Tuesday, May 1, 2012

TANIN

TANIN (Tannin) merupakan satu sebatian bahan kimia yang terdapat dalam banyak tumbuh-tumbuhan dan diambil untuk tubuh badan manusia. Kebanyakan bahan kimia Tanin adalah berasa PAHIT dan mempunyai sifat ASTRIGEN.  Tanin juga merupakan sebatioan ringkas atau juga boleh dalam bentuk sebatian yang kompleks seperti FENOL (Phenol), POLIFENOL (Polyphenol) atau pun FLAVONOL yang selalunya terikat dengan Kanji.  Amat menarik juga kita mempelajari perkara berkaitan komponen kimia yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan yang ada disekeliling kita tanpa kita ketahui penciriannya. Apa pula kita nak tahu pasal benda ini?...kerana dalam pada saya membaca mengenai khasiat buah-buahan, khususnya tropika dari beberapa buku mendapati antara khasiatnya adalah kandungan bahan Tanin yang dikatakan baik untuk kesihatan tubuh kita. Komponen utama Tanin adalah Gula, Asid Galik, Asid Elagik, Flavonoid, Lignin, Stibenoid, dan quixon. Artikel subuh Isnin ini saya menulis satu bahan sebatian kimia yang ujud dalam tumbuhan untuk dikongsi bersama anda semua.


Kajian menunjukkan kesemua tanin akan mengecutkan tisu dan protin. Ramai mungkin kurng tahu bahawa Tanin banyak terkandung didalam minuman teh pekat. Daun teh (Camellia sinensis) merupakan sejenis tumbuhan yang banyak mengandungi tanin jika diproses dengan betul. Teh Pekat yang kita minum akan memberikan rasa astrigen pada mulut iaitu satu rasa KELAT yang disebabkan oleh bahan tanin ini. Bahan tanin ini akan bertindakbalas dengan protin dan mengeraskannya. Khasiatnya akan menyebabkan tindakbalas mengatasi bengkak atau radang didalam perut atau usus kita. Sesiapa yang ada masaalah sering buang air besar yang terlalu kerap, di syorkan minum teh pekat yang mengandungi tanin kerana ia mampu mengurangkan kekerapan buang air besar. Awas kalau sudah ada masaalah buang air besar yang susah, elakkan minum teh pekat nanti lebih lama lagi 'stool' disimpan dalam rectum.


Khasiat tanin sebagai ubat luaran juga mampu menghentikan masaalah pendarahan , juga ia mengurangkan bengkak-bengkak dan juga mampu menyembuhkan luka. Pilih berbagai jenis tumbuhan yang kita tahu mengandungi banyak bahan tanin (biasanya tumbuhan yang ada rasa kelat) yang sesuai digunakan sebagai ubat herba untuk ibu-ibu selepas bersalin. Ini dipercayai mampu mengecutkan perut ibu selepas bersalin, mengecutkan rahim dan faraj serta khasiat kesihatan yang lain. Pastikan bahan tersebut tidak mengandungi racun, organik dan sebaiknya diambil dari kawasan yang sesuai dan selamat untuk digunakan sebagai herba. Orang dulu-dulu memang suka menggunakan ubatan herba untuk menjaga kesihatan. Kenapa orang sekarang harapkan ubat moden dari klinik sahaja?


Kajian beberapa pakar kesihatan mendapati bahan tanin ini mampu melegakan mata yang terlalu letih membaca, menulis blog, memandu dalam masa lama dan menonton tv. Kajian juga menunjukkan tanin mampu mengawal diabetis, mengawal perseimbangan hormon yang dihasilkan oleh limpa dalam badan dan juga mempunyai kesan 'antiherpes' dan antibiotik. Di negara Barat telah dibuat kajian mengenai mereka yang suka makan bahan yang tinggi kandungan tanin seperti Sekoi dengan regular tidak akan menjadi gemok. Ini disebabkan tanin akan menghalang penyerapan secara keterlaluan gula dan protin dalam tubuh mereka yang makan sekoi. Konsep inilah yang dijadikan asas untuk mengawal masaalah diabetis. Bagi tanin yang bersifat antioksidan seperti asid elagik mampu meyihatkan badan kita. Oleh itu disyorkan mengambil buah-buahan seperti Anggur, Delima, Jagung dan buah pala yang mengandungi tanin yang banyak. Bahan tanin mungkin banyak terdapat pada kulit tumbuh-tumbuhan tertentu, akar, daun, kulit buah atau isi buah yang belum masak bagi dikonsumpsi oleh badan kita. Wasallam.




NAMANYA TANIN....KHASIAT BERGUNA....
DALAM TUMBUHAN...MUDAH DICERNA...
MENGAWAL KEGEMUKAN...ANDA PERCAYA...
KHASIAT PERUBATAN...BOLEH DICUBA...


Related articles:
1. Pokok Ketapang (Klik disini)
2. Khasiat Gajus (Klik disini)
3. Khasiat Jambu Bol (Klik disini)
4. Khasiat Manggis (Klik disini)
5. Khasiat Sukun (Klik disini)
6. Daun Teh (Klik disini) 

By,
M Anem
Pasaraya Econsave,
Banting, Selangor,
Malaysia.
(9 JamadilAkhir 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.