Friday, July 20, 2012

FAKTA TANAH TERBIAR


TANAH TERBIAR (Idle land) merupakan satu fenomena dimana tanah-tanah sama ada tanah darat atau tanah sawah bermilik yang tidak diusahakan selama 3 tahun berturut-turut atau selama 6 musim berterusan untuk tanaman padi. Keluasan minima yang boleh dikategorikan bagi definasi diatas adalah seluas 0.4 hektar keatas (1 ekar) tanah sama ada kedudukan tanah tersebut bersambunagn atau pun bertaburan lokasinya. Laporan rasmi daripada portal Jabatan Pertanian menunjukkan, terdapat seluas 97,275.19 hektar tanah terbiar yang melebihi 1 ekar direkodkan di Malaysia melibatkan sebanyak 2,107 lokasi. Daripada jumlah tersebut, seluas 29,204.68 hektar terdapat di Semenanjung Malaysia, 8,110.94 hektar di Sabah dan seluas 59,959.19 hektar di Sarawak. Keseluruhan lot tanah yang terlibat adalah sebanyak 18,975 lot di seluruh negara. Ini merupakan satu fenomena masa kini yang mana terdapat banyak punca dan faktur yang menyebabkan masaalah tanah terbiar berlaku. Artikel kali ini saya membincangkan fakta mengenai fenomena tanah terbiar di Malaysia yang saya hendak kongsi bersama dalam 'Anim Agro Technology' untuk makluman dan pengetahuan bersama.


Jadual di atas menunjukkan Sarawak mempunyai keluasan tanah terbiar paling luas  diikuti dengan Sabah (8,119 ha), Pahang (6,522  hektar), Johor (5,884) dan Kelantan (5,494 hektar).  Negeri Pulau Pinang direkodkan paling sedikit tanah terbiar di Malaysia iaitu sekitar 20.4 hektar sahaja. Maklumat yang di kumpulkan oleh Pejabat Pertanian Daerah ini di kutip setiap tahun dengan menggunakan kaedah khusus. Walau pun ada projek pemulihan dan pembangunan tanah terbiar untuk pertanian dibuat setiap tahun, kadar ini terus meningkat terutama tanah-tanah terbiar di kawasan perbandaran (Urban area). Mereka menunggu untuk tanah terbiar yang mempunyai syarat pertanian untuk di majukan dengan aktiviti lain yang lebih menguntungkan seperti di buat kawasan perumahan, pengambilan balik tanah (PBT) untuk pembinaan infrastruktur awam dan sebagainya.


Masaalah dan fenomena tanah terbiar bermula sekitar tahun 1970 - 1980'an dimana waktu tersebut berlaku penghijrahan yang besar (mass migration) penduduk luar bandar kekawasan bandar untuk berkerja, belajar dan sebagainya. Sektor perindustrian yang membangun dengan rancak dengan pembinaan kilang elektronik menyebabkan gulongan muda tidak minat lagi berkerja di sektor pertanian berbanding dengan keadaan bekerja dalam kilang yang berhawa dingin dan selesa. Pemilik tanah yang semakin tua juga kurang berminat untuk menjalankan aktiviti pertanian. Bagaimana pun kawasan tanah terbiar telah banyak dimajukan dengan tanaman kekal seperti tanaman kelapa sawit dan tanaman kekal yang lain. Kos pengeluaran yang meningkat, pengeluaran hasil yang statik dan beberapa faktur pengeluaran lain menyebabkan banyak tanah terbiar agak perlahan untuk dimajukan. Pemilik tanah yang tidak dapat dikesan juga merupakan masaalah utama dalam menyumbang massalah ini. Sebagai contoh dimana tanah-tanah kurnia di Selatan Tanah Air yang tidak dapat dikesan pemiliknya untuk di majukan. Semuga maklumat ini membuka sedikit informasi berguna kepada semua pembaca.


TANAH TERBIAR...AMAT LUASNYA....
LEPAS SARAWAK....PAHANG JUARANYA...
SUKAR DIMAJUKAN...MANA PEMILIKNYA...
TIDAK PRODUKTIF.... ATASI MASAALAHNYA...


By,
M Anem
Room 1611, Hotel Holilday Villa,
Alor Setar, Kedah.
(30 Syaaban 1433H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.