 
  • Membantu dalam respon pelenturan dahan sebagai kesan oleh graviti dan cahaya (Mediates the tropistic response of bending in response to gravity and light) 
  • Auxin yang dikeluarkan daripada bahagian pucuk akan mengurangkan tunas lateral keluar (The auxin supply from the apical bud suppresses growth of lateral buds) 
  • Melambatkan proses penuaan tumbuhan (Delays leaf senescence)
  • Menghalang pengeluaran bahan etilin pada daun dan buah (Can inhibit or promote (via ethylene stimulation) leaf and fruit abscission) 
  • Membantu proses pembentukkan buah sesetangah tumbuhan (Can induce fruit setting and growth in some plants) 
  • Telibat dalam membantu dalam sistem pengangkutan dalam Phloem (Involved in assimilate movement toward auxin possibly by an effect on phloem transport) 
  • Melambatkan proses kematangan buah (Delays fruit ripening) 
  • Menggalakkan proses pengeluaran bunga (Promotes flowering in Bromeliads) 
  • Membantu dalam tumbesaran bahagian bunga tumbuhan (Stimulates growth of flower parts )
  • Membantu menghasilkan bunga betina pada tumbuhan jenis diosious (Promotes (via ethylene production) femaleness in dioecious flowers)
  • Membantu dalam pengeluaran bahan etilin dalam kepekatan tinggi pada tumbuhan (Stimulates the production of ethylene at high concentrations)

Pembaca blog 'Anim Agro Technology' kini boleh faham apa itu hormon tumbuhan jenis Auxin atau lebih popular dengan IAA. Bahan ini banyak dikomersilkan dalam bidang pertanian sebagai hormon penggalak pertumbuhan, pembungaan, pengakaran dan penghasilan buah. Banyak jenama dipasaran yang menghasilkan bahan auxin atau IAA untuk digunakan oleh para petani. Pilih produk yang berkualiti, mempunyai label yang lengkap dan mudah digunakan. Banyak hormon-hormon tumbuhan lain berkait dengan hormon aucin ini dan sangat berkait diantara satu sama lain. Pengerahuan kita dalam mengenali apa itu auxin memudahkan kita dalam asek pembelajaran imlu BioKimia.  Semuga mendapat ilmu dari entry kali ini. Walallam!

NAMANYA AUXIN... IAA JUGA GELARANNYA....
PEMANJANGAN SEL BATANG..PERANANNYA...
PENTING DIKETAHUI... BANYAK FUNGSINYA...
SUDAH MEMBACA.... DIMANA MEMBELINYA...

By,
M Anem
Room 214, Hotel Season Views,
Lorong Hj Abd Rahman, 2500,
Kuantan, Pahang,
Malaysia
(3 Zulkaedah Syawal 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.