Wednesday, February 29, 2012

KELKATU

KELKATU atau dalam bahasa Inggeris di panggil sebagai 'Termite swarmers' merupakan satu peringkat kitaran hidup bagi serangga Anai-anai (termite). Anai-anai adalah satu kelompok serangga dibawah famili TERMITIDAE yang mempunyai lebih dari 2,500 spesis diseluruh dunia dengan berbagai bentuk, saiz, warna dan kesesuaian dalam lokaliti tertentu. Mungkin ramai diantara kita yang dibesarkan dikampong dulu akan dapat melihat kelkatu berterbangan dan jatuh dimana ada lampu (dulu pakan lampu minyak tanah atau lampu gasoline) atau sekarang dengan mentol lampu letrik. Kenapa kelkatu suka meuju lampu dan terdapat beratus-ratus yang datang kerumah kita?....Adakah ianya baik atau tidak terhadap keseamatan kita?. Artikel subuh ini saya mengupas mengenai kelkatu untuk dikongsi bersama kerana subuh ini ada beberapa ekor kelkatu datang rumah.


Kelkatu sebenarnya adalah satu peringkat putaran hidup Anai-anai yang bertujuan untuk pembiakan dan mencari kawasan baru untuk membina koloni baru. anai-anai umumnya diketegorikan dalam serangga perosak dan menjadi musuh manusia kerana ianya memakan tanaman berkayu, kumah dan perabot berasaskan kayu dan sebagainya. Anai-anai merupakan serangga bersosial yang mempunyai kitaran hidup dari TELUR, NIM, PEKERJA, ASKAR, ANAI-ANAI DEWASA BERKEPAK (KELKATU) , JANTAN DAN RATU. Merujuk kepada rajah diatas menunjukkan kelkatu merupakan fasa terakhir untuk anai-anai dewasa jantan dan betina mengeluarkan kepak dan 'swarming' kekawasan baru secara berpasangan untuk proses pembiakan. Anai-anai dewasa ini mampu terbang jauh mengikut angin dan dalam keadaan cuaca panas kering diikuti dengan hujan. Jika rumah kita dikunjungi kelkatu...AWAS! musuh kepada kayu dan perabut kayu dirumah anda sebenarnya sedang diancam. 


Kelkatu lazimnya mempunyai 3 pasang kaki dengan sepasang sesungut dan sepasang kepak yang sangat besar berbanding dengan saiz abdomennya. Kepak kelkatu lazimnya berwarna kuning cerah keputihan bergantung kepada spesis dan lokaliti. Badan atau abdomen kelkatu berbeza dengan semut kerana tidak mempuntai pinggang ramping sebaliknya badan yang bulat lurus sehingga kebehagian belakang. Terdapat sepasang mata dihadapan dan kelkatu keluar dari sarangnya pada waktu siang atau malam bergantung kepada spesis. Di negara kita akan terjumpa anai-anai kayu atau busut yang seing terbang pada malam hari kerarah cahaya terang. Kenapa kelkatu suka akan cahaya lampu?....Jawabnya 'instinct' kelkatu telah dicipta sebegitu rupa bahawa mentol lampu selalunya dipasang dalam rumah (kayu atau batu) dimana disitu mesti akan ada makanan (kayu dan perabut) serta selamat dari hujan. 


Apabila kelkatu terbang dan sampai disatu lokasi maka kepak kelkatu akan gugur dan bertaburan diatas lantai. Diwaktu pagi kita akan lihat beberapa ekor anai-anai sahaja yang berkeliaran tetapi yang berpuloh atau beratus-ratus yang lain dimana?. Pastinya telah mendapat pasangan jantan atau betina dan bersembunyi dicelah-celah rumah untu membina koloni baru. Sebagagian besar pula selalunya di makan cicak...kenduri besarlah cicak dan pemangsa lain jika ada kelkatu yang datang berkunjung. Pasangan kelkatu tadi akan mencari kawasan sesuai dan akan mengawan serta anai-anai betina akan bertelur dan membesar sehingga menjadi satu koloni anai-anai ditempat baru. Walau pun peluang hidup 'survival rate' kelkatu yang terbang sangat rendah tetapi jika satu pasangan anai-anai tadi dapat hidup membina koloni maka...jahanamlah atau terancamlah harta kita. 


Sebuah rumah atau perabut kayu akan tumbang jika dimakan anai-anai kerana anai-anai makan didalam kayu dan meningalkan kulitnya yang cantik. Terdapat banyak kes laporan bumbung rumah teres atau tangki air jatuh kerana kayunya dimakan anai-anai. Maka itu banyak syarikat pemusnah anai-anai yang menawarkan kawalan anai-anai dengan kos yang murah sehingga yang mahal bergantung kepada jenis rawatan. Paling mudah membunuh kelkatu adalah dengan menyembur racun serangga aerosol apabila kelkatu datang rumah atau letakkan air dalam besen atau dulang agar kelkatu yang jatuh mati lemas dalam air. Kawalan anai-anai pula lazimnya menggunakn racun sistemik yang boleh disembur atau dimasukkan kedalam simen yang ditebuk. Racun ini akan masuk kedalam perut anai-anai dan akan memusnahkan keseluruhan koloni. 


By,
M Anem
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(7 Rabiulakhir 1433H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.