Wednesday, July 11, 2012

KENAL KAMBING

KAMBING (Capra hicus) merupakan sejenis haiwan ruminan kecil yang terletak dalam keluarga Bovidae atau Sub-Famili Caprinae. Saya mengenali akan haiwan kambing sebagaimana anda pernah lihat atau kenal akan haiwan ini yang di ternak oleh penternak kambing secara kecil-kecilan atau berskala besar secara komersil. Pemasaran daging kambing di Malaysia banyak bergantung kepada musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Kurban dan juga semasa perayaan Deepavali. Permintaan pada waktu puncak ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengimpot daging kambing dari luar negara untuk menampong kekurangan. Penternakan kambing yang terancang dan sistematik mampu menjana pendapatan lumayan dimana kebanyakan bahagian kambing boleh di jadikan duit selain daripada daging kambing seperti tahi kambing, kulit kambing, tanduk kambing, susu kambing dan sebagainya. Malam ini saya menulis untuk kenal kambing berdasarkan pembacaan beberapa buah buku dan artikel dalam Anim Agro Technology untuk di kongsi bersama.




Daging kambing merupakan daging yang mengandungi kolesterol paling rendah iaitu cuma 63.8 g setiap 1 kg (Rujuk data diatas) berbanding dengan kandungan kolesterol dalam daging ayam (76 g), Lembu (73.1 g), Bebiri (78.2 g) dan Khinzir (73.1 g). Kandungan bahan lemak, Lemak Tepu dan Protin sila rujuk pada rajah jadual di atas. Kandungan tenaga juga paling rendah dalam daging kambing iaitu cuma 122 kcal berbanding dengan sebanyak 180 kcal dalam daging khinzir.  Kadar perkapita pengambilan daging kambing di Malaysia masih agak rendah iaitu cuma 0.8 - 0.9 kg/orang/tahun sahaja berbanding dengan perkapita daging ayam sebanyak 110.2 kg/orang/tahun. Harga daging kambing tempatan juga agak tinggi diantara RM 20 - RM 30 sekilogram dipasar kerana bekalan yang agak berkurangan.


Terdapa 3 jenis baka kambing yang popular untuk diternak iaitu BAKA KAMBING PEDAGING, BAKA KAMBING SUSU dan BAKA KAMBING DWI-FUNGSI. Baka kambing pedaging adalah baka yang digunakan untuk mendapatkan daging seperti Baka Boer, Kacang, Black Bengal, Savana, Kalahari Red dan Jermasia. Baka Susu pula untuk diambil susu kambing yang berkhasiat seperti Baka Saanen, Alpine dan Toggenbung. Baka kambing dwi-fungsi diternak untuk mendapatkan daging dan susu seperti baka Japnapari dan Anglo-Nubian.  Bagaimana pun kos untuk mendapatkan baka-baka ini agak mahal kerana permintaan yang amat tinggi terutama untuk baka Boer dan Japnapari.


KENAL KAMBING .... ADA GUNANYA...
DAGING KAMBING ...ENAK RASANYA....
KOLESTEROL RENDAH...SIHAT MAKANNYA...
MARI MENTERNAK...KENA MENCUBANYA...


By,
M Anem
Room 430, Pulai Spring Resort,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia
(22 Syaaban 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.