Monday, June 11, 2012

FUNGSI ZAT MAKRO DAN MIKRO

Unsur Zat Makro dan Mikro mempunyai peranan yang penting dalam tumbuhan untuk hidup. Sains mengenai keperluan unsur-unsur ini dikaji mengikut keperluan tumbuh-tumbuhan berasaskan kepada kesediaan bahan tersebut diambil daripada tanah. Kekurangan unsur ini akan menjejaskan proses pertumbuhan dan ini seterusnya menyebabkan pokok tidak sihat serta tidak dapat memberikan hasil yang dikehendakki. Terdapat 2 kategori Unsur Baja iaitu ZAT MAKRO dan ZAT MIKRO. Zat Makro adalah terdiri daripada N (Nitrogen), P (Posforan), K (Kalium), Mg (Magnesium), Ca (Kalsium) dan S (Sulfur). Zat Mikro pula terdiri daripada unsur Fe (besi), Mn (Manganese), Zn (Zink), B (Boron), Cu (Tembaga), Co (Cobalt), Na (Natrium) dan Mo (molibdenum). Artikel malam ini saya menulis mengenai fungsi masing-masing unsur berdasarkan mata pelajaran ketika belajar di Universiti dulu yang saya masih ingat dan membuat beberapa rujukan.

1. Nitrogen (N)
Kegunaan Nitrogen (N) bagi tanaman adalah untuk menyuburkan tanaman. Ini disebabkan unsur N dapat membentuk protein, lemak dan berbagai persenyawaan dengan beberapa jenis bahan organik lain. Pada saya yang paling penting dalam hal ini adalah pembentukan protein atau lazimnya akan disebut putih telur. Putih telur banyak terdapat pada sel-sel yang masih hidup, iaitu pada bahagian yang sedang aktif tumbuh (Tisu Meristem). Unsur Nitrogen digunakan terutama untuk pperingkat pertumbuhan vegetatif tanaman. Rujukan juga mendapati yang unsur N juga berperanan dalam pembentukan warna hijau pada daun. Sebenarnya hijau daun ini berguna untuk melaksana-kan proses pemasakan pada tanaman (proses fotosintesis) yang nantinya akan menghasilkan karbonhidrat. Kabohiderat yang dihasilkan ini akan di salurkan keseluruh bahagian tumbuhan dan selebihnya akan disimpan sebagai hasil tanaman.

2. Posforan (P)
Unsur Posforan (P) terutama diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dan tanaman untuk pembentukan karbohidrat. Unsur P ini diperlukan secara besar-besaran pada waktu pertumbuhan peringkat anak benih, peringkat pembungaan, peringkat pemasakan buah dan peringkat pembentukkan biji. Baja ini selalu ditambah dalam bentuk baja NPK.

3. Kalium (K)
Unsur Kalium (K) berfungsi untuk memperkuatkan struktur tanaman, kerana unsur ini dapat menguatkan sel-sel tisu dan juga fiber tumbuhan dari bahagian akar sehingga daun, bunga dan buah tidak mudah gugur. Kajian saintifik juga menunjukkan yang unsur K juga berfungsi memlancarkan metabolisma dan mempengaruhi penyerapan makanan.

4. Sulfur (S)
Unsur S merupakan unsur yang penting untuk pembentukan beberapa jenis protein, seperti asid amino dan vitamin B1. Unsur S juga berperanan penting dalam pembentukan bintil-bintil akar (Root nodules) dalam beberapa jenis tumbuhan. Unsur S juga membantu dalam pembentukan dari peringkat anak pokok sehingga peringkat dewasan dimana ketahanan tanaman terjamin subur dan sihat.

5. Kalsium (Ca)
Unsur Ca terdapat pada batang dan daun tanaman. Unsur Ca ini bertugas me-rangsang pembentukan bulu-bulu akar, mengeraskan batang dan merangsang pembentukan biji . Karena unsur Ca bersama-sama dengan unsur Mg akan mem-produksi cadangan makanan.

6. Magnesium (Mg)
Dengan menambahkan unsur Mg, maka kandungan fosfat dalam tanaman dapat meningkat. Sedangkan kegunaan dari fosfat itu sendiri adalah sebagai bahan mentah untuk pembentukan sejumlah protein. Dengan terbentuknya sejumlah protein ini maka pertumbuhan daun menjadi sempurna dan terbentuk karbohidrat, lemak dan minyak.



Fungsi bagi Zat Mikro bwebeza dengan fingsi Zat Makro. Unsur mikro dperlukan dengan kuantiti yang sedikit untuk tumbuh-tumbuhan tetapi jika kekurangan akan menyebabkan pokok kurang sihat. Diantara unsur Mikro yang saya akan bincang adalah terdiri daripada Fe (Besi), Mn (Manganese), Zn (Zink), B (Boron), Cu (Kuprum atau kita panggil Tembaga), Co (Cobalt), Na (Natrium atau Garam), dan Mo (Molibdenum). Masing-masing fungsi dari unsur tersebut adalah sebagai berikut:

1. Besi (Fe)
Unsur Fe diperlukan sedikit lebih banyak daripada unsur mikro lainnya (Jumlah pengambilan oleh tumbuhan lebih tinggi). Unsur Fe biasa diberikan dalam bentuk  FeSO4. 7H2O. Unsur ini mudah diperolehi pada banyak jenis tanah mineral tetapi kurang pada tanah gambut. Kajian menunjukkan fungsinya pada tumbuhan ialah dimana unsur Fe berfungsi sebagai pembentuk hijau daun dan membantu proses respirasi.

2. Natrium (Na)
Natrium atau garam pada umumnya tidak mutlak diperlukan oleh tanaman. Bagaimana pun beberapa jenis tanaman umbisi seperti Bit didapati memerlukan unsur Natrium. Unsur ini sama perlunya seperti kalium untuk pertumbuhan tanaman bit.

3. Manganese (Mn)
Manganese (Mn) mempunyai peranan yang penting di dalam fisiologi tanaman. Kajian menunjukkan kerana Manganese merupakan salah satu komponen dalam berbagai enzim. Ianya juga diperlukan oleh tanaman untuk pembentukan hijau daun. Menurut kajian  Manganese didapati mempunyai pengaruh terhadap proses Asimilasi karbon dalam tumbuh-tumbuhan.

4. Tembaga (Cu)
Fungsi Kuprum (Cu) terhadap tanaman masih sangat sedikit diketahui  dan banyak kajian dijalankan untuk mengetahui secara spesifik. Bagaimana pun beberapa pendapat menyatakan ia membantu dalam pembentukkan warna hijau pada daun. Kajian juga mendapati Cu adalah termasuk dalam komponen untuk beberapa jenis enzim. Jika tanaman atau pokok masih muda yang kekurangan Cu akan didapati simptom seperti pucuk-pucuk daun yang mati seakan2 lemas.

5. Boron (B)
Boron (B) mempunyai peranan sebagai agen pengangkutan dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian menunjukkan pada tanaman yang mempunyai pembentukkan bijibenih yang mempunyai 2 bahagian maka unsur boron berfungsi terhadap pembahagian sel tersebut. Tanaman jenis ini jika berlaku kekurangan unsur Boron (B) akan mengakibatkan terjadinya mati pucuk yang masih muda. Simptom kelihatan seperti rosaknya dimana akan ada bintik-bintik keluar dari bahagian-bahagian tanaman yang akhirnya menjadi busuk dan mati.

6. Cobalt (Co)
Fungsi Co secara terperinci masih belum diketahui terhadap pertumbuhan tanaman. Perlu banyak lagi kajian dijalankan kepentingan unsur Co tetapi pada sektor ternakan ketiadaan unsur Co akan menyebabkan terganggunya stok vitamin B 12.

7. Molibdenum (Mo)
Molibdenum agak sukar hendak disebut tetapi ianya penting sebagai zat makanan tanaman. Terdapat beberapa kes dimana jika tanaman yang kekurangan zat ini menyebabkan  tidak terbentuknya bunga, daun-daunnya tidak tumbuh dan tanaman terbantut atau kerdil. Tanaman tersebut menunjukkan simptom seperti pertumbuhan daun yang kurang sempurna  dan warnanya hijau muda.





UNSUR MAKRO...ADA 5 SEMUANYA...
UNSUR MIKRO ..ADA 7 JUMLAHNYA...
FUNGSI BERBEZA...MANA UTAMA...
PERLU DIKAJI... DIKETAHUI SEMUA...


By,
M Anem
UK Resort, Hulu Yam,
Selangor,
Malaysia
(21 Rejab 1433)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.