Saturday, June 9, 2012

SIFIR PERTANIAN 2

Sifir Pertanian 2 ini saya bentangkan SIFIR BERKAITAN PEMBAJAAN yang mungkin ada diantara kita yang kurang mahir untuk menggunakannya. Berbeza dengan Artikel Sifir Pertanian 1 (Klik disini), Kali ini saya kaitkan Sifir Pertanian 2 dengan pengiraan untuk aktiviti pembajaan dan kesuburan tanah. Daripada pembacaan dan rujukkan yang saya buat, berikut adalah beberapa sifir yang mungkin akan membantu anda didalam membuat pengiraan yang beriakitan dengan pertanian.


a) SIFIR TUKAR KELUASAN TANAH:
Dalam Pertanian kita perlu mahir dalam mengiran keluasan tanah terutama yang melibatkan ekar dan hektar. Sistem Metrik kini telah menggunakan unit HEKTAR sedangkan sistem lama masih menggunakan EKAR. Kepakaran kita menukar unit ini penting untuk dipelajari.

Anda tahu 1 Ekar = 0.4047 hektar
Oleh itu kalau 10 ekar = 10 x 0.4047 = 4.047 hektar

1 hektar pula = 2.470966 Ekar
10 hektar pula = 10 x 2.470966 = 24.71 ekar



b) SIFIR MENUKAR HASIL TANAMAN
Tanaman yang diusahakan di kebun adalah untuk mendapatkan hasil bagi dijual untuk dijadikan pendapatan kepada petani. Hasil Ladang selalu dalam bentuk BERAT (Kilogram, Metrik Tan) dan Kuantiti (Tongkol, biji dsb) yang dikira dalam unit keluasan yang diusahakan. Berikut adalah cara bagaimana kita hendak menukar kiraan hasil ikut keluasan:-

Kalau hasil dikira dalam 1 tan/ekar = perlukdn dharab 2.24 tan/hektar.
Jika hasil Padi 2.0 mt/ekar = 2 x 2.24 mt/ha = 4.48 mt/ha
Jika hasil Sawi 8 mt/ekar = 8 x 2.24 mt/ha = 17.93 mt/ha
Jika hasil Jambu Batu 12 mt/ekar = 12 x 2.24 = 26.88 mt/ha

Menukar dari mt/ha kepada mt/ekar (Dharab dengan 0.446).
Jika hasil Kangkong ialah 18 mt/ha = 18 x 0.446 = 8.028 mt/ekar
Jika hasil Durian 24 mt/ha = 24 x 0.446 = 10.704 mt/ekar
Jika hasil Kelapa Sawit 36 mt/ha = 36 x 0.446 = 16.056 mt/Ekar



c) SIFIR MENUKAR ISIPADU CECAIR
Penggunaan cecair dalam kebun sering memerlukan kaedah pengiraan yang tepat. Pelbagai jenis racun (Racun Rumpai, Racun Kulat, Racun Serangga, Pelekat – Sticker) dan Kapor serta beberapa jenis baja Foliar sering perlukan kaedah pengiraan yang betul sebelum disembur kepada tanaman.

Menukar Gelen/Ekar kepada Unit Liter /Hektar = Dharab 11.2334;
Oleh itu , 1 gelen/ekar = 11.2334 liter/hektar;
Kalau kadar racun serangga perlu diguna sebanyak 10 gelen/ekar,
Maka perlulah dikira = 10 x 11.2334 = 112.334 liter/hektar.
Jika baja foliar diperlu 5 gelan/ekar = 5 x 11.2334 = 56.167 liter/ha



d) SIFIR PENUKARAN BAJA KALSIUM
Baja Kalsium (Ca) atau lazimnya disebut sebagai Baja Kapor diperlukan untuk mengurangkan keasidan tanah. Bentu baja ini dalam bentuk CaO dan dalam bentuk CaCO3’

Bagi menukar Baja Ca dari CaCO3 kepada Ca = Dharab dengan 0.4
Jika 10 kg CaCO3 = 10 x 0.4 = 4 kg Ca
Jika 100 mt CaCO3 = 100 mt x 0.4 = 40 metrik tan Ca

Bagi menukar Unsur Ca daripada CaO = Dharab dengan 0.1746;
Jika 10 kg CaO akan jadi = 10 x 0.1746 = 1.746 kg Ca
Jika 50 mt CaO akan jadi = 50 x 0.1746 = 8.73 mt Ca



e) SIFIR PENUKARAN BAJA POSFORAN
Baja Posforan (P) atau lazimnya disebut . Bentuk baja ini dalam bentuk P atau P2O5 ditukarkan dengan sifir berikut:

Bagi menukar Baja P kepada P2O5 = Dharab dengan 2.2915
Jika 10 kg P akan jadi P2O5 = 10 x 2.2915 = 22.915 kg P205
Jika 100 mt P3 = 100 mt x 2.2915 = 114.575 metrik tan P2P5

Bagi menukar Unsur P2O5 kepada P = Dharab dengan 0.4364;
Jika 10 kg P2O5 akan jadi = 10 x 0.4364 = 4.364 kg P
Jika 50 mt P2O5 akan jadi = 50 x 0.4364 = 21.82 mt P



f) SIFIR PENUKARAN BAJA KALIAM
Baja Kalium (K) ujud dalam bentuk bentuk K2O atau K. Baja ini boleh ditukar dengan sifir seperti berikut untuk digunakan dikebun.

Bagi menukar Baja K dalam K2O = Dharab dengan 1.2047
Jika 10 kg K ditukar kepada K2O = 10 x 1.2047 = 12.047 kg K2O
Jika 100 mt K = 100 mt x 1.2047 = 120.47 metrik tan K2O

Bagi menukar Unsur K2Om kepada K = Dharab dengan 0.8301;
Jika 10 kg K2O akan jadi K = 10 x 0.8301 = 8.301 kg K
Jika 50 mt K2O akan jadi = 50 x 0.8301 = 41.505 mt K



g) SIFIR PENUKARAN BAJA MANGNESIUM
Baja Mangnesium (Mg) bentuk Magnesuim Okside (MgO) dan Mg dan sifir pertukaran baja ini adalah seperti berikut:

Bagi menukar Baja Mg kepada MgO = Dharab dengan 1.6581
Jika 10 kg Mg kepada MgO = 10 x 1.6581 = 16.581 kg MgO
Jika 100 mt Mg kepada MgO = 100 mt x 1.6581 = 165.81 mt MgO

Bagi menukar Unsur MgO kepada Mg = Dharab dengan 0.6031;
Jika 10 kg MgO akan jadi = 10 x 0.6031 = 6.031 kg Mg
Jika 50 mt MgO akan jadi = 50 x 0.6031 = 30.155 mt Mg




SIFIR PERTANIAN… PERLU DIGUNA…
KIRA SENDIRI..PASTI BERMAKNA…
JAWAPAN TEPAT… MERASA BANGGA…
KALAU TAK PASTI… TANYA SAYA…

By,
M Anem
Jalan Istana, Simpang Bukit Beruang,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia
(19 Rejab 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.