Sunday, July 8, 2012

PASARAN ORGANIK

PASARAN PRODUK ORGANIK kini telah berkembang dengan baik berbanding dengan perkembangan pasaran produk organik di negara kita. Menurut Mr Vitoon Panyakul iaitu Presiden Green Net Thailand (satu badan aktif dengan perladangan organik di Thailand) yang berbincang dengan saya menyatakan semenjak tahun 2000 pasaran produk organik di Thailand meningkat pada paras amat ketara. Walau pun banyak usaha dijalankan untuk mempromosikan pasaran produk organik semenjak tahun 1990 dijalankan, ianya telah jatuh merudum pada tahun hujung 1990'an akibat krisis ekonomi dan ketidakstabilan arena politik tempatan. Jumlah nilai pasaran produk organik pada tahun 2006 direkodkan sebanyak 948 juta Baht dimana sebanyak 520 juta Baht adalah untuk pasaran domestik dan selebihnya sebanyak 428 juta Baht adalah untuk pasaran ekspot. Artikel Anim Agro Technology malam ini berkongsi maklumat mengenai kemajuan pasaran produk pertanian organik di negara Thailand berdasarkan perbincangan peribadi saya dengan Mr Vitoon Panyakul pada 3 Julai 2012 di Petaling Jaya.


Pemasaran produk organik melalui beberapa outlet khas seperti di Supermarket dan Hypermarket sahaja dimana terdapat rak-rak khas yang mempamerkan produk organik menggunakan pelbagai label 'certified organic'.  Kajian yang di jalankan di Thailand menunjukkan dikalangan pengguna dan pembeli produk organik terdiri daripada Keluarga yang mempunyai anak kecil (Healthy Young Baby Families) sebanyak 20%, Keluarga Pesakit (Patient Families) sebanyak 20%, Individu Bergaya yang Kaya (Healthy Lifestyles Individuals) sebanyak 21%, Warga Asing (Expat Families) sebanyak 16% dan Keluarga Emas (Aging Families) sebanyak 12%. Antara produk organik yang ada di pasaran adalah seperti Beras Organik (Beras Putih dan Beras Perang dengan jemana Hom Mali, Lueang-On, Red Jasmine), Produk Kekacang (Kacang Soya, Kacang Tanah), Produk Proses (Mee, Buah-buahan dalam tin), Produk Sayur-sayuran (Babycorn, Asparagus, Salads, Chinese vegetables) dan Madu Asli. Produk lain adalah seperti Buah-buahan (Pisang, Papaya, Nenas, Nangka, Mangga, Longan), Teh Herba (Teh, Teh Bunga dan Teh Herba), Produk Akuakultur (Udang Harimau, Ikan) dan Peralatan Komestik (Sabun, VCO).   


Kajian mengenai kesedaran pengguna mengenai produk organik yang dijalankan oleh Green Net Thailand mendapati 62% pengguna tahu mengenai Produk Organik. Sebanyak 80% mereka pula ada membeli produk organik. Daripada jumlah tersebut, 90% pembeli menyatakan mereka membeli produk organik untuk tujuan kesihatan dan jaminan keselamatan produk organik untuk makanan. Bagaimana pun menjawab kepada soalan sama ada mereka tahu apa iitu produk organik dan bagaimana penciriannya, hanya 19.5% tahu perkara tersebut. Ramai juga pengguna keliru (confused) dengan penggunaan label berkaitan organik dan Q-Mark yang ada pada label. Hampr separuh daripada responden kata terlalu banyak label dipasaran dan tidak dapat pastikan yang mana satu label yang BETUL atau tidak betul. Foto diatas menunjukkan terdapat pelbagai label berkaitan label produk organik di seluruh dunia. Di Thailand sahaja terdapat 4 persijilan berkaitan organik dan jika di bawa masuk label dari seluruh dunia terdapat berpuloh-puloh label berkaitan produk organik. Mungkin perlu ada perbincangan dikalangan pengeluar dan penjual untuk mendapatkan satu standard label organiks di seluroh dunia. Cara ini mungkin ambil masa lama kerana ianya melibatkan banyak pihak termasuk NGO, Kerajaan, Persatuan dan Pengguna. Wallahualam!


LABEL PRODUK ORGANIK... BANYAKNYA...
ADA YANG LOKAL...LABEL IMPOT CANTKNYA...
PENGGUNA KELIRU ... MANA PILIHANNYA....  
JAMINAN BERKUALITI...BELI PUASHATINYA...


By,
M Anem
Ringlet, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia
(15 Syaaban 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.