Saturday, March 31, 2012

PELAN BISNES PERTANIAN 1

PELAN BISNES PERTANIAN (Agriculture Business Plan) merupakan satu perkara yang perlu didalam membuat satu perancangan didalam menjalankan Projek Pertanian. Penyediaan Pelan Bisnes ini juga dipanggil sebagai penyediaan Pelan Rancangan Perniagaan seperti juga didalam bidang-bidang lain dalam perniagaan seperti sektor Industri, Sektor Perkhidmatan, Sektor Pembuatan dan sebagainya. Pelan Bisnes adalah satu dokumen yang mengandungi maklumat penting terperinci atau keterangan mengenai cadangan projek yang hendak dijalankan. Kertas ini juga merupakan Kertas Kerja, Kertas Projek atau ada juga yang panggil sebagai Kertas Propektus projek yang hendak dilaksanakan. Saya terlibat dengan penyediaan banyak pelan bisnes untuk projek-projek pertanian semasa bertugas di beberapa negeri dahulu dan merupakan salah seorang tenaga pengajar mengenai perkara ini di peringkat domestik dan antarabangsa. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis sedikit mengenai Pelan Bisnes untuk di kongsi bersama.


Kenapa perlu buat pelan bisnes dalam bidang pertanian?... Pentingkah kita perlu sediakan pelan bisnes ini?...Untuk apa dan apakah faedahnya?...Masa bila kita perlukan Pelan Bisnes?....Senangkah nak buat?...Mana hendak cari data dan maklumat?..Bagaimana contoh Pelan Bisnes yang terbaik?...Kepada siapa hendak buat rujukkan?....Bolehkah kita dapat gunakan untuk pinjaman di Bank? ... Itu antara persoalan2 yang kita akan tanya apabila diminta untuk kita menyediakan pelan bisnes. Sebenarnya memang susah hendak buat pelan bisnes pertanian kalau kita tidak belajar mengenainya secara formal. Kalau hendak ambil contoh pelan bisnes orang lain yang sudah siap pun masih perlu ada kefahaman wajib yang perlu ada. Pada masa ini mereka yang mempunyai ilmu untuk menyediakan Pelan Bisnes Pertanian mempunyai kelebihan tersendiri dalam merancang projek yang hendak dijalankan.


Pelan Bisnes membantu kita didalam proses merancang untuk mencetuskan idea-idea projek dengan teliti dan terperinci meliputi semua aspek. Daripada maklumat yang dikumpulkan kita akan mampu melihat bahawa cadangan projek yang hendak dijalankan tersebut berdayamaju atau tidak (Viability). Pelan ini juga akan menunjukkan secara jelas pembahagian sumber-sumber dan faktur-faktur pengeluaran ladang yang boleh disusun dengan sistematik mengikut masa dan kemampuan kewangan. Paling menarik tentang Bisnes Plan adalah kerana kegunaannya yang boleh dijadikan sebagai asas untuk membuat pinjaman kewangan daripada pihak institusi kewangan seperti Bank, Rakan Kongsi dan sebagainya. Pelan Bisnes juga merupakan satu kemestian dalam proses membuat pinjaman kewangan daripada pihak bank. Didalam Pelan Bisnes juga kita akan dapat lihat kemungkinan-kemungkinan masaalah dan isu yang akan dihadapi dan pelan mengatasinya. Pelan ini boleh diubahsuai juga mengikut masa dan mengandungi analisa kewangan yang mudah difahami.


Siapakah golongan yang perlukan Bisnes Plan Pertanian ini?...Tentunya mereka yang terlibat untuk menjalankan projek pertanian sama ada bertujuan untuk membangunkan projek tanaman, projek ternakan, projek ternakair, projek pemprosesan Industri Asas Tani atau dalam bidang perkhidmatan pertanian. Pelan bisnes ini juga boleh di gunakan oleh pihak Peminjam Kewangan (Bank, MARA, Swasta dsb) sebagai dokumen rasmi dalam proses permohonan modal kewangan. Pembekal dan Kontraktor juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan didalam pelan bisnes dengan melihat jadual perlaksanaan projek. Sebahagian pekerja dan pengurusan juga perlu tahu dan faham akan projek yang hendak dijalankan seperti dalam Pelan Bisnes. Rakan Kongsi juga perlu tahu begitu juga dengan pelanggan-pelangan yang berkaitan dengan projek.


Banyak persoalan yang perlu kita fikirkan sebelum menyediakan cadangan baru didalam projek pertanian. Kita perlua membuat banyak kajian awal mengenai cadangan projek yang hendak dibuat dari segi dayamaju, pasaran, trend semasa, teknologi dan banyak lagi. Cadangkan produk atau aktiviti yang memang ada permintaan didalam pasaran dan jangan buat projek yang SUKA-SUKA atau hanya untuk HOBI sahaja. Jangan kita cuba-cuba atau pun orang kata 'Cuba Nasib' sahaja kerana ini akan merugikan kita kerana tidak ada perancangan yang betul. Jangan ikut kata kawan-kawan atau tidak membuat kajian yang menyeluruh. Mengujudkan jaringan (networking) dikalangan rakan2 dan sentiasa mengemaskini maklumat merupakan asas untuk membuat cadangan projek2 baru. Dalam bidang pertanian telah diketahui umum ianya bersifat Risiko Tinggi, Lambat untuk dapat pulang balek modak, Harga Pasaran tidak menentu, ancaman daripada bencana alam, ancaman dari serangan serangga dan perosak serta produk yang mudah rosak.


Dalam memantau banyak projek-projek pertanian selama lebih 30 tahun bekerja mendapati banyak juga projek pertanian yang meminjam duit bank gagal. Diantara faktur yang menyebabkan kegagalan projek tersebut walau pun dalam pelan Bisnes tidak dinyatakan dengan jelas adalah seperti masaalah tapak projak (tanah/ Kolam/ Kandang/ Reban), perubahan polisi dan dasar, masaalah kekurangan tenagakerja, masaalah teknikal, cara pengurusan projek yang lemah, kekurangan dana kewangan dan juga masaalah sistem pasaran. Banyak juga projek pertanian berjaya mengunakan pinjaman modal bank, modal sendiri dan rakan kongsi kerana mereka mempunyai Pelan Bisnes yang sentiasa diubahsuai dan diteliti mengikut keperluan semasa. 


PELAN BISNES.....PENTING DISEDIA....
SEBAGAI ASAS....MAKLUMAT PERLU ADA....
BOLEH DIRUJUK...DISESUAIKAN JUGA.....
KALAU TIADA....KENALAH WASPADA.....


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
WP Persekutuan
Malaysia
(8 Jamadilawal 1433H)   

Friday, March 30, 2012

PENYAKIT KARAH PADI

PADI (Oryza sativa) merupakan tanaman penting di negara kita dimana ianya merupakan tanaman perlu di tanam dibawah konsep 'food security'.  Rakyat Malaysia sekarang menggunakan sebanyak 79.1 kg/seorang/setahun sebagai penggunaan perkapita beras pada tahun 2012. Ia adalah merupakan bahan makanan kedua tinggi penggunaannya perkapita selepas penggunaan Buah-buahan (93.4 kg/ orang/ setahun) dan bagi sayuran pula cuma 56.2 kg / orang/ setahun. Malaysia mengimpot sebanyak 933,000 metrik tan beras pada tahun 2009 dan ianya berterusan sehingga tahun 2012 dimana Tahap Kecukupan Saradiri (SSL) bagi beras di Malaysia sekitar 72.5% sahaja. Pada tahun 2012, seluas 692,340 hektar padi ditanam dengan anggaran penghasilan sebanyak 2,750,495 metrik tan (Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2012). Antara kawasan tanaman padi utama di 8 buah jelapang padi seperti di MADA, KADA, Kerian, Besut, Sekinchan dan beberapa lokasi lain diteruskan dengan kaedah penanaman intensif. Masaalah Penyakit Karah Padi adalah merupakan satu daripada ancaman yang dihadapi didalam industri ini dan artikel petang Jumaat ini dalam "Anim Agro Technology" saya pilih untuk menulis tajuk mengenai penyakit tersebut.


Apakah dia Penyakit KARAH PADI?   Saya dah dengar semanjak kecil lagi tentang penyakit ini kerana arwah bapa dulu ada mnenanam padi di Sawah Ring, Muar, Johor sekitar tahun 1970'an dulu seluas 2 ekar. Kini saya telah pun tahu dan faham bahawa penyakit karah padi merupakan penyakit yang merbahaya dan mampu menusnahkan tanaman padi dengan teruk disebabkan oleh Kulat (Pyricularia oryzae). Kulat ini menyerang tanaman padi sehingga mampu mengurangkan mutu hasil padi atau banyak juga kes yang 100% hasilnya musnah. Pengalaman saya melawat kawasan sawah yang pernah kena serang mendapati penyakit ini mampu menyerang pada semua peringkat pertumbuhan daripada anak benih, peringkat vegetatif mahu pun peringkat hampir menuai (productive stage). Pemerhatian pada peringkat awal dimana serangan di bahagian daun padi iaitu akan kelihatan daun padi kering dan kemudian mati. Diperingkat padi TERBIT pula, penyakit karah ini lebih dikenali sebagai penyakit REPUT TANGKAI dimana kita akan melihat tangkai padi mereput dan tidak ada isi pada biji padi atau gugur.


Tanda serangan atau simptom boleh dikenali dengan melihat pada daun padi dimana akan ada tanda bulatan lonjong dengan kedua-dua bahagian hujungnya tirus  berwarna coklat kehitaman dan kekuningan ditepinya (Lihat foto disebelah). Ada juga yang kata tepi tepi bintik berwarna perang dan bahagian tengah berwarna kelabu keputihan. Terdapat beberapa varieti padi yang agak rintang dengan serangan penyakit ini, tetapi jika diserang akan kelihatan bentuk bulatan agak kecil saiznya. Jika serangan berlaku pada tangkai padi pula akan kelihatan tanda perang kehitaman pada tangkai padi (Lihat foto dibawah). Jika diserang pada tangkai, maka tangkai padi akan menjadi reput atau patah dan  biji padi tidak menjadi.  Kerosakan ini dapat dilihat keujudannya dengan sentiasa membuat pengawasan di sawah padi (Pest and disease surveilance system).


Para Saintis Pertanian dan Pegawai Pengembangan tahu bahawa cara penyebab atau patogen iaitu kulat ini merebak dalam sawah padi adalah oleh beberapa kaedah. Perebakan penyakit ini adalah melalui ANGIN, BIJI BENIH, JERAMI PADI, TUNGGUL PADI, PADI BATAT dan RUMPAI. Paling cepat adalah perebakan melalui angin dimana spora kulat dari pokok padi yang diserang akan dibawa terbang oleh angin kekawasan lain yang belum diserang. Cuana panas lembab dengan tiupan angin kencang mencepatkan lagi merebaknya penyebaran kulat ini. Jika luas kawasan yang diserang maka keseluruhan sawah tersebut telah menerima WABAK, musibah dan bencana. Lebih baik mengawal dari peringkat awal dengan membuat pemeriksaan sawah daripada mengawal apabila tahap wabak sudah teruk.


Bagaimana kita hendak mengawal serangan penyakit karah padi ini?...... Memang kita kena tahu kerana jika tidak nanti tidak akan dapat hasil padi yang baik.  Konsep yang diamalkan adalah berasaskan kepada Kaedah Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices). Langkah pertama dengan membuat kerja membersih rumpai disawah dengan menebas dan cara lain.  Kedua adalah dengan membakar semua jerami dan tunggul-tunggul jerami disawah selepas menuai sehingga habis. Selain daripada memusnahkan kulat kaedah ini mampu memnambah baja K (Ash) kedalam sawah...tapi kini Jabatan Alam Sekitar akan pantau akibat kesan asap. Cara ketiga adalah dengan menanam dan melilih varieti yang RINTANG penyakit karah seperti Varieti MR 219 dan MR 220. Bagaimana pun saya mendapat info daripada Azzami Adam pada 10 Julai 2012 seperti berikut ; Untuk makluman En M Anim, varieti MR 219 dan MR 220 tidak lagi rintang terhadap karah. begitu juga dengan varieti MR220 CL 1 dan 2. Adalah disarankan agar para petani menggunakan varieti MR253 dan MR263 yang rintang terhadap karah dan MARDI akan mengistiharkan satu lagi varieti baru pada tahun ini yang rintang terhadap karah. Elakkan menanam padi yang PEKA atau mudah diserang seperti Padi Wangi, Padi Merah, Padi Kemboja, Padi Botol atau lain-lain jenis yang tidak disyorkan dan ada yang kata Padi Pulut Hitam tertentu. 


Bagi menanam pastikan menggunakan biji benih yang sihat, telah dirawat dan kadar yang disyorkan sekitar 120 kg sehektar. Rawatan bii benih dengan racun Kulat seperti BENOMYL pada kadar 4 g setiap 1 kg benih padi atau Racun Captan pada kadar 2 g setiap 1 kg benih padi adalah disyorkan. Penggunaan baja Nitrogen (N) pada kada 120 kg/hektar adalah disyorkan mengikut manual tanaman atau "RICE CHECK'. Kelebihan atau kekurangan  baja Nitrogen akan menyebabkan tanaman  mudah diserang penyakit. Jika mampu digalakkan menggunakan baja mengandungi unsur SILIKA (Silicon base) pada kadar 50-75 kg sehektar untuk mengurangkan kadar jangkitan.  Sentiasa membuat pemantauan di sawah padi untuk memeriksa keujudannya di peringkat awal. Gunakan racun kimia berdaftar yang disyorkan sahaja unyuk kawalan seperti Benomyl, Carbendazem atau Isoprothiolane. Jika berlaku serangan tahap wabak laporkan kepada Pegawai di Jabatan Pertanian terdekat untuk kawalan menyeluruh dan tindakan bersepadu. Semuga artikel petang Jumaat ini memberikan info berguna kepada anda. Wasallam.....


TANAM PADI...ADA PENYAKIT KARAH....
SERANGAN TERUK...HASILNYA PARAH....
TANGKAI JADI REPUT...JADI TAK BERBUAH...
PERLU DIKAWAL....JANGANLAH BERSERAH....
AMALKAN APB...ADA PELBAGAI KAEDAH...
MR219 DAN MR220...TERBUKTI SUDAH....


By,
M Anem
Percint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan,
Malaysia
(7 Jamadilawal 1433H)

NATURAL FARMING

Natural Farming adalah satu perkataan yang berkaitan dengan konsep Perladangan Organik yang telah banyak diperkatakan sekarang. Teknologi ini adalah satu kaedah pengeluaran dalam sektor pertanian bagi menghasilkan tanaman makanan organik dan selamat dimakan. Pengalaman saya semasa berkursus di Kyusei Natural Farming (KYUSEI) di Saraburi, Bangkok, Thailand pada 2008 mendapati kaedah ini akan menggunakan sumber semulajadi termasuk mikroorganisma setempat (indigenous microorganism), baja berasaskan tumbuhan dan haiwan serta faktor persekitaran (air, udara, cahaya matahari dan tanah). Teknologi penggunaan agen  mikroorganisma baik ini dimenafaatkan secara saintifik bagi mendapatkan faedah didalam pengeluaran hasil dari tanaman, ternakan dan sebagainya. Penceramah dari Jepun (Dr Isikuwa Akhiri) dan Saintis Thailand menunjukkan bagaimana amalan Natural Farming yang dijalankan membantu menyuburkan tanah dalam tempoh lama tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Artikel kali ini saya cuba mengingatkan teknologi penggunaan mikrorganisma didalam mejalankan pertanian teknologi hijau yang boleh dicuba berdasarkan ingatan daripada kurusu dulu.


Faktor-faktor tersebut dapat membantu meningkatkan populasi dan aktiviti hidupan organisma (indigenous). Hanya terdapat beberapa jenis mikroorganisma setempat sahaja digunakan kerana ianya sesuai dengan keadaan tempat tersebut. Mikro organisma ini boleh di kutip menggunakan kaedah tertentu bagi mendapatkannya. Mikroorganisma yang dibawa dari luar berkemungkinan tidak sesuai dan mungkin mengganggu sistem hidupan yang sedia ada. Oleh itu produk seperti EM, IMO, BMO dan sebagainya perlu diteliti dahulu keberkesanannya kerana jika mikrob yang dibawa masuk itu bukan dari mikrob tempatan mungkin akan mengganggu sistem ekologi semulajadi.


Setiap tempoh pertumbuhan memerlukan rawatan yang khusus untuk membolehkannya mencapai pertumbuhan yang maksima.


Faedah teknologi Natural farming dalam pertanian boleh dibahagikan kepada beberapa cara iaitu:


Cara ini didakwa dapat meningkatan keuntungan melalui pengurangan kos pengeluaran sehingga 30 peratus. Ini kerana kita kurang menggunakan bahan kimia yang perlu dibeli seperti Racun, Baja Kimia dan lain-lain bahan kimia yang diperlukan oleh tumbuhan secara konvensional. Kardah ini juga lazimnya menggunakan bahan input tempatan yang lebih murah dan mudah diperolehi seperti sisa kebun, sisa makanan, bahan organik dan sebagainya. Walau pun saya kurang pasti mengenai penghasilan meggunakan teknologi ini, ada yang telah mendakwa bahawa cara ini dapat meningkatkan pengeluaran hasil 4-6 kali ganda lebih banyak. Tetapi saya boleh kata kaedah ini memang menghasilkan produk yang lebih selamat daripada cara biasa yang menggunakan kimia dari segi kualiti dan keselamatan makanan. Memang boleh dikatakan hasil selamat dimakan kerana bahan-bahan input yang digunakan terdiri dari produk fermentasi dan ekstrak dari tumbuhan dan haiwan dan tidak menggunakan input kimia sintetik. Program promosi dan penerangan kepada pengguna untuk mengambil produk organik boleh di pergiatkan lagi. 


Pengeluaran produk secara Natural Farming atau cara perladangan organik menekankan kepada lima perkara  iaitu:-


> Penyediaan baja (baja asas dan membuat formulasi baja)
> Pengurusan tanah (penggunaan indigenous microorganism, sungkupan, kelembapan tanah, penyediaan dan penggunaan kos dan pembajakan minimum).
> Pengurusan tanaman (penggunaan fomulasi baja mengikut peringkat tanaman dan amalan kultura).
> Pengurusan perosak dan penyakit (kawalan secara kultura, fizikal, biologi dan menggunakan biopesticide)
> Pengurusan rumpai (kawalan secara kultura, fizikal, biologi dan menggunakan biopesticide)
> Natural farming menitikkan peranan indigenous microorganism dan baja-baja Natural farming dalam sistem perladangannya. Mikroorganisma ini boleh dibiakkan melalui berbagai peringkat antaranya adalah proses penyediaan IMO 1 hingga IMO 5. Ia boleh digunakan dalam penyediaan kompos untuk mempercepatkan proses pereputannya. Proses penyediaan terbahagi dua iaitu Proses Penyediaan Indwgenious mikrogarnisma dan Proses Penyediaan kompos. 


Baja Natural Farming boleh disediakan melalui proses osmosis dengan menggunakan bahan-bahan sediaada di sekeliling ladang seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sisa tanaman bersama gula merah. Selain daripada aitu, baja natural farming diperbuat daripada tulang dan kulit telur yang dicampur dengan cuka asli.


Pembuatan FFJ
Pembuatan Fermented Fruit Juice (FFJ)
Pembuatan Fish Amino Asid (FAA)
Pembuatan Oriental Herbal Nutrient (OHN)
Pembuatan Calcium Phosphate dari Tulang (P Ca) dan Kulit Telur
Penyediaan Lactic Acid Bacteria Serum (LAC) = Klik disini



Teknologi Natural Farming dan Kaedah Perladangan Organik merupakan teknologi Hijau yang perlu di galakkan cara penggunaanya dikalangan petani untuk mempastikan penggunaan optima dalam pengeluaran bahan makanan berasdaskan organik.

BERSAMBUNG......

By,
M Anem
Banting, Selangor,
Malaysia.
(6 JamadilAwal 1433H)

Wednesday, March 28, 2012

PENYAKIT DAN PEROSAK KELAPA SAWIT

KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) adalah tanaman utama di Malaysia dari keluarga Palmae yang menjadi bahan ekspot utama negara dalam sektor pertanian. Negara Indonesia merupakan paling banyak menanam dan menghasilkan kelapa sawit dengan jumlah pengeluaran sebanyak 21.534 juta metrik tan yang bernilai sebanyak USD 9.37 billion pada tahun 2010 (Laporan FAO Stat tahun 2011 seperti dibawah). Malaysia pula merupakan negara kedua pengeluar produk kelapa sawit dengan pengeluaran sebanyak 1.67 juta metrik tan berilai sebanyak USD 7.39 billion pada tahun yang sama. Negara berikutnya adalah Thailand, Nigeria dan Colombia. Trend penanaman dan pengeluaran kelapa sawit terus meningkat dengan penanaman dikawasan baru di Benua Afrika dan di Indonesia. Artikel malam ini saya minat untuk menulis dalam 'Anim Agro Technology' bertajuk penyakit dan perosak yang lazim menyerang tanaman kelapa sawit.




Tanaman Kelapa Sawit bermula biji benih yang hendak di semai di tapak semaian sehingga sesuai untuk diubah ke Ladang.  Biji benih sawit ada yang diserang Penyakit 'Brown Germ' iaitu embrio dalam isirong yang rosak atau hitam disebabkan oleh Kulat Aspergillus spp, Penicillium spp dan Fusarium spp. Akibatnya biji embrio benih tidak bercambah dan boleh dikawal dengan menggunakan racun mencozeb dan benomyl iaitu direndam biji benih selama 15 minit.  Penyakit kedua yang menyerang pada biji benih adalah Penyakit Schizophyllum yang disebabkan oleh Shizophyllus commune dimana miseliumnya masuk kedalam biji benih dan merosakkannya. Penyakit ini menyerang biji sawit yang pecah dan mesokarp yang tidak bersih pada biji atau biji yang disimpan ditempay yang lembab. Kawalan menggunakan racun kulat seperti Thiram (0.2%), membuang mesokap dengan bersih dan juga pemilihan biji yang tidak pecah atau retak.


Ketika di tapak semaian terdapat beberapa penyakit yang boleh menyerang tetapi ianya mudah dikawal. Antara penyakitnya adalah seperti Penyakit Antraknos yang disebabkan oleh Melanconium, Bortyodiploida dan Glomerela. Bahagian anakbenih yang derang akan berbintik-bintik perang dikelilingi kuning dimana berlaku pada benih berumur 1-3 bulan. Kawasan keliling yang lembab, susunan anakbenih yang rapat dan siraman air berlebihan adalah antara puncanya.  Penyakit Bintik Daun (Curvularia spp) akan menyerang daun yang terdedah terutama dikawasan tanah gambut (Foto sebelah). Penyakit Karah Daun (Phytium spp) dan (Rhizoctonia spp) menyerang daun-daun tua dan kemudian merebak kebhagian batang dan akar anak benih sawit. Pemerhatian saya mendapati kawalan untuk penyakit di tapak semaian dengan penyusunan polibeg yang sesuai, imbangan pembajaan yang sesuai, ada naungan yang optima dan penggunaan racun kulat disyorkan.


Terdapat dua jenis penyakit Kelapa Sawit yang sering menyerang di ladang iaitu Penyakit Reput Pangkal Batang (Ganoderma boninense) dan Penyakit Reput Perdu (Collectotricum spp atau Fusarium spp). Penyakit Ganoderma menyerang pokok bermur 10 tahun keatas walau pun ada kes menyerang pokok muda. Pucok pokok diserang akan tidak mebgembang dan daun tua akan patah dimana jika dibelah bahagian tosu akan berbau busuk.  Biasanya pokok mati 6-12 bulan kemudian jika tidak dikawal. Kerugian mencecah sehingga 50% jika kelapa sawit ditanam ditanah bekas tanaman kelapa. Kawalan dengan memungut batang atau tunggul kelapa sawit diserang daan mesti dibakar. Pokok yang dijangkiti peringkat awal boleh diracun.dahulu dan jika tidak akan dibakar. Penyakit Reput Perdu (Crown disease) pula menyerang pokok berumur 1-3 tahun dimana pucuknya tidak mengembang, pertumbuhan terbantut dan daun melempai kebawah walau pun kemungkinan kadar serangan cuma 5 % sahaja. Gunakan anak benih tahan serangan, pembajaan sempurna dan kebersihan ladang yang optima.


Terdapat 6 jenis serangga perosak menyerang tanaman kelapa sawit. Serangga tersebut adalah Kumbang Apogonia, Ulat Bungkus, Ulat Tandan Buah, Ulat Pemakan Daun, Ulat Beluncas dan Kumbang Tanduk.  Kumbang Apogonia (Apogonia spp atau Adoretus spp) menyerang bahagian daun muda kelapa sawit terutama dalam tapak semaian dan serangan berlaku pada malam hari (Foto sebelah). Kesan serangan berlalu gigitan bergeriji pada daun. Kawalan dengan memasang perangkap lampu, memasang jaring pelindung dan juga racun kimia seperti chloriphyfos. Ulat Bungkus (Cremastopchyche pendula atau Metisa plana) yang dewasa adalah jenis rama-rama tidak berkepak dan larvanya membentuk kelongsong pada daun sebaik menetas.  Walau pun perosak ini banyak musuh semulajadi tetapi jika seragan serius boleh gunakan racun seperti metamidophos pada kepekatan 0.25%. Serangga Ulat Tandan Buah (Tirathaba mundela) menyerang dimana rama-rama dewasa akan bertelur dikudup bunga dan makan kudup dan putik buah kenudian gugur. Kawalan dengan semburan racun Metamidiphos atau agen Bacillus thuringiensis (BT).   


Serangga Pemakan Daun (Orthocrapeda trimadan dan Ploneta diduta) dimana larvanya memakan bahagian tepi daun pada bahagian tepi daun. Serangan serius menyebabkan daun hanya tinggal lidi dan perlu dikawal dengan semburan menggunakan racun jenis Methamidophos atau penggunaan bahan BT seperti diatas. Serangga Ulat Beluncas (Setora nitens) menyerang bahagian hujung daun bergerigi sehingga tinggal lidi. Cara kawalan dengan menggunakan musuh semulajadi iaitu BT dan juga menggunakan semburan racun serangga seperti Dieldrin pada kepekatan 0.02%. Kumbang Tanduk (Oryctes rhinocerous) merupakan serangga yang mudah dikenali kerana berwarna hitam dan memounyai tanduk. Kumbang ini bertelur dibahagian pucuk pokok (khususnya pokok muda) dan larva akan makan bahagian tisu lembut pokok. Akibatnya pucuk baru akan membentuk seperti kipas dan bomeh membunuh pokok. Kawalan menggunakan perangkap fromon atau memasang lampu perangkap. Musnah tempat pembiakan kumbang tanduk seperti tunggul kelapa dan sabut dikawasan ladang. Pada masa ini telah di sebut kemungkinan serangan oleh Red Palm Weevil yang didalam pemerhatian pihak berkuasa terhadap kelapa sawit.


Diantara haiwan lain yang menyerang tanaman kelapa sawit adalah Tikus, Gajah, Lembu dan Babi. Tikus Belukar (Rattus tiomanicus), Tikus Sawah (Rattus argentiventer) dan Tikus Rumah (Rattus diardi) merupakan vetebret yang menyerang diperingkat semaian dan juga buah kelapa sawit yang hampir matang. Serangan di tapak semaian dengan tikus mengorek dalam polibeg dan mengorek pangkal pokok. Kawalan dengan racun umpan tikus antikoagulant yang berkesan atau memasang pagar xink keliling tapak semaian. Bagi mengawal serangan tikus pada buah bleh menggunakan racun tikus yang diletakan di setiap pangkal pokok kelapa sawit setiap 3-5 hari. Berhentikan pemberian umpan jika peratus umpan dimakan menurun sehingga 20% sahaja dan kawalan ini bertahan sehingga 6 bulan. Jika serangan pada tahap teruk boleh gunakan umpan jenis Zink Phosphide pada kadar 1 0-30 graam pada setiap pokok. Kawasan ladang sebaiknya sentiasa bersih untuk elakan populasi tikus. Gajah, lembu dan babi hutan dikawal dengan kaedah membina parit ladang sempadan, memasang pagar letrik atau menembak dengan senapang. Diharap artikel ini memberikan maklumat tambahan kepada pembaca semua. Wassalam....


PEROSAK KELAPA SAWIT...APA JENISNYA....
PERLU DIKETAHUI....DAN KENAL NAMANYA....
CARA MENGAWAL...BANYAK CARANYA....
POKOK SUBUR....LUMAYAN HASILNYA....


By,
M Anem
Gersik, Muar, Johor,
Malaysia.
(4 JamadilAwal 1433H) 

CASHFLOW BENIH CILI KULAI

CILI KULAI (Capsicum annum) merupakan sejenis cili besar yang popular ditanam di negara kita dimana statistik bagi keluasan tanaman semua jenis cili sebanyak lebih 2,900 hektar setahun yang menghasilkan sebanyak 33,000 metrik tan cili segar bernilai RM 157 juta. Kebanyakan hasil cili ini digunakan untuk kegunaan segar dan sebahagian lagi untuk diproses. Kawasan utama penanaman cili di Malaysia adalah seperti di Kelantan (840 hektar) , Johor (535 hektar) dan di Pahang (370 hektar) pada tahun 2011. Benih cili merupakan komponen penting dalam penanaman cili yang kini boleh didapati daripada pekedai menjual benih atau melalui cara simpanan benih yang dibuat sendiri oleh petani. Benih cili Besar atau varieti Cili Kulai (dulu disebut juga Cili MC10) merupakan jenis cili yang paling popular dikalangan petani dan penjual benih diseluroh Malaysia. Permintaan cili besar tinggi kerana ciri-ciri khusus yang ada pada jenis tersebut. Antara beberapa jenama varieti cili besar dipasaran seperti Cili Kulai, Cili Kulai SP 8339, Cili Kulai Red Spicy, Cili 568, Cili 488, Cili 151, Cili 469, Cili Kulai King, Cili Kulai F1 568 dan beberapa lagi. Bagaimanakah benih cili ini dihasilkan?, Siapakah yang mengeluarkan benih cili dan berapakah kos pengeluaran untuk pengeluaran benih cili?....Saya akan bincang dengan anda perkara tersebut diatas berdasarkan pengetahuan, pemerhatian dan kajian kes serta sumber rujukan yang sahih.


Tahukah anda berapa harga benih cili besar di pasaran masa kini?.....Siapa boleh jawab. Dalam kajian kes yang saya buat di seluroh Semenanjung Malaysia, purata harga benih cili besar pada tahun 2011 adalah lingkungan RM 2,007.00 satu kilogram. Ini saya ambilkira daripada benih yang dijual dengan paket paling kecil ( 2 gram/paket @ Purata haga RM 2.20), Benih Kecil ( 10 gram/paket @ Purata harga RM 20 - RM 30/paket), Benih Bungkusan Sederhana (20 gram/paket @  Purata harga RM 30 - RM 50/paket) dan Benih Bungkusan Bear (100 gram/paket @ RM 50 - RM 60/paket) bergantung kepada varieti dan jamnian kualiti serta jenama. Kebanyakan benih cili besar yang dibeli dari kedai didapati mempunyai jaminan percambahan yang baik iaitu melebihi 80% kerana telah dirawat. Jika kualiti kurang kadang-kadang petani boleh berrunding dengan pekedai untuk diganti baru atau cara lain. Benih Cili yang dibuat sendiri oleh petani melalui proses 'selection' dan diproses sendiri lazimnya  dibuat oleh penanam yang bukan berskala komersial. 


Kajian kes yang saya buat mengenai industri pengeluaran benih cili besar (khususnya Cili Kulai) dari beberapa sumber rujukan (Termasuk Jabatan Pertanian dan beberapa rakan swasta) mendapati sebanyak 7,000 pokok cili ditanam dengan jarak 90 cm x 120 cm selama 8 bulan dilokasi yang sesuai untuk menghasilkan biji benih. Benih induk terpilih ditanam dari sumber tertentu dan disemai ditempat khas. Penanaman cili untuk benih memerlukn masa lama sehingga pokok cukup matang dan buah cili benar-benar cukup tua untuk dijadikan biji benih. Sejumlah RM 22,186 diperlukan untuk kos pengeluaran bahan input termasuk benih, baja, racun serangga, racun rumpai, tali rafia, tiang sokong, bakul, plastik silvershine dan sebagainya. Bagi kerja-kerja ladang untuk bayaran upah tenaga kerja didapati sebanya RM 12,200.00 dipelukan untuk menanam, menyulam, membaja, mengawal musuh dan perosak, menyiram, kawalan rumpai, memetik hasil dan memproses benih cili daripada mengering sehingga sedia untuk dibungkus yang dijalankan. Kos pelbagai penyediaan benih cili pula dikira sebanyak lingkungan RM 400 sehektar.


Anggaran Jumlah Kos Pengeluaran bagi pengeluaran benih cili untuk satu hektar adalah RM 36,525.00. Dalam kajian kes mendapati setelah di tuai, dikeringkan dan diproses, maka sebanyak 245 kilogram bijibenih berkualiti dihasilkan dari kawasan seluas 1 hektar tadi. Ini bermakna setelah dikira , kos pengeluaran sekilogram benih cili adalah sebanyak RM 149.08 satu kilogram atau mudah dikira sebanyak RM 150.00 sahaja. Semasa saya menimbang biji cili, saya dapati berat setiap 1,000 biji benih cili adalah 5 gram sahaja. Kiraan yang telah saya buat bersama-sama rakan mendapati terdapat sebanyak 180 - 220 biji benih didalamnya atau puratanya mempunyai 200 biji benih cli. Bilangan benih cili berbeza-beza bergantung kepada tahap  kekeringan benih, saiz biji benih, varieti dan juga cara memproses.  Kalau membuat lawatan ladang , ramai petani berkata yang benih yang dibeli di kedai atau yang didakwa diimpot dari luar negara dan merupakan Benih Cili Hybrid dan harganya sangat mahal. Saya kurang pasti akan dakwaan ini tetapi yang pasti prestasi benih tersebut memang baik. Benarkan benih cili kulai yang dijual itu dari jenis Hybrid?


Kajian menunjukkan bahawa keperluan input benih tanaman cili di Malaysia cuma sekitar 25 gram bagi setiap hektar . Oleh itu kita boleh kira keperluan untuk Malaysia cuma sebanyak 725 kilogram sahaja bagi kawasan seluas 2,900 hektar kawasan penanam cili di Malaysia. Kalau dikira hanya cuma 75-80% kadar kecekapan percambahan maka sebanyak 870 kg sahaja diperlukan dalam setahun. Ini bermakna kalau satu hektar mampu menghasilkan sebanyak 245 kg benih cili seperti kajian kes diatas,  maka keperluan ladang benih cili di Malaysia cuma 3.55 hektar sahaja setahun untuk pasaran domestik. Saya dapati belum ada maklumat sebenar yang dapat mengukuhan hujah ini dimana belum ada kajian kes lebih sistematik dibuat mengenai perkara diatas. Diharap pihak tertentu dapat membuat satu kajian berkaitan kos pengeluaran dan industri pengeluaran benih cili dengan lebih terperinci dimasa akan datang. Saya dimaklumkan oleh rakan saya di SSRDC bahawa benih cili kulai berpotensi untuk dihasilkan di negara kita untuk pasaran ekspot terutama kenegara jiran yang juga merupakan pengguna cili yang sangat signifikan.  Insyallah...Wasallam


BENIH CILI...MEMANG MAHAL HARGANYA...
SUKAR DIBUAT..BANYAK IMPOT KATANYA ....
SIAPA PENGELUAR...DIMANA AGAKNYA...
PENANAM CILI...SERING BERTANYA.....


By,
M Anem
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(5 JamadilAwal 1433H)

Tuesday, March 27, 2012

LEPAS TUAI MANGGA

MANGGA (Mangnifera indica) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang popular dibeberapa negara dan merupakan buah ke 3 terpenting dihasilkan dikalangan buah-buahan tropika. Keluasan tanaman mangga di negara kita sebanyak 9,760 hektar pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 35,510 metrik tan yang dianggarkan bernilai RM83.545 juta (Sumber:Laporan Statistik Agromakanan MOA 2011). Hanya seluas 4,734 sahaja daripada keluasan fizikal tanaman yang mengeluarkan hasil pada tahun tersebut. Antara varieti mangga yang popular ditanam adalah Chok Anan dan Harummanis serta beberapa jenis lagi seperti Sala, Nam Dok Mai, Melele dan jenis mangga tempatan. Mangga varieti Harummanis dipopularkan di Perlis dan sedikit di Kedah dengan keluasan sedia ada 346 hektar pada tahun 2012 dan dirancang untuk penanaman seluas 1,000 hektar sehingga 2015. Mangga Chok Anan banyak di tanam di Melaka, Perak, Selangor, Sarawak dan beberapa negeri lain. Artikel subuh Selasa ini saya menulis beberapa teknologi lepas tuai buah mangga untuk pengetahuan bersama.


Mangga yang matang perrlu dituai apabila cukup masak mengikut indek kematangan dan keperluan pasaran sama ada untuk pasaran domestik atau pun untuk pasaran antarabangsa. Tuai buah mangga dengan menggunakan gunting atau galah yang mempunyai karung untuk mengelakan buah dari jatuh ketanah. Buah mangga akan lebam dan rosak apabila jatuh ketanah. Buah yang dibalut perlu disemak tarikh penuaian mengikut kalendar yang ditandakan pada pembalut buah. Buah yang masih dibalut perlu dimasukkan kedalam bakul plastik dibawah pokok dan dibawa kepusat pengumpulan bersama dengan kertas pembalutnya. Buang pembalut di pusat pengumpulan untuk kerja-kerja mencuci atau membasuh buah mangga. Isikan tangki pencuci dengan air bersih dan masukkan buah mangga kedalamnya. Buah yang cukup matang biasanya akan terus tenggelam sementara buah mangga yang belum cukup matang lazimnya akan timbul. Asingkan buah yang rosak, buah masak , buah matang dan buah belum matang. Rendam dan cuci buah dalam air suam pda suhu 50 darjah selsius selama 5 minit dan di lap dengan span lembut kemudian di keringkan. Tukarkan air mencuci jika didapati kualiti air telah kotor. 


Bagi kebanyakan mangga termasuk juga mangga varieti Chok Anan lazimnya akan digredkan mengikut saiz iaitu Saiz A pada berat buah lebih 250 gram sebiji, Gred B berat buah antara 200 - 250 gram sebiji dan Gred C pada berat buah kurang dari 200 gram sebiji. Pemeraman dilakukan dengan menggunakan 5-10 gram bahan seperti karbid bagi setiap 1 kilogram buah. Aktiviti ini bagi mendapatkan kematangan buah yang seragam dan warna kulit yang menarik. Buah mangga yang matang biasanya dituai pada indeks 2 dan 3 perlu disusun diatas kertas suratkhabar berlapis-lapis dimana bahan karbid pula akan diletakkan dibahagian bawah suratkhabar. Pastikan keliling bakul plastik diletakkan 2 lapisan suratkhabar bertujuan untuk mengepong gas dari karbid dari keluar dan simpan selama 70 jam. Susunan buah didalam bakul jangan terlalu banyak kerana akan merosakkan buah bahagian bawah akibat bertindih jika terlalu banyak. Selepas 70 jam buka lapisan atas suratkhabar dan kita akan dapat buah mangga yang masak dengan warna kulit kuning dan sedia untuk dipasarkan.


Kaedah lain pemeraman buah mangga tanpa menggunakan karbid dijalankan dimana buah yang dipetik pada indeks 2 dan 3 dibersihkan dan dikeringkan di Pusat Pengumpulan Buah. Susun buah ini didalam bakul plastik dengan bilangan yang sederhana. Simpan didalam bilik yang selamat pada suhu bilik 20 -22 darjah selsius selama 4-5 hari sehingga buah ini masak. Keluarkan buah yang telah masak dan sedia untuk diedarkan kepada peraih dipasaran tempatan. Harga runcit pasaran Mangga Chok Anan sekitar RM5.00 - RM 10.00 sekilogram bergantung kepada musim, gred, kualiti dan juga lokasi jualan. Kaedah Pembungkusan mangga menggunakan kotak yang di buat kompartment atau tidak dengan bilangan sebanyak 4 - 10 biji satu kotak. Label yang menarik pada kotak mangga akan memberikan nilai tambah kepada mangga yang dijual.


MANGGA DI TUAI....PERLU DI CUCI....
TERUS DIPERAM...JADI KUNING LAGI....
PERLU DIGRED...IKUT KUALITI....
HARGA JUALAN...LEBIH TINGGI...


By,
M Anem
Air Keroh, Melaka,
Malaysia
(4 JamadilAwal 1433H). 

Monday, March 26, 2012

CENDAWAN GORENG

CENDAWAN GORENG merupakan salah satu jenis makanan berasaskan kepada cendawan khususnya dari jenis Cendawan Tiram Kelabu (Pleorotus cajor saju). Semalam saya balik kampong di Gersik, Ledang , Johor cuti satu hari dan sempat singgah di ladang cendawan Organik kepunyan rakan lama C&CMushroom iaitu Mr Chew. Dah dua tahun tidak jumpa beliau dan semalam sempat berbincang dengan beliau mengenai industri tanaman cendawan di Kawasan Muar dan Ledang. Katanya syarikat beliau sahaja mampu menghasilkan lebih 25 metrik tan cendawan setiap bulan tidak termasuk usahawan yang ada kontrak farming dengan beliau seramai lebih 20 orang. Industri ini kini telah mencapai tahap stabil dengan permintaan bulanan terus meningkat dan harga pasaran yang stabil dari RM 6.00 - RM 8.00 sekilogram mengikut gred dan jenis. Hampir 70% adalah daripada jenis cendawan tiram kelabu dan bakinya dari jenis Cendawan Ling Zhi dan Cendawan Putih.


Cara makan cendawan ini bermacam-macam sama ada dijadikan sup, di goreng dengan tepung, di tumis pedas, goreng dalam 'Vacuum Fry' dan sebagainya. Syarikat C&C Mushroom juga banyak memproses cendawan tiram kelabu untuk produk 'mushroom vacuum fry' untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Jenama yang digunakan adalah 'Frulli-fresh' yang mempunyai rasa original, lada hitam, kari dan mixed sweet taste (Lihat foto). Produk ini mendapat pasaran yang sangat baik di Jepun. Negara-negara Arab dan juga pasaran China. Produk ini juga diedar dan dijual di Hypermarket Giant, Jusco serta supermarket lain diseluruh Malaysia. Siapa sangka kawasan Mukim Gersik menjadi satu hub pengeluaran cendawan yang penting di Malaysia. Jabatan Pertanian dan lain-lain agensi ada membantu meningkatkan industri ini dengan berkesan.


Cendawan Goreng mudah disediakan dan dimakan dengan segera selepas digoreng. Satu paket cendawan dari Syarikat C&C Mushroom yang dijual di Bandar Bukit Gambir berharga RM 3.50 - RM 4.00 dengan berat 300 gram. Saya beli 3 paket cendawan segar ini. Produk ini dibungkus dengan jenama 'OYSTER MUSHROOM- 100% PESTICIDE FREE' dan mendapat sijil SOM (Sijil Organik Malaysia) dari Jabatan Pertanian. Pada label jug di tulis sebagai 'Grow under greenhouse' dan label 'Organically Grown' sebagai bukti ianya memang bebas dari penggunaan sebarang racun kimia. Kalau sudah macam itu agak  beranilah kita buat cendawan goreng. Saiz yang sesuai ialah cendawan yang tidak besar sekitar 5-6 cm panjang dan bahagian kudup yang kecil sahaja sekitar 2-4 cm lebar. Bahagian batang inilah yang paling sedap dimakan dan rangup selepas digoreng.


Bancuh tepung berempah untuk menggoreng cendawan dengan air dan panaskan minyak pada kuali. Basuh dahulu cendawan dari paket dan toskan untuk membuang sebarang kekotoran jika ada. Celup setiap ulas cendawan dalam ramuan tepung dan masukkan kedalam kuali. Setelah bertukar warna coklat kemerahan maka angkat cendawan dan toskan minyak. Saya ambil masa kira-kira 3-4 minit untuk menggoreng dengan api yang sederhana. Cendawan Goreng boleh dimakan terus begitu sahaja atau yang minat boleh mencecah dengan sos tomato cili, sos tomato, sos tiram atau pun kegemaran saya sambal kicap Ala-Johor. Memang sedap makan cendawan goreng beramai-ramai dengan ahli keluarga...pekena kopi pula lepas itu...pasti puashati. Entah bila lagi hendak melawat projek-projek cendawan tiram kelabu yang telah saya majukan semasa bertugas di Muar dulu ... ada 15 usahawan. Wasallam...


CENDAWAN GORENG....LAZAT RASANYA....
SENANG DISEDIA...CEPAT MEMASAKNYA...
CENDAWAN ORGANIK...MURAH HARGANYA...
BELI SENDIRI...TEMPAT PENGELUARANNYA....


By,
M Anem
Pt Bengkok, Gersik, Ledang,
Johor, Malaysia.
(3 JamadilAwal 1433H)  

Sunday, March 25, 2012

LINTAH BULAN

LINTAH BULAN (Arion sp.) atau SLUGS merupakan sejenis haiwan dalam kumpulan Molluska Gastropod yang terdapat di kawasan lembab dimana tidak mempunyai cengkerang atau mempunyai yang ada sedikit cengkerang. Dalam bahasa kampung sering juga haiwan ini dipanggil sepagai Siput Bulan yang sering melekat pada cawan getah didalam kebun getah dijumpai ketika menoreh getah. Saya kenal akan haiwan ini dan memang 'Geli Sangat' kalau terpegang pada cawan getah ketika memungut getah lantun dahulu dikampong. Walau pun haiwan ini 'mengejutkan' kita ketika terpegang tetapi kita tidak sampai hati dan kesian hendak membunuhnya. Haiwan ini juga sering didapati disekitar pasu bunga dikeliling rumah terutama pada malam hari yang makan pucuk tanaman. Mungkin tidak ramai diantara kita mengenali marfologi dan taksonomi serta habitat haiwan ini yang merupakan sejenis seranagga dalam habitat semulajadi. Artikel petang Ahad ini saya menulis mengenai Lintah Bulan atau Siput Bulan yang saya kenali daripada pengalaman dan pembacaan.


Jenis Slugs yang terdapat di Eropah dan kawasan iklim yang serupa mempunyai dua bahagian iaitu bahagian kepala yang mempunyai sepasang sesungut yang lembut dan boleh bertukar saiz, mengecut , memanjang dan mempunyai mata dihujungnya dan dibahagian bawah mempunyai alat tentakel sensori deria bau. Bahagian bawah seperti juga siput babi mempunyai otot-otot kaki yang akan mengecut dan mengembang membentuk gerakan kepada lintah bulan ini. Lintah bulan yang ada di Malaysia saya dapati berbeza kerana tiada cengkerang, berbentuk leper dan banyak yang tidak ada sesungut. Warnanya coklat kekuningan atau sedikit kehitaman.


Apa yang istmewa tentang haiwan ini adalah kerana ia mengeluarkan Lendir (mucus) dari bahagian kakinya untuk pelbagai guna. Terdapat dua jenis lendir yang dihasilkan iaitu lendir cair dan lendir pekat. Lendir cair dikeluarkan dibahagian tengah kaki sementara lendir pekat dikeluarkan dibahagian kepala dan ekor badan. Lendir ini bersifat 'hygroscopic' yang membolehkan haiwan ini bergerak dan melekat pada bahagian bawah daun atau memanjat batang tumbuhan. Populasi haiwan ini meningkat dalam keadaan musim hujan dan lembab kerana ia tidak aktif dalam keadaan cuaca panas kering. Lendir ini melekat kuat pada pokok atau kayu, rasa yang tidak sedap, badannya dikeraskan atau dikentalkan dan  menyebabkan pemangsa tidak mampu menyerangnya. Antara musuh semulajadinya adalah seperti katak, semut, tikus, Landak, mengkarong, ular dan haiwan-haiwan pemangsa lain.


Dalam pembacaan saya terhadap spesis haiwan ini dari beberapa laman web mendapati lendir daripada haiwan ini akan meninggalkan kesan bekas laluan (bekas cecair lendir). Apabila ada haiwan lintah bulan yang lain dan melintasi laluan haiwan ini akan memberi isyarat sama ada spesis yang lalu merupakan jenis yang sama untuk keperluan mengawan. Slug ini merupakan sejenis haiwan 'Hermaprodite' dimana mempunyai organ jantan dan betina pada setiap ekor. Semasa proses mengawan mereka bertukar gamete dan akan bertelur sebanyak 30 biji setiap kali dalam tanah atau batang kayu yang reput. Telur akan menetas dan membesar dan tidak ada rujukkan berapa lama haiwan ini hidup.


Haiwan ini tidak merbahaya kepada manusia sama ada sebagai pembawa penyakit atau kesan keracunan. Bagaimana pun haiwan ini merupakan perosak penting kepada sektor pertanian. Haiwan ini makan bahagian pokok terutamanya bagagian pucuk muda dan tisu lembut yang lain termasuk buah dan bunga. Serangan sering berlaku pada waktu malam hari dan ketika lepas hujan dalam keadaan mendung dan lembab. Kerosakan serius pada daun meyebabkan pokok rosak dan fotosintesis terjejas mengakibatkan serangan kulat dan lain-lain masaalah. Kawalann dibuat dengan memungut dan musnahkannya jika bilangannya sedikit. Jika banyak boleh menggunakan racun methaldehyde dalam bentuk umpan yang akan dimakan dan ianya akan mati. Itulah kisah lintah bulan untuk bacaan anda semua. Wassalam...


LINTAH BULAN...'SLUGS' NAMANYA.... 
LAMBAT BERGERAK....ADA LENDIRNYA...
KAWASAN LEMBAB...HABITATNYA...
MEROSAK TUMBUHAN...DIPUCUKNYA...        


By,
M Anem
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia.
(2 Jamadil Awal 1433H)

KONSEP PELABURAN PERTANIAN

SEKTOR PERTANIAN merupakan satu cabang ekonomi yang sangat penting semenjak keujudan peradapan manusia didunia ini. Sejarah menguasahakan aktiviti penanaman, ternakan dan perikanan serta aktiviti pemprosesan hiliran merupakan aktiviti yang saling berkait dalam menyediakan bahan mantah dan siapguna sebagai makanan manusia, haiwan ternakan dan juga bahan asas sektor pemprosesan. Penanaman bahan bijirin telah dimulakan oleh manusia semenjak beribu-ribu tahun dahulu dengan menanam padi, jagung, gandum, barli dan sebagainya yang sehingga kini masih dijalankan dengan skala komersil besar-besaran atau skala kecil-kecilan. Kebanyakan petani, penternak atau nelayan menceburi bidang pertanian dengan modal, pengalaman dan kawasan tanah atau tapak yang sesuai untuk dibangunkan dalam pertanian. Hanya kawasan yang subur dengan bekalan air mencukupi dan kecukupan teknologi sahaja yang dipilih untuk aktiviti pertanian tersebut. Pertanian di Malaysia khususnya dalam bidang tanaman telah dimajukan melalui beberapa tahap iaitu era kuno, era tradisional, era penjajahan dan era moden. Artikel hari ini cuma sya hendak sembang mengenai konsep pelaburan pertanian untuk makluman bersama.


Saya dapati ramai orang pada masa ini menganggap pertanian di Malaysia tidak penting atau sering dipandang rendah jika dibandingkan dengan sektor lain terutama sektor perindustrian, sektor perkhidmatan atau sektor lain. Bagaimana pun, ini pada saya kurang tepat kerana negara kita berjaya dalam industri tanaman getah, kelapa sawit, padi, buah-buahan dan tanaman lain yang digunakan untuk pasaran ekspot dan domestik. Dalam pengeluaran ayam daging serta telur didapati industri ini terus berkembang dengan pesat begitu juga dengan sektor perikanan. Nilai KDNK negara mendapat sumbangat besar daripada sektor pertanian sebanyak 8 - 10 % setiap tahun terutama daripada sektor perladangan, perhutanan dan industri bersaskan pertanian.  Walau pun pada masa kini nilai sumbangan industri berasaskan pertanian dimasukkan dalam perkiraan sektor penindustrian tetapi nilai sebenar daripada sektor pertanian dalam KDNK negara adalah amat significan. Pada zaman krisis ekonomi dunia sekitar 2008 -2009 Malaysia benyak bergantung kepada sektor pertanian untuk mengukuhkan ekonomi negara dimana sektor industri dan perkhidmatan merudum.


Apakah konsep pelaburan dalam sektor pertanian yang boleh di fikirkan untuk menjamin sektor ini akan terus penting di negara kita?.....Kalau saya fikir ada beberapa konsep untuk perkara ini yang akan saya bincangkan iaiitu DASAR DAN POLISI KERAJAAN, POLITIK STABIL, KEUJUDAN TANAH PERTANIAN SESUAI, KEPAKARAN DAN TEKNOLOGI, INFRASTRUKTUR SOKONGAN, TENAGAKERJA MENCUKUPI, SISTEM PEMASARAN , SOKONGAN PENYELIDIKAN (R&D) dan faktur lain yang berkaitan. Negara Thailand merupakan sebuah negara di Asia Tenggara yang berjaya dalam bidang pertanian sehingga negara tersebut di gelar 'Kitchen of the World' kerana kadar pengeluaran bahan makanan untuk negaranya dan juga pasaran ekspot. Negara seperti Indonesia dan Vietnam juga telah mencapai tahap sektor pertanian yang maju dengan tahap kecukupan makanan untuk domestik malahan mampu untuk diekspot.


Dasar dan Polisi kerajaan dalam sektor pertanian memainkan peranan penting dalam memajukan sektor pertanian sesuatu negara. Polisi kerajaan paling penting adalah dengan menyokong pembangunan sektor pertanian dengan mengekalkan kawasan pertanian sedia ada untuk pengeluaran bahan makanan serta memperbanyakkan insentif untuk sektor pertanian. Negara China, Jepun dan Taiwan  dan India contohnya mempunyai polisi tegas untuk melindungi kawasan pertanian daripada ditukar kepada kawasan industri atau pembangunan lain. Kawasan tanaman padi khususnya memerlukan kawasan khusus yang perlu terus dilindungi bagi menjaga pengeluaran beras untuk kegunaan domestik dan merupakan tanaman keselamatan negara (beras merupakan makanan ruji untuk kebanyakan negara Asia). Di negara kita perlu ada dasar yang jelas agar kawasan pengeluaran tanaman dikekalkan dan tidak menjejaskan pengeluaran padi (di kawasan MADA, KADA dan Lain-lain jelapang padi) dan kawasan di luar jelapang padi juga harus dikekalkan. 


Polisi dan dasar ini banyak dipengaruhi oleh faktur kestabilan politik negara. Jika negara mempunyai kestabilan politik maka perancangan untuk pembangunan negara akan dapat dibuat dengan lebih baik. Pada masa ini kerajaan mempunyai Dasar Agro-Makanan Negara (DAN) yang baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri dipercayai dapat menambahbaik sistem perancangan dalam Dasar Pertanian Negera (DPN Ke 4). Penglibatan sektor swasta dengan sektor kerajaan dipadukan bagi menjamin pengeluaran bahan makanan negara mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan. Kawasan Pertanian sedia ada dan kawasan baru dirancang untuk pembangunan penanaman tanaman ladang dan tanaman makanan mengikut keperluan dalam sistem perancangan tersebut. 


Tanah Pertanian merupakan satu perkara kritikal dalam membuat sebarang pelaburan dalam sektor pertanian. Kebanyakkan tanah yang subur dan produktif telah dibangunkan dengan tanamnan lkadang seperti Kelapa Sawit, Getah dan Koko serta kelapa oleh penjajah semanjah zaman dahulu lagi. Baki tanah yang kurang subur seperti tanah dikawasan rendah sahaja yang tinggal untuk perancangan pembangunan sektor pertanian khususnya tanaman makanan dan kawasan rizeb hutan. Tanah yang subur perlu dikenalpasti untuk pembangunan projek baru seperti konsep TKPM (Taman Kekal Pengeluaran Makanan) dan konsep lain oleh kerjaan negeri (ProjekUPENPertanian) dan sebagainya. Tanah yang sesuai untuk tanaman makanan perlu dibangunkan bagi menyediakan bahan mentah makanan mencukupi untuk lebih 28 juta penduduk di Malaysia yang akan bertambah setiap tahun.


Teknologi Pertanian cepat berubah pada setiap masa. Kemajuan sektor pertanian banyak bergantung kepada kepakaran dan teknologi yang ada didalam sesuatu negara. Teknologi pertanian di dapati melalui R&D, adaptasi teknologi, pengurusan agronomi dan sebagainya. Pengeluaran benih dan tanaman baru yang mampu memberikan hasil tinggi, tahan serangan perosak dan penyakit serta cepat berhasil dikeluarkan setiap masa.  Kalau dahulu satu hektar sawah padi mampu memberikan cuma sekitar 1-2 metrik tan sehektar tetapi teknologi baru mempu menghasilkan sehingga sebanyak 8 - 10 metrik tan sehektar padi seperti di Sekinchan, Selangor. Perubahan teknologi ini perlu dikembangkan kepada petani dan usahawantani bagi meningkatkan pendapatan mereka dan menghasilkan bahan makanan untuk negara. Pertanian Sara diri dan bukan bersifatkan komersil perlu di kurankan dan perlu diperkenalkan Pertanian Berskala Besar dan Komersil.


Kemudahan Infratsruktur di Malaysia adalah pada tahap tinggi dimana kebanyak kawasan pengeluaran makanan di negara kita mudah dihubungi dengan jalan raya malahan dengan lebuhraya mempercepatakan lagi aktiiviti lepas tuai. Infrastruktur asas dalam bidang pertanian seperti Jalanladang, Sistem Pengairan, Sistem Pengairan, Bekalan air, Sistem Telekomunikasi dan sebagainya amat baik di negara kita. Urusan mendapatkan khidmat penyediaan tanah, penuaian, pembungkusan dan menghantar ke kawasan jualan (sama ada untuk dipasarkan domestik atau untuk ekspo) lengkap dengan banyak pelabuhan, lapangan terbang dan melalui jalan darat.


SEKTOR PERTANIAN.....SEMAKIN MAJU....
DASAR DAN POLISI....DIUBAH SELALU...
TANAH.PERTANIAN...TEKNOLOGINYA BARU....
BEKALAN MAKANAN....MENCUKUPI DAHULU...


By,
M Anem
Kota Iskandar, Perak,
Malaysia.
(1 Jamadil Awal 1433H)