Sunday, April 22, 2012

RISIKO MAKAN BUAH-BUAHAN

BUAH-BUAHAN sering dimakan segar atau di proses untuk mendapatkan khasiatnya demi kesihatan tubuh badan kita. Selama ini kita semua makan buah-buahan segar untuk mendapatkan banyak unsur permakanan seperti protin, gula, pelbagai jenis vitamin , banyak zat-zat galian, serat, bahan antioksidan, serat , protin dan banyak lagi. Buah-buahan tropika dan temperate yang ditanam memberikan tenaga dan air untuk diserap oleh badan kita. Namun adakah pernah anda terfikir bahawa makan buah-buahan juga akan menyebabkan risiko kepada kesihatan kita ?.  Pengalaman saya dari dulu mendapati hidangan buah-buahan memang menjadi satu kemestian dalam menu permakanan sama ada di rumah, dalam majlis rasmi atau hidangan makan di hotel-hotel. Musim buah-buahan pula selalunya saya dapat banyak buah-buahan percuma dari rakan-rakan dan petani yang menanam buah-buahan. Apakah risiko memakann buah-buahan ini?. Artikel subuh Ahad ini saya menulis maklumat kemungkinan risiko memakan buah-buahan untuk anda semua.


Buah Bacang
Buah-buahan segar yang dibeli atau dipetik sendiri daripada pokok merupakan makanan yang sangat digemari oleh ramai orang. Siapa tidak suka makan durian yang berbau sedap dan lemak manis?, Siapa yang tidak suka makan buah manggis, buah betik, jambu batu, nangka, cempedak, jambu air, pisang, apel, pear, limau, pisang kaki, duku , langsat dan banyak lagi buah-buahan?. Selain daripada rasanya yang sedap, baunya yang harum, manis dan senang untuk proses sistem perkumuhan, buah-buahan juga memberikan tenaga yang signifikan.  Adakah anda tahu jika kita makan buah-buahan tertentu atau kita makan terlalu banyak buah-buahan akan menyebabkan pelbagai kesan negatif?.  Ambil contoh paling mudah adalah jika seorang pengidap penyakit paru-paru makan pisang embun akan menyebabkan ia batuk-batuk dengan teruk walau pun makan sebiji pisang sahaja.  Bagi mereka yang alahan makan buah Bacang pula akan menyebabkan tekak gatal-gatal dan akan batuk.


Manggis - BUAH SEJUK
Saya masih ingat di kampong dulu ketika musim buah rambai, pokok yang ada dekat sekolah dikenduri oleh ramai murid-murid termasuk saya yang makan dengan banyak, akibatnya masaalah ialah susah hendak buang air besar. Tetapi kita juga sercara tidak langsung merupakan agen pembiakan pokok rambai kerana benih yang keluar akan tumbuh ditanah tepat tersebut!. Makan buah-buahan juga ada risiko mengikut keadaan cuaca, contohnya jika makan buah tembikai pada cuaca panas terutama wanita selepas bersalin akan menyebabkan merasa kesejukan seluruh badannya. Buah durian juga jika dimakan pada musim panas dengan baynak akan menyebabkan sakit kerongkong, batuk-batuk atau jadi demam kerana kandungan isi durian tersebut. Pengalaman saya di Segamat dulu yang memang pusat pengeluaran buah durian, lazimnya saya akan makan buah manggis selepas makan buah durian untuk menstabilkan suhu badan dan tidak menghadapi masaalah sakit kerongkong. Buah Durian adalah jenis buah 'PANAS' sementara buah manggis adalah jenis buah 'SEJUK'.  Petua initelah diamalkan sejak lama dulu oleh orang tua-tua, itulah sebabnya musim buah durian dengan musim buah manggis dikatakan serentak.


Buah rambutan- Penyebab Batuk?
Pengalaman saya di Mersing pada tahun 1999 pula pernah mengalami masaalah batuk yang serious selama 2 bulan dimana telah bermacam-macam ubat dimakan daripada jenis yang berbentuk cecair sehinggalah kepada serbuk dan pil. Rawatan di klinik kerajaan dan swasta dibuat beberapa kali tetapi batuk tidak juga hilang. Satu hari saya jumpa doktor pakar (Klinik Grace) dan menyatakan masaalah batuk yang tidak baik agak lama. Doktor tanya saya ada tidak makan buah rambutan ?. Saya kata memang banyak makan buah rambutan merah yang diberi oleh staff saya dengan banyak melebihi 3 kilogram dan memang diakui sedap, manis, longkah dan berbau harum. Buah ini beliau tanam sendiri depan rumah. Doktor pakar kata 'Boleh ke you jangan makan rambutan lagi selepas ini?'. Saya tanya kenapa doktor ?  Doktor kata kerongkong kamu telah banyak luka dan calar-calar akibat terkena testa buah rambutan (kulit biji rambutan) yang dimakan terlalu banyak. Doktor bagi ubat antibiotik sehingga sembuh. Kini kalau saya nak makan buah rambutan akan potong (slice) isinya dengan pisau dan tidak makan bersama kulit yang melekat pada biji rambutan.


Kandungan gula pada buah-buahan juga perlu di kawal terutama kepada mereka yang telah berumur dan ada masaalah diabetis.  Gula yang ada dalam buah-buahan akan cepat diserap oleh badan kita untuk dijadikan tenaga dalam darah. Peningkatan gula dalam darah secara mendadak bermakna kandungan gula dalam darah juga akan turun secara laju. Keadaan demikian adalah merbahaya kepada pesakit diabetis dan mereka yang agak obesiti. Kandungan gula dalam darah sebaiknya berada dalam keadaan seimbang sekitar 5.2 - 5.8 mmol agar tenaga dapat dibekalkan pada kadar sama rata dimana ini akan menstabilkan fikiran dan perasaan kita. Faktur ini penting untuk memudahkan penghasilan insulin yang mana diperlukan untuk menukarkan gula kepada tenaga.  Itu sebab ada pesakit diabetis yang kadang-kadang marah tidak tentu hala agaknya kerana gula dalam badan dan perasaannya tidak seimbang. Kajian para saintis juga melaporkan, jika makan terlalu banyak gula dan kanji yang kurang serabut akan menyebabkan peningkatan lemak dalam darah, obesiti, tahap estrogen yang rendah dan akan menambahkan kemungkinan masaalah kanser payu dara.


Permakanan buah-buahan perlu diseimbangkan dengan makanan jenis lain agar punca bekalan tenaga dalam badan seimbang. Buah-buahan yang dimakan perlu diperiksa dahulu kualitinya sama ada ianya 'Selamat untuk dimakan'. Kita sebagai pengguna perlu pandai memilih buah-buahan yang selamat untuk dimakan dimana pilih buah-buahan tidak mengandungi bahan merbahaya seperti sisa baki racun, logam berat, kulat atau sebarang organisma yang merbahaya. Terdapat sesetengah jenis buah-buahan yang tinggi penggunaan racun seperti buah tembukai, tembikai susu, jenis limau manis, mangga dan beberapa jenis lagi untuk mendapatkan kualiti buah yang baik. Pastikan pilih jenis buah-buahan yang kurang menggunakan racun yang biasanya buah ini akan dibalut seperti Nangka, Jambu Batu, Belimbing, Cempedak atau jenis buah-buahan organik (jarang gunakan racun dan baja kimia) seperti manggis, bacang, kuini, mata kucing, durian (durian kampong) dan sebagainya. Makan buah-buahan ikut kadar disyorkan dan dapatkan khasiat daripadanya. Wasallam.


MAKAN BUAH-BUAHAN...LAZAT RASANYA...
BUAH BETIK...LAWAS PERKUMUHANNYA....
MAKAN RAMBUTAN...AWAS BATUKNYA...
PASTIKAN KUALITI...SELAMATKAH IANYA...


By,
M Anem
Pct 11, Putrejaya,
Malaysia.
(29 JamadilAwal 1433H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.