Wednesday, July 4, 2012

PASARAN PRODUK ORGANIK

PRODUK ORGANIK (Organic produce) dihasilkan melalui satu sistem penanaman mengikut budaya Perladangan Organik (Organic Agriculture - OA) dengan menghasilkan hasil yang mempunyai logo Produk Organik. Pemasaran produk ini sering dikaitkan dengan "Pemasaran Khusus" atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai "Niche Market" iaitu kaedah pemasaran yang khusus penngguna atau pembeli khusus dimana dijual di tempat yang khusus sahaja. Beberapa agensi kerajaan, Syarikat, NGO, Individu dan persatuan banyak kali mencuba dan mempromosikan produk organik untuk di pasarkan dengan skala lebih meluas tetapi masih lambat status perkembangannya. MENGAPA ini berlaku?. Artikel pagi Rabu ini saya menulis persoalan ini untuk di renung bersama dalam 'Anim Agro Technology' selepas menghadiri satu seminar 'National Organic Agriculture Seminar 2012' yang diadakan di Hotel Armada, Petaling Jaya , Selangor untuk pengetahuan bersama.


Apakah jenis dan bentu produk organik yang ada dipasaran untuk dijual?. Pada masa ini pemerhatian saya mendapati yang produk organik tempatan sedia untuk dijual seperti Sayuran Daun (Tanah Tinggi dan Tanah Rendah), Buah-buah (Terhad jenisnya dan kuantitinya), Cendawan (Khususnya cendawan Tiram Kelabu),Herba/Rempahratus serta makanan siap proses. Kebanyakan produk ini dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit dengan tidak banyak varieti. Produk organik di usahakan oleh beberapa ladang kecil Individu (Individual farms) dan dalam bentuk perusahaan keluarga atau pun syarikat kecil yang beroperasi ditanah sendiri atau sewa. Terdapat juga plot-plot pemerhatian dan Projek Organik anjuran Jabatan Pertanian yang menjual produk organik di Malaysia. Selain itu terdapat produk proses organik dipasaran seperti 'Bean curd', Mee, Sos, Jem, Roti, Jem dan beberapa lagi. Saya dapati selepas lebih 20 tahun produk organik di hasilkan, masih banyak isu mengenai pasaran produk ini di negara kita. KENAPA ini berlaku? Adakah kita akan terus maju kehadapan mengenai perkara ini ? Kenapa kesedaran orang ramai mengenai perkara ini kurang memberangsangkan?


Saya mendengar pembentangan kertas oleh En Tan Siew Luang, seorang aktivis dalam Perladangan Organik yang menyatakan terdapat beberapa halangan menyebabkan pembangunan perladangan organik di negara kita. Katanya OA memang kurang sokongan dari kerajaan dan para penyelidik merupakan salah satu faktur disamping kekurangan insentif dan pinjaman kemudahan kewangan. Dakwanya sistem Persijilan SOM dikatakan sangat perlahan dan ianya lebih berorientasikan untuk tujuan pasaran ekspot. Kebanyakan ramai orang berfikir yang produk organik adalah untuk diekspot dan kurang berfikir untuk  pasaran domestik. Pengguna pula tidak sanggup untuk membayar lebih produk organik kerana mereka boleh mendapatkan produk yang lebih berkualiti (produk konvensional) dengan harga lebih murah. Dikalangan pengusaha dan pengeluar, mereka lebih memikirkan faktur keuntungan dengan membuat analisa untung-rugi. Kebanyakan merka beroperasi secara bersendirian.  Mereka mendakwa masih kekurangan teknologi OA, masaalah kekangan tenaga buruh yang meruncing, isu pemasaran yang kurang tersusun dan masaalah persijilan yang agak lama.


Beberapa kaedah penambahbaikan bagi memajukan perladangan organik di negara kita mesti melibatkan semua pihak berkaitan. Pihak Penyelidik perlu membuat lebih banyak kajian mengenai perladangan organik untui mendapatkan teknologi paling baik bagi menghasilkan varieti tanaman, kaedah pembajaan, pengurusan kebun, jenis-jenis mikrob dan kaedah lepas tuai terbaik untuk produk tempatan. Pembuat dasar juga perlu memikirkan isu tanah untuk ladang organik, pinjaman kewangan, pendidikan, pemindahan teknologi serta pentingnya produk organik yang selamat dimakan demi kesihatan.  Promosi penggunaan produk organik saya fikir perlu di utamakan kepada pasaran tempatan dahulu sebelum di war-warkan untuk pasaran ekspot. Banyak negara telah mengekspot produk organik secara global dengan pelbagai produk, label dan sistem pemasaran. Walau pun banyak pihak menyatakan sistem persijilan agak lambat, perkara ini boleh di tambahbaik dengan beberapa pendekatan. 


Sokongan dari syarikat2 koporat terhadap perladangan organik boleh membantu mempercepatkan kemajuan OA. Apa lagi dengan promosi oleh pihak media aeperti media eletronik, suratkhabar dan pameran yang aktif. Dikalangan petani dan pengeluar pula, mereka perlu bersatu dan membuat strategi pemasaran berpusat (centralised) dengan menjaga kualiti produk melalui SOP perladangan organik yang betul mengikut pakej teknologi. Kaedah perladangan yang betul akan mementukan kawalan kualiti hasil organik dan elakan daripada menggunakan bahan-bahan yang terlarang. Satu kali berlaku kecuaian dalam intergriti amalan pertanian organik akan menjejaskan keseluruhan kepercayaan pengguna terhadap produk organik. Kaedah lepas tuai produk organik dan kaedah pembungkusan produk organik yang sempurna dan menarik mampu meningkatkan kualiti, penyimpanan, harga dan kepercayaan pengguna.  Lebih banyak aktiviti promosi perlu dijalankan untuk meningkatkan penjualan produk organik.


ADAKAH ANDA ... KENAL PRODUK ORGANIK?...
DI MANA DI JUAL .... ADAKAH IANYA UNIK?...
TERDAPAT LOGO ... BUNGKUSAN AGAK PELIK...
KALAU HARGA MAHAL... JANGAN PANIK...


By,
M Anem
Putrajaya,
Malaysia
(14 Syaaban 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.