Friday, April 13, 2012

PADI AEROB

PADI AEROB atau (Aerobic paddy) merupakan satu jenis padi (Oryza sativa) yang dibangunkan oleh MARDI dimana varieti ini dan didakwa kurang menggunakan air hingga boleh ditanam tanpa air bertakung dan menjimatkan separuh daripada penggunaan air berbanding daripada jenis padi biasa. Bertia Harian pada Jumaat 13 April 2012 telah mempaparkan penemuan ini oleh Dr Sariam Othman iaitu Penyelidik MARDI seperti keratan akhbar dibawah.  Padi jenis ini boleh ditanam dengan tidak menggunakan sawah padi biasa yang banyak air bertakung tetapi boleh ditanam seperti kita menanam jagung, sayuran atau pokok tanaman kontan lain.  Lazimnya tanaman padi sawah (bukan padi huma) menggunakan air yang banyak dimana daripada kajian menunjukkan 50% daripada air untuk pertanian adalah digunakan untuk tanaman padi.  Laporan itu juga menyebutkan sebanyak 2,000 liter air diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram padi. Artikel subuh Jumaat ini saya bincangkan dalam "Anim Agro Technology" penemuan teknologi  ini yang perlu kita ambil tahu selepas baca surat khabar Berita Harian.   


Padi adalah tanaman penting dan strategik didalam negara dengan kawasan keluasan sawah padi sekitar 670,000 hektar setahun untuk pengeluaran Tahap Sara Diri Beras (SSL) sekitar 76% dalam negara. Penanaman padi di kawasan Jelapang Padi menerima subsidi yang banyak untuk mempastikan tanaman ini diteruskan bagi bekalan beras negara.  Jika padi Aerob ini dapat ditanam dengan berkesan malahan kita mampu menambah bekalan beras negara. Padi ini sesuai ditanam diatas tanah biasa dan hanya memerlukan air ketika tiada hujan dan boleh diberikan air melalui sistem pengairan renjis (sprinkler system) atau air paip untuk membasahi tanah. Tempoh matang padi aerob juga lebih pendek iaitu cuma 90 hari  berbanding dengan padi sawah selama 110 hari.  Ini bermakna penggunaan tanah dapat ditingkatkan kerana tempoh penanaman yang singkat.  Padi Aerob boleh ditanam semula setiap 3 bulan berturutan... dan kalau setahun banyak kali boleh tanam. Kajian yang bermula dari tahin 2005 menggunakan teknologi benih asas daripada daripada IRRI, Filipina. Benih AERON 1 kini sedang dalam proses pembiakbakaan (Breeding program) dengan padi huma tempatan untuk mendapatkan lebih banyak lagi varieti padi aerob. Padi baru ini diharap mengeluarkan hasil tinggi, kurang menggunakan air serta tahan daripada serangan perosak dan penyakit.


Gambar hiasan sahaja.
Walau pun kajian menunjukkan padi aerob menghasilkan kurang 20% daripada padi sawah, jenis ini mungkin sesuai ditanam bukan dikawasan sawah padi yang semakin kurang keluasannya setiap tahun.  Masaalah ini saya percaya kita boleh atasi dengan kaedah amalan agronomi seperti penggunaan baja dan kawalan perosak dengan lebih cekap. Mungkin penggunaan baja tambahan seperti baja organik dan baja foliar akan membantu dalam penyelidikan untuk meningkatkan hasi padi aerob.  Kajian oleh MARDI yang dijalankan di Jelebu (Negeri Sembilan), Seberang Prai (Pulau Pinang) dan Kota Kinabalu (Sabah) akan diteruskan sehingga teknologi dan bekalan benih akan disebarkan nanti untuk ramai petani. Kita berdoa agar kajian ini untuk menghasilkan padi aerob akan berjaya.  Saya fikir ramai yang menungu bila benih akan diedarkan bersama dengan teknologi amalan agronomi untuk ditanam secara komersil dan agak-agak berapa kos sekilograam nanti?.

Kini setelah lebih 2 tahun pengenalan padi aerob dilakukan apakah kejayaan yang telah dicapai?. Penanaman padi ini di Bera, Pahang dilaporkan gagal dan penanaman di Serkan Pantai, Melaka juga dilaporkan agak kurang memberangsangkan. Penanaman di Negeri Sembilan masih diperingkat pemerhatian menggunakan benih daripada Melaka. Isu teknologi dan bekalan benih padi untuk penanaman padi aerob masih kabur. Permintaan petani yang ingin menanam padi ini setelah dilancarkan amat memberangsangkan. Dakwaan mengenai hasil sebenar dan amalan agronomi sebenar perlu didedahkan oleh pihak yang menghasilkan teknologi tersebut. Saya sebenarnya memang ingin melihat penanaman padi aerob ini berjaya dimasa akan datang dengan bekalan benih yang berkualiti dan mudah didapati. Kos pengeluaran sebenar dan kawalan perosak dan penyakit juga perlu diberikan kepada petani yang minat menanamnya. Semuga penyelidikan lanjut dan teknologi sesuai dapat dihasilkan mengenai penanaman padi aerob dimasa akan datang. Wasallam!


PADI AEROB.....PADI JENIS BARU......
TIDAK PERLU SAWAH...AIR SIKIT TAU....
CEPAT DITUAI....KITA PASTI TUNGGU...
BILA BENIH NAK KELUAR....TAK TAU....


By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 1204, Prime City Hotel,
Kluang, Johor,
Malaysia.
(20 JamadilAwal 2012)   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.