Tuesday, May 15, 2012

ALAT PENGESAN KEMATANGAN BUAH DURIAN


Alat Pengesan Kematangan Buah Durian (APKB) di Thailand digunakan dalam pasar menjual dan pusat pengumpulan hasil durian di Thalaat Thai Market, Rangsit, Thailand secara praktikal. Alat yang dijual dengan harga 10 Baht (RM 1.00 sebuah) ini diperbuat secara traditional dan amat mudah digunakan. Alat ini menggunakan batang rotan sepanjang 30 - 40 cm dengan dibahagian hujungnya di masukkan getah putih sepanjang 5-10 cm panjang (Lihat foto diatas) . Plastik padat setebal 3-4 mm ini berwarna jernih di masukkan dihujung rotan dengan kuat. Kenapa durian di Thailand ini perlu menggunakan alat APKB untuk memeriksa tahap kemasakan buah durian?... Kenapa alat ini tidak digunakan dengan meluas di Malaysia?. Jawabnya mudah sahaja, Buah Durian di Thailand untuk pasaran domestik atau pasaran ekspot di petik dari pokok pada indeks kematangan 70 -80%. Petani akan memetik buah durian dipokok dengan panjat pokok menggunakan tangga buloh atau aluminium dan memetik menggunakan pisau tajam. Buah ini kemudian diturunkan menggunakan bekas khas bagi pokok yang tinggi atau yang sederhana tinggi di jatuhkan kebawah dimana seorang akan tangkap menggunakan guni agar tidak terhempas ketanah. Buah Durian di Malaysia kebanyakannya gugur sendiri di tanah setalah masak ranum. Apabila buah durian sudah masak ranum tentunya telah 100% masak dan tidak perlu gunakan APKB ini lagi untuk mengesahkan bahawa buah tersebut telah masak di Malaysia. Artikel  subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu inovasi dalam industri tanaman durian di Thailand berdasarkan lawatan saya kenegara tersebut.

Buah durian seperti varietI Kan Yau (Tangkai Panjang), Chanee dan Munthong didapati mempunyai gred kualiti yang baik dan harga tinggi di pasaran Thailand. Satu biji buah durian yang di timbang beratnya 2 kg dijual dengan harga 100 Baht (RM10.00) atau pun sekitar RM 5.00 sekilogram di pasar ini. Harga ini memang murah jika dibanding dengan kualiti buah yang sangat baik. Cara menggunakan alat AAPKB sangat mudah sahaja, Pegang Hulu APKB dan ketuk-ketuk kulit buah durian dan dengar bunyinya. Kalau Bunyinya Ringan (seolah-olah kosong didalam buah durian atau ada ruang udara) bermakna buah durian tersebut telah masak. Kalau bunyinya masih Padat (kurang kuat atau isi penoh) bermakna buah durian tersebut masih mentah lagi. Buah durian masak yang di petik dari pokok akan mempunyai ruang udara dalam pangsa buah apabila masak. Ini kerana ulas buah akan sedikit mengecut apabila masak dan ada gas didalamnya.

Kenapa pula teknologi buah durian di Thailand berbeza dengan kebanyakan teknologi lepas tuai di Negara Asia Tenggara yang lain?. Penanaman pokok durian diuruskan dengan baik dari peringkat amalan agronomi tanaman sehingga berbunga dan berbuah. Petani akan mengira masa daripada pokok berbunga dan mengira bila masa paling sesuai untuk memetik hasil. Indeks kematangan buah dikira apabila cukup masak agar buah durian tersebut lebih tahan lama di pasaran berbanding dengan buah yang gugur sendiri (masak ranum). Buah masak ranum cuma tahan 1-2 hari sahaja sebelum isinya mula berair dan kulit durian mulai pecah sendiri. Walau pun isinya sangat manis dengan aroma atau baunya cukup kuat apabila buah masak ranum, buah tersebut tidak bertahan lama dan mudah rosak. Buah yang dipetik dari pokok tahan 5-10 hari dipasaran tanpa sebarang rawatan sejuk beku dan sebagainya. Ini memberikan kelebihan kepada buah tersebut untuk dipasarkan dengan lebih ekonomik dan praktikal. Tahap kemanisan buah yang dipetik dan aromanya adalah sederhana.

Petani di Malaysia yang mempunyai varieti durian yang baik boleh mengamalkan teknologi memetik buah di pokok bagi mendapatkan pasaran yang baik. InsyAllah saya akan tulis artikel bagaimana memetik buah durian dari atas pokok selepas lawatan saya di dusun durian terbaik di Thambon Philu, Chantaburi yang membuat demonstrasi memetik buah durian untuk pasaran ekspot. Alat ini mudsh dibuat dan digunakan oleh penanam durian di Malaysia kalau mereka ingin memetik buah durian dipokok kelak. Memang sangat panas cuaca di Thailand semasa tinjauan teknologi di jalankan.

BUAH DURIAN...DIPETIK DIPOKOK ASALNYA...
BUAH BELUM GUGUR...DIPOTONG TANGKAINYA...
ALAT KHAS DIKETUK...KOSONG BUNYINYA...
TANDA DAH MASAK...PASTI KEMASAKANNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Talaat Thai Market, 
Rangsit, Bangkok, 
Thailand.
(24 Jamadil Akhir 1413H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.