Monday, March 5, 2012

POKOK JARAK

POKOK JARAK (Ricinus communis) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Euphorbiaceae iautu tumbuhan yang mengeluarkan getah apabila dicederakan. Pokok Jarak ada sejenis lagi iaitu Jatropha curcas juga dari keluarga Euphorbiaceae yang juga mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa. Ada orang yang lebih kenal dengan nama Jatropa, Castor Oil, Jarak Besar dan sebagainya. Saya masih belum berapa faham akan tanaman ini yang mempunyai kegunaan yang hampir sama iaitu untuk ditanam bagi menghasilkan 'Minyak Jarak' yang sekarang heboh dengan kegunaan sebagai satu komponen untuk 'Bio-Diesel'. Angkara kenaikan harga minyak petrol yang sangat tinggi pada tahun 2008-2009,  maka ramai saintis cuba mencari alternatif baru bahan bakar termasuk bahan api Biodiesel ini. Dalam pembacaan saya di laman website, banyak maklumat yang berkaitan dengan pokok Jarak ini sama ada di mana kebanyakannya ditanam secara luas dibeberapa negara (Negara yang ada kos buruh yang rendah) dan dianggap sebagai satu tanaman industri yang diberikan perhatian. Artikel sempena cuti rehat hari isnin ini saya menulis berkaitan pokok jarak untuk dikongsi bersama berdasarkan pengalaman penulis, pemerhatian dan membuat rujukkan dibeberapa buah buku dan laman website.


Bersambung...




POKOK JARAK...DITANAM RAPAT....
CEPAT TUMBUH....DITUAI CEPAT...
BIJI DIKISAR...MINYAKNYA PEKAT....
BOLEH UNTUNG KE...KENA SIASAT....


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulakhir 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.